ads

Saturday, June 26, 2010

You are My Sunshine



You are my sunshine,
My only sunshine.
You make me happy
When skies are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away.

Hari ini ummi nak cerita tentang My boy, Muhammad Adam semasa dalam sebulan umurnya..semoga Adam membesar dengan sihat ya.:)

Adam is a good boy.Tak banyak ragamnya.Adam menangis sakan bila dah basah or nak susu je.Tidur malam lena.bangun sekejap menyusu.kemudian sleep balik.tak delah ummi kena berjaga malam macam kakak aufa dulu,Aufa dulu mula-mula timetable tidur dia terbalik.hehe.

Tapi kadang-kadang adam pandai demand juga.manja pula.mahu dipegang.bila letak menangis.Tapi tak boleh selalu lah sayang...nanti susah ummi nak buat kerja kalau adam dah biasa pegang je.

Adam suka smile.suka senyum masa sleep.mimpi apalah anak ummi nih.
Adam respond sengih2 ketawa bila borak dengan dia.sengih dan ajak borak auu ahh ohh masa menyusu.suka sangat saat ni.macam dia nak bagi tau,sedapnya susu ummi nih..yummy! hehe.Tapi adam ni pendiam sikit dari aufa.Aufa dulu masa dalam hari lagi.mulut dah pot pet pot pet je.hehe.

Adam dah boleh angkat kepala bila meniarapkan dia.kuat betul kepala dia.
Bila kita tengok tv,dia pun menoleh tengok jugak.mcm nampak je.adam dah nak tengok cartoon ke? hehe

Adam grap tgn kuat.Bila mandikan dia grap baju kita.Bila didukung,dia grap kuat rambut ummi.
Paling suka moment masa meyusukan dia.ummi akan pegang tangan,dia genggam kuat.sambil ummi borak2,usap2 kepala dia,badan dia.Adam pandang je muka ummi.Mata bertentang mata.Bahagia.


Adam suka mandi.bila mandi diam je.nanti boleh lah kita mandi pool dengan kakak kan?.hehe
Lepas mandi is massage time with love.Adam suka juga.Aufa pun suka dapat sapu lotion kat Adam.Dia memang suka main bedak dan lotion.Ummi suka massage badan Adam yang gebu itu.geram.Sexy! Kadang-kadang bila lepas mandi.Adam akan terlelap.rasa mengantuk lepas mandi.Sometime Adam akan terus menangis.Sekuat-kuat hati.Tahulah,dia lapar.So,menyusu kan je dulu.Baru boleh massage dan pakaikan baju adam.Pakaikan bedak.wanginya dia! Muah.Muah.Muah!!!

Bila reading time with aufa.sambil tu dukung adam.even dia tak faham lagi.Tapi dia dengar dan Insy dia dah boleh paham juga.Bila layan aufa nyanyi2 favourite songs dia.Adam pun dengar juga.sambil tu gerak2kan tangan dia.tepukkan tangan dia.Aufa memang suka masa nyanyi2 ni.dia pun nak pegang adam.nak goyang2 kan tangan adam juga.Adam suka.Sengeh-sengeh tunjuk gusi dia.hehe.Gembira.

Disebabkan adam tak banyak ragam.Tidur pun ok.Kami tak ajar dia naik buaian macam kakak aufa dulu.Biasalah boy kena lah mantain cool kan.Tak bolehlah manja macam girl.hehe.Adam suka tidur atas badan ummi dan abi.Selesa agaknya bila dengar heart beat macam dalam perut.Sebelum tidur ummi suka dodoikan Adam dengan zikir.Sekarang kakak Aufa pun dah pandai tepuk-tepuk dan dodoikan adam.Comel.^_^


Jom layan gambar-gambar adam ^_^












We love you so much.Kamulah penyeri dan pujaan hati kami.Kamu lah yang mengembirakan kami^_^

Friday, June 25, 2010

Nak Watermark juga

Majority mommies ummi tengok dah tempek watermark kat gambar masing-masing.Ummi nak jugak..hihi.Amacam? Comel tak watermark baru ummi nih.comel lote kan.em.ciwi-ciwi!.

Ummi suka sebab ia unik dan simple.Suka..suka..hihi.If you all nak dapat watermark sendiri bolehlah usha2 eybizzonline ni.wah,design cantik2,comel2,dan banyak pilihan.sampai ummi rambang mata nak pilih mana satu.Selamat terjah! ^_^.









P/s: Yang color apa cantik? Pasni nak tempek kat gambar pula.Happy weekend :)

Tuesday, June 22, 2010

Bila sudah Berempat

Salam Sayang.
Adam 37 hari.Belum habis pantang lagi.cepatlah masa berlalu.hehe.Weekend lepas kami ke wedding kawan ummi, Mala di dewan wisma sejarah Kuala Lumpur.Wah! dah keluar nampaknya. Kawan ummi mala ni rajin dtg bila pape event.dulu tunang,kawin, aqiqah anak sume dia datang. Ni dia kawin kalau boleh, ummi nak pegi jugak.Lagipun masa nilah dapat jumpa kawan2 lain.bukan senang kan gather2 kan.Alhamdulillah.Seronok dapat jumpa kawan2.
Congratulations Mala! Welcome to wifey club.^_^

yummy mommies with kiddos :)

First time keluar berempat nih


After balik wedding mala,kami singgah ke empire shopping gallery. grocery shopping dan saja nak jalan bawak aufa.wah! ke ummi dia yang nak jalan-jalan ni.haha.tak pe amik udara jap.hehe
First outing dgn 2 orang budak.kelakar dan kalut juga.yg kelakar bila dua2 melalak serentak.adam nak nyusu.aufa nak mintak dukung.nak ajak main.lepas ni,mmg tak dapatlah ummi shopping tanpa abi.dulu control aufa jer bolehla.bila time dua2 berjemaah melalak,ummi abi sama2 pandang then kami tersenyum.aih,ni baru dua! ^_^

aufa wif bob the builder.dah pandai suruh kita masukkan coins :)

Salsabila Aufa,budak manja kesayangan semua.

sempat main peek a boo! curious.nape meja ni ada lubang.:)


Muhammad Adam, macam biasa good boy!


susahnya nak bagi aufa makan.pi kenduri pun tak nak makan.kat cafe ni.kita suap pun dia tak nak.suap sendiri sikit je.pastu dia plak nak suapkan kita.ummi lah yang bam2 camni ;p


em.dapat gak suap dia beger 3 kali.pastu tak nak dah.kakak,kena makan banyak2.nanti adam pula lagi besar dari kakak..ayok...
ok, sayang cintaku.nanti ummi off confinement.kita pi jalan2 lagi ok! ^_^

Friday, June 18, 2010

Cara-cara merangsang Bayi baru lahir

Seseorang bayi Islam yang baru dilahirkan dianggap seperti kain putih. Perkembangan personalitinya bermula daripada peringkat itu walhal ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa ini bermula dari peringkat janin lagi. Bayi yang baru lahir sudah dilengkapkan dengan kesemua pancainderanya dan sudah boleh berinteraksi dengan persekitarannya serta dengan orang-orang disekelilingnya, terutama ibu dan bapanya.

Pada masa dahulu kebanyakkan orang menganggap seseorang bayi yang baru lahir itu sebagai seorang individu yang pasif dan tidak berupaya mengenali ibu bapanya, persekitarannya, atau memberi apa-apa gerak-balas kepada orang disekelilingnya. Tetapi pada masa kini jelas kepada pakar-pakar perkembangan kanak-kanak bahawa bayi yang baru lahir sudah berupaya memberi gerak-balas kepada perhatian yang ditunjukkan oleh orang lain kepadanya.

Baby Adam tengah melihat sekelilingnya.

Bayi sudah boleh mendengar, sudah boleh melihat dan sudah boleh merasai keadaan-keadaan yang selesa atau keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Bayi menangis apabila lapar, tenteram apabila disusukan. Semakin dia besar, jelas kadangkala yang dia menangis apabila dia keseorangan dan akan tenteram semula apabila dibedung, diangkat ataupun didodoikan.

Pada masa kini ramai ibu bapa yang bertanyakan cara -cara untuk merangsangkan bayi . Sekarang sudah jelas bahawa prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu boleh dipertingkat dengan memberi persekitaran yang penuh dengan rangsangan kepada kanak -kanak itu . Sitimulasi atau rangsangan ini perlulah dipertunjukkan kepada anak -anak dari peringkat bayi lagi .

Kalau diperhatikan kelakuan seseorang bayi dalam beberapa hari dia dilahirkan jelas ternampak bahawa dia akan berada dalam empat keadaan - tidur nyenyak , mengantuk , keadaan menangis . Didalam keadaan dia berjaga -jaga dan asyik memerhatikan kelilingnya dan asyik memerhatikan persekitarannya itu deria -derianya akan menangkap semua stimuli di persekitarannya . Kadangkala dia akan memberi gerak-balas kepada stimuli-stimuli ini. Umpamanya dia mungkin akan ketawa jika ibunya ketawa dihadapannya. Dia akan memerhatikan sesuatu benda yang diimbaskan dihadapan mukanya.

Cara-cara merangsang bayi

Keadaan yang sesuai bagi merangsang bayi ialah pada masa dia celik dan sedar. Ibu bapa perlu faham masa yang elok untuk merangsang bayi kerana jika rangsangan diteruskan tanpa mengambilkira kemampuan bayi untuk berinteraksi, ini mungkin akan membawa kesan yang negatif kepadanya. Bila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu itu patutlah bercakap-cakap dengannya, menyanyi mesra, menunjukkan wajah senyum gembira atau ketawa sambil menggosok-gosok atau mencium bahagian tubuh bayinya itu. Waktu menyusu bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan-perkataan seperti " anak mak cantik sangat, anak mak manis sangat, anak mak sayang, anak mak suka minum susu", dan sebagainya disarankan untuk digunakan pada waktu ini.

Ibu-ibu juga digalakkan bercakap-cakap dan bermesra dengan bayinya diwaktu dia dimandikan atau lampinnya ditukarkan. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya semasa menyalinkan lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi diantara ibu dan bayi. Sambil menyalin lampin perkataan-perkataan seperti" cantiknya kaki anak mak, wanginya badan anak mak," dan sebagainya boleh digunakan.

Abi dah mandikan adam.wanginya dia...

Sebelum seseorang bayi boleh menggunakan bahasa dia akan menempuh proses perkembangan yang sistematik. Bayi yang baru lahir hanya menangis sahaja. Kebolehan bayi untuk mengeluarkan konsonan seperti mm,mm, atau ng pada usia tiga hingga empat bulan akan terus berkembang sehingga pada usia enam bulan dia sudah boleh mengeluarkan bunyi "ma ma ma, na na na" ,seolah-olah dia hendak memanggil ibunya. Kebanyakkan bayi sudah berupaya mengeluarkan satu perkataan yang bermakna seperti "mama", "baba' pada usia sepuluh bulan. Dari bahasa yang digunakan oleh ibu kepadanya setiap hari dan pada setiap masa bayi akan dapat mempelajari dan membentuk bahasanya sendiri. Dari itu ibu bapa perlulah faham bahawa mereka seharusnya memberi perhatian kepada perkembangan bahasa bayi-bayi mereka dan membantunya dengan selalu bercakap-cakap dengan bayi mereka. Bahasa sangat penting untuk seseorang manusia mempelajari keadaan disekelilingnya kerana melalui bahasa seseorang kanak-kanak kecil boleh melafazkan kehendaknya, boleh bertanya-tanya, boleh meminta-minta, dan boleh mengeluarkan pandangan-pandangannya tentang sesuatu perkara.

uwaaaa...adam nak susu lah!!!!

Seseorang bayi yang selalu menangis tentu akan kurang berkebolehan menerima segala stimuli dari persekitarannya serta dari orang-orang disekelilingnya. Ada ibu-ibu yang mengatakan " Biarlah budak itu menangis, lama-lama bila dia letih, dia akan diam". Anggapan ini adalah tidak benar dan ibu bapa dinasihatkan supaya mencuba seberapa daya untuk mententeramkan dengan mendukung dan mendodoinya atau mengenjut-enjutkannya. Selalu didapati bahawa seseorang ibu yang sudah pandai mendapatkan perhatian bayi dan merangsang bayi akan mendapati bayinya kurang meragam . Bayi menangis kerana inginkan sesuatu. Cubalah cari sebabnya dan pujuklah dia.

Bermain-main dengan bayi adalah sangat-sangat digalakkan. Jari-jari bayi boleh dicium atau kedua-dua tangannya ditepuk-tepukkan sambil ibu menyanyi perkataan-perkataan seperti " tepuk-tepuk tangan". Pendeknya, perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh seseorang ibu itu seelok-eloknya mestilah ada berkaitan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan.


Adam bagi respon senyum-senyum bila borak-borak dengan dia

Kesimpulan

Persekitaran seseorang bayi itu boleh diperkayakan dengan mengadakan berbagai-bagai bunyi yang menarik seperti lagu-lagu dari peti muzik (musical box) atau dengan gambar-gambar yang berwarna-warni.

Untuk merangsang bayi ibu digalakkan bercakap-cakap, bermain-main, menyanyi atau membaca sesuatu kepada bayi mereka kerana ini bukan sahaja akan membantu proses perkembangan bahasa bayi bahkan mungkin boleh meninggikan pretasi intelek mereka. Sebelum kanak-kanak itu boleh menggunakan bahasa dia perlu memahami bahasa. Dari itu ibu bapa digalakkan selalu mengeluarkan perkataan-perkataan yang sesuai pada masa dia berinteraksi dengan bayinya. Insyaallah bila perkembangan bahasa kanak-kanak itu dapat dipercepatkan, prestasi inteleknya juga akan meningkat


sumber :
http://home.hamidarshat.com/IKKcara.html

p/s: nenek sedara ummi kata,baby sekarang bijak2.lahir2 dah celik mata.tengok sana sini.baby dulu,lahir2,mata tutup rapat lagi.

Thursday, June 17, 2010

the trip to the hospital

Semalam, 16 Jun 2010.Baby Adam genap 1 bulan.So ummi bawa pi check up dan amik 2nd dose hepatitis B.Appoinment di demc pukul 11 am.My mom bawak kami sebab Abi keje.

Tahu tak budak ni makin besar dan semangat? Berat dah 5.3kg.panjang dah 61 cm.Alhamdulillah.anak ummi membesar sihat dengan susu ummi ^_^

Paed,Dr Fadzillah check paru-paru,pernafasan,kulit,perut sume ok.Baby Adam sihat.Alhamdulillah.

Baby Adam cool je.Doc kata bagus berat dia naik lebih dari 1kg a month.dan doc suruh teruskan breastfeed.of course doctor! breast milk is best :)

pastu,doc inject baby adam.mula2 dia relax je

sekali dah keluar jarum.melalak kuat.aduh.kesiannya dia.


menangis kejap je.pastu ok.doc kata pandai berlakon ni.hehe

my little munchkin at 1 monthd old

kaki dah tembam dan panjang.bedung dan baby swaddle dia dah tak muat lagi.

Lupa nak tanya paed.baby umur berapa dah boleh tidur meniarap.paed ada cakap ritu bagus tidurkan meniarap.bagus untuk pernafasan.sebab skang adam dah tidur meniarap.dia lebih lena.tak terjaga-jaga.tapi ada orang tua nasihatkan tak boleh lagi.you all tahu tak?

oklah,aunties and uncles sume.Adam dah penat.sleep sambil tersenyum lagi.:)

Wednesday, June 16, 2010

Pumping Practice During Confinement

Ummi start practice pumping bila masuk minggu ke 2 berpantang.Masuk minggu ke 2 susu badan mula develop sikit2.sangat - sangat enjoy.pumping dengan bantuan spectra 3 ku.Baru juga start buat stok EBM.Alhamdulillah.Ada lah sikit2.Baru juga belajar ilmu penyusuan dan EBM.Saya budak baru belajar.Banyak kena belajar lagi.hehe.

Ummi nak sharing sedikit info dari kawan-kawan ummi tentang pumping practice semasa pantang ni.sebagai peringatan dan rujukan untuk diri sendiri juga ^_^ :

Sebab2 kite memerah di waktu berpantang adalah : -
  • 1) Breast engorgement - pump untuk melegakan "B" yg membengkak
  • 2) Bekalan sementara - Mungkin ada waktu-waktu yg kite terpaksa keluar dan meninggalkan bayi di rumah. So, kite boleh pump and tinggalkan susu perahan for our baby's consumption.
  • 3) Stock EBM - pump utk mengumpul stok susu perahan sebagai persediaan sebelum kembali bekerja.


Cara-cara pump semasa tempoh berpantang pula adalah : -

  • 1) Pump selepas menyusukan baby - Jangan risau & kecewa jika kite pump time ni susu x keluar or keluar titik-titik shj...mmg kdg2 kite hanya "air-pumping" instead of "milk-pumping"... Tujuan pump selepas baby menyusu ialah untuk stimulate breast and memberi signal pd body kite bahawa ada demand. Bile demand tinggi, supply pasti bertambah!
    Betul2! at first, ummi pump just dpt 2oz.tak lama pastu dapat 3oz.and now, bertambah sikit dpt 5oz.Alhamdulillah,semoga susu bertambah meriah.

  • 2) Tandem pumping - sebelah payudara bagi baby nyusu, sebelah lagi pump dan dilakukan simultaneously ye..ummi dah try juga.freestyle kan pump anda!


Peringatan ye... jangan beranggapan yg bile kite pump sebelum baby di susukan, nanti bile nak susukan baby susu dah takde. Tanggapan ni sangat lah SALAH ye! Percaya lah...even selepas kite pump and directly after that baby nak nyusu, susu kite still ade utk baby minum...susu kite x pernah x de...malah sentiasa dihasilkan! Tu la keajaiban yg ALLAH swt dah jadikan...

JANGAN BIARKAN PAYUDARA ANDA TIDAK DI PUMP/PERAH LEBIH DR 3 JAM. Jika kite biasakan rutin tidak perah dlm jangka masa yg panjang akan menyebabkan susu kite berkurengan...



NOTA KAKI :-


Please be reminded ye kawan-kawan, tak kire brp amount susu yg kite dpt pump/perah semasa tempoh berpantang, even kite cume dpt 0.5oz to 2oz per session, adalah dikire NORMAL. Jgn pressure lak bile tengok susu yg keluar sikit sgt...ianya adalah NORMAL. Reasonnye, baby sentiasa bersama kite dan sentiasa menyusu. Jd, susu yg banyak2 tu baby dah consumed.

Tujuan kite berlatih megepam/memerah semasa berpantang adalah utk membiasakan diri kite (supaya x kelam kabut bile kembali bekerja) DAN utk memberi signal kpd bdn kite utk menghasilkan susu pd waktu2 yg kite dah praktikkan tu. So, pd waktu2 tersebut la susu akan terhasil pd thp maximum. Body kite akan ikut jadual seperti yg kite dah arranged mase pantang...


Dan jika kite sedang mengepam/memerah susu tibe2 si kecik tu jaga nak nyusu, time ni ambillah kesempatan utk praktis tandem pumping. Ataupun, jika masih belum bersedia lg nak wat tandem pumping, bleh berhenti pump/perah dan susukan baby dulu. Don't worry...susu kite sentiasa akan ada dan dihasilkan...

SELAMAT MENGEPAM YE..


sumber : http://harlindahalim.blogspot.com/2009/10/pumping-practice.html
http://alinalan.blogspot.com/search/label/Info%20Penyusuan

Monday, June 14, 2010

Baby Adam 12 hari

Salam Sayang,


Ummi masih seronok mengulit dan membelek baby Adam.hehe.Seronok juga cium kamu.Sangat wangi.Bahagia menyusukan kamu.Membesar dengan sihat ya.Gembira melihat senyumanmu.Bila ada kamu.Rasa hilang semua kesakitan.Lupa rasa serik ketika sakit melahirkan kamu. Abi kata, dah sepasang ni,cukuplah..Hari tu ummi kata dah serik.Haha.Tapi ummi nak baby lagi lah.Kalau ada rezeki, nak baby girl lagi.hehe.

Jom layan gambar baby Adam di hari ke 12.^_^









Muhammad Adam,Kamu adalah anugerah yang berharga.Kehadiranmu adalah anugerah yang terindah dari yang Maha Esa.Adam,kamu adalah kesayangan Abi,Ummi dan Kakak Aufa selamanya.^_^

Sebelum dan Selepas

Salam Sayang,

Jom kita layan gambar adam sebelum dan selepas bercukur kepala.^_^




day 7 - sebelum dicukur kepalanya.bestnya tidur...tenang je.



day 8 - wah! seriusnya muka adam.berkerut- kerut dahi fikir apa tu sayang?


Creative Blogger Award

Salam Sayang,

Ummi dapat award ini dari ummu mishkah.thanks you so much sis!



ummi nak hadiahkan award ini kepada 5 creative blogger kita,

1.payha
2.mira
3.izza
4.momma mia
5.ibu arifa

ok,sudi2lah terima award ini ye.


setelah dpt award,sila buat perkara berikut yea..tQ!!



[1]. Copy dan pastekan pada blog korang.
[2]. Buat 1 Entry Tentang Award ini.
[3]. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut.
[4]. Senaraikan 5 blogger sebagai penerima Award.
[5]. Beritahu penerima Award supaya dia tahu yang dia adalah penerima Award

Saturday, June 12, 2010

Aufa 1 tahun 8 bulan @ 20 month old

Sekejap je anak dara ummi dah 20 bulan.Budak-budak memang cepat membesar.Kita pulak dah terasa semakin tua.^_^

Aufa dah setahun lapan bulan 4hb lepas.Aufa semakin petah berkata-kata.banyak mulut.semakin keletah.seronok dan terhibur tengok aksi dia.semakin curious about everything.sudah pandai menyanyi sambil buat gaya.comel.

sayang sangat kat aufa

Bila dia ada di rumah.tak terlayan ummi.macam-macam projek dia buat.suka mengemas barang-barang.suka main dan pakai kasut orang besar.suka menulis.sampai badan sendiri dicontengnya.Tak reti duduk diam.kesana ke mari.berlari sana sini.Suka ajak berjalan.pantang pintu terbuka.dia dah sarung kasut nak berjalan.

Bila dia tak de di rumah.sunyi pula rasanya.rindu dia sangat.selalunya ummi akan call.nak cakap dengan dia.dah pandai cakap sikit2.yang lain bahasa german lah.kelakar dengar.orang lain tergelak-gelak bila dia bercakap sekali dengan gaya muka dia.bab meniru orang lagi teror.


my big girl

Aufa dah lupa best friendnya.Dah tak bergayut lagi.Last dia bergayut malam sebelum ummi admit ke demc.Sekarang bila ummi offer, nak tek tak? dia jawab,nanak! eee...malu..shame shame...Haha.Sekarang dia dah boleh tidur tanpa ummi.Masa ummi pantang ni,dia tidur dengan mak cik dia, payha.Dah berdikari.Dah jadi kak long kan.



manja dengan mak cik dia

Ingat lagi.1st week ummi berpantang,aufa terpaksa pisah tidur dengan ummi.tak dapat gayut.kesian juga.setiap malam menangis nak ummi.tidur pun tak lena asyik terjaga cari nenen dia.ummi pun sedih dan sebak juga tengok dia melalak sakan.Bila malam nak tidur, lidah dia terjelir-jelir.yelah,dah biasa malam bergayut sampai terlena.kesian tengok kan.sedih.mak cik dia lah tak dapat tidur lena.tepuk2 aufa sampai tido balik.


dalam minggu kedua tu,dia dah ok.dah tak nangis dah.cuma masa nak tidur tu lidah dok terjelir-jelir kat bantal ke,baju ke.bila offer nenen,memang dia tak nak dah.hehe.


putera puteri kesayangan kami.Aksi spontan aufa terus cium adam.sayang betul kat adik


Sejak dah jadi kakak,aufa dah berdikari.tak delah nak berkepit je.tengok dia ok je.dia banyak pandai bawak diri.buat hal sendiri.hehe.bila ummi tengah layan dia.tibe2 baby adam cry.ummi bagitahu nak breastfeed baby.dia paham.Aufa sayang kat adik dia.asyik dicium,nak hug adik.bila cium adam and cakap,baby wangi..baby comel! hihi

Cinta hati kami.Nampak tak art kat kaki aufa?.berseni betul.hihi


Happy 20 month old dear.semoga kakak terus membesar dengan sihat dan ceria.Sekarang adam pula kuat manja.dipegang diam.letak menangis.ni menulis sambil pegang dia.:)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers