ads

Thursday, March 31, 2011

Aufa belajar Bahasa Arab

Salam Sayang semua..

Anak anak ummi suka tengok CD.Ummi ada beli brainy baby, barney, educational songs CD.Dorang dok tengok ulang2 setiap hari.Tak Boring.

Then, Ummi terfikir nak cari CD islamik pula.then bila google terjumpa produk from Islamkids.Ummi terjumpa di Brainy Young Calliph webstore.Bagus webstore ini.(Siap like facebook fanpage dia..hehe).Then pastu ummi try tanya watie.Rupanya ada jual di GBOB.Boleh dapatkan direct dari GBOB.Lagi senang kan.Kalau nak beli online dari pengedar lain pun boleh.

Bila sampai di GBOB.Watie terangkan kat ummi about produk ni.rupanya bkn VCD pasang kat tv.Yang ni kena pasang kat laptop.Produk ni ada learning,ada games.so,kena kena observation and involvement dari kita juga lah.Mula2 mcm tak jadi.sebab ummi nak VCD suh dorang tengok.Nak bagi dorang leka sambil ummi siapkan homechores.

Then abi kata, bagus produk ini.kalau VCD pasang je kita tak tahu anak kita betul2 dapat tak.just tengok je.input je,tak tahu output dia.kalau product camni,dia perlukan involvement dari anak kita.kita dapat tahu melalui interesting games dia.Games dia sgt best dan comel! siap ada markah berapa anak kita dapat.lepas belajar, ada exercise book untuk anak buat.siap bagi set color pencil juga.



Produk ini tentang pembelajaran bahasa arab.proses pula pembelajaran dalam english.Sesuai untuk 1-4 tahun.Dalam set islamkids ada 6 main lessons, my first arabic,my first iqra, my first kalimah,my first solat,my first adab,my family.Aufa sangat suka bila bukak Cd ni.comel sangat Aisyah yang mengajar dlm CD nih."Ummi, Aufa nak aisyah.Nak aisyah.! nak ajak belajar islamkids la tu. :) Tapi ummi kena layan lah.sebab dia tak reti sgt guna mouse.Boleh tengok demo produk secara online disini.


Iphone dan iPad application pun ada tau.So,Aufa boleh belajar bahasa arab bila-bila masa dan dimana jua! Jom join baby khalifah member! Aufa dah join.cari Salsabila Aufa.:) ada juga free activities boleh main kat situ! boleh tgk  iTV jugak.Boleh jumpa kawan2 kat sana.yeay! Seronoknya.:)


Asslamulaikum my dear friends!
My name is Salsabila Aufa. Im 2 years old!
Let's join me in baby khalifah member!

Its so much fun!

I love learning arabic.Its is a languange of Jannah.Alhamdulillah :)
Let's learn together.Come join me!

Ilal Liqa' my dear baby khalifah!


Saidina Omar r.a berkata: “Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya, kerana zamannya sekarang tidak sama dengan zamanmu dahulu”.

Wednesday, March 30, 2011

Tips bila anak sembelit

Salam Sayang Semua

Kelmarin Aufa kena sembelit.Dah lama juga dia tak kena.Last kena raya tahun lepas rasanya.Bila kena sembelit.Kesian lah tengok dia meneran sampai mengigil-gigil.menangis tak berhenti henti.Dulu Aufa pernah kena so, memang ada persediaan ubat di rumah.
1. Bila dia kena ummi masukkan ubat tiub kat punggung tu.yang ni kalau nak cepatlah.sebab dia dah menangis-nangis sakit.so,liqiud tu akan cairkan.( mcm kita lah sebelum masuk labor room kene poo dulu.Hehe ).ada jual kat farmasi utk  kids punya.

2. Lagi satu, ubat titis.Masuk kat susu dia.Masukkan beberapa titis.Nama ubat tu SKILAX.Pastu, cairkan sikit susu.

 3. Paling penting galakkan anak minum air masak banyak.Kalau aufa memang susah sikit.So,ummi bagitahu kena minum air putih banyak,nanti kakak tak sakit perut lagi.So,baru dia minum.kena pandai politik sikit :)

4.  Ummi google.Jumpa satu petua untuk anak yg sembelit. Bancuh satu sudu TEPUNG SAGU atau TEPUNG KANJI dalam susu anak.  Maknanya kena kurang satu sudu susu dan tambah 1 sudu tepung sagu atau kanji.  kalau anak sembelit teruk, berikan 4 kali sehari.  Tapi kalau biasa jer 1 kali sehari dah cukup sebab nanti kalau terlebih takut anak akan cirit birit plak.  Tepung tu membuatkan najis berlendir dan memudahkan pembuangan najis InsyaAllah, masalah sembelit akan selesai.Yang ini ummi belum cuba lagi.Bagus juga sebab bebas dari kimia berbanding ubat2 lain.

5. Lagi satu, disyorkan oleh seorang doktor pakar kanak-kanak di New York iaitu Marla Stern.
Cara2nya: Tambahkan 1 sudu teh GULA PERANG (brown sugar) dengan 2 aun susu atau air masak. Larutan ini tidak memberikan  apa2 kesan negatif kepada anak kita dan efektif untuk melembutkan najis anak.Nanti boleh cuba yang ini.simple je kan.

6. Last,dinasihatkan ibu-ibu supaya elakkan memberi anak kita PISANG kerana pisang sebenarnya mengeraskan lagi najis anak (bagi sesetengah anak) dan lebih memburukkan sembelit anak.  Elok diberi BETIK dan TEMBIKAI kepada anak-anak kita :)

Jumpa lagi di tips lain nanti! :)

Thursday, March 24, 2011

Educational Video kesukaan anak-anak

Kalau ummi buat kerja depan laptop.Aufa pun nak minta layan.Taktiknya bukak youtube computer sebelah.lagi.bukak lagu abc,alif ba ta,sesame street,nasyid.apa saja dia suka.Dia leka.ummi dapat siapkan kerja dengan tenang.So,baru2 ini terjumpa video comel-comel dari supersimplesong.Mommy lyna pernah cerita about jeremy ni di entry ini.Baru ummi tahu nama dia.Tapi yang penting,aksi-aksi dia sangat menghiburkan! Nampak cute jer apa dia buat! Aufa dan Adam pun sangat suka.;)










P/s: Aufa suka skidamarink.Adam suka uh-huh song.Ummi dia suka semua! Haha.Enjoy bila tengok aksi dia.terus ummi pun jadi 'kebudak-budakan' melayan anak2.:)

Perancangan keluarga

Situasi Pertama :

Di sebuah shopping mall di Kuala Lumpur.
Sedang suami saya uruskan payment.seorang staf berbangsa cina datang melayan saya.terus ajak berborak.
Anak u dah sepasang ya.anak sulung saya pun perempuan.sekarang isteri saya tgh mengandung yang kedua.harap2 boy.sambil tergelak.kalau boy,boleh terus tutup kilang! sambil tergelak lagi.saya pun ikut gelak.Haha.Dia sambung lagi,sekarang kos hidup manyak tinggi lah.Kos anak pun tinggi.kos pendidikan,kesihatan macam2 lagi.semua main ribu2 punya sekalang!

Situasi Kedua :

Jiran rumah saya.Anak 4 orang.seorang graduated housewife.Kira geng saya berborak la bila sidai baju,bila menyapu di luar.hehe.

Baru baru ni dia kata Adam dah besar.bila nak tambah sorang lagi? Haha.dia kata anak dia semua selang umur 2 tahun.Kira mcm preggy Adam dulu lah.aufa belum setahun,rezeki preggy Adam.so anak2 dia berderet2.dia kata sementara belum 30 tahun.dia beranak je.so lepas 30 tahun dia quit.Jodoh dia pun cepat.Masa kat oversea dah kahwin.sekarang still nampak muda lagi.anak2 dah besar2.Kena lah mantain muda baru orang kata anak dgn mak sama je.Hehe.Dia kata,masa kecik2 mmg letihlah nak menguruskan semua sekaligus.skang dia dah relax.dah besar2.dia kata cpt beranak,cepat dapat rehat.hehe.(read: maksud rehat bukan rehat betul2.tanggungjawab sebagai ibu tak pernah habis.anak dah besar pun still ada tanggungjawab.tanggungjawab mendidik tak pernah berhenti.maksud rehat yang dia kongsikan,ialah ringan sedikit beban bila anak sudah boleh berdikari.malah,anak sudah boleh membantu dalam mengurus rumah tangga.rajin anak-anaknya.semua dah paham kata.Kita nak beribadah pun tenang.).hehe.terima kasih kak yong for advices.:)

Anda merancang keluarga? Apa reaksi saya kpd situasi2 di atas? Situasi pertama,Alhamdulillah.rezeki zuriat Allah beri.kalau diberi rezeki saya nak anak ramai.takdelah ramai sgt.at least 4 orang kot.ke 6 orang macam mak saya.Hehe.tapi saya tak nafikan kos hidup sekarang yang tinggi.mana sama dgn dulu.Kalau anak ramai.Bayangkan pendapatan yang ada bahagikan kepada berapa orang anak tu.Tapi lain citerlah kalau orang betul2 kaya,jutawan,hartawan ke.pikir nak sedekah kat mana pulak kan.Hehe.Tapi orang dulu kata, kalau tak kaya harta tak pe.tapi kaya dengan anak.sebab itu kot orang dulu ramai sangat anak.murah rezeki dengan anak.Bahagia dan meriah!.Anak berderet2 mmg kelam kabut tapi yang penting happy! :) Anak itu pembawa rezeki.sebab dengan lahirnya dia hidup kita lebih diberkati dan sudah tentu kita berusaha mencari rezeki yang lebih.

Reaksi situasi yang kedua pula.saya ketawa dengar soalan nak menambah anak lagi.Gulp! saya telan air liur dulu.Soalan cepumas tu.Hehe.saya jawab belum boleh lagi kot.sebab dua ini pun rasa tak boleh handle lagi.kalau tambah lagi masa terdekat ini,mungkin bertambah miserable lagi kot.Haha.Tapi Saya suka jugak idea kakak itu.beranak cepat,rehat cepat.Hehe.Tapi ada kawan saya cakap,kalau terus je beranak.tak rehat2 camne plak tu.Haha.Murah rezeki betul tuh.saya plan kali ini tunggu adam umur 2 tahun baru tambah anak.Kira saya merancang lah ni.dulu pun plan juga.tapi..dah rezeki la kan..Haha.senang cerita semua bergantung kepada rezeki.Betul tak? Urusan dapatkan zuriat bukan keputusan kita. Samada kita sedang berusaha atau kita  sedang merancang.Ia ketentuan Allah swt..Allah is the great planner.Sesungguhnya Allah SWT berkuasa diatas segala sesuatu.



INFO yang saya dapat dari google.

Merancang keluarga dgn kaedah moden

Soalan
apakah pandangan islam terhadap perancangan keluarga menggunakan perubatan moden masa kini dah apakah cara hubungan suami isteri yang sesuai bagi melaksanakan perancangan keluarga di sisi islam


Jawapan
ASSALAMUALAIKUM WRH.

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W.

Harus menghentikan buat sementara waktu proses melahirkan anak dengan cara menjarakkan tempoh kehamilan atau menggantungkannya untuk masa tertentu apabila terdapat keperluan darurat menurut pandangan syarak yang meliputi faktor ekonomi dan sosial, berdasarkan persetujuan daripada suami isteri, dengan syarat tidak menimbulkan kemudaratan kepada mereka yang terlibat. Teknik yang digunakan pula hendaklah tidak melibatkan pencerobohan ke atas kandungan yang sedia ada. Dapatkan nasihat daripada ahli perubatan untuk mengetahui kaedah perancangan yang sesuai.

Antara faktor-faktor yang mengharuskan perancangan keluarga:

1. Khuatir berlaku perkara yang tidak diingini ke atas keselamatan nyawa ibu atau kesihatannya.
2. Khuatir terganggu kesihatan anak-anak atau terbantut pendidikan mereka disebabkan ramainya bilangan mereka.
3. Khuatir muncul kandungan baru yang boleh mengganggu penyusuan bayi yang masih menyusu.

Sekian, wassalam.

Wallahu A'lam
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka


Anda merancang keluarga? Plan nak berapa orang anak? Hehe.Soalan cepumas utk korang pulak..:)

Monday, March 21, 2011

Asuhan Alami

Sudah dapatkan Pa & ma Keluaran April ini? Ada bonus booklet daripada Sarakids tentang asuhan alami.Dapatkannya sekarang! Tahniah buat Sarakids dan Adrinis nursing wear! :)

Dunia semasa

Assalamualaikum wbt

Berikutan dunia digemparkan dengan gempa bumi dan tsunami di Jepun.kemudian penduduk jepun diuji lagi dengan perletupan nuklear.Takziah kepada semua penduduk jepun,keluarga mangsa yang menghadapi semua ini.Kita berdoa agar semua rakyat Malaysia dan muslim di jepun dilindungi Allah SWT. Dari blog yatie chomeyl ada diceritakan walaupun dilanda musibah,rakyat jepun tetap tabah,positif dan bangkit semula.Walaupun dilawakkan dengan karakter cartoon ultraman tetapi semangat mereka sehebat ultraman juga.Tidak pernah putus asa.Bangkit semula untuk menang! Kagum dengan semangat mereka yang tidak pernah patah! setiap musibah adalah pengajaran kepada kita juga.Firman dalam al-Quran, sesungguhnya Allah maha berkuasa dia atas setiap sesuatu.

Sepanjang minggu lepas mengikuti perkembangan berita luar.sTengok al-jazeera dgn hubby.Sekarang negara negara arab mula menghadapi kemelut politik. Bermula Dari Tunisia,mesir, Libya, yaman, Syria Dan terbaru di maghribi.semuanya kerana masalah yg sama timbul di mesir baru baru ini iaitu menuntut perubahan politik negara.di mesir rakyat menuntut pengundurun hosni Mubarak.manakala di Libya rakyat menuntut Gadaffi mengundurkan diri sebagai pemimpin negara.tetapi nampaknya keadaan bertambah teruk kerana beliau tidak mahu lepaskan jawatannya.sehingga hari ini diberitahu sudah beratus ratus rakyat dibunuh.sesiapa saja Akan dibunuh jika melawannya.sungguh kejam. Sehingga isu ini dibawa ke white house.semalam gempar berita di tv Libya diserang oleh tentera amerika. Nampaknya keadaan bertambah teruk bila mengakibat campur tgn Dari luar.Gaddafi menganggapnya pencerobohan tetapi tidak memikirkan kesan dan kesengsaraan rakyatnya.

Macam macam Hal.apa nak jadi pun tak tahu lah.seram je dengar bunyi tembakan letupan di sana dlm rakaman tv.bersyukur sgt negara kita aman dan damai..tak dpt bayangkan kalau kita dalam situasi mereka di sana...nauzubillah..Semoga negara kita kekal aman damai dan harmoni..doakan juga kesejahteraan negara-negara Islam supaya kembali damai.amin...

Wednesday, March 16, 2011

Ke Penang lagi

Assalammualaikum wbt


Minggu lepas kami ke penang.Tak dirancang sebab ziarah saudara Abi meninggal dunia di Bukit Mertajam.Bertolak dari rumah MIL  pukul 8pagi sampai pukul 11.30tgh hari.cepat juga.sebab tak banyak kali singgah2 kot.Pecut je.Bila sampai,jenazah tengah dimandikan.sempat melihat jenazah dikapankan, di solatkan dan dikebumikan.Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.Amin..

Rancang mula2 nak balik hari.Tiba -tiba Abi kata nak tidur semalam kat Penang.Nak bawak his mom berjalan kat Penang pula.Dah alang-alang sampai sini kan.walaupun sekejap.So,Abi batalkan kelas esok.Ummi ok je.Suka je bila bab cuti2 ni kan.Parapap pappa...:) Itu yg best bila jadi SAHM.Tak perlu mintak-mintak cuti kot nak kemana-mana.Flexible.Hihi.

Penang trip hari tu,tak sempat rasa mee udang sg dua kan.So,kali ini nak mencari jugaklah.semangat kami mencari.ikut guide by mr GPS.alamat restoran mee udang,(dah google awal2 sejak trip hari tu.siap simpan.Hihi ) lot 2881,jln pangkalan machang,titi timbul, sg dua, 13800, butterworth. Rupanya byk juga restoren yg menjual mee udang juga di tepi jln.disebabkan konpius.ummi tanya adik yg pernah ke situ..Restoran ini betul-betul terletak di bawah titi sg dua.Jumpa sungai,jumpa jambatan.di situlah restorannya.


mmg sedap sgt! udang besar2.4ekor seorang. kenyang betul.Alhamdulillah.

Then,kami terus ke Pulau. nak cari hotel untuk berehat.letih dah satu hari berjalan ni..Rancang nak stay kat hotel di gurney drive pula.So, pilih Hotel evergreen laurel.

Bilik kami.mintak bilik MIL sebelah dgn kami.nasib baik available.senang sikit.
toilet yg luas dan bersih.Dan cantik. :)

So,petang itu.mandi dan relax2 dulu di bilik.Tapi budak dua orang ini punyalah aktif.habis explore semua benda.Adam pun boleh tahan sekarang.bukan duduk diam lagi.usik sana sini.Layan jelah..:)


Aufa the beach girl. tak sabar nak mandi pool


Malam itu,baru keluar nak cari makan.gurney drive mmg meriah bila malam tapi hujan pula .so,kami masuk ke plaza gurney jelah.Besar juga plaza gurney ni.mana abis pusing.ada motorshow pula.cuci mata,beli barang2,cari makan.then,terus balik.letih dah badan ni..

.

"rumah' berjalan.lawa,duit pun lawa.
posing sikit dgn porshe!

adam dengan fesyen baru.cover rambut yang tak siap2.Haha


jalan hirup udara di pantai di gurney drive



Esok pagi.after breakfast baru berjalan sekitar pantai.Nyaman dan tenangnya dapat tengok laut.Then,jalan2 dlm hotel pula.Ada playroom,gym.yang penting Aufa excited nampak pool.sempat terjun pool sekejap.sukalah dia! Susah lah nak pujuk naik.
depan hotel

happy dapat berendam!


ready nak bertolak balik! adik nak bergaya  jugak! Haha


Yeay!!.time to back home! i'm glad that you're happy! Next time we'll cuti2 again! :)

Adam dah 10 bulan!

Assalammualaikum wbt

Hari ini adam dah genap 10 bulan.Rasanya macam ummi baru melahirkan Adam semalam.Rupanya anak bujang ummi dah 10 bulan.Cepatnya anak ummi membesar.:)

Betullah orang kata.setiap anak adalah unik.setiap anak berlainan perangai dan perkembangannya.Adam lebih cool dari Kakaknya yang agak becok ( mulut riuh dari bayi).Perkembagan fizikal lebih cepat dari kakaknya.Tapi kakaknya pula lebih cepat dari segi  perkembangan motor skill.Mungkin itulah perbezaan antara anak lelaki dan perempuan.Lagi satu,bezanya.Adam tak tumbuh tumbuh gigi lagi.Hehe.

Apa yang adam sudah pandai? Macam-macam sudah pandai.Sudah panjang akal.Sepanjang 9bulan, Adam sudah memaut.Adam loves to walk along furniture and climb up stairs.Pandai 'mengemas' pun sudah expert! Tangan memang cepat je skang.Pantang leka.Ada je yang dilibasnya.Dah mula melasak nampaknya.Dulu diam tegak je.Sekarang bila nak pakaikan diapers pun bukan main susah lagi.Hehe.

Paling seronok bila adam bergoyang badan dan pandai tepuk tangan bila dengar muzik.Kalau kakak nyanyi,adik dancing.Priceless! :) Suka jugak buat bunyi-bunyi.Adam berzikir ya.I think,you have discovered your voice.Suka baling2 barang ke bawah.tgh explore gravity la tu.Paling kelakar, Adam dah pandai rampas barang di tangan kakak! Memang hanginlah si kakak.Garang betul kakak adam ni...Bila kakak main iphone,adam pun datang sambil menekan dengan jari telunjuknya.Dia pun nak celik IT jugak! Baru-baru ini dia dah pandai memilih orang.Dia dah kenal orang.Menangis hari tu bila nenek nak dukung dia.

Adam sayang ummi.Sebab ummi ada susu adam.hehe.Bila menyusu dah macam-macam gaya pun boleh sekarang.Hehe.Bila tidur, tangan mesti peluk badan ummi,tak pun kepala atas badan ummi,takpun tangan mesti pegang baju ummi.Ini taktik supaya ummi tak boleh tinggalkan saya.Adeh! my manja boy..:) Adam loves to sleep on abi's lap.empuk agaknya.bila didodoi Abi,senang je dia tidur.Kalau dengan ummi,sumbat nenen je.Hehe.

Aksi terbaru adam dengan gaya topi maher zain ( yang hidung tak berapa nak mancung) Hehe.

ummi's maher zain
Bila diagah
geram kena cubit
in his first jubah




Semoga jadi yang soleh.Happy 10 months,my baby boy! I love, love, love, love, love you!! muah!

Thursday, March 10, 2011

Perkembangan Aufa di GBOB Playgroup

Assalammualaikum wbt

Sudah sebulan Aufa mengikuti playgroup di Genius baby on Board (GBOB) . Pada kelas pertama di GBOB, dia sangat takut,insecured,pegang baju ummi,berkepit je dengan ummi dan tak nak involve in activity.Bila teacher watie suruh buat activity,semua tak nak.Memang itulah perangai Aufa.Bila jumpa dengan strangers dia memang takut dan pendiam.Lagi ramai orang especially lelaki lagi dia takut.Sebab tiap-tiap hari dia jumpa ummi,abi dan adik dia je kan.Senang cerita dia jadi budak lain.Tak sama bila normal di rumah.ceria.aktif.Sebab dia takut.

Salah satu sebab ummi masukkan aufa ke playgroup ini sebab nak build  up her confident toward strangers.selain itu,dapat enjoy learning activities and have fun with friends at GBOB.

So,Apa perkembangan Aufa? Pada kelas ketiga, sudah nampak perubahan dia.nampak dia tak takut dan enjoy during class.Abi pun perasan.sepanjang kelas abi jadi pemerhati.Abi kata, dah nampak dah aufa berubah.Pada kelas keempat, nampak dia lebih confident.Apa saja ummi or teacher suruh buat.dia akan terus buat.not negative anymore.sampai class ummi suruh salam.terus salam.Bila singing time,siap pergi peluk teacher watie lagi ok!

Setiap minggu ada tema-tema tertentu mengikut module GBOB.Minggu lepas tema,my favoutite things.Jom tengok gambar aufa during class.Banyak aktiviti-aktiviti sepanjang kelas.memang enjoy.Rasa masa berlalu cepat betul..:)


activity - your favourite things.kitty tu khayra fav thing.kak ninie ceria.hihi.thanks kak ninie for recommend us join khayra di GBOB.khayra mmg enjoy bila di GBOB.
reading seasion
look,datang2 aufa terus duduk sebelah teacher ok! tak berkepit lagi.hihi.ada kesah dengan ummi dia? apa kesah! haha
art time! Aufa's favourite!
bubbles session pun dia suka.dia mmg suka main bubbles.

big bubble for genius Aufa..big bubble for everyone!

parachute play seasion.Aufa yang menjerit-jerit bukan main tuh..happy bukan main! hehe.

Sekarang bila siap-siap dia nak outing.Dia kata,yeay! Aufa nak pergi school..!...Bila naik kereta..Aufa nak pergi school kan ummi...? Bila jalan-jalan, dia kata, Aufa nak pergi school..nak jumpa teacher..nak jumpa friends...(dalam nada manja dia) hehe.Dia dah tak sabar nak tunggu each week nampaknya.Hari-hari cakap nak jumpa teacher.nak pergi school..Alhamdulillah.dia enjoy and happy.:)

One more thing, sekarang bila outing.dia dah tak nak pegang ok! tak berkepit pegang baju ummi.tahu-tahu dah hilang je.Haha.Dah overconfident pula sekarang  ni...Hehe.

For more information about playgroup.Boleh refer ke entry ini by sis ninie.:)
Atau ke website GBOB atau hubungi watie (016-2033340)

We can't wait next GBOB class! Yeay :)

Wednesday, March 9, 2011

Ice room

Assalammualaikum wbt

Entry akhir pada hari rabu.hari ini sudah rabu semula.kami ke penang hari tu.menulis pun cuti la jawabnya.

Hari ini sempat menulis entry ringan2 je dulu ya.Kongsi tempat makan menarik.Ramai kata iceroom best.mak cik pun jalan2 cari makan di iceroom, kota damansara.betul depan giant kota damansara.



pak cik makan nasi.mak cik pilih chicken chop.tukar selera omputih konon..
air favourite mak cik,asam boi apple.pak cik air lemon madu.
aufa mamam  cheesy spagetti with mushroom n milo.sedap spagetti tu!
gambar ice creamnya,pakcik terdelete pula.pilih fruity ice cream.adam pandai tgk camera :)

anak-anak mak cik bergurau senda.happy tengok :)



so far, makanan ok.ice cream pun ok.servis memuaskan dan cepat.susananya best.katanya,ice room ini milik orang melayu.jadi mak cik pun nak support orang kita berniaga.

Penuh restoran masa mak cik pergi ni.Tingkat atas pun penuh.sebelum balik,mak cik bawak anak main  playground kat atas.terus tak nak balik! Hehe

Oklah,jumpa lagi di entry lain.jalan jalan cari makan bersama mak cik.:)

InsyaAllah,mak cik singgah rumah kalian asap ok.

Wednesday, March 2, 2011

Wordless Wednesday # 04

Negeri Sembilan vs Melaka

Assalammualaikum wbt

Orang nogori dan orang melaka punyai persamaan iaitu kuat makan pedas.betuk tak? Selagi tak pedas,tak selera lah! hehe.Berapi lagi sedap.

Tradisi masakan orang melaka ialah asam pedas.Orang nogori pulak masak lomak cili api.Siapa suka angkat tangan? Eh.Angkat keyboard atau mouse korang! Hehe.
Suami suka makan masakan kampung.tekak selera melayu jo.Tak pun masakan arab.Mana yang dia suka tu, itulah kita semangat nak masak.



Ikan parang asam pedas melaka
Resepi asam pedas.Bawang merah dan putih ditumbuk.kalau mesin tak jadi tau! Itulah rahsianya.memang tradisi ni.Lesung batu teman di dapur.Itu yang buat lebih sedap! Tumiskan bawang bersama cili giling dan daun limau purut. .Garingkan cili ni amik masa lama sikit.Bila adam menangis.tutup api kejap.Pastu sambung balik.Hehe.Cili dah garing.Masukkan air asam jawa,ikan dan akhir sekali garam. Senang je kan? Tak payah banyak bahan pun! Resepi asal turun temurun dari ibu saudara di melaka.Kesukaan suami ialah asam pedas daging tetel.Berselera makan.


ayam masak lemak cili padi nogori bersama pucuk ubi
Resepi masak lemak cili api ini juga dari tradisi orang nogori juga.Resepi nya cili api ditumbuk.Ayam yang dibersihkan masukkan dalam periuk.Masak sekejap sehingga daging ayam warna keputihan.Masukkan cili padi tadi.Masukkan serai juga.kemudian masukkan santan dan pucuk ubi.Pucuk ubi sedap kalau disimpul kasihkan dahulu sebelum masuk dalam periuk.Akhir sekali serbuk kunyit dan garam jangan lupa.Senang kan? Tak perlu menumis pun.Masak lemak daging salai pun sama resepinya begini.Tapi daging perlu disalai atau dibakar terlebih dahulu.Baru lah namanya masak lemak daging salai ya..Hehe.


Seronok masak bila ada tukang makannya.Mencabar memasak bila anak-anak mula meragam.Bila siap satu lauk.Lega,itulah nilai air tangan si isteri di campur teriakan si kecil! Hahaha.

Apa lauk kegemaran suami korang? Apa  masakan tradisi yang korang suka?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers