ads
Friday, July 31, 2009
Aufa Jadi Cartoon
Thursday, July 30, 2009
Tag About 6th
These are the rules:
1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder. - done
2. Select the 6th photo in that folder. - done
3. Post that photo along with the story behind it.
lawak je bile tgk gambar ni.sebab pe tau..rambut aufa tu..kuikui.terpacak2 tapi kat depan lum tumbuh.dengan gaya boxing lg.ni masa aufa 3bulan.aufa baru bangun tido.ummi snap pic terus sengeh2 + lidah tersentel.hehe..Happy aufa!! syg anak ummi & abi.muahsss...
4. Then challenge 6 blogging friends to do the same!the answer
sape yer..(sape rajin lyn angkat keyboard! )
1.ummi ans
2.nadiah sidek
3.yatie chomeyl
4.mama idzareef
5.nani aka ummi hafiy
6.dila ~ nor
okey,kawan2ku yg bertuah.silakan buat yer..:)
then, award bawah ni kawan2 ummi bagi..thanks. i really apprecaite it! so, ku ingin pas kan pada kawan2 sume..:)
dari Nadiah Sidek : A lovely & Best Blog Award.auww..Thanks..
dari defina : Friendly Blogger award.Thanks..
Dari Ummu Hanie : Online Best Friend award.Many Thanks..
Wednesday, July 29, 2009
2nd dose Pneumococcal
Pas amik no,then nurse timbang aufa..berat aufa 6.95kg.dekat2 7kgla.Dalam hati, Alhamdulillah..naik jugak cikit berat budak tecik ni.hehe.walaupun consider mmg ringannye lah aufa ni..kdg2 tgk budak2 len bam bam semangat badan.geramnye..bila aufa nak bam bam gitu.hehe.tapi tak pelah.asalkan aufa sihat dan cergas.bukan cergas je skang,lasak bukan main.hehe.syukur Alhamdulillah..
2nd dose pnemo ni kira last inject.pasni vaksin lain lak lagi 2bulan.masa inject aufa nangis kuatla.then, ummi amik terus diam.Doktor Fadzillah tanya developmet aufa sume camne.Doctor kate development die ok.da lasak ye.da memanjat2,test2 nak berdiri sume.Dr fadzillah said normal berat budak menurun cikit,sebab keaktifan mereka.tapi aufa ni len cikit,sbb dia kecik je.tinggi aufa 73cm.berat naik cikit, 6.95kg.even da naik.dockor kata tu dah cecah the lowest line tu.uwaa....doctor tanye still breastfeed ke,makan camne.aufa kuat menyusu.tapi makan kurang.selalu tak abis.lagi skang, dah pandai geleng bila dah xmo mkn..huhu.doctor suh pastikan dia cukup nutrient sume.tak pelah syg, pasni ummi masak sedap2 ye.aufa kene mkn byk2 tau..
Aufa with her paed,Dr Fadzillah..alahai..kecik je anak ummi ni..
then,kami tanya pasal merah2 kat leher aufa.tapi masa tu dah ilang plak.Dr Fadzillah kata if eczema mesti ada kat bahagian pelepat lain.tapi aufa ada just kat leher.Dr Fadzillah advices
maybe dia tak sesuai pkai sabun mandi johnson & johnson tu.and tak boleh bg die berpeluh.dia berpeluh, merah2 tu akan jadi.Dr cannot make sure whether its eczema or not.if eczema pun maybe still mild.Dr Fadzillah bagi shower and lotion ( hubby cakap maksud bg bukan really bg, masuk bil..huhu).tgk dulu camne.if tak ok.kite ikhtiar len la..
shower & lotion baru aufa..tak wangi da.....
p/s: penatnye jaga aufa.lasaknye..rajin mengemas.kite kemas,die kemas balik.sabar..sabar...
p/s: Aufa kecik maybe DIA tahu ummi die confirm xlrt nak dukung.skng pun dah xlrt...lenguh..:)
Monday, July 27, 2009
Yeah!! Balik Kampung....
adik bongsu ku yang bam-bam..:)
acara makan2 dengan sepupu & mak cik2..hidangan on the day, kari daging, asam pedas ikan parang, telur masin, ketupat, sambal ikan bilis, ulam2, sambal belacan, tauhu sumbat, kuih muih.mcm2 la..sume sedap! Alhamdulillah...
hubby and pak hamid. sian hubby xsihat lg sebenarnya ms ni.muntah2 & sakit perut..
acara makan2 kami..cameraku dipas2 untuk capture pics ni.seronok jupe mak cik2 ku..tapi ni tak cukup corum lagi ni.ramai lg yg tak dapat balik.ku jupe gak kakak sepupuku, kak as akak ibu umairah :)
After kenduri2, ada meeting keluarga.bincang tentang majlis perkahwinan sepupu2 ku bulan 12 nanti.
ku sempat snap picture anak2 dara comel ni, from left, syaza, alia, umairah and husna.dah bercampur2.ade yg pangkat anak buah ku, ada yg sepupu ku.baya lebih kurang je.dorang duk lari2.ku suh dorang posing.look,pandai posing..
yang ni anak mak cik ku..fahim & abangnya, fahmi.hensem tak?
hah, sapa pandai? teka ni anak dara sape lak? ;p
p/s: really enjoy my weekend.seronok dpt jumpa saudara mara even sekejap je.insyaAllah kita jumpa lg..tahun ni raya turn balik melaka with my family.yey!!! tak saba.. :)
Sunday, July 26, 2009
English Nasheed
comel je opah dgn upin ipin..:)love this song too..
yusuf islam live.love this song soo much!!
so beautiful song..
so sweet & so touching :(..yes,mum is amazing. i luv my mom..
p/s: sdg browse tentang yusuf islam dan zain bhikha merupakan kawan MJ?..waallahualam..Only Allah knows..
Thursday, July 23, 2009
Geleng Kepala, Berzikir dan Melambai Tangan
Sejak 8-9 bulan ini, aufa sudah pandai menunjukkan aksi-aksinya.aufa dah faham apa yang kita cakap.betullah ada yang kata, budak2 kecil senang absorb apa yang kita ajar & segala di persekitarannya.dah pandai meniru!
Video kat bawah ni.aksi2 aufa sebelum tido.sori la aunties.vidoe gelap plak.ummi ni xpandai adjust lighting.yelah nak tido.bkk lampu tido jelah.hehe.aufa sblm tido mmg gini.main2 dulu.
Aufa dah pandai geleng kepala.bila geleng2.its mean, NO or I dont want! baru dapat ni.ktorg gelak2 bila die wat cmtu.bila ummi suap mkn,da kenyang.xmo lagi.die akan geleng.bila xnak dgn abi, pon dia geleng.ummi tunjuk buaian,dia geleng.xmo masuk buai.lawak je..hehe.suka plak tgk die geleng.coz dia phm kite ckp pe..ahaks!
Yang ini baru dapat gak.ummi ajar die berzikir sambil geleng2 kepala.sbb asik ajar dia nyanyi2 then joget2 je.hehehe.nenek aufa terkejut tgk aufa pandai joget bila dgr lagu.Ya Allah,sape ajar cucu nenek ni..kueng kueng kueng...:)
Abi pun terkejut tgk aufa goyang2 bila main her musical piano.eh,bila die pandai joget ni? ;p
aufa melambai.ummi ajar zikir tibe lambai2 lak die,cute je tgn die bye2.ahaks!
Tarikh video : 21/7/09
umur : 9 bulan 17 hari
"Anak-anak kurniaan Allah. Mereka ibarat kain putih dan terpulang kepada ibubapa untuk mencorakkannya"
p/s: pasni nak ajar aufa salam, cium tgn then tadah tgn..sambil buat muke cute..hehe ( persediaan kumpul duit raye byk2)..plan baik punye..haha
Aufa Melawat Sepupu Baru
singgah kat baby room.OMG! comel2nya baby.aufa dulu duduk dalam tula.tunjuk2 kat aufa. tu baby..tu baby comel..dia wat donno je ahaks! saje je tau..hehehe.
Iqram Halal House Berwajah baru
my favourite! daging masak salai.sedap dan berapi! balik rumah panas kan saja.ready to eat.
Kueh teow dan Mee kuning buatan bumiputera muslim.Dijamin suci bersih.
Ayam Organik Az-Zain dan HPA.Terjamin Halal.Produk Pilihan Mukmin.
Wednesday, July 22, 2009
Breastfeeding Photo Contest 2009
Monday, July 20, 2009
Eczema ke?
takut tengok pics eczema.Ya Allah,mintak di jauhkanlah..
EKZEMA merupakan salah satu bentuk keradangan kulit yang lazim dialami oleh golongan kanak-kanak mahu pun orang dewasa. Begitupun, peratusan risiko kanak-kanak menghidapi penyakit itu berbeza-beza mengikut genetik.
Pakar kanak-kanak dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Syed Nazir Ms Kadir berkata, risiko bayi atau kanak-kanak menghidap penyakit tersebut lebih tinggi sekiranya kedua-dua ibu bapanya juga menghidap ekzema.
Di Malaysia, bilangan pesakit ekzema di kalangan bayi semakin meningkat dari tahun ke tahun dan pakar mendapati bahawa sebahagian daripada puncanya adalah pengaruh keadaan sekeliling dan alahan terhadap pemakanan.
“Banyak juga kes di mana bayi di negara ini mengalami alahan kepada susu lembu. Bayi-bayi ini biasanya akan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam setiap kali diberi susu formula berasaskan susu lembu atau ibu yang menyusukan badan minum bahan daripada susu lembu.
- so, BF mom pun kena pantang from allergic foods ni.
“Sebab itu sekiranya ibu bapa mengesyaki kelainan pada kulit bayi, mereka digalakkan untuk berjumpa dengan doktor seberapa segera sebelum ia lebih memudaratkan bayi,” jelasnya.
Dr. Syed berkata, doktor akan memastikan ruam yang timbul pada kulit bayi itu ruam biasa atau ekzema, ini kerana rawatan yang digunakan untuk kedua masalah kulit ini adalah berbeza.
Salah satu cara untuk melihat anak yang mengalami ekzema ialah apabila mudah berpeluh dan berasa gatal terutama ketika cuaca panas.
- aufa memang kuat berpeluh, xle berpanas langsung. mengamok u!
“Bayi ekzema akan sensitif kepada cuaca panas, mereka akan berpeluh terutama di bahagian pelipat seperti di leher, belakang lutut, telinga dan siku.
- aufa kat leher
“Selain itu, bayi ekzema juga akan menunjukkan simptom alahan pada bulu atau habuk yang akan menyumbang kepada masalah lain seperti lelah dan hidung berair. Kaitan antara ekzema dan lelah atau asma adalah tinggi,” jelas beliau lagi.
- alamak, bahaya ni..plus, aufa skng da merangkak sana sini.jauh da explore..
Sabun biasa yang mengandungi bahan kimia tinggi akan mengeringkan kulit bayi dan seterusnya menyebabkan ekzema mereka semakin teruk.
-aufa pakai milk bath J&J.xsuai ke dgn kulit dia?
“Adalah disarankan kepada ibu bapa yang bayinya menghidap ekzema untuk menggunakan sabun khas sewaktu memandikan bayi mereka. Sabun ini boleh dibeli di klinik atau farmasi atas nasihat doktor.
“Selepas mandi, bayi yang mengalami ekzema perlu disapu pelembap pada seluruh badan dan pastikan mereka memakai pakaian daripada fabrik kapas yang bersih dan tidak panas,” katanya.
- memang pas mandi sapu aufa lotion satu badan.coz wangi nak cium die..hehe
- skang suke pkikan dia baju nipis & xberlengan.coz asik berpeluh.
Selain itu, kata Dr. Syed Nazir, adalah penting untuk diberitahu kepada semua ibu bapa bahawa penyakit ekzema bukanlah penyakit yang boleh merebak.
“Akan tetapi apabila bayi atau kanak-kanak menggaru bahagian tersebut dengan kuku, jangkitan akan berlaku dan menjadikan kawasan ekzema tersebut semakin melarat.
“Sebagai ibu bapa, selain mandian dan pakaian yang bersih, pastikan kuku anak sentiasa pendek untuk mengelakkan jangkitan kuman,” jelas beliau.
-sampai skng xberani lg cut kuku aufa.coz pnah berdarah jari dia ummi buat.fobia dah..hehe.abi yg cut kuku dia skng.
Rawatan asas
Mengenai rawatan sesuai untuk bayi yang menghidap ekzema, beliau berkata, rawatan asas ialah dengan memberi kelembapan pada kulit seperti menyapu pelembap.
Manakala, rawatan menggunakan ubat-ubatan kimia pula bergantung kepada fasa penyakit tersebut.
“Sekiranya agak serius, krim sapu yang mengandungi steroid boleh digunakan. Apabila krim ini disapu pada kulit ia boleh memberi kelegaan kepada kerengsaan akibat ekzema tersebut.
“Bagaimanapun pengambilan ubat tersebut tidak harus melebihi daripada lima hari kerana akan mendatangkan kesan sampingan yang lain pula.
“Ibu bapa perlu prihatin dan mematuhi arahan pemakaian ubat yang telah diberikan oleh doktor,” jelas Dr. Syed lagi.
Ketika ditanya adakah penyakit ekzema ini boleh sembuh sepenuhnya apabila bayi membesar, Dr. Syed berkata, ia bergantung kepada individu.
Ada ekzema yang hilang ketika kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun, ada juga yang hilang ketika usia mencecah 12 tahun dan bagi kes yang lebih teruk, ia berlanjutan hingga ke tua,” katanya.
Apa pun, berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:
Bawa anak berjumpa doktor
Pastikan makanan yang menjadi alahan kepada mereka seperti susu lembu, telur, kekacang dan sebagainya. Elakkan makanan tersebut.
Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.
Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.
Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.
Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.
Pastikan kuku anak sentiasa pendek agar dia tidak boleh menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi ekzemanya.
Sementara itu, seorang ibu yang bayinya mengalami ekzema, Syarifah Zainon Syed Ahmad Malik, berkata, walaupun ekzema pada bayinya, Rayhan Al Imran tidak begitu teruk tetapi bayi tersebut kerap tidak berasa selesa dengan keadaan tersebut.
Justeru beliau mengikut segala arahan yang diberikan oleh doktor dan kini ekzema pada Rayhan terkawal dan tidak seteruk sewaktu dia baru dilahirkan.
Menurut Syarifah Zainon, bayinya mudah berasa tidak selesa apabila cuaca panas di mana ruam akan timbul di merata tubuh hingga ke bahagian pipi.
“Dengan mengikut nasihat doktor dan menjaga persekitaran rumah agar tidak berhabuk dan suhu tidak panas, sedikit sebanyak membantu anak saya menghadapi penyakit tersebut dengan lebih baik,” katanya
sumber: utusan malaysia
p/s: cepatlah ari rabu..nak jupe paed..
Sunday, July 19, 2009
Award Inspirasi
Award ini diberi sebab kata shira, sebab ummi bagi dia inspirasi untuk dia fully breastfeeding.eceh! malu lak.anyways, thanks dear! Happy Breastfeeding for shira and anas! :)
Friday, July 17, 2009
Aufa's Breastaurant Food of Love
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233
p/s: aufa still selsema.sebab ummi nye xpantang minum ais & siap mkn ais krim lg ritu! bila BF ni kene jaga mkn minum ek.ni tgh pantang ni.uwaa...rindu air sejuk..:(
Tuesday, July 14, 2009
Engagement, Jalan- Jalan KL
Engagement Mak Lang Huda
saya jupe kawan juga, damia aina.tahniah mak lang huda! pasni turn aunty mala plak.congrats too to mak long rodie & mak cik wana for good news, baby 2010.alhamdulillah..
ummi kate, xsangka same2 huhahuha dulu..pastu msg2 dah de psgn idup, pastu beranak, tibe2 anak2 dah besau...rs mcm cpt je mase berlalu..:)
Times Square
Petang tu,after abi balik.saya ke times square.abi nak pi maxis centre.em..ape lagi.related to abi's stuff la.nak download ape ntah kat iPhone die..lama btol...boring saya..
hah,camnila ummi saya jeling kat abi..jeles2..abi with his new girlfriend..ummi nak gak :( sng nnt ummi nak online dgn kwn2...hehe
aufa's abi & ummi..*wink wink*
wow! ballon..i wanna kick it!
then,dah setel.perut lapar plak.kami pi Restoran Rasa Utara.jual mknan asli melayu.siap pasang lagu mawi, aduh saleha lagi! aduhai...... ;p
emm..cendol & sirap selasih..lama xpekena cendol! awesome!
test camera sony T900.mode natural food shoot.hehe.ummi kate sate & nasi beriani tu sdp sgt! terase rempahnye.laksa tu bolela..
saya makan ape? tgk je ke...ummi nak nenen...:(
pas mkn.balikla.dah malam.then,kami sinngah umah MIL jap kat Kg pandan.
StarHill & Pavilion
Esok petang.cam bese pas abi balik baru bole pi jalan2.after asar destinasi kami nak jln2 kat Starhill & Pavilion plak.ummi belum penah sampai.abi ? dah pi.once.aufa? lagi blum penah..hehe.
Near to surau.ade jackie chan cafe.sgt2 jakun.interior design starhill nih sgt2 cun.mmg syurga dunia btol...
pe namenye ni bangsal or pelamin? chinese design..posing lagi.byk pelancong arab.yelah. same building with JW marriot Hotel.
aufa pun jakun tgk lampu2 cantik2 & colouful.hehe
family potret *wink wink* mediterranean mode.:)
at times, Pavilion.let's read book!
this is yellow..same with my shirt! org point to, dia pun nak gak...:p
then, abi ajak makan aiskrim.emmmm.baskin robbins.yummy! what's ur flavour? cute isn't?
aufa dah xsaba.ummi,byknye bola!!! jap2,ummi nak pose!
yummilicious...aufa le mamam buah je ok..sedap ah stroberi ni..
dpn pavilion ada air pancut nih.cantik.aufa terteleng kepala nak tgk air pancut tu..byk btol benda alah colourful dia tgk mlm ni..;p
*tada *. its my turn!
ok,dah malam.jom balik.aufa penat ye sayang..behave je anak ummi.next time kite jln2 lagi..
p/s: dah pukul 10 lebih.bintang walk tetap meriah.ramai btol org.bermcm2 bangsa.besela tmpt org suka2 & perabih duit camni.ish..ish..cpt2 ajak abi blk.rase seram lak mlm2 kat tmpt cmni.:p