ads

Thursday, May 26, 2011

Borneo : Hari Ketiga, KK- Kinabalu-Kundasang

Hari Ketiga : 16 Mei 2011, Isnin

Selepas sarapan.Kami check out dari hotel.Pada hari ini kami mulakan perjalanan dari bandar ke puncak pula.Ternyata Sabah banyak tempat menarik dan indah untuk diterokai.Sebab itu Sabah diberi gelaran, awesomest from mountain high to ocean deep.Kami sewa kereta untuk perjalanan jauh.Kami sewa proton saga untuk RM150 sehari.Pukul 9 pagi kami bertolak.Jarak dari bandar kota kinabalu ke kundasang ialah 100km.Sepanjang perjalanan dari bandar ke Likas meyusuri tepi laut.Cantik sungguh permandangan laut nan biru.Sepanjang jalan,kami tersenyum dengan nama nama tempat,antaranya bundu tuhan, mengemlembu dan sebagainya.Jalan ke kinabalu park tak sempit dan pusing2 sangat macam ke cameron highland.

Perjalanan memakan masa 1 jam 45 minit untuk sampai ke atas.Kemudian kami check in J.residence hotel.Kos semalam di sini RM80 saja semalam.Berbaloi-baloi.Biliknya luas.Budak-budak siap boleh lari2 pusing2 dlm tu.Boleh muat solat berjemaah satu family juga.Decorationnya moden, lengkap dengan tv dan hot shower.Tapi tak ada aircond sebab cuaca sini dah sejuk.Airnya jangan cakaplah.sejuknya Ya Allah.Toiletnya pun style separuh open.bawah batu,atas kaca.exotic betul.baru rasa dikelilingi alam flora! Hotel ini hanya 300 meter jaraknya dari Mount Kinabalu Park.Hotel ini di kaki bukit dan dikelilingi suasana flora dan fauna.Suasana di atas sangat tenang dan cuaca nyaman betul.Suka sangat! Saya suka tempat sejuk.Damainya.

Bilik bilik kami.Mula2 dapat jauh2.At last,nasib baik dapat juga sebelah-sebelah.Tepi tu balcony, tempat makan dan masak-masak.

 Rumah kaca kami.Hehe

 katil double dan single.

 permandangan dari balcony

Hotel ini tiada restoran.Kalau nak makan kena keluar, ada restoran berhampiran.Di Kinabalu park pun ada restoran.Untuk makan tengahari kami makan bekalan makanan telah dibawa.Hotel juga ada sediakan dapur untuk memasak.tempat untuk BBQ  pun ada dengan sewa sebanyak RM30.Rugi pula rasanya tak beli seafood di pasar sebelum naik puncak.Kalau tak,dapat makan BBQ dalam sejuk2 ni.

 menjamu mata di balcony.:)

 Best! Aufa dan Adam masing-masing ada babysitter.thanks acik and nenek.:) Nampak tak rumah batu kat bawah tu, tu villa.ada sebiji je.sewanya agak mahal semalam.ada tiga bilik di dalamnya.Kalau ramai rombongannya mungkin sesuai.

Selepas zohor, kami ke kinabalu park.Masa itu sudah mula berkabus.Kinabalu park is known as Malaysia's First World Heritage Site.Kami ambil gambar kenangan dan menikmati keindahan alam semulajadi.Semuanya hijau dilitupi kabus tompok tompok putih.Subhanallah,indahnya permandangan.Alhamdulillah,bersyukur dapat melihat sendiri permandangan indah ini.

Kemudian kami masuk berkereta ke dalam taman yang dikelilingi hutan dan pelbagai tumbuhan hijau.Kinabalu park dikatakan mempunyai kumpulan flora paling terbanyak di dunia.Di dalam kinabalu park juga ada chalet,restoran dan tempat pameran.Kami ke timpohon view naik puncak dalam 4km di kinabalu park untuk tgk view dr atas.Tapi sayang,waktu itu sudah berkabus tebal.Tak nampak permandangan dari atas.Semuanya jadi putih.

Bergambar Signboard sebagai kenangan.Tapi tak penuh pula.

 Me and hubby

 bersama Mak dan adik-adik

 Dah berkabus.nampak mcm mendung.sejukkkkk..

kinabalu park

 Birthday boy yang diraikan.ummi taught its cool to  celebrate my birthday at the hill :)

 Di timpohon view.Budak excited yang kebal sejuk.
 
Kemudian kami ke kundasang.Hanya 6km dari kinabalu park.Abi memandu dengan perlahan ketika kabus sangat tebal ketika ini.Berdebar-debar juga hanya nampak  line putih di jalan raya.Alhamdulillah,kami sampai ke pekan kundasang.Hujan turun rintik.Jadi kami tidak turun ke War memorial di Kundasang.Kemudian,kami  gerai gerai sayuran tepi jalan hanya 100m dari pekan.sayur-sayuran segar-segar sama seperti di cameron highland.Kemudian kami cari kedai runcit di pekan kundasang untuk masak makan malam nanti.Jangan bayang pekannya sama seperti disini.Pekannya kecil dan masih membangun.Kedai tak ada banyak pilihan.Jadi belilah apa yg ada.


 Perkampungan di kundasang
 
 Gerai gerai sayuran dan hasil keluaran penduduk

 Starwberri kundasang

 fresh flower pun ada

kundasang war memorial.amik gambar jadi lah.Kira aci lah kan.Hehe.

Waktu ini pukul 6.30 petang.Dah mula gelap.


Malamnya cuaca sangat sejuk.Semua dah kesejukan kecuali si Aufa.Dia kan tak suka panas.Dia relax je.Tidur pun tak nak selimut.malam tu sejuk rasanya dalam 20 celcius camtu.Air pun sgt sejuk macam air batu.Menggigil.Hehe.Volume air shower tak boleh buka dengan kuat kerana water heater pun tak boleh nak beat kesejukan air gunung di sana.Hehe.Bila keluar bilik.lagi sangat sejuk.Jadi kami dinner di dalam bilik.kami makan roti,nasi bersama sambal sardin,sambal ikan bilis,sup sayur dan cendawan kundasang dan telur.Adik-adik saya masak.Rajin- rajin anak dara pak sahak tau! Buah-buahan kundasang juga tak dilupa.Sedap juga.Lagi sedap dimakan panas2 dan secara berjemaah.Hehe.Alhamdulillah.

Di sini siaran tv tak dapat.Kami menonton VCD movie di waktu malam.Syok juga kan.Kemudian tidur esok kena bangun cepat.sini subuh kan awal.Pukul 4.40pagi  dah masuk subuh.Mata pun kena train ikut waktu di sini.Hehe.Anyway,menginap dan bermalam di kundasang ini paling best kami rasa selama di Sabah kerana udara,cuaca dan suasana yang nyaman dan permandangannya yang sedap mata memandang.Besttttttt!

Boleh baca juga entry adik saya, Payha :)

Ok,sambung lagi esok perjalanan kami di Sabah.Esok lebih banyak tempat kami singgah.To be continued...:)

p/s: gambar banyak.yang lain nanti upload dlm facebook.

12 comments:

Ummi Eisya&Amani said...

US,g sana sewa keta tak..berapa satu hari..

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

bestnya us..
family hb pun cadang2 nak ajak pi sabah.. boleh refer trip us nih..

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

wah bestnya cantik2 gambo tu....biler la turn kita nak sampai sana ek?still pakai palace vacation club tu ke?

Ummi Salsabila said...

ummi eisya : sewa.proton saga sehari RM150.

yanadzul : boleh2.my pleasure.:)

anje : lps ni boleh lah anje ke sana pulak.oh,yg ni tak pki palace vacation club tu..:)

SemuaTentangKita said...

kak,next time klu gi lagi jgn lupa tau masuk dalam war memorial tu. Memang cantik sangat2..cam kat obesi kekdahyer ;) Memang sesuai untuk amik gambar..

ibundo said...

salam,
cantik dan kelihatan nyaman tempat ni. Berapa jauh kinabalu park ini dari kk? Bulan julai nanti insyaallah ke KK dan teringin juga ke sini.

Rucci Modisch said...

ok besh..i pon da update..by the way the pics are same!haha

Ummi Salsabila said...

mrsharis : ala yeke..ruginya tak singgah.bila lah nak pi sabah lg nih.hehe

kak pah : jarak dr kk ke kinabalu park dlm 100km.perjalanan mkn masa dlm 2jam.selamat bercuti kak pah! :)

payha : ok2.i dah baca.best2!

e.l.i.z.@ said...

wahh p ngan mak skali..syioknyeeeeeeee

Ummi Salsabila said...

eliza : aah,dgn mak dan adik2.ramai2 lg syiokkk...:)

~dYaHaHa~ said...

salam sis, try tengok website J.residence, mahal pulak harganya. RM138/nite..xdpt RM80 mcm sis dapat..da naik harga ke agaknya ya?

Ummi Salsabila said...

dyaHaha : Oh,dah naik la agaknya.saya pergi 80 je per nite.ke sebab peak season?


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers