ads

Thursday, June 10, 2010

Anak Ibarat Sehelai Kain Putih Yang Suci Bersih

Pernah tak telintas di fikiran you all?Bila tengok baby kita.Kecik2 ni comel,kiut miut,suci,baik je dia.Tapi bila dah besar nanti macam mana yer? seriusly ummi memang risau bila aufa dan adam dah besar nanti.Jadi anak soleh dan solehah kah mereka nanti? Harap-harap begitulah.

Anak adalah amanah Allah kepada ibubapa. Dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda,

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah yakni suci dan bersih. Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi,(Riwayat Bukhari)

Bayi lahir ke dunia ini dalam keadaan suci dan bersih dari sebarang dosa dan noda. Ibarat kain putih yang tidak tercorak. Ibarat kapas yang tak tercemar. Semakin hari anak ini semakin membesar, dan ibubapalah yang bertanggungjawab mencorak kehidupannya. Agama, akhlak dan dunianya. Jika dicorak dengan baik, anak ini akan menjadi baik. Jika buruk, maka akan buruk jadinya.

Ummi nak sharing apa yang ummi baca tentang beberapa tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

  • menjaga dan memelihara dengan baik dan penuh kasih sayang
  • memelihara permakanan dan minuman anak-anak tersebut iaitu memberikan mereka makanan dari sumber rezeki yang halal dan baik
  • makanan dan minuman yang baik,utama dan berkhasiat bagi anak damit ialah air susu ibu
  • memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pendidikan agama.
  • menjadi contoh yang baik kepada anak.
  • sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak, baik dari segi emosi, mental mahupun fizikal
Memang tiada jalan pintas dalam mendidik anak.Memang mencabar.Usaha sedaya mampu.Yang lebih berserah padaNya.Semoga Aufa dan Adam jadi anak soleh dan solehah ya.

Jom layan gambar Adam.Adam di hari 3 lahir ke dunia.Ummi yang suruh Adam pose macam-macam nih.hehe.


Baby Adam baru 3 hari


Dengan nenda tersayang


comelnya kaki baby



Adam tengah pikir apa tu?


Dah lah ummi.Adam dah sleepylah...


sweet dreams darling my little hero..Muah!!!


Okey,Nanti sambung upload gambar Adam dah botak licin pula ya.Tata.^_^

14 comments:

nieda said...

comel dan shahdu tgk baby..mmg betul baby dilahirkan suci dan bersih.

Nurul Izza said...

eeee geram sgt nk picit kaki adam.nak cium bau..best kan??

p.s: kata org, kalau nk tgk anak, tgkla mak ayah dia.sm2 kt doa spy kt bolh didik anak menjadi ahambayg soleh disisi Allah. bila soleh disisi Allah insyaAllah, soleh juga disisi ibu dan bapa. amiin.iza pun risau didik anak kata org didik ank pompuan payah dari laki.huhu

fizamior said...

adam comel, aunty nak cium sikit boleh?? :D

Suziey Ahmad said...

comelnya bby adam..ish teruja mau baby lg..hiks:p

MeL said...

comelnya adam ni..bambam sungguh! ;)

Ummi Eisya&Amani said...

alahai..geramnya la tgk adam ni..dgn bam bam nya..cute tul..tak sabar nak ade baby lagi..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

bila tengok baby adam macam nak ade baby balik :P.cute sangat.....

alinalan said...

wah adam pun dah bam bam ler...
moga anak2 kita menajadi insan yng berguna kpd agama bangsa & negara

Ummu Mishkah said...

alhamdulillah kalau dapat kita sedari amanah ini.. ada award untuk US di http://littlemishkah.blogspot.com/2010/06/creative-blogger-award.html
sila ambil lah yer!

Ummi Salsabila said...

nieda>> mmg sgt suci..:)

izza>> mmg best cium dia.yummy! hihi.
sama2 kita didik anak kita jd anak soleh n solehah.

fizamior>> tq aunty.boleh je aunty.

suziey>> tq.hah,bile lg? le bg aqeel adik lak.:)

Ummi Salsabila said...

Mel>> tq aunty.dia kuar2 da bam2.hehe

ummieisya>> xsabar yer.xsabar gak nak tgk adik aleesya nih.:)

Ummi Aisyah>> tq.hehe.bila nak tambah ahli lagi?

Ummi Salsabila said...

Momma Mia>> emm.mmg smakin tombam si adam ni.Insy kak..

Ummu Mishkah>> Insy.nanti amik award tuh.TQ.

Unknown said...

sama2 lah kita berdoa semoga anak2 kita jadi anak soleh & solehah...

semkain anak membesar, semakin mencabar.. setiap hari penuh kebahgaian dgn teletah anak2..

Ummi Salsabila said...

kak yong>> ameen..:)
harus bersedia dgn ilmu parenting dr skang.risau kalau xdpt didik mereka dgn baik.kita juga kena jwb kat akhirat nnt kan..


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers