ads

Tuesday, March 31, 2009

Memories @ 5month

Esok salsabila genap 6 bulan.alhamdulillah da besa anak ummi ni.ummi keep all the journal about you.ummi & abi would like to know more the special in you.we loving you salsabeel!. And these are memories that we won't to forget:

- da boleh dongak & angkat kepala

- da pandai meniarap

- da sunat da anak dara nih

-pandai buat reaction muka.suprise,terlopong,excited,funny,berkerut bila wat poo.(.ergghh...)

-pandai angkat kaki & hisap jari kaki (org tua2 kate nnt cepat dpt adik..???)

-suka gelak2 time mandi

-da pandai cekup benda & then masuk mulut

-da boleh grap & boleh main toys

-pandai tarik rambut ummi & cekup spect ummi dgn kuat sekali....(adeh2x sakit..)

-da pandai ajuk ummi bila ummi nyanyi & bckan buku (in her language)

-dah kenal suara ummi,menangis bila dengar suara ummi (nak ngade2 la tu)

-da pndai tgk orang.kene tinggal mnangisla.kite dtg terus ketawa..(sabo jelah)



aufa 5 month- i love her smile! budak suka sengeh nih..

dah pandai main toys


dah meniarap & guling atas katil



look, die isap kaki!


suka duduk atas encik hijau & asik pakai bj pink (ummi la asik2 pink..hihi)

p/s : to akak amirah, mak cik2 aufa, ok x? puas hati tgk gambar model kite nih.ummi dah tempek punyala byk pic aufa..
abi : jgn anak first je catat sume,amik gamba byk2..nnt bile the next2 one da xbuat camtu..
ummi: yelah,abg ingatkanlah.if ummi lupa.hihi


Monday, March 30, 2009

Food Introduction

Ummi excited nak bg baby mkn..2 days to go.jeng3x..ummi pun smgatla buat research nih.ni hasil info ummi kumpul from godeh2 internet dan baca info nestle nutrions kat demc ari tuh..all mommies,kesian ummi baru nak belajar..hehe.

1.Perkenalkan satu makanan baru setiap 4 hari or satu minggu.sbb mudah kita untuk mengenal pasti mknn yg menyebabkan bayi alergik.

2.Rebus/stim dahulu

3.kisar halus2 dan boleh campur dengan susu ibu.YUMMY!

Makanan yg tidak menyebabkan alergik dan sesuai untuk 6bulan ke atas:

beras
epal
pear
prun
carrot

Makanan yg mungkin menyebabkan alergik dan sesuai untuk 6 bulan ke atas:

gandum
pisang
jagung
kentang
ayam
daging
pumpkin
apricot
barli
soya
keledek
betik
oat
brokoli

Makanan sesuai diperkenalkan 8bulan keatas:
starwberi
blueberri
ikan
putih telur
yogurt


Makanan yg biasa mendatangkan alergik:
udang
sotong
ketam
kuning telur
kekacang


P/s: ummi sempat listkan several jek..maybe mommies len bole tlg add lg..
just want to give her the best..very excited but rs sedih juga nak bg food.hopefully aufa
xlupa dgn susu ummi,still suka susu ummi ok..still suka kepit2 dgn ummi ok..:(

ummi da shopping dah food baby.ummi beli epal,pear,prun,pumpkin,brokoli, and carrot..

abi: meriahnyer..byk betul.boleh ke baby mkn sume tuh?..

ummi:aah yek..mcm byk jer.xpela boleh ummi diet.jadi vegi jap.jg kesihatan maa..

salsabila: ummi ni mmg suka ter'hover' excited tau! :)



ummi, nak mamam..


Sunday, March 29, 2009

Gelapnya..

How was my 60 minutes earth hour last night? hehe.last nite after maghrib kami kluar jap coz ada hal.before outing ku da ready tutup lampu siap2.dipendekkan citer.ku singgah dgn satu kwsn perumahan nih.abi de keje ckit.masa tu almost 8.30pm.ku lihat ramai yg kluar rumah sambil memegang candle..de jugak 1 family yg sudah tutup lampu berchit chat dpn rumah dengan cahaya lilin.oish..so sweet..

masa tu ummi & baby dlm kete.dgr radio hot.fm.dorang pon sokong earth hour.bila 8.30pm hot.fm pun sunyi..tp radio len on jer.so,pastu kami ronda2 kwsn perumahan kat situ before balik umah.saja nak tgk suasana.ada jugak yg turn off light, ade jugak yg tak..abi kata, tu ada je yg xturn off.abi sempat lg berlawak.mana boleh ni..dorang nih x aci.kene marah dorang nih xsupport earth hour.hehe.ramai jugak yg klua lepak2 di playground & tepi tasik.

dah abis ronda..dlm 8.45pm kami smpai umah.rupa2nya our neighbours mostly tutup lampu jugak.ada jugak yg lepak2 di luar rumah dengan lilin masing2.riuh jugak.huhu.semangat jugak dorang nih.bila ku sampai rumah yg gelap.alamak,panas jugak yek.ku mahu tidokan baby.tapi baby xboleh tido.maybe panas & gelap..mmg xbese tido bergelap.pastu,ku bukakan baju baby.bila time gelap nih,nyamuk pun amik kesempatan pulak..tapi kn kuat smgat nih..huhu.abi perli ummi.uish,xpanas ke?kipas pun xnk bukak?abi kate ummi nih mmg semangat patriotik betolla..hahaha.tergelak besar ummi..

ummi jer bersemangat.abi support jugak..tapi dia mengadap PC.dia kata support jugak tapi keje kena buat jugak hehe.slama bergelap tu ummi duk mlayan baby yg da bad mood & kepanasan..ummi asyik tgk jam,tgk jiran2 di luar.lastly dpt jugak ummi tamatkan mision nih.9.30 ummi terus buka lampu,kipas & tv.fuh,lega & happynya..alhmdullilah..syukur ada letrik..xlama pastu, abi turun bwh..abi kate, da boleh bukak lampu ye?da berjaya? abi perli ummi lg..sabar jela..

p/s:

abi: mission belum tamat lg..

ummi: yelah, jgn membazir elektik lg pasni..

salsabila: betul2!!!

Saturday, March 28, 2009

Petua Ibu

Petua ini di email oleh mama husna, ummi nak kongsi jugak dgn mommies yg lain..

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur. Ini ada petua dari ibu saya

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2.Membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
Cubalah petua itu dan insyaAllah kesannya anda dapat lihat sendiri. Selamat mencuba...... Bertuah nya menjadi seorang ibu....



semoga aufa mjadi anak yg solehah..

Thursday, March 26, 2009

Denggi

Semalam petang pihak kem kesihatan dtg buat operasi 'meyembur asap' kwsn umah kami.sbb neighbour dpn umah kami da kene admit hosp coz of denggi.slalu juga ade kes kwsn nih.uish ku risau betul.mintak dijauhkan lah dr kami..skang ku mmg takut bukak tingkap.sume kututup rapat.ku pasti jua tiada air bertakung2 tu..ku takut2..
FYI,tanda-tanda demam denggi nih bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pulak demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.
Selain bole meragut nyawa kita.Denggi ni boleh downkan economy negara tau.pelancong takut dtg Malaysia.mmg bahaya betul denggi ni.sbb tula uncle kesihatan slalu dtg menyembur sana sini merata tempat.TQ uncle! :)


baby nangis, terkejut bunyi machine gun kuat sgt..

pakai mask, manyak asap busuk

ummi tahan nafas jer..


hik hik hik

Tuesday, March 24, 2009

Homeschool @ Sarakids

Ku teruja! Baru kusempat untuk meng’update’ activity weekend ku. That was a fabulous day! Mmg berbaloi ku spent time on the Homeschool Seminar organized by Sarakids on 22 march (Sun). Ku mmmg berhajat nak join homeschool seminar ni.So, bila dengar they will make just near in Shah Alam @ beautiful place, sarakids.hajatku pun tercapai.Thanks to kak farah to this opportunity.Our Speaker is Miss Fiza from littlekittle.com. She’s really great mom, unique & creative person.What make me impressed of her is she’s still young but successful.

Our module is about Intro to Homeschool and FAQ about Hs .Saya ingin mengetahui apa sebenarnya HS.mcmana HS nih,Banyak persoalan di fikiran because HS nih informal education.mmg ckp HS ramai yg tak tahu.apa tu?Homeschool?Macamna dia educate anak2 dia?

Kedatangan miss Fiza mmg dinantikan,Mamafiza banyak citer pengalaman,tips2 beliau homeschooling with her 4 kids.Bagaimana untuk kreatif dengan anak2.Bagaimana to turn benda yg negative to positive.Bagaiman untuk mendidik anak menjadi ketua yg baik,penyayang dengan adik2.Apa yang saya dapat,education not just on a paper.It’s indirect learning. Mamafiza believes that if we give fun and love to our children, education also will comes along. So,education or waktu pembelajaran anak-anak not just at school. anywhere! Bila bermain, makan, tengok TV and even shopping time!

Sebelum ni apa kita buat, kita tak sedar sebenarnya it’s wrong.apa yg saya kesalkan. Baby dia hanya tahu menangis.itulah cara dia nak bgtau feel dia.lapa ke,sakit ke, xselesa ke, mengantuk ke..jangan marah anak kita.because anak kita juga ada heart.dia juga ada feeling.mamafiza said ur kids, husband is no 1.not your jobs or other activity.jangan just lambakkkan dia dengan toys.layan dia dulu before kita wat keje kita.explain kat dia kita ada keje untuk buat.jangan kita ingat..ala..budak2..dia tahu apa..No! they have feeling too.dorang paham sgt..

Kata fiza, “bila phone ringing, tp kita sdg bersama anak, biarkan saja phone ringing. The phone can wait for you. But your children growing”.They absorb anything, everything they saw, heard and touched. Jgn sampai kita dah tua, bila kita call anak dengan rindu yang membuak2 dan kata2 “Nak.. bila nak balik rumah mak..” jawabnya “Saya sibukla mak..Tengokla nanti” Ya, kita faham tugas mereka, tp adalah lebih baik jawapan yg lain kita terima dr perkataan sibuk.now, i know how is mom's feeling,ampun mak..:)

Apa yg kukesali, ku pernah marah baby.kadang2 bila ummi bz do housekeeping, cleaning or cooking. Baby asyik menangis.tapi ummi biar kan,nak setelkan keje ummi jugak.ada juga bila da ilang kesabaran,ummi marah coz baby nangis je.xboleh ummi wat keje.tapi ummi tahu maybe baby lapar, sleepy..minta dilayan..mesti ada sebab..patutnya ummi tinggalkan dulu keje2 tu..or lyn baby dulu.sayang,ummi minta maaf ye..pas ni ummi kena jadi lebih bersabar nmpaknya.

nak tambah lagi, miss fiza kata dia xbelieve sgt kat milestone.coz it may wat kite stress.anak2 kite ade graf dorang sendiri..development sendiri.betul gak.baru2 ni.bila aufa lambat meniarap.ummi & abi jd asik risau n jd stress juga.org lain esp family asik tnya nape xmeniarap lg nih.ummi asik pk nape dia lambat.maybe baby pun phm & dia pon jd stress..as a conclusion, apa yg uumi phm, HS ni amatla luas prospectnyer.ummi ingatkan HS ni camne kita nak educate anak2 bila di rumah jer.rupa2nya..mamafiza ajar anak2 dia di rumah! x ke sekolah! mashaAllah! dia lebih hebat dr sy sangkakan.tgk anak2 dia pun smart & very fun.mmg nampak hasilnya.congrats mamafiza! :)

mummy sara & salsabila =)


me..duduk bawah.aufa dlm baby coat tuh..


relax & santai jer..

the speaker, miss fiza


working out mommies!
The CEOs

Monday, March 23, 2009

Beriku kesabaran & kekuatan..

Bila baby masuk 5bulan..my journey of breastfeeding mmg mencabar.saya masih lg direct breastfeeding.blom start pump & simpan.baby 5bulan,dia lebih kerap menyusu,cepat lapar & kerap bagun menyusu waktu malam.if dulu,just 1 or 2kali.tapi skang byk kali.not a big problem.but maybe ujian drNya to all mommies.saya tahu dia lapa.breast milk da tak cukup?risaunye masa tu.dalam fikiran saya..patutkah saya start bagi makan..doctor pesan wait till 6month.but..ada juga yg kata da boleh bg makan tu..even my parent dulu 2 month da start bg mkn..
waktu itu,saya teringat kak nurul. kenal kak nurul coz selalu read article in her blog.mmg seronok baca blog beliau & dpt byk info.saya terus email beliau & berharap akan dpt jawapan penyelesaian nih.alhamdullillah,kak nurul reply xlama pastu,this is the answer from kak nurul..
"Tahniah dpt bf baby, direct bf, sgt seronok kan. pd pandangan akak, normal bb kerap menyusu malam. ni kite panggil 'grow spout', di mana bb ngalami tumbesaran yg mmg perlukn lebih susu dr biasa. tapi xbermakna susu kite bekalkn xmencukupi. situasi tu normal, jgn cepat melatah nk beri bb makan cepat. kekerapan bb nyusu senanya bagus sbb menggalakkan n bykkan lg penghasillan susu ibu.

kena yakin susu raudhah byk n cukup tuk bb. kalau breast kite lembik, x mengeras atau membengkak xbermakna susu kite xde or kurang. normal bile da 4 bln ke atas, breast kite kurang membengkak n susu xmenitik keluar. tapi bile kite pam n baby isap, berlaku reflex let down dan susu akan keluar dgn deras masa kite pam or bb isap.
full housewife ke? w/pun full housewife bole gak pam, wat backup kalu ade pape masalah or apa2 yg tak dijangka berlaku.bak kata org sedia payung sebelum hujan :)."


Fuh,lega saya bila got the answer.no worries..coz ni la ujian breastfeeding.insyaAllah,akan kusediakan payung sebelum hujan.hope impian ku akan tercapai nnt (beli breastpump & buat stok).thanks to kak nurul (what a really nice person..).ibu yg bz dgn kerjaya,online biz & baby feez yg shomel, sempat lagi memberi advice & pertolongan to mom like me..ummi berdoa & hrp diberi kekuatan & kesabaran..ummi xnk give up lg..so,ummi kena wait baby 6 month baru le makan..ummi mmg da excited.xsabar rasanya..nak bg baby cepat besar.:) ummi da shopping bib & bekas food baby..hehe.cikit jer masa lg..coming soon..:)

Saturday, March 21, 2009

2 stories in a day!

Pada 18 mac ari tu, kami ada appointment di DEMC untuk sunatkan baby. Tiba disana pukul 2.30ptg.actually, ni 2nd time kami ke demc.1st masa injection 5bulan ari tu..so far, ok service nyer..tak lama sgt menunggu.yg paling aku suke staffnye yg friendly & ramai yg pakai tudung.mmg Islamic.majority malay.except the place agak crowded.coz patient agak ramai n demc agak sempit.dengar citer dorang tgh plan for new building.bagus gk tu..

Ptg tu appointment kami dgn Dr Fadzillah Ghazalli, pakar pendiatrik di situ.ummi suka doctor nih.dia tnya dulu bersalin & follow up dimana,umur baby & minum susu apa.ktorg ckp bg susu bdn.tapi yg interesting nya, Dr ni puji. Dia kata tu yg bagus tu!..sblum ni jupe Doctor2 lain mst tanya jugak ques tu.tp takde respon pape even tnya lg xde campor susu lain ke..

Pastu dia tnya development baby camne..ummi bgtau la bgtau belum meniarap lg.baru mengiring je.doctor kata nampak kepala & kaki baby da kuat.mulut pun bkn main riuh..hihi.tp maybe coz baby tak confident lagi.dia kate don’t worry,bg masa..doctor tny jugak sll dukung or pegang baby ke.ummi jwb aah,sll jugak.baby xsuka baring.doc kate maybe sbb tu jugak.kn biasekan baringkan dia.biar die praktis..

Pastu doctor ready to sunatkan baby.sekejap je.ummi tak berani tgk.abi yg tgk.doctor kate die gune ade needle tu for just break kan tisu kat situ.de darah sikitla.tapi baby punyalah kuat menangis..mstla sakit tu.doctor kate, pas blk bole basuh or kene air spt biasa.abi heran.tny lg bukan mcm lelaki sunat ke.terus baik je ke.haha.abg wat lawak plak.yelah,1st experience kan..doctor pesan cpt tukar pampers baby.coz de merah2 ckit..of course tujukan untuk ummi.coz abi da lama xtukar pampers baby.malu katanye caz baby girl..saba jela..huhu..so far, ok doctor tu,nice & friendly.service nurse nyer lak cpt bertindak.hehe.yelah, in bisnes kena pandai tackle customer jugak kan..bawah ni pic baby sempat main masa tunggu turn..










After that, ktorg singgah plaza massalam untuk lunch.abg singgah booth p1wmax.actually,da lama abg nak try service wmax.sbb celcom broadband sll prob asik dc je.mula2 niat nak tnya untuk mak.adik2 nak masukkan internet kat umah sg udang.tapi yg xbest wimax xde coverage lagi kat sg udang.huhu.tapi kat sek 7 ni full coverage.abg apa lg.excitedla nak on.dulu ummi xkasi coz xconfirm lg ade coverage & kena bayar 2 bil plak nnt.tp bl ummi kate ok je, abi pun trus ok je..blk tu ktorg try online.mmg laju.xde sangkut2.takde system dial up.best betul..hehe.

Malam tu, amirul ( anak buah tido umah kami sepanjang cuti sek ni) suggest tgk mummy 3 kat you tube.mmg lajula.tgh kusyuk ktorg tgk.baby ummi baringkan.dia merengek2 nak tido..tapi ummi nak abiskan tgk movie dulu.huhu..tiba2 tgh best2 amirul menjerit & pause kan movie.rupenye baby da meniarap! Haha.sian dia..org xlyn dia.tiba2 meniarap plak.bagus juga ummi xlyn dia.abi kate tadi da sunat,baru dia nak meniarap..hehe.ni gambar dia meniarap kali pertama..lama ummi tunggu..pandai anak ummi..:)








Hanisah & newborn baby

Hanisah da selamat bersalin pada 23 feb 2009.dapat baby boy.namanya muhammad zahran yg bermaksud keindahan.sepatutnya due date 4 april tapi zahran mmg nak kuar cepat.tak sabar nak tengok dunia ye.congrats to hanisah & radzlan.bahagia & bangganya menjadi ibu & ayah..:).ni pic zahran masa kami visit ari tu..dpt jugak p visit..punyala pujuk2 abg nak tgk nisah..hihi

baby zahran, cepat besar ye..boleh main dengan aufa nanti..

look, pandai senyum da...hikhik

Thursday, March 19, 2009

Baby Demam

Baru2 ni kami bawa untuk injection imunisasi untuk 5bulan. berat baby da 6.2kg.Sewaktu injection dia xmenangis tapi normally pastu dia akan demam sedikit..bila da demam, meragamla dia..xsedap bdn..menangis je..ummi bg ubat setiap 6hour.biasanye dmm die akan berbalik2.

Pastu ummi call nenek bgtau baby demam.nenek msti ingatkan tuam towel basah kat kepale & bdn baby.kn make sure bdn xpns sgt.bahaye baby if kene dmm.esoknye nenek,atuk,pak the & mak su dtg umah.kebetulan cuti sekolah.atuk dari ofis trus singgah berbuka puasa di umah aufa.ptg tu ummi bz di dapur (only that day rajin masak..lgpun ramai tolong jg baby mase tu..hihi).nenek yg mandikan aufa ptg tu.after nenek mandikan aufa, demam aufa terus surut.manjanyer..cucu ksayangan nenek ni..:)












Ummi Salsabila + Mama Husna

1 mac ari tu, ummi salsabila & mama husna visit auntie zety di sjmc. janji punya janji.dari pagi,tengahari jadi ke petang coz husband masing2 ada hal..akhirnya ada rezeki jupe jugak.:)


de mommies lak sengeh..babies muka blur jer

husna dah besa.da cerdik & da lasak.macam2 aktiviti dia buat..:)


p/s: masa ni aufa 4months and husna 9 months

Reunion Moms & Babies

Pada 29 Nov 2008, reunion and gathering kwn2 & family yg xdirancang.tapi alhamdulilah happy dpt jupe kwn2 yg lama xjupe.especially umai.xjupe sejak dr my wedding day.actually, umai & huda nak visit me and newborn baby.wana pun nak follow.msg2 bawa baby.baby pun gathering.jupe kwn2 same batch..hihi.kebetulan pula kami baru je berpindah,menyewa di shah alam.my family pun dtg coz they belum dtg umah kami lg.mak kamar and cousins pun dtg juga.at last, jadi gathering + jamuan di rumah baru.mmg riuh sgt.anyway,the day was our happy day..all in one..wishes+doa for our newborn baby and wishes for new life = hidup berdikari..insyaAllah.anyway,thanks all for coming..thanks for wishes..thanks for memories..:)


aufa,damia & husna =babies 2008


dulu pegang buku,sekarang pegang anak masing2.. :D



wana,me,umai & huda


tak cukup corum,ayah damia kejela..

atuk & nenek pun dtg



my family love aufa

Saturday, March 14, 2009

Ragam Salsabila

Saya masih teringat wajah pertama aufa ketika doctor letakkannya terus di atas dada saya.rasa lega dengan spontan saya ucapkan perkataan Sayang..cute sgt dia ketika itu.diam sahaja dan matanya terkebil2 melihat saya.comelnya dia..dalam hati berkata, inilah orang yang duduk dalam perut aku slama ni..hehe.


Aufa merupakan cucu ke-15 dalam family husband.but in my side, dialah cucu sulung family Hj Ishak & Hjh Rosnah. Mak & ayah da naik pangkat,jadi Datuk & nenek.hehe.jadi as a cucu sulung ni, aufa memang special.sume orang sayangkan dia.dia dapat banyak hadiah dan duit raya ( kebetulan pula lahir time raya).pandai aufa set time eh.hehe.murah rezeki dia.ramai dtg visit.datang beraya,tgk baby skali..yelah lgpun,cucu sulung Hj Ishak and anak sulung kami.hehe.Thanks all!



Aufa ni baby yang mesra, suke sangat senyum n peramah.die suka borak in her language n becok sungguh.ikut orang melaka kot.peramah..hehe.aufa ni memang manja.suka kan perhatian, suka dilayan, suka dipegang.tak suka di letak.bila kita tinggalkan dia,dia akan merengek dan menangis. then bila dia nampak kita datang,terus dia tersenyum.memang pandai berlakon eh baby nih.hehe.even aufa belum bole duduk.tapi die akan diam bila duduk.tak suka baring betul die nih.



If balik umah sg udang, memang dia seronok.sbb ramai yang melayan dia.tak sempat nangis mintak perhatian..tapi bila balik shah alam, mulalah cengeng. My husband pun mengeluh baby ni asik nak dipegang je.ssh nak wat keje,kelam kabut nak makan.geram juga.tapi bila tengok muka innocent dia tu.seposen jek..sian pulak.hahaha.baby mane tahu apa.nangis jela tahu.Susahlah ummi nak wat keje.tunggu dia tidurlah jawabnya.Baru2 ni kami ada beli VCD children song. cam best jer. Try pasangkan untuk baby.baringkan dia.dia tengoklah tv tu. Dapat gak lekakan dia kejap..bagus gak idea tu kan?



Kami panggil dia budak nenen.sebab nenen ummilah penawar segalanya.dia akan diam n tido bila dapat nenen umminya.bila nak tido mesti kena ada nenen dlm mulut.if tak, dia tak kan tido.Aufa memang manja sungguh.suka melekat dengan ummi.ramai yang kate, baby yang menyusu badan sepenuhnya mmg manja n suke melekat dgn maknya.kdg2 bila tgk dia meragam nak tido, orang lain dah dpt agk n tanya susu badan ker.yang peliknye even dia myusu bdn sepenuhnya, badan dia maintain jer..comel je..tang pipi je tembam.hehe.
Sayang,semoga aufa cepat besar dan sentiasa sihat..dan bole menerokai dunia hingga dewasa. Keep growing! We are happy for having you and having each other. we love salsabeel!

kenangan di genting highland @ 3months

Diari untuk Salsabila


NAMA : SALSABILA AUFA BINTI SHAFIEE
NAMA PANGGILAN: SALSABEEL/AUFA/BABY
JANTINA : PEREMPUAN
TARIKH LAHIR : 4/10/2008, 4 SYAWAL 1429 (SABTU)
MASA DILAHIRKAN: 11.09AM
BERAT KETIKA LAHIR : 3.07KG
LENGTH : 54CM
HEAD : 34CM
KUMP.DARAH : B+ (maybe..tp xconfirm)
CARA KELAHIRAN : NORMAL
NAMA DOKTOR YG MENYAMBUT: DR MADHULIKA
NAMA HOSPITAL : HOSPITAL BERSALIN RAZIF KLANG
TEMPAT LAHIR : KLANG
NO SIJIL KELAHIRAN : BC 57379
TANDA LAHIR : DUA PUSAR DI KEPALA
HOBI: ISAP JARI, MANDI DAN SENYUM
TARIKH TANGGAL PUSAT : 11/10/2008 (PADA HARI KE-7)
TARIKH CUKUR JAMBUL : 11/10/2008 (PADA HARI KE-7)
TARIKH KENDURI AQIQAH: 11/10/2008 (PADA HARI KE-7) , DIRUMAH NENEK SG UDANG, KORBAN SEEKOR KAMBING BIRI-BIRI.
TARIKH BERKHATAN: 18/3/2009 (DR FADZILLAH, DEMC)
SUSU PERTAMA: ANMUM
SUSU BADAN KELUAR : 9/10/2008
BAJU PERTAMA : DUCK ANAKKU (YELLOW)
TARIKH PERTAMA SENYUM: 3/11/2008 (DI UMAH NENEK SG UDANG)
TARIKH PERTAMA MENGAGAH: 14/12/2008 (DI UMAH SHAH ALAM)
TARIKH PERTAMA KETAWA: 24/12/2008 (DI UMAH NENEK SG UDANG) sewaktu mak cik bermain dgnnya,tibe2 die ketawa terkekeh2.
TARIKH PERTAMA JATUH: 8/2/2008 ( DI UMAH WAN KG PANDAN) jatuh dari sofa.salah ummi..letak baby tepi sgt.sori syg..
TARIKH PERTAMA MENGIRING: 13/2/2008 @ 4months
TARIKH PERTAMA MENIARAP: 18/3/2009 @ 5 months
TARIKH PERTAMA MERANGKAK: 3/7/2009( @ 8months)
MAKANAN PEJAL PERTAMA : PURI CARROT (1/4/2009)
BUKU PERTAMA : Babies & Barney - Hooray for Mommy!! ( ummi start read at 4months)
TARIKH PERTAMA DUDUK : 6/6/2009 ( @ 8months)
GIGI PERTAMA : 22/4/2008 ( Gigi bawah)
LATIHAN KE TANDAS : 28/2/2011 ( 2 years 5 months
)TARIKH PERTAMA MELAMBAI : 21/6/2009 ( @ 8months)
KASUT PERTAMA: Kasut comel warna putih reben ropol2.bought at mums&kids SACC
TARIK PERTAMA TEPUK TANGAN : 3/5/2009 ( hari sblum besok nyer aufa 7months)
PERKATAAN PERTAMA : Nak, Allah, Apa, ummi
LANGKAH PERTAMA : 4/12/2009 (1 thn 2bulan) kenduri kahwin siti shazleen,melaka.
BERJALAN JATUH BANGUN : 6/1/2010.rumah sek 7,shah alam.
JALAN2 PERTAMA: Jalan Raya Aidilfitri @ NILAI (26/10/2008)
The Curve.Beli stroller untuk aufa.

VACATION PERTAMA : GENTING HIGHLAND (4/1/2009- 6/1/2009)
DR PAEDTRIK : Dr Fadzillah ,Demc

The Arrival bundle of JOY & HAPPINESS

Sebulan selepas berkahwin, ummi disahkan mengandung.waktu itu perasaan bercampur baur.happy,takut,excited dan mcm2 lagi.doctor mengesahkan due date akan bersalin pada 4 oct 2008.selama 9 bulan bersalin mmg byk dugaan.coz mengalami morning sickness yang teruk.tapi alhamdulillah,abi sentiasa disisi mmberi sokongan.yang seronok waktu pregnant, abi rajin melayan.apa sahaja yg dikehendaki pasti dituruti..hihi..

memandangkan due date ummi = 4syawal, ummi tak ikut family braya di melaka (kg arwah nenek) spt biasa.ummi beraya di family side abi di kg pandan.1st time tak raya dengan family.sedih juga.nenek slalu bertanya sama ada sudah rasa sakit ke belum.saya rasa belum lagi.tapi kaki sudah bengkak.org tua2 kata,tu maknanye nak dekat da.aduh,berdebar2nyer..

family ummi balik ke klang raya ke-3.mlm tu saya blk klang.nenek siap masak ketupat lg.nek pah plak kirim dari kg sambal cili api ikan bilis yg saya pesan.mmg berapi tp sedap!! apa lg,mlm tu dinner ummi ketupat,sambal cili api & ayam rendang.sedapnye la..huhu.lepas tu, sblum tido ummi terasa lain mcm je perut ni.terasa pedih dibhgn bwh prot.masa tu stil nak sedapkan ati.blum lg nih.mst sakit perut mkn pedas td.

mlm tu, da terasa kontraksi setiap 15minit tapi belum ada pape tanda.dlm pukul 3 lebih ummi kejutkan abi coz sakit sangat.tak bole tido..baru ummi sedar nak bersalin dah.aduh seramnyer..dlm pukul 4 kami sampai hospital razif.pembukaan serviks sudah terbuka 4cm.ummi disuruh baring dulu dlm bilik.ummi juga sempat solat subuh & breakfast dlm kesakitan.dlm pukul 7am ummi dibawa ke labour room.kontraksi semakin kuat.abi sentiasa menemani dan memberi semangat.di dalam labour room terdengar hospital pasang lagu2 raya.kerana masih hari raya ke-4.huhu.masa sakit malu nak nangis depan mak and abi.tahan je..cume mengadoi2..MALU konon.tapi bila dlm labour room.mula2 tahan2 lagi.tp bila kontaksi makin kuat.dah tak tahan.menangis jugak.teresak2..hukhuk.abi pujuk and bagi semangat.abi suruh ikut abi selawat and baca ayat suci2 al quran.Thanks abi...:)
Lastly, pada 8cm ummi tak tahan lg untuk teran.even dilarang,ummi da xbole th lg.tak lama pastu Dr Madhulika datang untuk proses kelahiran.Dr melayu bercuti raya..huhu.yg funnynye,abi pun ikut meneran sekali.bg smgat kat ummi yer..dlm 3 or 4 kali teran,alhamdulillah pada 11.09am ummi berjaya melahirkan baby girl yg sgt chumel..abi & doctor terus wish congrats da jd ibu!!hihi.congrats jugak untuk abi n family. after abi cut tali pusat,doctor terus letak baby di atas dada ummi.xnangis & mata terkebil2 tgk ummi.cute sgt.then abi terus azankan baby.abi & ummi namakan baby Salsabila Aufa.Salsabila is name one of mata air di syurga and Aufa means yg setia,yg patuh.we are happy for having THE NEW ARRIVAL!



DAY 1 BARU KELUAR DR PERUT UMMI :)

POSE MCM UMMI..


SYG ANAK ABI

OUR PRECIOUS DARLING

SOOO CUTE!!
p/s: abi teror jugak.ummi risau abi yang pengsan tengok darah & macam2.first time kan.abi ok je.siap boleh potong tali pusat baby lagi.cayalah abi! :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers