ads

Saturday, June 5, 2010

Kenduri Aqiqah dan Cukur Kepala Muhammad Adam

Majlis : Aqiqah dan Cukur Kepala Muhammad Adam
Tarikh : 23 Mei 2010
Tempat : Kg Pandan, Kuala Lumpur


Salam sayang.Sudah hari ke 20 berpantang.Alhamdulillah.sempat mengadakan majlis aqiqah dan cukur kepala pada hari ke tujuh kelahiran Adam.Majlis diadakan di rumah MIL.Mak lah orang kuat majlis aqiqah ini.Banyak dia yang uruskan.terima kasih juga pada adik beradik dan saudara mara yg membantu.Terima kasih juga pada tetamu yg hadir.Alhamdulillah majlis berjalan secara sederhana dan lancar.Semoga majlis ini mendapat keberkatanNYA.ameen..


Hadis Rasulullah s.a.w.:

Dari Samirah, katanya Rasulullah s.a.w.telah bersabda:
Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Pengantin kita, Muhammad Adam.

Kambing biri-biri yg diaqiqah kan

Nanti Adam naik kambing ini juga.tough macam Adam! :)

Sebahagian juadah majlis.Kambing masak merah,kambing masak kurma,daging salai msk lemak, belimbing,ayam goreng rempah,sayur dan nasi beriani arab.kecur...yum..yum.. Tapi Ummi tahan je tgk air sejuk.godaan..sabar :)


kami sampai rumah MIL pukul 12.30pm.Abaikan muka sememeh dan tembam saya.

Adam popular dikelilingi sepupu-sepupu

Adat melayu untuk cukur kepala

Adam dikelingi kumpulan marhaban

Terima kasih mak adik.

Nenek dukung adam.Wan tersenyum lebar.

Adam cool je.pelik dia.Apalah orang buat macam-macam kat saya ni...

Semoga Adam jadi anak yg soleh.bijak ilmu duniawi dan ukhrawi..ameen..

Tok Zali sempat cukurkan kepala adam sekejap.kemudian Abi sambung cukur sampai licin.

Adam dah botak licin.macam ipin lah! nanti jgn degil dan semoga mudah dapat ilmu ye sayang..:)

Esok saya akan berpantang di rumah mak saya.Kelam kabut ummi bila mak cik putih sudah balik.Banyak kena buat sendiri.Jadual makan,mandi pun terlajak.Makanan berpantang pun tak terhidang lagi.Tak dapat berurut hari-hari.Rindu pula pada mak cik putih.Ni mak dah start cuti sekolah.dapatlah bermanja dengan mak pula.Hehe.

Jumpa lagi bila saya sempat menulis.^_^

7 comments:

nadnye said...

seronoknya.. cool jea adam,sekejap jea masa berlalu
lawa gambar kat atas header tu

MAMASYAZA said...

adam nampak cool n cute

Momma Mia said...

- Suka ur new header... so lovely and sweet laa
- Aufa dah nampak tinggi laaa.
- Thanks jemput ari tuh tp sori can't make it

Ummi Hanie said...

wah brseri2 US...
sonok kan dh dpt anak sepasang...weee :D

hmm...nak tau,4 org anak Hanie ni smeua xpenah wat mjlis cukur jmbul..huhu..xpelah...
antara tukang cukurnya ialah hanie n hubby sendirik ;)

Ummi Salsabila said...

Nadnye>> alhamdulillah seronok sgt.dpt jupe saudr mara n kwn2 sume.

tq kak..tuka header br lak:)

Mamasyaza>>tq aunty..:)

Momma Mia >>

- tq.kn tuka header ltk bby baby lak.hhehe
-mmg kak.baju2 dia bykdah senteng.besar tak.meninggi je.:)
-its ok sis.phm..:)

Ummi hanie>> xdelah hanie.muka sembap btol ms ni.

xpe hanie.mjlis cukur jmbul tu adat kita.yg penting ibadah aqiqah kita dan amalan cukur kepala tu sunnah. :)

MeL MikaiL said...

yela baby adam nampak cool n rilex je..gud boy! mika lum buat aqiqah lagi, Insyaallah dah duduk rumah bwh ni senang sket nak buat..

Ummi Salsabila said...

Mel>> yela,sng guest nak dtg kan.Insy,nanti boleh buat aqiqah tuk mika plak.:)