ads

Saturday, March 28, 2009

Petua Ibu

Petua ini di email oleh mama husna, ummi nak kongsi jugak dgn mommies yg lain..

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur. Ini ada petua dari ibu saya

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2.Membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
Cubalah petua itu dan insyaAllah kesannya anda dapat lihat sendiri. Selamat mencuba...... Bertuah nya menjadi seorang ibu....



semoga aufa mjadi anak yg solehah..

2 comments:

alinalan said...

Tengkiu Ummi Salsabila. great tips!
2 thumb-up.

Ummi Salsabila said...

ur welcome! :)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers