ads

Sunday, May 12, 2013

Perfect Getaway : Tanah Aina Farrah Soraya

Assalam Alayk..

Sebelum ini dedahkan anak-anak dengan pantai atau taman tema air.Kali ini bawa mereka mandi sungai pula.Rakan suami suggest tempat ini.Lokasi menarik untuk bercuti.Alhamdulillah anak-anak sangat gembira.Dan kami sangat puas hati dengan layanan staf sepanjang berada di Tanah Aina.Dan ternyata minggu kesukaan anak-anak.

Jika ke sini tidak perlu bawa makanan.Mereka sediakan semua.Makanan tengahari,malam dan sarapan pagi.Kami bawa roti,tapi tidak termakan.Banyak sangat makanan dihidangkan di sini.

Untuk ke Tanah Aina, kita akan dijemput menaiki 4x4 drive untuk ke atas.Kereta parking di bawah.Agak adventure kan.Bila sampai kita akan disambut dan diberi air minuman.Suasana sangat tenang.Bilik berhadapan dengan "swimming pool semulajadi" :)

Sepanjang menginap disana.Cuaca redup,tidak perlu aircond.Sentiasa terdengar deruan air sungai.kabus di waktu pagi.Udara yang segar.Terasa sangat dekat dengan alam semula jadi.Subhanallah.

Air sungai pula sangat jernih.Boleh nampak ikan-ikan berenang.di dasar.Yang best,Takde pacat! Hehe
Anak-anak siap kutip batu sungai untuk bawa balik.Budak-budak kan suka main air.Memang payah lah ajak naik.Syok dapat mandi sungai! Sejuk!

Kalau datang musim buah,akhir tahun.Dapat makan buah durian,manggis,pulasan percuma! Syok tu! :)

Okay,layankan gambar saja ok.















































Anak-anak asyik tengok video mereka mandi sungai.Adam siap request nak pergi sini lagi.Aufa cakap,suka pergi sini.Anak- anak kecik tak dapat join aktiviti luar seperti jungle treking,flying fox dan leap of faith.Mandi sungai pun tak puas rasanya.Mungkin juga lain kali menginap 3 hari 2 malam pula.InsyaAllah.

Tak pun kita pergi mandi sungai kancing jela lepas ni.Dapat berkubang berapa lama pun takpe noks!.Hahaha




Tanah Aina sesuai untuk mereka yang cintakan alam semulajadi dan mereka yang mahukan kelainan.
Tanah Aina,Journey of love.Back to the nature :)  www.tanah-aina.com



Dapatkan produk terbaru kami :

Royale Placenta
Sheep Placenta Plus 36,000mg
Product of New Zealand Kini Berada di Pasaran Malaysia!


30 Capsule
International Price :
Singapore – SG$ 328.00
Malaysia – RM 750.00
Harga Offer Kami : RM 650.00
 Free Pos Seluruh Malaysia

hubungi : raudhah69@gmail.com




2 comments:

Nadiah Sidek said...

kat mana tanah aina tu raudhah? menarik tempatnya

Ummi Salsabila said...

Kat Raub Pahang kak :)