ads

Monday, May 16, 2011

Bayi kami sudah setahun umurnya!


Hari ini 16 Mei 2011 genap setahun umur bayi kami,Muhammad Adam.Setahun yang lalu.Kelahirannya amat ditunggu-tunggu oleh semua.Dia lah bayi yang lebih suka duduk lama dalam perut umminya.Kesakitan yang diharungi umminya ketika melahirkannya Bayi yang comel yang lahir selepas waktu subuh kami sambut dengan penuh kesyukuran dan gembira.

Kini sudah setahun berlalu.Setahun yang terasa cepat berlalu.Tidak sedar kerana seronok melihat perkembangan bayi kami setiap hari.Bayi juga terasa cepat membesar.Tidak puas melihat keletah bayi ini.Setahun yang banyak mengajar kami dalam erti kasih sayang dan kesabaran sebagai ibu dan bapa.Setiap saat dan minit bersamanya dan saat melihatnya tersenyum,ketawa dan menangis tidak dapat ditukar ganti dengan apa sekalipun.

Syukur Alhamdulillah.Bayi yang hidup dalam kandunganku membesar dengan sihat.Terima Kasih Ya Allah.Dari bayi yang hanya tidur dengan tenang sehingga kini sudah menjadi bayi yang yang sangat aktif dan banyak keletahnya.Rutin harian bersamanya,bermain dengannya,menjaganya demam di malam hari,menyediakan makanannya,menyusukannya,semua itu menjadi kenangan terindah buatku.Semoga bayi kami akan terus membesar dengan sihat dan gembira sehingga tahun-tahun yang seterusnya.Semoga bayi ini membesar anak yang soleh dan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.Semoga bayi ini menjadi pemimpin yang hebat dan berbakti kepada orang lain.Bayi ini InsyaAllah akan menjadi imam mengimamkan solat berjemaah kami suatu hari nanti.Amin Ya Rabbal Alamin.

Segala puji bagi Allah, yang awal tanpa yang awal sebelum-Nya,
yang akhir tanpa yang akhir sesudah-Nya.
Mahasuci AsmaNya, Mahatampak AnugrahNya.
Ya Allah. Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarganya.
Shalawat yang awalnya tidak terbatas, yang batasnya tidak berujung,
dan akhirnya tidak berhingga.
Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku,
panjangkan usianya, sehatkan badannya, akhlaknya, agamanya,
sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku,
anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.
Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu.
Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku. 
Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa,
yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu,
yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.
Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, 
berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin


Selamat Hari Lahir Sayang.

11 comments:

OneSimpleMother said...

hepi bufday adam.. may Allah bless u.. :)

Nadiah Sidek said...

happy birthday adam! :)

Nurul Izza said...

adam yang comey serta hensem dan macho, selamat hr lahir pertama kali.. eeh kedua la kan? sbb yg 1st tu dia lahir ;p

mg menjadi umat anak suami hamba yang soleh dunia akhirat. ameeen

nieda said...

happy birthday adam..

ezan said...

happy birthday adam!

ibu MZW @ farah idayu said...

happy 1st besday adam..moga membesar dgn sihat,cerdas dan jadi anak yg soleh..ameen~

Anonymous said...

semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,dikurniakan kesihatan yg baik dan menjadi anak yang cerdik serta menghormati org tua

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

semoga menjadi anak yang soleh, comey nampak gigi 2 batang tu

dear anies said...

happy birthday

Aksi-aksi terlarang @ Kuala Lumpur International Book Fair 2011

3740Journal said...

happy birthday adam!!!!

Ummi Salsabila said...

Terima kasih semua aunties yg wish birthday Adam. for all wishes and doa'.Adam sayang semua! ;)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers