Salam Sayang.Bismillahirahmannirrahim.Sebelum saya hilang keterujaan untuk berkongsi tentang Sabah.Baik saya mulakan dengan cepat. Cerita bercuti Langkawi pun saya tak habis update di sini.Tak dapat dapat baca bila dah tua nanti.Hehe.
Jika tanya pada Aufa tentang percutian di Sabah.Nampaknya sekarang dia sudah boleh bercerita kepada orang lain.Sekarang dia sudah memahami.Sudah pandai meluahkan ekspresi dan rasa.Kelakar dan seronok mendengarnya.Hehe.Jommmm.start cerita tentang our journey! Seminggu punya cerita.larat ke nak habiskan nih! Hehehe.
Hari Pertama : 14 May 2011, Sabtu.
Beberapa bulan lepas kami merancang untuk bercuti.Ummi sudah senaraikan tempat-tempat yang teringin pergi kepada Abi sebagai cadangan.Nampaknya Abi lebih cenderung memilih untuk ke Sabah.Sabah memang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya.Kebetulan Mak yang baru pulang lawatan kerja di Sabah, dengar ceritanya menambahkan keterujaan kami untuk ke sana.Jadi Mak juga mahu ikut bercuti kerana tidak puas ke sana pada bulan Mac lepas.
Jadi kami memilih tarikh yang sesuai untuk membeli tiket.Kami pergi seminggu.Pergi sabtu balik pada hari jumaat.Tetapi nampaknya bukan rezeki kami.Sesudah kami membeli tiket, esoknya Air Asia membuat promosi penerbangan murah ke Sabah! Terkejut.Kecewa sedikit.Tipis saja.Jika dapat harga tiket promosi tersebut,mungkin harga separuh lebih murah.Terpaksa pasrah.Tiada rezeki di situ.
Mak dan dua adik ikut kami bercuti disamping dapat tolong menjaga Aufa dan Adam.Seronok dapat bercuti dengan orang-orang tersayang.Kami sampai ke LCCT pada pukul 1.30 petang.Penerbangan pukul 2.15 petang.Aufa lah paling teruja.Asyik ulang cakap mahu naik airplane.Selagi belum menjejak kaki di dalam airplane.Selagi itu dia bercakap.Bila masuk dalam airplane terus dia tersenyum gembira.Puas hati agaknya.Aufa curious.Aufa banyak bertanya sekarang.Kalah mencabar nak jawab soalan exam bila menjawab pertanyaan-pertanyaan anak.Bila flight balik,cuaca agak buruk.Ada sekali terasa airplane bergegar.Aufa ada bagitahu.Dia takut.Malah,dia bercerita dengan atuknya.Aufa naik airplane,terbang tinggi.Tapi aufa takut.Hehe.
Adam pula masih belum mengerti apa-apa.semasa awal penerbangan mereka agak meragam.Tidak lama kemudian terus tertidur sehingga sampai.Kami sampai di Kota Kinabalu airport pada pukul 5.30 petang.
Nampak tak muka Aufa? Curious first time naik belon.:)
Masa nak landing dah.wah,dah nampak pantai dan pulau! can't wait!
Adam pula masih belum mengerti apa-apa.semasa awal penerbangan mereka agak meragam.Tidak lama kemudian terus tertidur sehingga sampai.Kami sampai di Kota Kinabalu airport pada pukul 5.30 petang.
Untuk ke bandar Kota Kinabalu, kami mengambil limosin.Sebenarnya muat jika naik teksi cuma barang kami banyak.Jadi,naik limosin ke bandar dikenakan RM42.Teksi pula RM30.Tidak jauh.Perjalanan dalam 15minit.Ramai yang memberi pendapat orang-orang Sabah peramah-peramah.Tetapi bila kami tanya driver semuanya dia tidak tahu.Sedangkan sudah 5 tahun memandu teksi. Kami belum bernasib baik agaknya.
Kami menginap di D' Borneo Hotel.Kami memilih hotel budget ini kerana lokasinya sangat dekat dengan Pasar Philipines, Pasar Kraftangan dan Shopping Mall.Di tengah bandar hanya dengan berjalan kaki untuk membeli belah dan keluar makan.Bersebelahan pula pusat informasi perlancongan Sabah.Senang untuk kami bertanya apa-apa.Biliknya pula luas,bersih dan selesa.Harga semalam,RM105 bersama sarapan pagi. Percutian kami ini kami mahu berjimat dalam kos penginapan kami..Lagipun tiket flight pun dah sampai beriban kan.Kos dah terlebih kat situ.Baik berjimat kerana misi utama kami mahu mengembara sepuasnya di bumi Sabah ini.Balik ke hotel untuk kami tidur di waktu malam saja.Kami rasa lebih baik belanjakannya untuk shopping dan makan
lubuk makanan laut
Buah mangga tu setumpuk RM10.setumpuk tu selonggoklah.Best betul pasar dorang.Setiap hari pasar malam.Setiap malam meriah.macam-macam ada.murah-murah pulak tuh!.kalau dekat.nak je borong semua! Hehe.
Aktiviti malam ini, makan malam.Kemudian berjalan cuci mata di pasar Philipines dan sekitarnya.Buat rombongan meronda kawasan je dulu.Hehe.Seronok juga tengok keadaan dan gelagat penduduk di sini.Ternyata dialek percakapan mereka lain.sabah bah...bah...semuanya ada bah! Hehe.
mak tunjuk cili kering dorang besar-besar! chuby-chubby! hehe
7 comments:
best nyer g jln2 cuci mata
Serius hot! WFTXO@#$%&*!
dalam banyak-banyak gambar tu sy paling tertarik ngan gambar yang last tu sebab TEPALING COMEL..hehe..
muah utk adam!
besarnye cili...
adam memang comeilah.. lena tido dia ye
ini yg tak sabar nk dengar cerita ke Sabah seterusnya..jgn lupa update
dah lama teringin nk gi sabah, huhu...
kalau sy ke sana mahu rambang mata tengok pearls tu semua. hehe
anies : cuci cuci mata dulu..mcm2 ado kan?
mrsharis : wah,gambar adam paling menarik eh? TQ hehe
ratu kebaya :dah letih sgt tu.tertidur akhirnya.:)
nieda : ok,will update hingga ke akhirnya.;p
mur : nnt pergi lah mur.best sgt! skang air asia tgh buat big sale tau..le dpr tiket murah! :)
Post a Comment