ads

Monday, April 5, 2010

Weeeeee...balik kampung!! Oo Oo balik kampung!!

Sabtu lepas kami balik kampung di melaka.bertolak lepas abang abis class.pegi dengan atuk,nenek,uncle and aunties aufa.konvoi dua kereta.tujuan utama kami balik sebab nak ziarah sepupu2 kami yang baru bergelar ibu dan juga bayi2 yang comel.tujuan kedua ummi nak berjumpa dengan pembantu yang dirancang akan menjaga dan mengurus ummi dan baby semasa pantang nanti.termasuklah membantu buat homechores semasa ummi pantang nanti.sekarang dia sedang menjaga 2 sepupu ummi yang sedang berpantang.camne dengan aufa? kemungkinan mak cik aufa akan jaga.kebetulan dia cuti semester.itu yang kami rancang.semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik nanti.
susah juga mahu cari confinement lady.lagi2 kat sini semuanya mahukan bayaran yang tinggi.masa pantang aufa saya mengupah orang menjaga kami dengan rm5o sehari.dah tu kerja yang dibuat tidak puas hati pula.rasa membazir saja dan serik juga.bagi saya,ia dah cukup mahal.tapi bila survey2,ada lagi company for confinemment lady yang caj lebih mahal dari itu.oleh itu,mula2 kami fikir kali ni nak berpantang sendiri di shah alam.konon mahu berdikari.tapi tak tahulah boleh ke tidak..tapi ummi tengok ada je kawan2 yang boleh berpantang sendiri tapi dengan of course banyak bantuan dari suami lah kan.tapi bila diberitahu tentang pembantu di kampung tu.alhamdulillah,bagus juga.anyway, harap2 semua urusan kami dipermudahkan nanti..amin..



ummi agak relax sebab aufa ramai yang layan dia.huhu.especially mak cik dan mak su.

puteri kesayangan kami sudah setahun 6bulan usianya.semakin bijak di mata kami.semakin petah bila berkata-kata.^_^

kami bakal berempat.InsyaAllah...

Aufa jumpa 2 babies sekali gus.mereka terlalu comel kan? geram dan tak sabar ummi dibuatnya.:)



mereka lahir jarak dalam 2 weeks je.dah macam kembar.



yang kiri namanya kasih( klasik kan namanya).yang kanan namanya khayra (sama dengan nama kawan aufa lah).anyway,congrats to kak ayin and kak dya!




k.a.m.i ! semua skali 7 orang include baby in my tummy.ada sorang my bro tak ikut balik.



bulan depan kamu akan jadi kakak.harap aufa akan sayang kat adik ok..jangan jeles dengan adik tau.dan ummi dan abi tetap sayang aufa.terlalu sayang.sayang banyak-banyak.^_^





sebelum bertolak balik,kami sempat singgah pekena asam pedas kow punya.kami ke hajjah mona asam pedas, jln kota laksamana.restoran tu dihebohkan kata sedap asam pds nya.selalu kami ke restoran asam pedas di bukit katil.tapi restoren tu buka waktu tengahari ke ptg je.restoran hajjjah mona ni buka dr pukul 5ptg smpi 5pg.memang ramai sgt orang.tapi servis mantain cepat.
kami order asam pedas ikan pari dan daging tetel.adik2 ummi dan aufa makan sate.paling terangkat asam pedas daging tetel tu.sampai licin abang makan.siap suh ummi belajar masak camni.siap bungkus bawak balik lagi.nak mkn kat rumah pula.abang kata next time nak datang makan sini lagi.hehe.
kami sampai rumah dalam 1.30am.kesian abang.penat.esok pagi kerja.thanks abang..abang layan juga kemahuan ummi sebab ummi dah tarik muncung panjang kan.hehe.i love you so much!.hehe

5 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

yeah..yeahhh..tak lama lagi aufa jadik kakak...kena panggil kakak aufa la lepas ni...hehehe

ibu_Arifa said...

comelnyer Aufa ber gaun hijau tu.. mak-mak sedara dia pun cantik2 semuanyer..

ooo..ada ker perkhdmatan gitu yer.. kat png ni hari tu ada lah kawan bgtau..makcik indon tu ambik RM500 untuk 10hari..dia dtg pagi2,, mandi baby dan mengurut ibu semua skali..tgh hari dia balik. tp min try xambik pun org tu.. sbb rasa mahal sgt..tp xsangka yer ada perkhidmatan mcm tu, ingatkan by request jer..

Ummi Eisya&Amani said...

bestnye dapat pembantu tu..brape dia cas ekh..kita pun memang nak cari pembantu mcm tu..ade ke tak,kat jb ni..

Ummi Salsabila said...

Mamasyaza>> insy..mmg kami dah panggil dia kakak.tapi sumtimes tersasul juga panggil dia baby.hehe

ibu arifa>> ada servis tu kak.nama comp tu shadira.dia wat servise provide confinemment lady yg terlatih.ni linknya http://www.shadirabeauty.com/.
kwn citer ok servisnye.memuaskan.dia stay kt umah kita.buat sume keje.dia msk pun sdp2.ada pakej2 dia.tapi mmg mahallah caj die.kn sediakan budget lebih la tuk servise tu..

Ummi eisya>> yg kami jumpa ni standard baya gaji bibikla.sebulan 600.oklah.dr nak baya beribu2 kan.hehe.insy..if bibik tu jdlah dtg sini.if tak,berpantang sdn bhd la jwbnya..:)

Hazu~ said...

ummi salsabila..

saya ada bagi awak award..
http://journey2ilahi.blogspot.com/2010/04/1st-award-beautiful-blogger.html

:)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers