ads

Wednesday, May 25, 2011

Borneo : Hari Kedua, Pulau Manukan

Salam sayang.Sambungan entry lepas..

Hari kedua : 15 May 2011, Ahad.

Perjalanan kami bermula di negeri yang dikenali sebagai Negeri di bawah bayu ini.

Selepas sarapan.Kami bersiap dengan sedikit bekalan makanan dan baju untuk ke pulau.Siap-siap sapu sunblock SPF50 sebelum bertolak.Pukul 9 kami ke Jesselton Point dengan teksi dikenakan bayaran RM10.Dekat saja dengan bandar.Sampai di Jesselton Point suka sangat dengan suasana dan kemeriahan jetinya.Jeti yang paling cantik pernah pergi seumur hidup.Hehe.Terdapat juga gambar gambar sejarah jeti Jesselton dari dulu hingga sekarang.Makin lama makin membangun.

Kami terus ke kaunter syarikat pelancongan untuk membeli tiket bot.Banyak pilihan.Semuanya berebut untuk menarik pelanggan.Kami memilih syarikat Beach Bums Borneo.Alhamdulillah,perkhidmatannya bagus.Kami memilih ke Pulau Manukan saja kerana mahu menghabiskan masa di satu tempat saja.Pulau Manukan adalah salah satu pulau yang terdapat di dalam Tunku Abdul Rahman Marine Park, selain Pulau Mamutik, Pulau Sapi, Pulau Sulug dan Pulau Gaya.

Pulau Gaya dan Manukan antara pulau terbesar dari yang lain.Malah,terdapat juga resort di dua pulau tersebut.Kami ada bertanya harga semalam menetap di Manukan.Mahalnya.semalam RM1200.Di pulau gaya pula,ada gayana resort.Penginapan yang ada ialah villa-villa di atas air laut yang biru.Harga semalam pun seribu ke atas.Pengsan! Telan air liur mendengarnya.Hehe.


Untuk ke Pulau Manukan,menaiki bot selama 15minit.Tambang bot yang dikenakan sebanyak RM17 (termasuk insuran) dan cukai kerajaan RM7.20 seorang.Sampai di pulau pula dikenakan 'island tax' sebagai RM3 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.Untuk pulang ke Jesselton semula,kami perlu menetap waktu untuk balik dengan staff yang standby di pulau manukan sendiri.Waktu balik selewat-lewatnya pukul 5 petang.

Adam di atas bot.Dia takut bila bot mula memecut laju.Buat muka cuak.Kelakar.Hehe.Tak lama pastu tutup mata je sampai ke Pulau.

 Aufa pula excited dan seronok bila bot memecut.siap menjerit-menjerit gembira.Bila ditanya,mana lagi best? naik airplane ke naik bot? Aufa jawab,naik bot! Siap tunjuk best lagi! Hehe.

 Perjalanan ke Manukan.Subhanllah.Air lautnya jernih biru.Indahnya ciptaan Allah.


Sudah sampai di jeti manukan.Terpegun dengan air laut yang hijau,jernih dan tenang.Jatuh cinta!

Di bawah jeti banyak ikan kecil kecil bewarna warni seakan menyambut kedatangan kami.Airnya sangat jernih.Boleh kelihatan juga batu karang di dasarnya.

 Aktiviti seterusnya ialah mandi.Yeay! Budak kecik ni paling happy.aufa dah tak takut ombak.Dia enjoy mandi.Siap nak ketengah laut lagi.Berani sangat pulak dah! Hehe.Mak cik dan mak su Aufa yang lama melayan dia mandi.

Adam pula masih takut di dalam pelukan nenda tersayang.Lebih lagi bila ombak memukul manja.Dia menangis.Ummi gelakkan bila tengok muka takut dia.Hehe.Adam mandi sekejap saja.


 Yeay! We are here.Berendam air laut nan biru dan indah bersama- sama.:)

Kenangan di Jeti Manukan.Pasirnya putih,lautnya biru.Angin sepoi sepoi bahasa.Saya rindukannya.

Ketika ini kami sedang menunggu bot untuk parasailing.Mak dan adik bongsu tolong jaga anak-anak.Kami nak terbang berdua! Hihi.

Waktu percutian kami bukan cuti umum.Jadi banyak pengunjung dari kalangan pelancong luar negara.Pelbagai rupa.Kita terpegun dgn dorang.Dorang terpegun tengok kita.Lain dari lain kan? Hehe.Paling comel ialah pengunjung dari korea.Hehe.


Pengalaman seumur hidup kami naik parasailing.Naik Paraisaling dikenakan RM80 seorang.Beritahu mereka semasa membeli tiket bot.Mereka akan tetapkan masa untuk kita.Pengalaman berharga kami berdua.Pada mulanya saya berdebar-debar.Bila terbang tinggi.Subhanallah cantik betul permandangan dari atas.Air laut nampak kehijauan dari atas.Subhanallah.Yang part paling saya cuak bila abang bot sengajakan jatuhkan kami ke dasar supaya lebih seronok.sepatutnya kaki kena turun ke bawah sentuh air.Tapi saya takut kalau ada ikan jaws makan kaki saya.Haha.ada ke jaws? Haha.

Comel smiley parachute kami kan? Anyway,berbaloi baloi sangat pengalaman terbang berdua selama 15 minit ini.Thanks to Kak ayin for sharing about parasailing.Bak kata kak ayin, The things I must do before I die! Kak ayin lagi berani naik sorang-sorang.Ini berdua pun dah rasa cuak.Hehe.Thanks to my sis for freezing this moment! tenkiu jd tukang amik gambar kami.hehe.

Dapat honeymoon romantika kejap.Thanks Mak tolong jaga budak-budak.:)

 Yang ini pantai di sebelah kanan.Kami mandi di sebelah kiri jeti.Persisiran pantai sebelah sini lebih luas.

Kemudian kami makan.Kami ada bawa bekalan.Mak ada juga membeli makanan di cafe di pulau.Kemudahan yang disediakan ialah restoran,surau dan toilet.Lepas makan,mandi sekejap.Kemudian hujan turun sekejap.Kami bersihkan diri.Solat.dan berkemas untuk pulang.

Bye bye Manukan.Terima kasih Allah.Dunia ini teramat indaah hasil tangan Mu yang Maha agung.Kami bawa pulang gambar untuk kenangan indah di sini.:)

Kami pulang dengan gembira! Sementara tunggu bot.Kami beri ikan ikan di jeti makan roti.Jinak jinak ikannya.Berkumpul berebut rebut roti.Aufa dan adam ikut sama teruja tengok, fish fish fish!

Sampai di Jesselton Point.Kami minum petang sambil menikmati pemandangan indah.Banyak kedai kedai kecil.Suasana di jeti mengingatkan saya siri awan dania, dania bersama akmal di australia.mereka makan di tepi laut.sama seperti jeti ini.wah,saya sudah berangan tentang Aussie pula! Hehehe

Saya akhiri entry ini, dengan video hasil usaha adik saya, Payha.Thanks dear.We had such a great times  and wonderful memories together! Alhamdulillah.Thank you Allah.


To be continued..:)

20 comments:

Ummi Eisya&Amani said...

bestnye.tu dulu tempat daku pergi masa honeymoon..bestkan tempat tu..rindu nak g situ lagi..

US,senang tak bwk budak2 kecik kat situ..bagi la tips skit..mcm nak bwk amani ngan eisya je kat situ..

SemuaTentangKita said...

diorg kata pulau sapi lg best dari manukan..
tak pernah try pun parasailing tu..walaupun sy org sana..huhu
(-_-)

Pija Madzlan said...

Bestnya tengok :))

Suziey Ahmad said...

weeeee bestnyeeee manukan..hehe..teringat masa pegi sabah dulu..hehe..

Lynn Huraiza said...

manukan memang best...lynn pun tak sabar nak pergi sana lagi...

Ummi Hanie said...

salam Odah ,

wah bestnyeee holiday walaupun sekejap kan ... hanie xsampai lg pulau2 di sabah...next trip kami ke Sarawak...xtahulah ape cerita menarik d sana nnti... :)

Nadiah Sidek said...

akak pergi jgk pulau manukan! cantik sgt, kan? pulau tu je yg sempat pergi. pulau2 lain tak sempat la..huhu..

yatie chomeyl said...

sian adam takut air ye .. nampak sgt dia takut, pejam mata rapat2 tu

nieda said...

subhanallah, cantik tempat ni..kalau pergi Sabah blog umi salsabila jadi rujukan saya lah

Nobita Sensei said...

wow! cantiknya laut!

Ummi Salsabila said...

Ummi eisya : ok,nnt sy share tips bwk anak2 bercuti yer..Insy :)

mrs haris : sy pergi juga pulau sapi ms last day di sabah.pulau sapi best sbb ada BBq kot.:)

sitisifir : best.semuanya indah kan.Subhanallah.

Ummi Salsabila said...

kak suziey : wee best! hehe.thanks kak byk refer akak jugak.:)

lynn : best kan? tp org kata sipadan lg cantik.teringin juga :)

hanie : nanti bwk anak2 bercuti ke sabah.byk tmpt menaik.

Ummi Salsabila said...

Kak nad : cantik sgt.odah pergi manukan dan sapi je smpt.:)

tyatie : aah,kesian.peluk je kuat2.dia diam je.hehe.

nieda : thanks.terharu pula.gembira dpt berkongsi dgn yg lain juga.:p

Unknown said...

subhanallah..cantiknya pulau manukan.. bila agaknya boleh sampai ke sana...

isabelle said...

syoknyaaa..
bila la nak pi ke sana pulak?haihhh

btw, i suka gmbr first tu...dgn pipi labuh nye.hehe

kurus said...

seronoknyaaaaaa prasilling tuu .. teruja pulak akak tgk nie .. huhuhu nak jugak merasa ..

cantikknya permandangan pulau nie kan .. sungguh ! indah ciptaannya .. x dpt bayangkan bagaimana keindahan ini hilang sekelip mata , subhanallah ..

ada plan nak ke sabah nie .. nanti leh tanya adik lagi :))

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

wah bestnya cantik pemandangan pantai dia

Ummi Salsabila said...

Rai : insy..satu ahri nnt awk boleh pergi juga.:)

issabelle : pergi jgn xpergi.hihi.pipi labuh tu yg mahal kan.hehe

ieda : boleh kak.kongsi sama2 apa yg tahu je.best kak.pergi cuti2 ke sabah mmg puas hati.

anje : cantik kan.kalo tgk live.speechless.terkaget kejap.:p

e.l.i.z.@ said...

ya allah rindunya pulau..especially tgk laut hijau nampak ikan tuhhhh

Ummi Salsabila said...

eliza : cantik kan.air lautnya sgt jernih tau! sgt cantik! :)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers