ads

Monday, February 22, 2010

Antara Duit dan Masa


Kerana mencari duit,
kita terpaksa korbankan masa.
duit oh duit.kenapa manusia sangat dambakan duit?
duit adalah segala- galanya?
semuanya perlukan duit.

kita perlukan duit,
leka mencari duit
dambakan duit yang banyak
impikan rumah yang besar,kereta yang mewah
tetapi kenapa kita terpaksa korbankan masa.
biarkan perkara yang penting berlalu kerana duit
kerana duit.
kita tiada masa.
mungkin sedikit masa.
tapi sedikit masa itulah untuk dibahagikan kepada
pasangan,anak,ibu bapa,adik beradik,saudara mara dan masyarakat.
bila tidak dapat adil kerana tiada masa.
menyebabkan ramai yang berkecil hati.
kerana duit,
menyebabkan tiada hubungan sesama insan.
hilanglah kasih sayang di bumi Allah ini.

Buat apalah jika banyak duit,jika tiada masa.
Tetapi apa nasib hidup jika banyak masa,tapi tiada duit.
Indahnya hidup jika banyak duit,dan banyak juga masa.
Tetapi sudah membahagiakan jika banyak masa,tetapi sederhana harta.

jahatkah duit?
kadang2 duit menyebabkan manusia berubah,lupa diri dan bangga diri.
manusia tidak lagi berpijak dibumi yang nyata
kerana duit,manusia lupakan segalanya.
kerna duit,manusia pentingkan diri sendiri
jadikan kita materialistik
tidak boleh korban masa kepada benda lain selain yang mendatangkan duit
tiada lagi keikhlasan
nampaknya duit boleh menghancurkan.

duit banyak bukan menjamin kita bahagia di akhirat
kita tidak bawa harta ke dalam kubur
tetapi duit yang banyak boleh dijadikan sesuatu yang baik
dengan berbelanja ke jalan baik dan bersedekah
jangan kedekut memberi.jangan berkira.
kerana dengan izin Allah
bertambah lagi rezeki intuk kita.
jangan hanya memikrkan mencari duit
tetapi tangan susah untuk memberi
kerana Allah boleh menarik segalanya sekelip mata

Apa duit boleh buat,dan apa yang duit tidak boleh buat.

“Ia boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan keselamatan.
Ia boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.
Ia boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.
Ia boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan.
Ia boleh membelikan anda kedudukan, tetapi bukan penghormatan.
Ia boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan.
Ia boleh membelikan anda darah, tetapi bukan nyawa.
Ia boleh membeli harta benda,tapi bukan kasih sayang.

dan yang penting Ia boleh memberi kesenangan di dunia,tetapi belum tentu lagi di akhirat.

Maka,duit bukanlah segala-galanya..



p/s: emosi mak buyung tak stabil lagi...rasa down.layan sajalah ku berepilog..

12 comments:

Mrs. Adz said...

hihi..dalam tak ade mood tu,sempat lagi wat ni..

Nadiah Sidek said...

uik..awat ni raudhah? psl apa emo lg?

MamaDamia a.k.a Haiza said...

wah mak buyung ni berepilog plak...jangan emosi-emosi sangat yang nanti cian kat baby dalam tu tgk ummi dia asyik bad mood jek...hehehe

p/s:beria-ia emosi ni jangan2 nak dapat boboy kot

Farah said...

amboi siap berpuisi lagi..

p/s: i dah tgk dah blog baju yang u bagi tu..thanks yer!

AshAnas said...

nape odah?

Ummi Salsabila said...

Mrs Adz>> xth nak citer cmne..wat pusi jela.asal dpt luahkan..:)

Nadiah>> adalah org tu buat kite sedih..kak,xselera mkn dr smlm.byk minum air je..

Ummi Salsabila said...

Haiza>> tulah,sian bby.tp dah maknye sedih..nak wat cmne..

haiza,tu petua org2 tua2 ke?mcm btul je..

Farah>> tulah,u lyn jela eh.;p
orait,ur welcome!

Ummi Salsabila said...

Ashanas>> tgh sedih n frust with someone..:(

Momma Mia said...

Hai yang,
Ngape nih?
siapa buat ummi ni? bgtau momma!
jgn sedih2 dear!!
kene mkn yang, cian kat bbay tuh
smile plsssssss :)

nadnye said...

tapi betul lah epilog ker puisi nie, duit bukan segalanya tapi kita tetap memerlukannya
Sabarlah raudah yea.. masalah akan tetap ada..

NURUL IZZA said...

preggie woman mst emo je kan..sabar naaa

Ummi Salsabila said...

Momma Mia>> tq kak.feel better dah.:)

Kak Nad>> xthla puisi ke epilog..hehe.em,sabar2..tq kak.

izza>> tula.emo je..:(