ads

Friday, July 15, 2011

Homemade penyet

Assalammualaikum wbt


Peribahasa Ada hari,Ada nasi bermaksud selagi masih hidup, tentu beroleh rezeki.Manakala peribahasa  Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras bermaksud orang yang mampu semua keinginannya tercapai.Jika mempunyai ilmu dapat dimanfaatkan dan beroleh rezeki.Jika mempunyai harta dikembangkan beroleh kekayaan.Itulah kelebihan orang yang berilmu dan orang kaya.Carilah ilmu yang banyak untuk dikongsi.Carilah harta yang banyak bukan saja untuk keinginan sendiri tetapi untuk memberi kepada yang lain juga.

Eh,kenapa saya membebel pulak? Hehe.Saya suka peribahasa melayu kita.Tambah suka pada keindahan bahasa ibunda kita.Sebenarnya,kali ini mahu berkongsi resepi juadah berbuka puasa kelmarin.Saya buat nasi ayam penyet buat kali pertama.Rasanya ramai sudah tahu fenomena ayam penyet yang berasal dari Indonesia ini sudah berleluasa di Malaysia.Macam-macam restoran penyet.Yang pernah saya pergi, ialah ayam penyet A.P, Ayam penyet RIA,Waerong penyet, dan Dapoer penyet.Kesedapan rasa rempah ayamnya memang boleh menyebabkan ketagihan.Mahu lagi.Mahu lagi! Hehe.Saya suka ayam gorengnya ditambah lagi dinikmati bersama sambal istimewanya dan jus alpukat yang lazat.

Jadi, saya mahu cuba belajar membuatnya sendiri.Semangat! Hehe.Alhamdulillah.Suami saya kata sedap.Adik saya kata sedap.Bolehlah buat lagi nanti.Tetapi perlukan sedikit kemajuan.Mungkin perlu menggoreng ayam dengan api perlahan agar warnanya kekuningan cantik.Nak cepat,beginilah hasilnya.Haha.

nasi ayam penyet dan tahu penyet hitam-hitam manis


 Resepi ini saya belajar dari myresepi.Cara nasi ayam dan sup ayam dimasak seperti biasa, kalau terlupa boleh rujuk myresepi semula.Di sini saya mahu kongsi resepi ayam penyet dan sambalnya.

  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng. 

  • Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa 

Cara untuk Ayam Penyet
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.Perap lama memang menambah kesedapan rempah ratusnya.Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.Saya suka tahu.Wajib digoreng sekali.Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. Tujuannya untuk mendapatkan hasil yang rangup. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Apabila digoreng,aroma rempah ratusnya memang menggoda perut! Hehe.

Cara untuk Sambal
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.Kemudian,masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan gaul rata. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. Saya suka sambalnya.Sedap dicicah dengan tahu goreng, keropok goreng atau cucur.Lazat! Mmmm....:)


semuanya hijau.Go green!

Pencuci mulut pula ialah ,buah-buahan masam manis.Lama betul tak nikmati.Apatah lagi menyediakannya.Pencuci mulut ini diajar oleh ibu saudara saya yang ke 17 semasa saya remaja.Bila ada jamuan di sekolah,di universiti saya suka sedikan pencuci mulut ini.Ramai yang menyukainya.Kini saya sudah berkahwin dan beranak pinak,(Eh,padahal baru beranak dua) saya sediakan untuk suami pula.Suami pun suka.Terima kasih mak adik! Sekarang mahu kongsikan dengan disini pula.Hehe.Mudah saja nak sediakan, buah epal (merah atau hijau),pear,lai, dan jambu batu dipotong nipis.Gaulkan bersama ais dan jeruk kulit limau yang disiat-siat dahulu..Memang mengecurkan.Cubalah!

Saya suka jeruk limau yang plastiknya warna hitam.Semalam ada buat lagi,tak berapa jadi kerana jeruknya tidak ada manis,malah pahit! .Salahkan jeruk limau jika tidak sedap ya.Jadi,pilih jeruk yang betul! 

Selamat rajin memasak untuk keluarga.Air tangan isteri dan ibu adalah pengikat hubungan kita dengan mereka,(ingatan untuk diri sendiri).Hehe.

4 comments:

dear anies said...

tetiba rs lapaq la plak

Kerana LiverpoolFC episode 1

Rucci Modisch said...

wah nampak sdap shake fruits tu yer..

Ibu Yusuf Maryam said...

Ibu Yusuf dan Maryam dtg berziarah dan baca n3.. :-)

nurhais said...

Dapatkan koleksi tshirt boboiboy utk anak2 anda! Stok terhad.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers