ads

Wednesday, April 21, 2010

Mungkinkah ada cemburu


Bila hadirnya ahli baru dalam famili tentunya membawa kegembiraan.Tapi ummi terfikir juga bagaimana feel aufa nanti? sebagai anak sulung,adakah meraka akan faham,ada feel jeles dengan adiknya,ada insan lain yang akan diberi perhatian.sebelum ini hanya dia seorang.betulkah dia akan sayang kat adik bila adik lahir nanti?.

Kakak sayang kat adik lah ummi.selalu usap-usap perut ummi.main dengan adik.cium perut ummi.Tapi betulkah kakak faham? betulkah kakak sayang? kakak tak kacau adik ke nanti?

Pernah dengar citer ni.si anak sulung depan kita baik dan sayang je kat adik dia.tapi bila kita tinggalkan dia berduaan je.mulalah dia cubit,cucuk-cucuk adik.hehe.(mak kata saya pun pernah buat camtu kat adik-adik baru lahir.jeles.2..hehe).memang tak leh percaya kalau tinggalkan baby.

Tips supaya anak sulung akan sayangkan adik dan insyaAllah dia dapat memahami kehadiran ahli baru:


1.Hubungan sebelum kelahiran
bila baby tendang bagi reaction,bagi kakak juga rasa perut kita.bila jumpa gynae,bawa dia sekali.kalau boleh letakkan dia dekat dengan kita.(atas katil pun boleh).supaya dia boleh tengok baby masa scan dan bagi dia dengar heartbeat baby.tunjukkan juga scan photos.

2.Masa menyusu
Jauhkan diri semasa menyusu baby dalam beberapa hari.Si kakak maybe berasa cemburu bila melihat adik meyusu dlam pelukan ibu secara berterusan.kemungkinan juga si kakak akan membuat perangai ,menangis minta perhatian bila masa kita menyusukan baby.sediakan fav toys,books,or snacks berdekatan dengan kita semasa menyusukan baby..supaya dapat memujuk dia.

3.Mummy's Lilttle helper
bagi dia peluang membantu dalam memgurus baby.tolong ambilkan diaper,tolong tukar diaper,tolong sapukan lotion.tapi off course dengan pengawasan kita ya.

4.Luang masa berdua
Perlu ada special time dengannya dan kita sahaja.seperti have a bathtime together or reading book for her.Minta juga bantuan ahli keluarga lain,bila meraka datang supaya bagi extra perhatian pada si kakak.tak adalah dia terasa semua orang memberi perhatian pada adik saja.lupakan dia.

5.Rutin harian
si kakak sudah biasa dengan rutin hariannya.jika berubah sudah tentu dia akan sedih dan menyebab tantrum.Pastikan rutin masa makan,tidur,favourite aktiviti tetap dilakukan seperti sebelum ini.

6.Jangan paksa
kalau anak sulung tak nampak berminat dengan adik barunya.jangan paksa.kalau paksa dia,ia akan bertahan sekejap je.biarkan dia sayang adik from time to time.insyaAllah..


Ummi harap kakak akan syang adik nanti.jadi kakak yang baik ok.Ummi dan abi tetap sayang kakak.Terlalu sayang.muah!

6 comments:

yatie chomeyl said...

Aufa mesti syg adik nanti..aufa kan anak yg baik ;)

alinalan said...

InsyaAllah Aufa tak jeles dgn Adik, Aufa syg adik!!

No3 tuh sgt2 digalak kan. Si kakak akan berasa bangga dpt menolong ibu w/pun tak disuruh.

utk no.4 bleh tambah bed time kiss for kakak.

Dayah @ Real Ummu said...

thanks for the tips...harapnya KAkak Aufa dan KAkak Shukrina boleh jaga dna syg adik.tak jeles...

Nadiah Sidek said...

mula2 mungkin la aufa tak fhm tp lama2 insyaAllah dia fhm jgk. janji kena bg perhatian jgk kat si kakak..takde la dia jeles :)

Ummi Salsabila said...

yatie>> harap2 camtulah nanti..:)

Momma mia>> mia xjeles dgn adik kan.aufa pun kena ikut camtulah.:p
tq for add tips.

dayah>> insy..harap dorang tak buli adik.syg adik sgt2! hehe

Nadiah>> kena bg perhatian lebih kat dia kan.sian pula..huhu

Unknown said...

US,
masa aliya masih bb tak nampak sgt.. tp skrg ni sgt2 menampakkan kecemburuan.. masiing2 nak berebut ibu...


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers