Selamat menyambut tahun baru maal hijrah 1432H semua.Alhamdulillah,kita masih diberi nafas untuk terus beribadah dan menikmati kurniaanNYA.Kita masih diberi kesihatan yang baik,rezeki dan kebahagiaan dari setiap insan dalam hidup kita.semoga tahun ini merupakan yang terbaik buat kita untuk buat yang lebih baik dari sebelum ini.Semoga tahun baru 1432H memberi lebih keberkatan dan kebahagiaan daripada NYA.
Weekend lepas Kami ke kg sg sumun untuk majlis bertandang pula.siapa tahu sg sumun di mana? Ummi first time pergi.orang kata,jauh perjalanan luas permandangan.kalau adik tak dapat jodoh orang sg sumun,memang tak sampai lah jawabnya kami ke sg sumun..sg sumun terletak di perak.bersebelahan dgn bagan datoh.Seronok tengok keunikan majlis perkahwinan mengikut budaya orang Jawa.Alhamdulillah.majlis dua dua belah sudah selesai.Dan Kami selamat dpt ahli keluarga baru.;)
Adam juga mahu ikut berhijrah.Adam sudah mula tunjuk skill nak merangkak.badan dah naik.kaki belum boleh angkat.Cuba lagi Sayang..sampai berjaya.tengok Adam,teringat aufa masa kecil dulu.Seronok tengok development anak.Ummi tengok adam sekarang,masa yang sama teringat kenangan semasa aufa membesar dulu.Sama! priceless!
tahniah acik!
semalam adik ke empat convo.tahniah! Bawa Adam dan aufa sekali tgk makciknya convo.malam bawa adik adik keluar makan di pizza hut (gemokkan badan) hehe.
Kakak kat rumah neneknya.Sunyi budak becok takde. Kakak dah pandai copycat dialog ummi sakng! Huhu
bila ada majlis camni.memang letihnya kesana kemari.rumah pun tunggang terbalik.pokok kat garden pun mati tak bersiram.haha.tapi seronoknya dan meriah bila ramai suadara mara, adik beradik sentiasa ada dengan kita.beramah mesra dengan kita.sekarang semua dah setel.Bila semua balik rumah semula.sunyi pula rasanya.Dah biasa lately busy dan riuh rendah dan meriah2..Sekarang dah sunyi..Huhu
InsyaAllah,kembali aktif berblogging selepas ini.:)
3 comments:
Salam Maal Hijrah gak yer...:D
salam maal hijrah dari akak sekeluarga. sronok tgk akak aufa nak pakai tudung...soooo cuteeee
Gieyana: same goes to u.;)
mamasyaza: terima kasih Kak... Aufa xde,sunyi sepi Rumah ni ;)
Post a Comment