ads

Monday, November 29, 2010

Kenangan dan kisah kami

Salam sayang,

Lamanya tak update.lama tak blogging.Selalunya saya update di facebook sahaja.sebab sekarang susah nak menulis depan lappy begini.Faham-faham jelah kan bila ada anak-anak kecil.Masa mengadap lappy dah limited.Semalam ummi baru balik ke teratak kami seteelah selesai majlis walimah adik kedua ummi.Minta maaf kepada semua yang datang melawat ke sini.Agak bersawang juga blog ini.Lama juga tak blogwalking.Harap semua sihat,bahagia dan happy selalu.


Masa berlalu.Suka duka bertukar ganti.Yang pastinya hidup mesti ditempuhi dengan gembira dan bersyukur kepadaNya.


Alhamdulillah.16 nov lepas adam genap 6 bulan and happy 6 month breastfeeding! Alhamdulillah juga dengan rezeki dapat menyusu penuh selama 6 bulan ini walaupun kadang2 datang mood swing risau adam macam tak puas menyusu.Adam dah mula belajar makan.Milestone adam pula dah kenal ummi.dah kenal abi.dah pandai tunjuk reaction dengan orang dan keadaan sekeliling.Dah pandai mengada-ngada juga.Hehe.Apa lagi ye? adam dah meniarap dan guling2 tapi belum merangkak lagi.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami.Walaupun terlambat ucap disini.Tapi mahu juga wish.Hehe.Alhamdulillah ibadah korban kali ini dapat dilaksanakan.Semoga amalan kita diberkati oleh Nya.Gambar ini ketika beraya di rumah Pak Teh Bakar.Biasalah,kami jakun dengan pool.Haha


Esoknya kami bercuti ke Cameron Highland.Sementara Abi cuti beberapa hari, jom berjalan puas-puas.Nyaman berada di cameron ,kebetulan sekarang musim hujan, sejuk dan berkabus pula disana.Teringin mahu pergi lagi.Pergi cameron banyak-banyak kali pun takpe.Tak boring.Suka cameron.Seronok.Paling suka strawbery with coklat dan ice cream strawberinya.Jangan lupa bawa pulang jagung manis dan ubi keledek manisnya.Memang tak jumpa di bawah.


Dan weekend lepas ini kami selamat mendapat ahli keluarga baru.Tahniah!.Adik yang kedua telah selamat diijab kabulkan jumaat lepas.Alhamdulillah,majlis walimah juga berjalan dengan lancar dan meriah.Terimbau kenangan kami ketika 3 tahun lepas tengok giliran adik berkahwin pula.:)
Tomorrow,30/11 is our 3rd wedding anniversary.Kejap je dah 3 tahun.Doa cinta dan kasih sayang kami berkekalan hingga ke syurga.Teringat semasa bercinta, ummi ada tanya abi sayang ummi ke? Abi jawab, sayang sampai syurga.:)

InsyaAllah..:)

Gambar-gambar lain insy akan diupload di facebook.^_^

20 comments:

nieda said...

seronok holiday kt cameron. nieda punya honeymmon pun kt cameron. hehe

skjp je dah 6 bulan adam. akal makin p0anjang

tahniah utk adik juga

Ummi Shira (AshAnas) said...

odah, jom janji gi cameron same2 nak tak?

adik odah dh lepas, 19/12 ni giliran adik shira plk... sm la, adik no.2... dulu kita, skrg adik plak kan, hehe...

Elyn Sani said...

wah dh muntel la adam!!

firahadifa said...

wahhh.. tahniah dapat in law baruu

Ummi Eisya&Amani said...

sekejap je dah besar ye adam..makin bam bam lak tu..geramnya..

yatie chomeyl said...

wah busy bukan main, patutlah blog senyap je ;)

BIONIC WOMEN said...

selamat ulangtahun perkahwinan
semoga dirahmati Allah dan diberkati selalu...Amin.

Seronoknya dapat g cameron...

Adam dah besar...

♥MAMASYAZA♥ said...

wahhh bestnya dpt bwk anak2 ke CH. siratu n sikecik belom penah kesana, tak tau la bila dpt bwk depa kesana.
anyway happy 3rd anniversary, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat

mamawana said...

Wah bestnyer gi CameronHiglands... rindu r nak gi sana lagi....

CatlinaFly said...

dear..please claim ur prize..contest mom-to-be tu :)dah lama sy tunggu

Hazu~ said...

segaknya baju adam dalam gambar first tu. beli kat mana?

liza said...

salam..
best kan pg CH..nyaman jer rasa..kepala pun tak serabut..tapi my hubby tak suka ke sana..mmg kena memujuk sakan laa kalau nak ajak dia..huhu..

Ummi Salsabila said...

Nieda:mmg seronok!! Anak2 cpt betul membesar..Adam pandai mcm2 dah skang..pandai ngade2 tu yg geram tu;)

Ummi Salsabila said...

Shira: best3x!! Jom2..tunggu baby shira lahirlah.rindu dgn Cameron..;)

nnt adik shira kawen.mst teringat kenangan kita kawin dulu.hihi

Kak elyn: boleh thnla.lenguh juga tgn ni dukung dia :)

Ummi Salsabila said...

Firah: thanks! ;)

ummi eisya: takdelah bam bam sgt.brt dia xnik byk mcm dulu..

Ummi Salsabila said...

Yatie : hhehe.busy dgn urusan dunia..;)

bionic women : thanks so much for doa and wish!

Ummi Salsabila said...

Mamasyaza: bawalah nanti Kak. Mesti dorang happy punya! Hehe.tq

mamawana: rindu juga.tenang n nyaman je kat sana.

Ummi Salsabila said...

Catlina: ok,tq for inform ;)

hazu: beli di gift-h.com :)

Ummi Salsabila said...

Liza: betul2x,tenang je.my hubby pun.dia msti kata,asik2 Cameron...tak boring ke.haha

Sharini aka Ummi Khayra said...

sukernya cameron.. nk g juga lagi.. :)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers