ads

Monday, May 13, 2013

Milk booster : Rahsia susu ibu banyak

Ibu - ibu yang menyusukan bayi tentu selalu terfikir makanan apakah yang boleh menambahkan susu badan. Pengambilan pemakanan yg digelar galactogogue (makanan yg dapat membanyakkan susu) dapat membantu untuk membanyakkan penghasilan susu. Kalau orang kita sebut, petua-petua membanyakkan susu ibu.Macam-macam petua muncul kan? ^_^

Tetapi perlu diingatkan di sini, ianya tak akan berhasil sekiranya penyusuan secara direct atau ibu pam susu secara kerap tidak dilakukan.Makanan makanan yang di gelar “lactogenic foods and herbs” tidak boleh bekerja sendiri tanpa stimulasi penyusuan.Gitu lah gamaknyaaaa..Hehe.


Di samping kita memikirkan apa yang kita makan dapat memberi kesan kepada penyusuan badan, kita juga sekaligus mendapat khasiat dan vitamin dari makanan itu sendiri.

Jom kita lihat lactogenic foods / herbs tersebut :


Air Longan dan kurma merah


Horlicks atau cereal drink


Kurma
Bayam

Hummus / Kekacang
Halba
Ikan salmon  koleksi resepi di SINI



 Lobak Putih

Tempe
Oat

Habbatussauda' (kini lebih mudah dengan ada habbatussauda kapsul)
Lain- lain lactogenics foods di  SINI  (Top Ten Lactogenic Foods: Foods that improve your milk supply)

Walau apapun,

1.Percaya kepada demand and supply concept
Kalau banyak demand banyaklah hasilnya.Walau dah ambil makanan penambah susu kita lupa nak susukan anak tapi tiada rangsangan.Maka susu kita tidak akan meningkat)

2. Jangan stress
Penyusuan susu ibu melibatkan dua jenis hormone iaitu hormon oksitosin (hormon gembira) dan hormon prolaktin (hormon susu). Apabila bayi mula menghisap susu dari payudara ibu, ia akan mula merembeskan hormon oksitosin dan hormon inilah yang akan meransang kelenjar pituitari (otak) ibu untuk merembeskan hormon prolaktin yang seterusnya meransang kelenjar susu ibu untuk menghasilkan susu memenuhi keperluan bayi. Jadi apabila kita stress, hormon oksitosin itu tiada dan ia tak mampu memberi signal kepada otak untuk merembeskan hormon prolaktin. Oleh itu, ibu-ibu yang menyusukan perlu sentiasa tenang dan gembira saat menyusukan. (info dari adrinis.com)

3.Doa dan tawakal
Sesungguhnya ALLAH swt itu Maha Mendengar permintaan hamba-hambaNya yg betul-betul ikhlas, khusyu’ & tawaddhu’ memohon sesuatu drpNYA

Dapatkan Habbatussauda Oil.Ia digalakkan untuk ibu berpantang dan menyusu badan.Ia dapat membuang angin,memberi tenaga dan memperbanyakkan susu badan.Selain ia merupakan supplement, ia juga sunnah Nabi Muhammad S.A.W.Makan dapat badan sihat,Makan dapat pahala.InsyaAllah :)

Halagel BLACK SEED OIL
120 biji softgel RM60



kandunganSemenanjungSabah/Sarawak
20 bijiRM12.00RM12.50
240 bijiRM144.00RM150.00



hubungi untuk order : raudhah69@gmail.com


Baby saya yang membesar sihat dengan khasiat susu ibu.2 bulan, 6 kg.Syukur Alhamdulillah.Thank you Allah! Doakan dia membesar sihat yaaa ;)

No comments: