ads

Friday, June 10, 2011

Borneo : Persisiran Pantai Sabah

Salam Kasih Sayang,

Bila nak habis cerita di Sabah ni.Banyak betul entry Sabah.Hehe.Ada juga yang tak sabar suruh saya sambung.Ok,ok.Pelan pelan kayuh.Ada yang sudah membuak-buak mahu terbang ke Sabah.Kasi racun lagi korang dengan entry ini.hehe.Ok,Jom kita sambung:)

Hari ke enam, 19 May 2011, Khamis.

Selepas sarapan di hotel, kami meneruskan perjalanan di bumi sabah ini.Disebabkan Chalet yang kami menginap agak jauh dari bandar.Jadi kami menyewa kereta hingga hari terakhir kami di sini.Alhamdulillah,kali ini kami dapat murah sedikit.Proton saga, RM140 sehari.Hari ini kami bercadang mahu ke semua persisiran pantai di Sabah.Saya paling suka entry ini.Sebab dapat pergi banyak pantai cantik-cantik.Saya sangat2 rindu...:(

1.Pantai Tanjung Aru

Kami singgah di Tanjung Aru Beach.Pantai ini dekat dengan bandar dan kawasan perumahan.Syok betul.Kalau dekat dengan rumah, selalu dapat mandi pantai.Tak pun buat rumah kat tepi pantai macam dalam drama korea Full House.Bestnyaaa.Berangan! hehe.Kami just singgah sekejap sahaja di sini.Ada banyak hotel berdekatan antaranya Shang Ri La Resort,Tanjung Aru.

               Waktu pagi,belum ada orang mandi manda lagi

2. Sutera Beach Resort

Kami singgah sini untuk bergambar.Cantik permandangan.Mood ala-ala di Miami.hehe.Sampai saja beli bread crumbs nak bagi ikan-ikan makan.Banyak betul ikan.Air pun jernih macam biasa.Besar kawasan resort ini.Di sini juga disediakan private bot untuk ke pulau-pulau.Caj yang dikenakan ialah RM50 seorang. Di dalam resort ini,ada beberapa hotel antara Magellan Sutera Resort.Memang taraf 5 bintang hotel-hotel di sini.Kalau duduk di sini,tak perlu lah keluar tempat lain.pusing menikmati hotel, bilik, pantai,dan pool yang disediakan.Kalau nak honeymoon sesuailah.Habiskan masa di sini saja.Hihi.

Seronok melayan ikan-ikan makan

Smile sayang!

 Sutera habour in love!


relax kejap di pantai resort.Angin pantai best!

3. Pantai karambunai

Kemudian kami ke Karambunai pula.Kak farah Sarakids cadangkan ke sana.Perjalanan dari Kota kinabalu adalah dalam 40 minit.On the way ke karambunai kami singgah di Lintas.Kelihatan pasar basah menjual ikan dan sayuran di tepi jalan raya.Ramai yang berhenti.Ikan-ikan fresh dari laut.

Kami ke nexus resort & spa Karambunai.Resort ini pun sangat luas.Bila sampai sana memang cantik sangat pantainya.Subhanallah! The most beautiful beach i've been seen! Siapa yang pernah pergi pun cakap yang sama juga.Air lautnya sama jernih seperti di pulau manukan.Pasirnya putih.Kami sampai di sini waktu tengahari,jadi tidak lah mandi.Panas terik betul ketika ini.Rugi pula rasanya.Terbayang-bayang pantainya yang sangat cantik.Kalau nak honeymoon,resort ini pun sesuai.Lagipun pantainya sangat cantik.Tak perlu ke pulau-pulau pun takpe.Mood honeymoon di sini memang terbaik lah.Abang, nanti honeymoon kita pergi sini lagi boleh tak?  Ayat kasi racun.Hihi.



 Sangat best lepak kat bawah pokok,depan pantai yang sgt cantik.angin tiup sepoi-sepoi.Rindu...:)

 Yeay! Besssstttt sangat...:)

 Pantai Karambunai nan indah

 Relax sambil makan biskut.Abi dah terlelap tu.Syok betul angin pantai! Tenang sangat...

 Special pose from aufa!

Aufa dah pandai posing sekarang.Asyik suruh ambil gambar dia.kami jalan ke pantai sekejap.Cuaca sangat panas.Aufa sempat terjatuh tersembam muka kat pasir sebab excited lari lari.hehe.Tak dapat mandi,cop muka kat pasir pun orait lah kan! Haha.


Kemudian kami bertolak ke Tuaran.Kami singgah di town tuaran.Singgah makan tengahari dan solat di masjid Tuaran.Bila kami ada penduduk di situ,apa menarik di tuaran.Yang menarik,pantai Dalit dan Taman buaya tuaran.Kami singgah kedai beli barang, ramai yang bertanya sama ada kami bekerja dan mengajar iaitu cikgu di Sabah ke.hehe,Kami jawab kami datang bercuti saja.Mereka dapat cam disebabkan percakapan kami tidak sama dengan dialek mereka.Hehe.


4. Pantai Dalit, Tuaran

Pukul 4 petang kami sampai ke Pantai Dalit di Shang Ri La Resort.Ramai penduduk yang kami temui mencadangkan kami ke sini.Persisiran pantainya sangat luas.Pasirnya putih.Tetapi sayangnya, air lautnya tidak sejernih air laut di pantai karambunai tadi.


 Shang Ri La Lobby. very nice!

 Persisiran pantai luas! Boleh main volleyball,bola sepak pun boleh.Pasirnya putih dan halus.Boleh main pasir juga.Buat castle!


 Aufa sangat seronok! Dia dah suka pantai dan laut sekarang.Siap main baling-baling pasir.Bila ajak balik,punya lah susah.Lama pujuk..Aufa,the beach girl! :)

 Adam senang mengamati struktur pasir.Dia still geli.Cool sekejap.Menangis juga lepas tu.

Selepas kami bersihkan diri.Sebelum balik,sempat tengok sunset di Pantai Dalit.Subhanallah..sungguh indah! saya terlalu rindukan tempat ini...:(

Kemudian kami bertolak balik.Jalan balik permandangan sangat indah.Hari ini hari terakhir kami dapat melihat sunset di Sabah.Langit berwarna oren.Sepanjang perjalanan, kami menikmati permandangan senja pantai dan sungai yang sangat mengagumkan.Indah sungguh bumi Sabah ini.

Sampai hotel,kami mandi, solat dan makan.Kemudian semua pengsan! Mata kami dah terikut waktu di sini.Pukul 8 atau 9 mata dah berat betul.

Ok,esok hari terakhir kami di sabah.Sedihnya nak meninggalkan sabah.dah jatuh cinta dan cinta tempat ini.ok,to be continued....:)

p/s: gambar-gambar akan diupload di facebook.:)

13 comments:

Suziey Ahmad said...

waaaaa bestnye UAS pusing 1 sabah..hehe..kami dulu ke KK jek:p cantik2 pantai kt sabah ni kan..

yatie chomeyl said...

tema pink-purple..I like ♥

isabelle said...

so far kalo pi ke sabah, sebab urusan rasmi.
next time nak kena plan yg best2 mcm ni la...ishh..tempted betul

OneSimpleMother said...

memang sangat cantiklah pantai di karambunai tu.. nak pegi jugaaaak... :)

Ummi Hanie said...

odah..panyai2 di sabah ni mmg best la kan...

hanie sampai arini terkilan xdpt pi 2 thn lepas..berkorban demi ank...tak apelah... :)

cantik2 gambo..odah maintain je sweet

Unknown said...

subhanallah..cantiknya pemandangan..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Seronoknya baca kisah pengembaraan ke sabah..hopefully saya pon dapat peluang ke sana one day

ummi_ziz said...

subhanallah, cantiknya pantai2 kt sana..bley msk list must visit place ni bila blk msia nti. hihi

tq for sharing!!

Ummi Salsabila said...

kak suziey : alhamdulillah.ada kelapangan masa.itu pun xsemua lah kak.sabah sgt besar.:)

yatie : like it too <3

issabelle : kena plan betul2.br dpt explore bumi Sabah sepuasnya.

Ummi Salsabila said...

Onesimplemother : pergi kak.Karambunai plg cantik pantainya.

Hanie : pergilah hanie tahun ke thn depan.Katanya skang airasia tgh buat sale.cepat2!

Rai : subhannallah.HIS creation :)

Ummi Salsabila said...

Ummi Aisyah : insy.dpt smpi kesana juga nnt.:)

ishamizu : yes,must visit place in malaysia.very2 welcome!

Zura said...

salam kak ummi, zura br je follow blog kak ummi ni... nak tanya, pantai karambunai tu private beach kepunyaan nexus resort ke..? klo saj2 nk pegi sana tp tk menginap kt situ boleh ker..? kot2 resort tk benarkan org luar masuk...

Ummi Salsabila said...

Zura Lee : maaf lambat reply.Boleh saja masuk,pergi ke pantai walaupun tak menginap :)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers