ads

Friday, December 31, 2010

Happy ending of the year!


Assalammualaikum wbt..



Hari ini 31 Disember 2010, Hari lahir suami tercinta.
hari yang bermakna untuk mengakihiri tahun 2010,
lebih istimewa untuk menyambut tahun baru bersama,
Selamat Hari Lahir,Abang..
Semoga Abang dpanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah swt.
Hari ini juga simpulan akhir buat 2010.
Tahun 2010 tahun yang bermakna buat kami
Bahagia dan indah

Happy new year 2011 to all of us!
Thank you 2010 for wonderful memories,
May the next year be even better,
Full of pleasure,love and fun.

entry terakhir buat 2010,
jumpa lagi di tahun hadapan! :D

- Posted using BlogPress from my iPhone-

Wednesday, December 29, 2010

Sambal goreng ikan bilis

Assalammualaikum wbt

Salam Sayang semua

Saya suka sambal.saya suka pedas.Kalau pedas baru berselera.orang Melaka lah katakan.

Saya suka sambal ikan bilis.hubby's foreign friend hairan bila kita makan ikan bilis.dia kata,kesian kat ikan tu..belum sempat besar,ko dah makan dia! Haha.kelakar dengar hubby cerita! Negara dorang mana ada ikan bilis!

Sambal ikan bilis saya ikut resepi Mak saudara di Melaka Dan Mak mertua saya Ada ajar juga ;)













Bahan2:
Barang merah, bawang Putih,cili padi,sedikit Garam dan gula.Dan sedikit minyak masak.

Cili Padi ikut berapa banyak korang nak letak.banyak cili,bantaklah sambalnya.Tapi pedas memang pedas hangat betul!! Siapa tak tahan pedas,gastric jangan cuba2 lah sambal ni..boleh mendatangkan kemudaratan nnt.hahaha

Cara2: panaskan minyak,macam biasalah goreng ikan bilis dulu.Angkat dan toskan.cili padi,bawang merah Dan Putih dikisar.Goreng sampai garing.tambah garam dan gula sedikit.tutup api.sambal dah agak sejuk.Gaul ikan bilis bersama sambal tadi.siap!!! Taraaaa....

Kalau Mak mertua saya ajar pula.guna cili giling.sedap.tak berapa pedaslah.boleh diratah begitu saja! Gerenti licin.


Sama tak sambal goreng kita? Kalau tak sama,korang masak camne?


- Posted using BlogPress from my iPhone



Monday, December 27, 2010

Photoshoot Pa & Ma di Wisma Bling Lustre

Assalammualaikum w.b.t

Salam sayang semua.

Bebebrapa hari lalu.momma mia tinggalkan message ini di shoutbox saya,
"tahniah Us jadi model Adrinis... class u. Tak sabar nk beli Pa Ma feb"

Hehe.Malu pula.Mungkin momma mia tahu tentang perkara di atas dari entry watie ni dan entry kak ninie sendiri.Hehe.

Sebenarnya saya hanya menolong kak ninie untuk promosi baju nursing Adrini's untuk keluaran Pa & Ma Feb nanti.( plus,nak masuk megazine juga...Hahaha).Bila nak dapat masuk coverpage pulak eh.Kan? Terlebih sudah! Berangan mat jenin..Hehe.

Selain photoshoot baju nursing Adrini's, pihak Scriptory Box, Bling Buubies, My Shaklee Store dan Genius Baby On Board turut berkerjasama untuk siaran iklan bulan Februari @ Pa & Ma.Saya jumpa mommy lyna,watie,kak nini,kay, dan harlinda (model bling bubbies).Saya kagum dikelilingi semua ibu-ibu hebat.Tumpang bangga dan gembira dengan kejayaan produk-produk mereka.Tahniah untuk semua!!

Saya selaku model je.Apa lah sangat kan? Tapi saya gembira sebab ia sebenarnya kenangan manis buat saya dan Adam.(Adam pun join posing sekali tau) Hehe.



Early morning ummi kejutkan dan siapkan boboy ummi.Adam gosok-gosok mata.Sleepy lagi.Nasib baik wellbehaved jeThank you baby...Kakak aufa tinggal kat rumah nenek.Hubby kebetulan hari tu free.So,hubby ikut sekali follow kak ninie ke wisma Bling Lustre, Puchong.Sampai jugak ummi ke sini!

Ramai babysitters adam. Seronok lah dia!

Toys kat GBOB ni pun banyak.Seronoknya!! Weekend Class for kids at GBOB, 4 times for only RM140.Berbaloi kan?siapa berminat,jom daftar!

Start photoshoot for Adrini's nursing dress.yang ni adik2 Kak ninie.cantik kan?

Bila dah tengahari,adam dah mula cranky.Dah sleepy.Selalu kat rumah bangun lambat kan.Nampak watie tu? busy bincang dengan reporter.Kagum dgn dia!

Ini lah orang yang bertanggungjawab make over rupa paras saya.Haha.She is my lovely sister,Payha.Siap bawak make up artist lagi you!! hahaha.

Kay,kak lyna dan kak ninie.Hebat-hebat semua ni!

Thank to hubby too :) .Cantik kan office kak lyna ni.Bestnya.Rasa nak makeover hall rumah jadi warna pink juga.Hehe.

First blouse from Adrini's.Pose bersama Adam.Hihi.Dapat berape take je.sebab adam dah mula cranky...sian dia.Sorry kak ninie..Tak tahulah.cantik tak gambarnya nanti...

Adam with Khaleel Adyan.Bestnya awak tidur.Adam kene kepit sambil nyot nyot baru dia boleh tidur..

Baju kedua kat port lain pula.Ini kat Office watie.Marvellous deco macam tuannya.Blouse ni So sweet...Kainnya pun selesa.I like...!!! (Abang,nak beli yang ni..Haha)

Saya teringin juga nak hasilkan produk sendiri...:) Mempunyai impian seperti mereka.

Anyway, Terima kasih kepada kak ninie.Last week,siap belanja kami high tea lagi.Dapat Aufa jumpa dengan khayra yang petah tu.:)

P/s: To Momma mia.thanks sebab selalu prihatin.Kami tak sabar nak beli Pa & Ma Feb 2011 juga! :D

Sunday, December 26, 2010

Every picture tells a story








- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, December 22, 2010

Hasil atau jual?


Assalammualaikum wbt

Salam Sayang semua,

Sekarang ramai mommies yang berniaga samaada full time atau pun part time.atau ada yang sedang planning untuk buat side income dengan berniaga.apatah lagi bisnes online.ramai yang jadi wahm,soho,yang baru2 saya dengar wohowo ( istilah bagi work at home working mom) untuk tingkatkan ekonomi keluarga masing2.

Hasilkan produk sendiri atau jual produk orang?mana satu yang lebih baik?

Sebelum ini saya hanya biasa menjual produk orang.Dari dulu saya berniaga dengan jual produk orang.ya, saya tiada produk sendiri.

Ada yang lebih berpendapat lebih baik Ada produk sendiri.tapi untuk hasilkan produk sendiri perlukan modal yang banyak Dan risiko yang tinggi.bestnya kalau hasilkan produk sendiri..;)

Ada juga yang berpendapat jual produk orang dulu utk dapatkan modal.tapi jual produk orang untung sikit. kalau jual dlm kuantiti yg banyak,banyaklah dapat.tak pe,Biar sikit tapi berhasil.betul tak? Sikit sikit lama2 jadi bukit.

Kalau nak bisnes mesti kena Ada modal.takde modal,takde bisnes.takde modal,buat pinjaman.tapi tak sukalah pinjam2 ni.kalau bisnes online boleh buat pinjaman ke?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, December 19, 2010

Beli iPhone atau tidak?

Assalammualaikum wbt

Salam Sayang semua,

Baru baru ini kawan ummi Tanya tentang iPhone.Tanya pro Dan cons iPhone.tanya tentang review iPhone.mahu beli atau tidak? Beli melalui pakej atau brand new ?.Sebelum beli benda seketul ni tapi nak keluar beriban,memang kena pikir betul2.;D




Hubby beli iPhone 4.so,dia wariskan iPhone 3 dia kat saya. Hehe.dapatlah pakai Iphone jugak.kalau tak pakai handphone Sony saya yang biasa2 tu.asal boleh call, mms,sms.terima kasih Sony Ericson yg sudah lama berjasa.;)

iPhone 3 dulu.hubby beli dgn maxis Dan terpaksa pakej contract dgn maxis 2 tahun.so,kali ini tak mahu beli dgn pakej lagi.lgpun skang iPhone 4 dah ade jual di Apple branch atau kedai handphone lain.dulu terikat dgn Maxis je.

So, 2bulan lepas Kami ke times square utk beli iPhone 4.berlumba2 promosi iPhone ni.kat digi pun ada.so,Kami survey dulu.pi apple branch harge dlm 2300.tapi stok takde.kena tunggu bape hari ke minggu ke.hubby malas nak tunggu2.ni kes tak sabar2 la ni.hehehe.

So,terus ke kedai handphon.times square skang ada wing baru,digital wing. Nak cari gadget semua ada kat situ.so,tny2.Ada stok.boleh dpt terus.tapi harga iPhone kat situ jual mahal sikitlah sbb hubby pilih yg unlock phone.so in future kita still boleh upgrade.tp ingatla bape hagenya.dia kata maxis jual murah lg.tp kena contract dgn dia.end up cukup setahun le dpt sebijik lg iphone.so,campo2 accesories,download software,games dan upgrade iPhone 3 saya ni sume dlm 3k lebih.accesories apple boleh thn kan hagenye.

Beza beli kat maxis dulu dgn kat kedai luar.maxis kite bayar,dpt phone,dah.that all.xde servis lain.yg penting kite contract dgn dia.kalo kite tny psl download pape dia xbuat.atau dia xtahu.so, kita kena pi kedai luar download pape.aritu,apek tu masukkan software namanya,installous.Dari situ kita boleh download apa2 software atau games kita nak for free.tp kena modal rm150 la utk tu..tambah lagi..heheheh.

So,apa pro dan consnya?

Apa yg saya Suka tentang iPhone?

1. Saya suka skrin dia.besar.3.5 inch.puas tgk.hehe.

2.suka sbb dia friendly finger.gerakkan jari utk sliding.jump to the icon.boleh rotate.boleh zoom out.zoom in.press lama utk copy Dan paste word or sentence.cool huh?;)

3. Application endless.boleh simpan byk memory Dan boleh download byk applications.kat app store ada 200,000 app.Cari yg free je.hehe.nak downlaload iTunes tanpa guna credit card Ada di tips berguna (link dibawah).

4.saya suka download software guna installous.free je.sejak pakai iPhone ni,sy dah download pelbagai games pastu download facebook (mesti ni...hehe),Papago (tak payah beli gps ok..hehe), Quran online,video recorder ( iphone3 takde video? Apa dah...nsb bek boleh upgrade.huhu.lagi,saya download software blogpress ( so,saya dpt update blog guna phone.skang tgh menaip Sambil breastfeeding Adam :D ).itu pun tak de idea nak menulis apa kat blog..hehehe.

5. Boleh upgrade to latest iPhone.yg ni kena tny detail kat apek.trade in boleh.dia masukkan Prog baru pun boleh.pandailah dia wat.

Apa yg saya tak suka?
1. Selalu kena caj baterinya.kerap guna lg cpt habis.

2.sgt sensitive.tak boleh jatuh.tak boleh kena pressure ( jgn hempap),tak boleh kena panas sgt ( jgn terdedah kat mataharila).mmg jaga betul.aufa pun tak bagi pegang.hp dulu,aufa baling2 pun bernyawa lg.hahahah.

3.mantainance tinggi kot.sbb byk gune Internet kan. Tgh bengang dgn maxis ni.dah tmbh utk Internet dlm line yg sedia ada, ( family plan contract 2 thn tu).suh tmbh bayar rm58 each month.tapi tadi dia barred sbb Bil dah exceed.Mak aih! Apsal pulak? Pttnya rm58 tu fixla and it should be unlimitedla kita guna Internet kan? Mcm wimax.. Mcm broadband..pelik betul.camne ntah doarang Kira.cekik darah betul!! Dorang main caj je sesedap rasa.yang tak bestnya tulah,kita dok kayakan maxis.

Ok,untuk info lain you all boleh ke link bawah ini.

Iphone reviews>

Review Dari segi hardware :
http://jomphp.com/maxis-iphone-4-review-hardware.html

Review Dari segi software :
http://jomphp.com/maxis-iphone-4-review-software.html

Tips berguna bagi new iPhone user :
http://jomphp.com/20-tips-berguna-untuk-pengguna-baru-apple-iphone.html

General review :
http://www.suite101.com/content/iphone-review-a95808

So,beli ke tak? Tepuk dada Tanya selera.tapi kalau dah beli iPhone,kenalah rajin explore nak gunakannya dgn efficient.takkanlah just guna utk call or SMS je.rugilah camtu....;D

Ummi harap dengan adanya telefon pintar ini,ummi berfikir lebih pantas dan lebih productive.baru nak explore2 jugak ni.

P/s: to iPhone user, sharelah software apa yg best nak download?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, December 17, 2010

Aufa,Adam dan Strawberi

Assalammualaikum wbt..

Salam Cinta strawberi abadi semua...;D

Gambar-gambar Aufa dan Adam ketika di cameron highland semasa cuti raya haji hari itu.This is first time for adam to cameron highland.Aufa tak tahulah berapa kali.Dia selalu ikut atuk nenek dia jalan sana.Seperti 2 tahun lepas,kami stay di hotal dela ferns.mengenai hotel tersebut boleh le entry aufa ke cameron highland.Kali ini kami pergi, menu dinner mereka sediakan steamboat.puas makan panas-panas.Alhamdulillah.

So,Enjoy kenangan adam dan aufa bersama strawberi di cameron highland 2010!! Belajar-belajar shooting guna my laling 'baby' ;D



Adam nyot nyot strawberi..geram dengan jari awak!

Aufa pulak nyot nyot gula-gula strawberinya.Manis dan merah.


Homemade icecream by KHM farms.Kami wajib ke sini setiap kali ke cameron.aiskrimnya sedap! paling best,Buatan Muslim.:)


Butter scone with creme and strawberry jam.strawberry lagi. :)


Adam..awak comot! strawberry dipped with chocolate is yummylicious!


adam with strawberry headphones.geramnya!

Aufa pose with BIG strawberry!


Aufa comot makan strawberry!


Adam's first time 'meet' strawberry!


Aufa sedang menikmati strawberinya.

Semuanya kerana strawberi yang ranum,merah, fresh bersama pasangan secocoknya coklat! Alhamdulillah..Thank you Allah ;D

Sunday, December 12, 2010

Bagan Datoh

Assalammualaikum wbt

Salam sayang semua.

Dah lama entry ni ada dalam draft.Nak kongsi cerita kami ke bagan datoh dua minggu lepas.Bila menghantar adik saya bertandang di sg sumun.Kami stay di homestay.Jadi sebelum majlis malam berinai,kami sempat berjalan2..tengok2 kawasan disekitarnya..Malaysia ni kecik je,tapi betullah..even kecik tak semua tempat lagi kita sampai.Betul tak?

So,kami ke pekan kecil bagan datoh.memang sangat kecil.terpencil dan kecil.Jalan ke bagan datoh ialah jalan mati.terus ke laut..hihi.Masyarakatnya pula berbilang kaum.Bila sampai ternampak anak2 muda berbangsa india bermain bola di padang.Di pekan bagan datoh,terlihat masyarakat cina sedang berniaga di pasar.dan smestinya ramai masyarakat melayu di sana sini.yang pasti,dalam kawasan terpencil, ramainya penduduk kat sini...


Sampai2,terus kami ke jeti.tengok2 laut,tengok view,angin sepoi2..


ecewah adam pose siap lentok-lentok!

Jambatan ini panjang sampai ke hujung.tapi ummi tak berani pi..pengecut.hehe

dorang jalan sampai hujung.banyak ikan katanya..

Adam tengok air..

Dah lama tak upload gambar adam eh.ni letak banyak-banyak.muah..muah..muah! hehe
Aufa tengok ikan dengan acik dan atuknya.

Adam dan nenda tercayanggggg!!


Aufa excited tengok air.tapi air ni tak boleh mandilah sayang..keruh betul.hehe.

Berlatar belakangkan pekan kecil bagan datoh

Ada pasar malam pula.langkah kanan lah.perut tgh lapar..nyam nyam..Aufa mamam banyak2 ye...

Adam pun nak jugak! Boleh tahan budak dam bam ni..

Makan keropok lekor sampai meleleh2 air liur...hehe

Harga foodies kat sini memang murah dari kat KL.satu family makan satay,mihun sup,rojak,air.semuanya rm23 je..ummi makan mihun sup,sedapnya makan panas2..


Dah makan2.tengok jam dah pukul 6.30.so,cepat2 balik homestay.siap-siap,mandi-mandi,solat.Malam pi majlis berinai pula..:)

Lepas ni tak tahu lah bila lagi datang bagan datoh.kalau tak pape event camni,memang tak sampai lah.Hihi

P/s: nak merancang pi bercuti.tapi tak tahu nak ke mana...tapi teringin nak cuti-cuti jauh plak..korea ke..paris ke..perth ke..Haha.tempat2 tu pergi dalam mimpi jelah.haha

Wednesday, December 8, 2010

Apa kesan setelah mencuba breastfeeding trial pack?

Assalammualaikum wbt..

Sebenarnya sudah hampir sebulan saya mencuba Shaklee Breastfeeding trial pack ini.tapi baru sekarang saya sempat berkongsi kesannya terhadap penyusuan saya.

Terima kasih kepada momma Mia kerana memperkenalkan kepada ummi produk ini.Ibarat pucuk dicita ulam mendatang,production susu yang agak merudum dan perasaan risau mula datang.ketika yang sama momma Mia mempromosikan produk ini.lantas ummi berminat.terus memujuk Abi suruh bayarkan..Kira kos susu anak juga ni...hehe.



Ummi pilih set yang ada satu botol Alfalfa complex sekali.set ini kos deliverynya free of charge.;)


Yang lain,dipaket mcm ni.30tabs vitalea,vit c dan B complex.momma Mia siap sertakan sekali doa utk tmbhkan susu.;)ummi akan consume pada waktu malam,sebelum tido.Minum air banyak.Mulakan makan makanan sihat (sayur,bijrin)

Kesannya? Alhamdulillah,lepas consume trial pack ni,susu mula memancut.lega rasanya bila susu mula meriah! Apa yang penting kena menyusukan baby secara kerap.Thank you Allah..;)

Lepas ni nampaknya Abi kena beli lagi utk ummi since it gives benefit on breastfeeding.khas untuk anak bujang bam bamnya juga.hehehe.tak pelah, tolak belanja shopping baju2 ummi..;)




Ummi juga mengambil habbatussauda oil sebagai milk booster dan supplement.MasyaAllah.Ia sunnah,Ia milk booster juga! InsyaAllah dapat pahala bila amalkan.Baca RAHSIA susu ibu banyak DISINI.
Habbatussauda oil dari minsyam atau halagel boleh dapatkan di
 https://www.facebook.com/SihatCantikBerkat

Alhamdulillah. Anak membesar sihat dengan susu ibu sepenuhnya.Kita usaha.Semuanya dengan izin Allah :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, December 7, 2010

Salam maal hijrah

Assalammualaikum wbt..Salam Sayang semua,

Selamat menyambut tahun baru maal hijrah 1432H semua.Alhamdulillah,kita masih diberi nafas untuk terus beribadah dan menikmati kurniaanNYA.Kita masih diberi kesihatan yang baik,rezeki dan kebahagiaan dari setiap insan dalam hidup kita.semoga tahun ini merupakan yang terbaik buat kita untuk buat yang lebih baik dari sebelum ini.Semoga tahun baru 1432H memberi lebih keberkatan dan kebahagiaan daripada NYA.


Weekend lepas Kami ke kg sg sumun untuk majlis bertandang pula.siapa tahu sg sumun di mana? Ummi first time pergi.orang kata,jauh perjalanan luas permandangan.kalau adik tak dapat jodoh orang sg sumun,memang tak sampai lah jawabnya kami ke sg sumun..sg sumun terletak di perak.bersebelahan dgn bagan datoh.Seronok tengok keunikan majlis perkahwinan mengikut budaya orang Jawa.Alhamdulillah.majlis dua dua belah sudah selesai.Dan Kami selamat dpt ahli keluarga baru.;)



Adam juga mahu ikut berhijrah.Adam sudah mula tunjuk skill nak merangkak.badan dah naik.kaki belum boleh angkat.Cuba lagi Sayang..sampai berjaya.tengok Adam,teringat aufa masa kecil dulu.Seronok tengok development anak.Ummi tengok adam sekarang,masa yang sama teringat kenangan semasa aufa membesar dulu.Sama! priceless!





tahniah acik!

semalam adik ke empat convo.tahniah! Bawa Adam dan aufa sekali tgk makciknya convo.malam bawa adik adik keluar makan di pizza hut (gemokkan badan) hehe.

Kakak kat rumah neneknya.Sunyi budak becok takde. Kakak dah pandai copycat dialog ummi sakng! Huhu

bila ada majlis camni.memang letihnya kesana kemari.rumah pun tunggang terbalik.pokok kat garden pun mati tak bersiram.haha.tapi seronoknya dan meriah bila ramai suadara mara, adik beradik sentiasa ada dengan kita.beramah mesra dengan kita.sekarang semua dah setel.Bila semua balik rumah semula.sunyi pula rasanya.Dah biasa lately busy dan riuh rendah dan meriah2..Sekarang dah sunyi..Huhu

InsyaAllah,kembali aktif berblogging selepas ini.:)



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers