ads

Friday, May 27, 2011

Borneo : Hari Keempat, Kundasang-Ranau-KK

Salam Sayang.

Sambungan discover wonders of sabah, :)

Hari keempat,17 Mei 2011, Selasa.

Waktu pagi di kundasang sangat menyamankan.Sejuk sangat.Best sangat suasana disana.Pagi ini kami nak check out J residence.Sedihnya nak kena tinggalkan tempat ini.Pagi-pagi bangun kemas barang,siap-siapkan anak-anak.Mak dan adik-adik prepare breakfast.After breakfast, pukul 7.30 pagi kami bertolak untuk ke destinasi seterusnya.

 video amatur saya di waku pagi selepas subuh.tenang je rasanya.


Korean boy :)



 Bye bye J residence dalam kenangan

 Mount kinabalu nan teguh .semalam tak nampak sebab berkabus tebal.Alhamdulillah pagi ini dapat juga melihatnya.


Destinasi seterusnya ialah ke Desa Dairy Farm, Mesilau.New Zealand malaysia.Yuran masuk ke ladang ini RM3 untuk dewasa,RM2 untuk kanak-kanak.Aufa dan Adam sangat excited tengok sapi-sapi ini.cow! cow! cow! Hehe.Waktu pemerahan susu lembu pada pukul 2-3 petang.Jadi kami datang lembu belum dilepaskan.Ada seekor dua ekor saja yang berkeliaran.Dapat anak-anak tengok dari dekat.Lembu new zealand kulitnya comel, tompok-tompok putih dan hitam.Hehe.Besar betul lembu baka ini.Kami pergi juga ke tempat pemerahan.Tetapi sayangnya, fresh milk sudah habis dijual.Tiada stok baru.Sedih dan kecewa sedikit.



Selamat datang!

Masih tersenyum walau fresh milk habis.Teringin juga nak rasa.Takpe2,kita beli kang kat petronas.Sedapkan hati.Hahaha.

Kami berlatar belakangkan mount kinabalu dan new zealand Malaysia :)

Anak anak buah hati kami

Aufa excited tengok cow.Tapi lembu-lembu banyak dalam kandang.Belum bangun lagi agaknya.Hehe.

Yang ini ada seekor berkeliaran.cantik view kat sini.hijau mata memandang.

Kemudian destinasi seterusnya, kami singgah di Hot Spring Poring.Entry fee disini dewasa RM5,kanak RM3.Tadi di atas rasa kesejukan air gunung.sekarang rasa air mata air yang dipanaskan dari perut bumi pula.Subhanallah.semuanya ciptaan Allah.Panas juga air kalau tak campurkan dengan air sejuk.Siapa tahan panas boleh lah.Kalau nak suam-suam campur air sejuk sekali.Ada dua paip untuk adjust.Kami spa kaki je.Aufa je yang mandi.Dia kan suka mandi.Pantang nampak pool.Tapi kali ni kita mandi pool semulajadi.Bagus untuk kulit lagi tau! Hehe.Selain kolam air panas, ada juga taman rama-rama, air terjun, dan Poring canopy walkaway disini.


Jambatan gantung Hot spring.Cuak juga.Acik tu cuak ke excited? Hehe

Take nothing but photographs,leave nothing but footprints

spa semulajadi

Bagus untuk kulit Aufa yang selalu ruam-ruam dan gatal-gatal

Ada jambatan in contruction.Kalau sekali datang dah siap lah jambatannya.Waterfallnya pun nampak best kan? Nak mandi kena berjalan ke atas sikit lah.Aufa pernah sekali je mandi waterfall kat Langkawi lepas.

Destinasi seterusnya kami ke Sabah Tea Plantation.Di sini kebanyakan tempat jalannya tak berturap seperti di desa dairy farm dan sabah tea palntation ini.gigih jugaklah proton saga kami.Kalau naik fwd 4wd memang sedap lah kat sini.Besar juga ladang tehnya tapi rasanya Cameron highland teh lagi cantik kot.Kami minum dan makan-makan di cafe sambil menikmati permandangan ladang teh.Sedap ice lemon tea sabahnya.Sluuurrppp! Kemudian kami shopping teh sabah sebagai buah tangan.

Ladang Teh Sabah

Di cafe Tea Sabah

Happy!


Dah shopping teh.jom balik!

Selepas itu kami bertolak balik ke kota kinabalu.Kami ikut jalan tamburan.Saja mahu ikut jalan lain.Rupanya jalan Tamburan sangat sunyi dan kondusi jalannya agak teruk.Dari mahu cepat jadi lambat juga kerana tak boleh bawa laju dan  lebih berhati-hati.Ada lah terjumpa satu dua kelompok  rumah penduduk.Malah,tiada tempat berhenti mahupun pekan, restoran atau stesen minyak.Nasib baik minyak masih ada.Semasa di hujung perjalanan baru ada kereta di belakang kami.

Sampai di KK, kami singgah ke One borneo shopping mall untuk makan.Adik saya kata macam sunway piramid.Saya rasa macam midvalley.Ada juga hotel borneo dan tune hotel disini.Kami tak shopping apa-apa.Tengok kedai-kedai sama je dengan di KL.Tinggalkan tapak kaki je.Hehe.Lepas makan,terus balik ke bandar.

Persisiran pantai Likas.Adik bongsu saya snap.Cantik!

Di One Borneo Shopping Mall


Kemudian baru kami check in hotel di bandar.Kali ini kami menginap di le hotel.Di tengah bandar juga tapi hotel ini di dalam shopping mall,Warisan square.Kos semalam di sini RM158 semalam.
Hotel paling mahal kami menginap di Sabah.Biliknya moden dan cantik.Tapi agak sempit lah berbanding bilik yang kami pernah stay sebelum ini.



Kemudian kami rehat-rehat, mandi dan solat.Malam keluar lagi shopping pearls.Hehe.Entry makan2 seafood dan shopping next entry lah.Kita buat special entry nanti.Banyak sangat pulak nak cerita kat sini.hehe.Malam itu, kami terjumpa dengan seorang penduduk sabah yang sangat peramah.Seorang gadis menjual air kelapa di pasar philipines.Dia rekomenkan tempat-tempat menarik yang mesti pergi..Alhamdulillah,kali ini kami terjumpa juga keramahan yang dicari di Sabah.


Kemudian kami berjalan ke Tanjung Aru beach, tapi tak nampak apa gelap gelita.Oleh kerana esok pagi kami akan pulangkan kereta sewa, mahu berjalan juga sepuasnya malam ini.Kemudian kami singgah di Perdana Park.Sangat ramai orang.Meriah.Rupanya sebab ada pertunjukan air pancut berirama.Playground pun ada.Punyalah Aufa suka.Besar pula playgroundnya.Seronok main dengan mak sunya yang sama kanak-kanak ribena.Hehe.


Kanak-kanak ribena yang sakan bermain

Comel air pancut ni menari ikut lagu.Tak percaya ce tengok video bawah ni.



Masa ambil gambar ini tengah lagu satu Malaysia.Jawabnya air pancutnya satu je sampai habis lagu.Hahaha.Lagu satu malaysia ending the show.Sabar jelah.:)

Pukul 10 malam kami balik hotel.Terus pengsan! Letih betul berjalan satu hari ni.Penat tapi seronok! Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki dariNYA.

To be continued...:)

14 comments:

munira said...

Raudhah..bestnya baca!
sungguh informative :)
kalau nak ke borneo lepas ni, just belek entri ni saja!

Ummi Eisya&Amani said...

bestnye tgk picas2 kat sini..dah beli lens baru ye..

Suziey Ahmad said...

US pegi bape hari? kami haritu sbb last day kt kundasang so xsempat nk singgah hot spring n tea garden..huhu..rugi plak rasa..xpe la lenkali je pegi lagi..skang tambang murah :)

mamawana said...

Assalam,

Whoaaah.. bestnyer gi Kundasang. Nak gi gak... Nak tengok Mt Kinabalu, ladang aplle dan kedinginan cuaca Kundasang... Mimpi dulu laah nanti baru gi... ihiiikss

Pls do visit my other blog

http://lautkasih.blogspot.com/2011/05/jalan-jalan-cuci-mata-tukar-angin-amik.html

Fafau de Craft ( Zana ) said...

wowww..bestnya vacation nie..thanks for sharing...bnyk info dpt dr u!teringin nk pegi...

SemuaTentangKita said...

bestnyer...tapi saya tetap suka gambar yang paling atas tu. Adam comel giler..

OneSimpleMother said...

ye betulla.. byk info pasal sabah dalam entri cuti2 sabah ummi salsabila ni. masa akak pegi tak jumpa pulak tempat2 ni.. ruginya.. tapi masa pegi ritu pun sebab ada benda lain yg nak disetelkan jadi makan angin kira nombor dua. hehehe.. bestnya especially kat dairy farm tu. rasa macam nak pegi lagi jer.. hasben akak ni memang obses haiwan ternakan macam lembu.. kambing... :)

Unknown said...

cantiknya pemandangan..cam tipu je kan...ish ish..kalau da pegi baru rasa tak tipu :P

e.l.i.z.@ said...

syioknya...eli xpenah lg sampai sabah

Nurul Izza said...

wahh bestnye.. mcm dok aussie n Nz plak kan? nampak akak cumil la.. pipi tembam tapi seriusly cumil~~!

p.s: korean boy makin ensem tapi susut sket.xpe, still ensem.

p.s: bl bc entry ni tetiba terasa nak pi borneo skg jugak! balik nntlaaaaaa nk cuti2..=))

Ummi Salsabila said...

kak munira : ok :)
sebelum sy pergi bercuti,sy pun refer entry org lain.yg penting dpt berkongsi :)

Ummi eisya : thanks.biasa je gambar.guna mode auto je banyak.bantai je.hehe.

kak suziey : sabah kalo seminggu pun cukup kak.byk sgt tempat menarik.sabah pun luas.boleh pergi lg next trip :)

Ummi Salsabila said...

mamawana : wslm, dah ok yer blog akak.nnt sy terjah k.:)

zana : ur welcome.sharing is caring:)

mrsharis : wah, peminat setia adam nih.hehe

Ummi Salsabila said...

one simple mother : pegi jgn xpegi kak.hehe.ajak husband akak,airasia tgh sale tu.desa dairy farm mmg best.suasananya damai je.lembunya pun comel2.hehe.ayat menggoda betul :)

Rai : betul,bila tgk sendiri baru feeling.baru percaya.hehe

eliza : syiok! nanti pi lah.:)

Izza : mcm aussie kan? ala..my dream place tu,aussie.huhu.akak berangan dulu.ni dpt bercuti sabah pun Alhamdulillah kan.:)

Anonymous said...

salam kak..nk tny jarak dr J Residence ke Desa Dairy Farm tu brape km eh?agak2 brape minit nk smpai?


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers