ads

Tuesday, March 30, 2010

Project Art : My First ABC Activity

ummi memang pening gak nak pikir apa aktiviti nak buat dgn aufa kat rumah.kesian juga kat dia.aktiviti dgn dia selalunya reading book,main toys,main masak2,layan tgk playhouse disney,pastu skang dia suka coloring book.plus,suka mengemas rumah.hehe.nak juga pikir aktiviti lain yg boleh develop mind dia.
thanks to azza.bg idea aktivities nak wat dgn toddler.rupanya byk sources kita leh cari dlm internet ni.dah sediakan mcm2.slh satunya website nih.sgt bagus.ada list of activities leh refer kat situ.
hah, ini coloring book aufa.tengoklah hasil kerja tgn aufa.hehe.priceless masterpiece!
memang main color je.color acara bebas.tak dlm line.hehe.takpelah,belum sampai milestone lagi.

So,this time nak wat activity belajar ABC.sebelum ini saya dan ummi suka nyanyi lagu ABC je.bahan2nya,ABC nih boleh print out dr link tadi.pastu,gunting,gam,poster or manila kad dan color crayon.Here we go! Alphabets project!


bila buat activity camni,parents kenalah wat sama2.kenalah rajin ye.tolong color kan juga.sebab aufa still color secara bebas kan.hehe


mulut muncung tuh.sebab saya tengah nyanyi ABC song sambil color. la la la la...
sempat rekod video aufa nyanyi.paling excited bila part 00:24.siap weeeee!!!! part funny masa 00:52 to 00:55.hehe



wah,naik atas meja lak.kusyuknya..




dah hampir siap.ummi pun seronok juga bila jadi ala-ala cikgu tadika ni.buat aktiviti budak2.haha.






pastu,kita kenalah tolong guntingkan.masa nih aufa pun nak gunting gak.dia pun nak wat jugak.tapi tak bolehla bagi.mengamuk kejap lah dia.






pastu tampal2 kat poster.masa tampal ni.kita boleh bg dia pegang gam.suh dia letak gam kat huruf yg dah tampal.pastu,kita tampalkan kat poster.masa ni aufa suka gak.dapat new word.ummi cakap gam,dia cakap dam.hehe.pastu tgn dia melekat penuh dgn gam.then,wat muka pelik.haha.

yeay! dah siap.dah tampal dalam playroom..^_^
Done the art activity! masa ni aufa dah start cranky.dah penat.aufa nak sleep lah ummi..
ok, good night..:)
ok,will update more activities later.:)

Monday, March 29, 2010

Argh..sembelit..

Beberapa hari lepas ummi mengalami masalah sembelit.masa preggy aufa dulu pun pernah kena sekali.Ya Allah,tahu jelah sakit sembelit macam mana.susahnya rasa macam nak meneran baby.huhu.berhari2 ummi usaha makan buah byk2.selagi tak 'melabur',selagi tulah perut kita sakit je kan.and alhamdulillah,skang dah ok.hehe.my fren ada suggest beli ubat di pharmacy,namanya dulcolax.sesuai untuk preggy mom.bila makan terus kita cirit berit.tapi ummi tak sempat tryla.dah berjaya 'melabur' sblm beli.hehe.so,iktibarnya kena makan buah2an and jus buah banyak2 ye ummi...^_^
ummi nak share info psl sembelit ni ketika kita mengandung :
Sukar membuang air besar sering dialami oleh ibu yang hamil. Perubahan hormon dan juga perubahan pola hidup merupakan faktor terjadinya sembelit. Pada peringkat awal, sembelit hanya membuatkan rasa tidak selesa ketika membuang air besar dan kemungkinan sakit perut atau kembung. Namun, jika ia berpanjangan dan tidak diatasi, ia mampu mengganggu metabolism badan dan mengganggu system-sistem lain dalam badan.


Jenis dan Punca

Peningkatan hormon tertentu ketika hamil

Akibatnya:-

1.Sistem saraf pembuangan akan menjadi lemah
2.Kelemahan pada otot-otot saluran pencernaan


- Makanan akan menjadi lebih lama di dalam perut sehingga ibu hamil sukar membuang air besar

- Peningkatan pengambilan zat besi yang sangat diperlukan oleh ibu hamil biasanya merupakan makanan pelengkap (supplement)

- Berat badan ibu dan janin tidak seimbang. Hal ini menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan pergerakan zat-zat makanan dalam badan

- Gerakan fizikal terbatas. Kemungkinan disebabkan kurangnya aktiviti gerakan semasa hamil

Apa yang perlu anda ketahui?

Jika anda tahu, sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir. Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.

Cara mengatasi

1.Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.
2.Amalkan pengambilan makanan berserat dan secair setiap hari.
3.Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½ hingga 2 liter sehari semalam
4.Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari
Sekiranya sembelit menyerang…

1.Banyakkan mengambil makanan berserat.
◦Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik
2.Banyakkan minum air atau jus buah-buahan
◦Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.
3.Dapatkan nasihat doktor

◦Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.
Maka, berusahalah untuk mengelakkan daripada terkena sembelit ketika hamil. Amalkan cara pemakanan yang sihat beserta pengambilan makanan pelengkap yang dibekalkan oleh doktor. Pemakanan yang seimbang ini juga amat penting bagi perkembangan bayi dalam rahim sekaligus mengelakkan penyakit kepada ibu hamil itu sendiri.Wallahualam.


Virgin Coconut Oil adalah berkesan bagi mengatasi sembelit ibu hamil.

Testimoni dari customer bila mengamalkan Vco oil :

saya dah cuba vco ni.ianya sangat bagus.dulu saya ada sembelit tapi sekarang dah ok sejak saya amal kan vco.kulit pun jadi licin.gatal-gatal seperti alergic pun dah kurang.Alhamdulilh.tapi banyakkan minum air kosong sebab ia panaskan badan.

Kenapa ia berfungsi untuk merawat sembelit, kulit gatal dan melicinkan kulit? Jom kita kaji khasiatnya.
 


KEBAIKAN VCO

  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
    Halagel Virgin Coconut oil 60 biji RM30 sahaja dan 120 biji RM45
  •  
  • Order melalui email di raudhah69@gmail.com atau PM kami di facebook SIHATCANTIKBERKAT
 Baca amalan pemakanan sunnah bagi ibu hamil di sini MAKANAN SUNNAH IBU HAMIL

Wednesday, March 24, 2010

Aufa's First Moments and Milestones

Lately, ummi tengok balik diary aufa.happy bila tengok balik. its such a wonderful memories for me. Alhamdulillah,rasa happy dan bersyukur dapat melihat sendiri all her first moments,milestones and developments.

Bila tengok balik.kelakar pun ada.semua tarikh2 keramat nak rekod.agak excitedla jadi mak orang kan.hehe.so,ummi rekod the date when the precious moment happened tapi tak delah semua sempat rakam gambar.

about baby milestone, saya bukan seorang yang obses dengannya.memang penting anak kita reach setiap milestone or development.tapi masa bila dorang reach tu tak sama.its because each baby is unique. and all babies develop at diff rates.ada yang skip.tak crawl,terus jalan.ada yang cepat dan ada yang lambat.so,don't panic if baby anda lambat.or ter'advanced'.maafkan saja bila orang lain cakap baby kita lambat,and compare with baby lain yang cepat.sebab bukan semua orang faham yang each baby is unique.^_^


Sebahagian tarikh keramat dari diari aufa.hahaha.:)
TARIKH TANGGAL PUSAT : 11/10/2008 (PADA HARI KE-7)
TARIKH CUKUR JAMBUL : 11/10/2008 (PADA HARI KE-7)
TARIKH KENDURI AQIQAH: 11/10/2008 (PADA HARI KE-7)
TARIKH BERKHATAN: 18/3/2009 (DR FADZILLAH, DEMC)
SUSU PERTAMA: ANMUM
SUSU BADAN KELUAR : 9/10/2008
BAJU PERTAMA : DUCK ANAKKU (YELLOW)
TARIKH PERTAMA SENYUM: 3/11/2008
TARIKH PERTAMA MENGAGAH: 14/12/2008
TARIKH PERTAMA KETAWA: 24/12/2008 sewaktu mak cik bermain dgnnya,tibe2 die ketawa terkekeh2.
TARIKH PERTAMA JATUH: 8/2/2008 jatuh dari sofa.salah ummi..letak baby tepi sgt.sori syg..
TARIKH PERTAMA MENGIRING: 13/2/2008 @ 4months
TARIKH PERTAMA MENIARAP: 18/3/2009 @ 5 months
TARIKH PERTAMA MERANGKAK: 3/7/2009( @ 8months)
MAKANAN PEJAL PERTAMA : PURI CARROT (1/4/2009)
BUKU PERTAMA : Babies & Barney - Hooray for Mommy!! ( ummi start read for her at 4months)
TARIKH PERTAMA DUDUK : 6/6/2009 ( @ 8months)
GIGI PERTAMA : 22/4/2008 ( Gigi bawah)
LATIHAN KE TANDAS : not yet
TARIKH PERTAMA MELAMBAI : 21/6/2009 ( @ 8months)
KASUT PERTAMA: Kasut comel warna putih reben ropol2.
TARIK PERTAMA TEPUK TANGAN : 3/5/2009 ( hari sebelum besok nyer aufa 7months)
PERKATAAN PERTAMA : ummi,nak
LANGKAH PERTAMA : 4/12/2009 (1 thn 2bulan) kenduri kahwin siti shazleen,melaka.
BERJALAN JATUH BANGUN : 6/1/2010.rumah sek 7,shah alam.
KALI PERTAMA KELUAR : Jalan Raya Aidilfitri @ NILAI (26/10/2008)
KALI PERTAMA JALAN-JALAN : The Curve.Beli stroller untuk aufa.
VACATION PERTAMA : GENTING HIGHLAND (4/1/2009- 6/1/2009)

cutenye kaki saya..

day 1.masa baru lahir ramai cakap muka saya ikut abi..

saya dah pandai ketawa bila ummi agah2 saya

first time ummi abi bawak jalan2.

nanti aufa naik kambing ni lah.^_^

first besday party saya pegi.kat sarakids.besday kakak puteri sarah.


gigi saya dah tumbuh.suke gelak2 tunjuk gigi

saya tengah belajar crawling masa ni..
dulu saya bam bam kan?


saya happy tgk brainy baby.siap clap hands..


sekarang saya dah besar.dah jalan laju.and saya akan jadi kakak long tak lama lagi.^_^

p/s: dah lama tak cuci gambar2 aufa.simpan dalam lappy je.bila pilih2 gambar2 dia.seronok tgk balik.rasa rindu sangat kat dia masa baby dulu..^_^
p/s: tahniah buat sepupu saya, kak dya & abg chad slmt melahirkan baby girl.tahniah juga buat kawan baik ummi,rodie slmt melahirkan bayi lelaki.seronoknys tgk baby2 comel.maybe sbb itu saya rindukan aufa semasa baby.:)

Tuesday, March 23, 2010

Alhamdulillah..nenek aufa sudah pulih

Alhamdulillah..aufa happy sangat..ummi pun lega dan bersyukur pada Allah.
nenek aufa sudah stabil.
terima kasih kepada semua yang mendoakan.thank you so much.
Alhamdulillah..keadaan nenek sudah sembuh.sudah boleh bangun.
tapi kandungan gula masih tinggi.so,nenek tak boleh discharge lagi..doctor kata maybe besok kot nenek dah boleh balik rumah.

ketika visit nenek di wad.aufa sempat coloring book a.k.a conteng-conteng.hehe.
nenek kata aufa clever girl..sayang nenek.^_^.
tapi aufa dapat jumpa nenek kejap je masa waktu melawat.tak boleh duduk lama-lama kat hospital.lagipun aufa suka main lari-lari pastu jerit-jerit pusing satu wad.wah,havocnye saya..haha.

adik-adikku semua bergilir-gilir jaga mak di wad

masa ni mak su and mama cik tidur kat hospital teman nenek.so,doranglah layan aufa main ke sana sini.ummi pun dah tak larat nak main kejar-kejar dengan aufa.kesian ummi asik lenguh.jalan pun terkedek-kedek.hehe.
Alhamdulillah.syukur pada ALLAH
Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan pada bonda kami
Semoga Allah sentiasa melindungi kami

Friday, March 19, 2010

Hati gundah gulana

Salam Sayang semua
sudah dua malam mak tersayang berada di wad
mak masuk wad kerana kencing manis,low blood pressure dan bacteria infection dalam darah
hati gundah gulana,risaukan keadaan mak
keadaan mak agak lemah
mak mengadu badan sakit2
doc inject cucuk sana sini
tebuk sana sini keluarkan darah kotor
mak kata badan mak rasa kejap panas,kejap sejuk
Ya Allah, sembuhkanlah mak seperti sedia kala
semalam menemani mak di wad
mengusung aufa sekali
doc nasihat baby tidak digalakkan bawa ke wad
yelah,macam2 penyakit terdedah.wad sebelah pula ada yang kena penyakit H1N1
tapi tawakal jelah.mana pula nak letak aufa ni?
terpaksalah mengusung dia sekali
Ya Allah, semoga kami dijauhkan dari penyakit2 tersebut.
macam-macam penyakit sekarang.
esok nak balik klang dan menemani mak di wad
sekarang adik dan ayah bergilir-gilir jaga mak.
kawan2 tersayang,doakan mak saya sembuh cepat ye.

Wednesday, March 17, 2010

Alahai..anak dara siapa lah ni..

Anak dara siapa lagi..anak dara ummi dan abi ni dah pandai melawa.pantang nampak make up set.dia pun nak pakai.nak nak nak.. bila kita nak pakaikan.dia pun nak pakai sendiri.tengoklah aksi anak dara ummi make up.tak tahan..layan jelah anak dara ummi ni.hehe.

aufa dah ready nak wat makeover ni..hehe.
putih melepak2 jadinya.

pakai lip gloss dulu.if ada maskara lg best ni.bg melentik eyelashes i yg panjang nih!hehe.



bibir kena muncungkan camni ye.. alo lo lo.bibir kecik je.hehe.

amacam..cantik tak aufa? haha.macam-macamlah anak ummi ni.;p

Monday, March 15, 2010

World of Pregnancy : Checklist for baby and mommy

Salam sayang semua.
saya dah masuk 32 weeks.dah kena lengkapkan barang-barang2 persiapan for baby dan umminya.Alhamdulillah,barang2 baby almost dah setel.ummi punye je belum complete.hehe.anyway,perasaan berdebar- debar dan takut pastinya ada.walaupun bukan kali pertama melaluinya.mestilah cuak kan.hehe.tapi rasa tak sabar nak jumpa baby pun ada.insyaAllah.doakan kami selamat ye.

ok,nak sharing the checklist.

CHECKLIST FOR BABY:


1. Baju tidur/Harian (long sleeve,long pant,romper)- newborn,0-3months
2. Cap, Booties & Mittens
3. Blanket
4. Baby Towel
5. Small Towel
6. Kain lampin
7. Changing Mat
8. Baby swaddle
9. Barut
10. Diapers newborn
11. Baby wipes
12. Bath set/baby care set
13. Berus botol susu
14. Baby Bath tub
15. Diapers Newborn
16. Minyak telon @ yu yee
17. baby cooton buds
18. Cotton balls
19. baby nail clipper
20. baby comb hair
21. Gripple water -utk elak kembung
22. Nasal aspirator - sedut mukus if kena selsema
23. Nappy rash creme
24. Detergent liquid for clean baby clothes
25. Termometer
26. Baby bag
27. Bedding set+ pillow set
28. Baby Cot
29. Milk bottle size s (anti colic & bpa free)
30. Milk bottle strellizer
31. Baby bottle warmer
32. Baby Carries
33. Car Seat
33. Stroller
34. Bouncer
35. Drawer for susun and simpan brg-brg baby

yg mommy nye pun jangan lupa.kita punya barang pun sama naik pentingnya.
ok check below :

CHECKLIST FOR MOMMY :

1. Maternity Pads
2. Nursing Bra
3. Dispossable Nursing Pad
4. Dispossable panties
5. Nipple Cream Set
6. Breast Pump & breastmilk bottle storage
7. Dettol @ Savlone utk cuci luka
8. Jeli gamat @ pati ikan haruan utk sembuhkan luka
9. Relief sore, cracked nipples associated with breastfeeding cream
10. Set Bersalin - dah survey Leesa confine set.lengkap bengkung,tungku,jamu kapsul semua ada
11. Baju yang butang kat dpn, bertujuan senang utk breastfeed @ nursing shirt
12. Minyak panas nona roguy - best minyak ini.untuk keep badan warm je.
13. Stokin
14. Nursing pillow
15. Booking bidan untuk urut
ok,later continue checklist barang-barang untuk ke hospital pula.^_^

Thursday, March 11, 2010

Pregnancy Check up & Adik Aufa

Salam sayang semua. today i am at 31 weeks and 3 days.only 60 days to go.dup dap dup dap.so excited but nervous.masuk 30 weeks ke atas ini memang mencabar.perut membesar bak juara.berjalan cepat mengah.kaki cepat lenguh.pinggang mula sakit.naik tangga pun sudah semput.duduk kena badan ke belakang.tak selesa duduk tegak lagi.bila berjalan jangan cakaplah.macam penguin.terasa semua mata tengok kita dan pastu tengok ke perut.hehe.sampai ummi cakap kat abi,kenapa semua orang tengok perut ummi je..yelah,skang perut dah terlebih interprem.hehe.
pregnancy bump at 30 weeks



semalam merupakan hari checkup baby dan saya as been appointed by demc.baby dah nak masuk 8bulan.sekejap je kan? seronok bila tiba hari buat check up.sebab dapat menjenguk baby dan mengetahui perkembangannya.pukul 9.am saya sudah sampai.nampaknya i'm the 1st patient.tapi hanya saya berdua dengan aufa.abi tidak dapat menemani kali ini.berlakulah drama di pagi hari bila aufa melalak time ummi ke toilet untuk urine test.nurse pandai pujuk dia.tak lama tangisannya.sebelum masuk jumpa gynae.ummi sempat pesan kat aufa, jangan menangis.ummi nak jumpa doc,nak cek adik.bila masuk bilik and buat scan.nasib baik dia ok.duduk diam di atas sofa.asal dia nampak ummi dekat dengan dia.ummi cakap kat dr mazita,memang camtulah anak jaga sendiri.tak boleh kena tinggal.berkepit saja.dr kata,tak pelah kalau budak jenis tak takut orang susah juga kita nak handle.

Berat ummi naik 3kg.so,dah 63kg bulan ini.hb test dan urine test pun normal.bila scan happy dapat tengok adik.hati girang gumbira.Alhamdulillah,kepala baby dah pusing bawah.dah tak breech.baby sudah membesar.berat dah 1.8kg.wah,cepatnya baby membesar.last check up 1kg je.patutlah terasa perut ummi pun membesar dengan pesat.hehe.kali ini dr mazita scan baby guna machine lain.tak tahula pe kebendenya.tapi ada dua jenis scan.ultrasound and 3d sekali.so,dapatlah teropong baby dengan jelas.hehe.muka baby tak nampak sangat sebab terlindung sedikit dengan uri.tengok heart beat,anggota badan semua.terharunya...dan bila part tut tut..kaki baby tak rapat kali ini.so,confirmlah adik aufa.....
*



*



*



*



*
it's a BOY..

nampak 'bird' dia lah.shame2la baby ni.haha
orang paling riang gumbira adalah abi lah.dapat geng.nanti ada lah geng abi pergi surau yer.insyaAllah..^_^ .doakan saya dan baby sihat dan selamat yer semua..
aufa suka juga.boleh main masak-masak dengan adik nanti.eh,ummi boboy boleh ke main masak2.hehe.



aufa nak jadi baby balik la...
anak ummi ni makin manja juga.kadang2 datang mood manja dia.mahu berdukung saja.makin mengah + semput ummi dibuatnya.tapi kesian juga.agaknya dia tahu tak lama lagi ada orang baru.kena bahagi kasih sayang dan perhatian kami untuknya.mahu manja sepuas-puasnya sekarang.ala syg busyuk2...kakak sayang, ummi & abi tetap akan sayang aufa.so much!! muah!

Wednesday, March 10, 2010

Aqiqah Dzakwan Hadi and Playing with baby Zahran

Salam Sayang semua.Dah berapa hari tak update blog ye.tidak boleh biar blog ini bersawang lama- lama.badan tak larat tak pe.blogging tetap blogging sebab jari tak lenguh bila menaip.hehe.
Baru- baru ini,aufa ziarah dan hadir ke majlis aqiqah dan cukur jambul baby dzakwan hadi.baby hadi ni anak kawan aka BFF ummi.So,tahniah kepada rizwana dan rahman for the 2nd baby..seronoknya dapat gomol dan cium newborn baby lagi.emm.wangi..yummy!! ^_^
tadaa.comelnye.pandai senyum tau.lupa pulak nak snap picture ibunya.hehe.baby hadi dah bam bam.baik je dia.aufa pun suka dapat tengok baby.dia excited point to and sebut baby baby baby..

jumpa kakak baby hadi, damia.sama tahun dengan aufa.wah,seronoknya damia dah dapat adik.tunggu turn aufa pula ye.ibu dia citer, damia tak kacau adik.pandai jaga adik lagi.^_^



Hah.ini cerita baby zahran datang rumah kita.main dengan kakak aufa.aufa dan zahran beza 5bulan je.first time jumpa zahran masa ziarah dalam pantang.kecik je dia masa kami visit dia.sekarang,dia dah bam bam sangat.so cute!!.geram tgk dia.ummi siap picit2 peluk dia.best! gebu!hehe.
zahran is 100% breasfeed baby.so,tak semestinya baby minum susu ibu kurus.zahran bam bam je.mama zahran,hanisah kata, ini pun dah turun sikit sebab dia dah aktif.susu mama zahran banyak lemak dan berkrim kot.hehe.ummi nak share entry shira sharing about breastfeeding cause underweight baby? (click kat link).lebih kurang camtulah tajuknya.entry itu tentang soal jawab bersama Dr. Balkees, paed di Hospital Pantai, Penang.thanks shira for sharing!


Gambar - gambar aufa with zahran.seronok main- main dengan zahran.hyper active juga zahran ni.mama dia pun slim dah jadinya.hehe.zahran & aufa dua2 kepala dua pusar.samalah kita!
Apa yang zahran main,semua aufa nak main juga.apa kat tangan zahran,itulah dia berkenan juga.wah,camne nak share toys dengan adik nanti ni.hehe.nampaknya kena ajar dia share barang dia pasni.



seronok ada kawan datang rumah main sama-sama.dapat socialize sikit aufa ni.if tak tengok muka ummi je hari-hari.hehe.mama nisah siap nyanyi2 lagi.best tau.asik dengar ummi nyanyi je.haha.so,mama nisah & zahran nanti datang lagi ye.^_^
p/s: kena pikir aktiviti baru untuk aufa.apa lagi ye selain coloring,reading,playing toys,tengok playhouse disney..^_^

Saturday, March 6, 2010

aufa 17months

Alhamdulillah..puteri kesayangan ummi abi dah setahun 5bulan.sekejap je masa berlalu.sekejap rasanya aufa dah besar.stretch mark kat perut ummi pun belum hilang bila preggy kan aufa.jadi huduh sungguh peyot ummi.tapi ummi tak kesah.sebab ummi dikurniakan puteri yang comel dan bijak which is our precious Salsabila Aufa.^_^
hari semakin hari aufa banyak catch up new words.bila sebut new words.kami pun excited.oo.dah pandai cakap perkataan baru ye.sungguh comel bila dia berkata2 dalam pelat2 dia.aufa new words-haush,lapa,atok,nenek,aton(cartoon),pen,yis(tulis),asyak(masak),ani(barney),asyeh (terima kasih),shot(kasut).ship(sleep),oto (kotor),amin (vitamin) .pe lagi yer? mostly kami dah paham apa dia nak,apa dia rasa.she can describe what she sees,feels, and thinks in her words.


gigi geraham aufa dah tumbuh.makin dah gigi dia.sekarang mulut pun manyak busyukla.hehe.kena berus gigi dia.sumtimes suka mengigit bahu ummi bila dukung dia.
lately,aufa susah sikit nak makan.minum susu je.bila tak nak makan.aufa buat,uwek!!...bila dia suka food tuh,she will says emmm.dap...
aufa is our good imtator in the house.tiru je apa kita buat.tiru apa je kita cakap.ummi abi berborak2.tibe2 dia sebut word yang dia dapat.gelak2 kami dibuatnya.
lately,aufa kurang tidur juga.tido sekejap2 je.malam pula selalu tidur lambat.if tak dapat bergayut dia takkan tidur.pusing sana sini.nampaknya nanti adik lahir kena share nenen dgn kakak juga lah.kakak mantain budak nenen lah.
latest favourite activities are main masak2,main cak-cak dan colouring.

oh ya,aufa dah pandai dancing dengan bergoyang dan hentak2 kakinya tau.ewah-ewah!!! ^_^



pandai melawa.ummi mekap,dia pun nak mekap.amik heel ummi,pakai pusing satu rumah.bawak beg kecil ala2 cam kita bawa handbag.amik tudung ummi dan pakai.sambil puji diri sendiri, tikkk...(cantik).haha.



manja still mantain.dia ada sensor.bila ummi tinggalkan dia sedar je.tak boleh tinggal.ikut je mana kita pegi.nak pergi toilet pun dia ikut.ummi buat homechores pun punyalah dia jeles.but,if buat kerja yang dia boleh join sekali like menyapu or lipat baju dia suka.sebab dia yang kaco kite! huhu.tak pelah,rajin juga anak ummi nak tolong ummi ye.good girl!



apa lagi ye,tu jelah ummi ingat.happy 17months laling..muahs!!! ok,aufa dah bangun.bye..have a great weekend!!!

Friday, March 5, 2010

Update Sikit

Hari ini dah 30weeks and 4 days of pregnancy.insy next week saya check up for this month.hari ini kaki rasa sakit.bila nak bergerak pun rasa sakit.malam tadi cramp lagi.kena minum susu byk2 nmpknye.saya tak suka susu.tapi terpaksalah minum.minum tambah dengan milo.skang lak musim panas kan.bila preggy lak,kita asik berpeluh,panas je.badan ni asik berkepam je baunya.
cepat lenguh skang.cepat mengah.bila buat kerja rumah yang berdiri.saya buat kejap,pastu duduk,pastu sambung balik.kerja rumah plak tak pernah habis.kemas yang bawah,tingkat atas pula sudah berhabuk2.lagi besar rumah lagi banyak space nak kena kemas.sume bilik air kena kerap dibasuh juga.kat luar,rumput pula sudah panjang.daun kering terbang dari pokok jiran bertabur kat laman kita.abi kata,tak pe byk daun kena sapu,banyak rezeki datang nnt.tak masuk lagi urusan baju,urusan dapur.aduyai..kerja rumah mmg tak pernah abis.lagi ada si kecil aufa yang suka mengemas rumah.memang susah nak kemas je rumah ni.kita kemas,dia sepahkan.kita yang penat jadinya.abi kata, aufa ni badan je kecil,tapi kuat menyepah.haha.

kdg2 abi baik hati juga tolong kemas.abi pengemas orgnya.sakit mata tgk bersepah2 or kotor.bila ummi tak larat.abi kenalah tolongkan.tapi sambil tu,mulut membebel2 juga.penatnye,sakit kakila.berpeluh2 vacuum n mengemop.ummi just jwb,camtulah kite rasa penat kemas rumah setiap hari..hehe.

urusan homechores ni kena ade timetable juga.tapi nak ikut timetable bila badan tak larat camni mmg susahlah.
oklah, just update sikit.hari ni aufa tepat 17months.da setahun 5bulan.nanti ummi update developments aufa ye.

Thursday, March 4, 2010

Baby With Eye Glasses Cutest Contest

Semangat nak bercontest telah tiba.kali ini nak join contest oleh Mummy Maria dengan tajuk Baby With Eye Glasses Cutest Contest.
Gambar yang dipertaruhkan ialah...gambar semasa di bagan lalang hari tu..^_^

Umur: 1tahun 4bulan
Tarikh Lahir: 4 Oktober 2008


Wednesday, March 3, 2010

CUTEST BABY WITH CUTE MOM by Mama Aqish

Tajuk Contest: CUTEST BABY WITH CUTE MOM by Mama_Aqish

Anjuran : Mama Aqish

Penaja: So Lovely Collection,LuvBabyFashion,dnurboutique,dnurjusmate5,dan addacutecloth.







Umur Anak: 1 tahun 4bulan
Umur Ibu: 25 Tahun


Apa yang anda tahu tentang blog mama aqish?

Blog mama aqish tentang kehidupan seharian mama aqish bersama suami dan puteri kesayangan mereka,damia nurin balqis.Mama Aqish juga selalu organise contest di blognya.
Kenapa anda suka terjah blog mama aqish?

Saya suka terjah sebab mama aqish rajin update blognya.Selain itu,sebab mama aqish selalu sharing info tentang Mega Sales dan blog tutorial di blognya.

Tuesday, March 2, 2010

Babymoon Vacation at Bagan Lalang

Location : Pantai Bagan Lalang, Sepang

Date: 25 & 26 Feb 2010

Few months ago, ada cakap dengan abi.nak pi cuti kat pantai before deliver.i need a pre-baby vacation dan relax2 dulu before sleepless night bila dapat newborn baby.kene enjoy puas2.tak lama lagi nak jadi mom & dad of two..aduh,boleh handle ke dua anak pasni.huhu..then,lately bila mak buyung ni asik emosi tak stabil je.so, kenalah bawak pi cuti cepat2 sebelum meletop.haha.

But as usual, abi tak dapat cuti lama.abi suggest ke pantai timur.yelah,beautiful beach kan.dalam hati nak juga pekena keropok lekor losong nanti.tapi abi cuti hanya sehari.apakah? hehe.even me always free but my man always busy.at last,kami ke pantai bagan lalang.dekat je.tak pelah, dapat pijak pasir pantai & layan view pantai juga.aufa pun belum pernah ke pantai lagi.

Sampai bagan lalang dah gelap.jauh ke dalam juga bagan lalang ni.dah gelap tak nampak view.perut plak dah lapar.banyak pilihan restoren seafood di sini.

murah2 seafood kat sini.order macam2 sume skali rm55 je.leh makan puas2la.

aufa pun selera makan.asik cakap,fish..dap..dap..(sedap la tu) hehe.aufa mamam ikan stim with rice and carrot juice without ice.^_^

We stayed at Hotel Seri Malaysia.sume bilik standard family room.1 king bed & 1 single bed.rm160 je per nite with breastfast for 3.bukan lama pun le duk.esok dah kena check out.hehe.macam biasa aufa duk round the room.tekan2 remote tv and main hotel phone...heyo..heyo..heyo..


ready to sleep.mintak air.nak air...haush..haush..comel bangat bila dia sebut haus tuh! suka juga aufa pakai sleepwear camni.she looks like a baby..rindunyer..



then,the next day.after check out baru kami keluar berjalan2.aufa tak sempat mandi pool.sempat pose tepi pool je.then,pi jalan2 at sepang gold coast.cantik sgt.but,still under contruction.boleh jalan2 kat entrance je.


kat depan ade garden, restoran & information services.the deco was great.so,sempatlah kami berposing2.


family potret..kat sini petang2 baru happening.we went to market tepi2 pantai.we bought tikar,pillow, some food and drinks.


first time aufa berjalan atas pasir pantai.dia tengah balance her body tuh.hehe



bestnya angin kat pantai.nyaman je.sambil tuh pekena air kelapa fresh & sejuk.slurp!!! ada juga pasar basah berdekatan.if nak beli ikan,seafod fresh pun boleh.petang2 pun dorang still berniaga.coz kat sini kedai2 makan start bukak at 3pm smpi 1am.

this time still hot nak jalan2 kat tepi pantai.so,kami cari port bawah pokok.lepak2 and relax2 sambil angin pantai tiup sepoi2.nyamannya...


excited main pasir.first time for her.benda alah tu baru beli kat market tadi.but this time kaki belum pijak pasir betul2 lagi.belum pi main air lagi.tapi nampak laut.tengok orang mandi.dia cakap air..air..andi..andi..nampak je excited..

when first time bawak aufa jalan kat pasir.dia terus peluk kita.dia geli dengan pasir kot.coz kaki mendap & lembik bila jalan.haha.


then,bila bawak ke pantai.ni lah jadinya.dia takut dengan ombak.haha.melalak sekuat hati.aduyai..puas pujuk.dia takut juga.bila ombak datang & splash terus dia takut.lawaklah kakak ni..

huhu.pose from mak buyung kat pantai ofkos wajib.pregnancy bump at 29weeks+.my tummy really rasa dah besar & ke depan.adik tgh membesar nih.

abi & aufa.look at aufa.still takut tuh.asik cakap uh..uh..uh..bila ombak datang.nak inform yg dia takut la kot.

ummi & aufa.ummi punyalah excited.aufa buat muka cuak lagi.hehe.then,sempat buat castle tuk aufa.masa tuh dia oklah duk kat pasir.but,bila ajak pi kat ombak terus nangis.
At 5pm baru kami beransur balik.masuk je kereta aufa terus pengsan.penat sangat lah tu.So,thats all our short babymoon vacation.but,hope abi dapat cuti lama2 lak pasni.tapi tak tahulah bila.abi ada plan nak bawak mandi air terjun pula.Lama kami tak pi waterfall.kat mana yg best ek? watie ada pi gak,kat kalumpang kot namanya.InsyaAllah,if ada masa nanti sampai lah.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers