Sebenarnya sudah lama ummi nak sharing pasal topic ini.Tapi lama ummi nak habiskan baca ebook about reading with your baby & toddler.(tunggu free time nak baca betul2 & lama sebab kena bukak dictionary lagi..huhu). jemput baca yee....hihi.
Sejak kelahiran bayi, otak seorang bayi dapat melakukan banyak hal, khususnya kemampuan untuk menggerakkan tubuh walaupun hal ini belum sepenuhnya berkembang. Jika pancaindra bayi dirangsang dengan baik, semakin cepat perkembangan otaknya. Maka dari itu, membaca untuk bayi harus kita lakukan secara berkesinambungan kerana hal ini merupakan suatu bentuk rangsangan yang penting.
aufa membaca bersama mak su nyaSejak kelahiran bayi, otak seorang bayi dapat melakukan banyak hal, khususnya kemampuan untuk menggerakkan tubuh walaupun hal ini belum sepenuhnya berkembang. Jika pancaindra bayi dirangsang dengan baik, semakin cepat perkembangan otaknya. Maka dari itu, membaca untuk bayi harus kita lakukan secara berkesinambungan kerana hal ini merupakan suatu bentuk rangsangan yang penting.
MENGAPA MEMBACAKAN BUKU PADA BAYI
Membaca dapat mengajari bayi kita cara berkomunikasi, mengenalkan konsep-konsep angka, warna dan bentuk dengan cara menyenangkan, meningkatkan kemampuan, pendengaran, memori dan kecakapan kosa kata, dan juga memberikan informasi kepada bayi tentang dunia di sekeliling mereka.
Semakin banyak cerita yang kita bacakan, semakin banyak kata yang dikenal anak, dan kemampuannya untuk berbicara juga akan semakin baik. Mendengarkan kata akan membantu otak untuk menyimpan kata-kata itu ke dalam memorinya.Ketika membaca, bayi anda mendengarkan anda dengan menggunakan berbagai macam emosi dan suara-suara ekspresif yang membantu perkembangan emosi dan komunikasi mereka. Membaca juga membuat mereka melakukan gerakan menunjuk-nunjuk, memandang, menyentuh dan menjawab pertanyaan. Yang kesemuanya itu merupakan pendorong berkembangnya kecakapan sosial.
Bayi anda juga berkembang kecekapan fikirannya dengan menirukan suara atau kata-kata yang berulang-ulang dan dengan mengenal berbagai bentuk. Tetapi yang paling penting membacakan buku kepada bayi anda adalah bahwa anda membantu menciptakan hubungan antara apa yang disukai bayi anda (suara anda atau kemesraan bersama anda) dengan buku. Membacakan mereka buku-buku secara berulang kali, mengajari mereka bahwa membaca buku adalah suatu hal yang sangat penting.
Bayi berumur beberapa minggu - mungkin tidak paham makna dari berbagai bentuk yang ada di buku. Tapi mereka tetap bisa fokus pada buku, terutama pada pola-pola hitam putih. Ketika mereka memandang buku, itu merupakan langkah awal untuk memahami gambar. Ini adalah kecekapan yang penting untuk membaca.
Antara 4 dan 6 bulan, bayi anda mulai menunjukkan rasa ketertarikannya pada buku, khususnya yang berwarna cerah dan teks yang berulang-ulang atau berirama. Mereka masih belum dapat memahami gambar-gambar tapi sekali lagi, ini adalah langkah awal untuk belajar membaca.
6 bulan ke atas, bayi anda mulai faham bahawa suatu gambar mewakili suatu objek dan mungkin akan mengembangkan pilihan mereka terhadap gambar, halaman atau bahkan cerita. Bayi anda akan merespon ketika anda membaca, merebut buku dan menggeram dengan halus.
Bayi berumur 12 bulan bayi - anda akan membukakan lembaran buku menunjuk gambar di buku, bahkan mungkin akan berkata “mbeek” ketika anda menunjuk gambar kambing.
aufa fokus tengok gambar
TIPS BERGUNA :
- Bacakan dengan nada yg kuat dan pelbagai emosi,gestures & facial expression -membantu perkembangan emosi dan komunikasi mereka.
- Peluklah bayi anda ketika membacakan buku.dia akan rasa warm,tenang & dekat dgn anda.
- Luangkan waktu membaca setiap hari seperti ketika breastfeeding atau ketika sebelum tidur siang/malam.
- Baik juga membaca ketika bayi anda good mood,kenyang,bersih dan tenang.
- Bacakan sebentar2 sahaja tetapi kerap.
- Baca 1 or 2 pages dlm satu masa.dan tambahkan bilangan dari masa ke semasa.Berhenti bila dia tidak berminat meneruskan membaca dan do something else.
- Tidak perlu fokus habiskan satu buku.fokuskan halaman buku yang paling disukai bayi.
- Point to,namakan, beritahu benda dalam gambar tersebut.terangkan kepadanya.
- Perhatikan betul2 halaman.berhenti kadang2 dan tanyalah soalan pada bayi.tunggu respon darinya.jika dia belum boleh beri respon tidak mengapa tapi dia sudah boleh memahaminya.
- Bermain dengan word,menyanyi, dan menjadikan ryhmes,memasukkan nama bayi, atau membuat suara2 lucu kepada bayi juga bagus bagi menunjukkan membaca itu menyenangkan.
- Tidak mengapa jika bayi suka baca buku yang sama berulang2.bacakanlah biarpun berualang2.
- Bila bayi semakin besar ajar dia memegang buku.
- Biasa jika bayi mengigit atau bertindak kasar dgn buku.Biarkan saja.That is one way your baby explores books.Tapi pastikan buku tersebut kuat supaya tak terkoyak.
- Pilih buku (board book) yg helaiannya tebal, tahan lasak,bergambar cerah dan berwarna warni menarik seperti binatang, babies dan familiar objects.
- Buku tentang nursey rhymes juga sgt bagus.Bayi sgt cenderung kepada melodi & music.
- Bawalah buku didalam beg,kereta,stroller ketika ke mana jua anda pergi dan boleh bacakan buku untuknya dimana jua.
- Menghadiahkan buku adalah sesuatu yg bagus sebagai tanda penghargaan untuknya.
- Tunjukkan gambar orang yg dikenali oleh bayi juga dapat merangsang fikirannya.Bayi suka dengan album foto dari orang-orang yang mereka kenal.
- Anda harus memiliki buku yang tersebar di tiap sudut rumah agar anak-anda membesar menjadi anak yang suka membaca.
- Saat bayi anda sudah boleh merangkak untuk mengambil mainan dari kotaknya, letakkan beberapa buku di kotak mainan.
- Selebihnya, pinjam juga buku yang ada di perpustakaan umum.
- Untuk anda, ambil juga buku yang menarik bagi anda. Anda yang suka membaca, adalah contoh terbaik bagi anak-anak anda.
- Antara buku2 yg dicadangkan dlm eBook Reading with your baby & Toddler ialah Chicka Chicka Boom Boom by Bill Martin Jr and John Archambault, Good Dog, Carl by Alexandra Day, Color Dance by Ann Jonas dan byk lagi.
Secara peribadi mama fiza juga mencadangkan buku Baby Einstein and National Geographics books, dan Prophet stories from Goodword Publication.
Aufa's Fav Books.Babies & Barney -small & handy.Playtime songs- she loves music and love to hear i sing.
Ummi mula perkenalkan buku kepada aufa semasa berumur 4bulan.mula2 dia hanya menepuk2 buku tersebut.lama kelamaan nampak dia minat & happy bila ummi bacakan buku. dia menunjukkan respon positif dan mula mengajuk2 bila ummi bacakan buku.sekarang dia suka fokus lihat gambar2 dlm buku tersebut dan boleh memegang buku sendiri.*alhamdulillah* .thanks to mama fiza!
Benefit : Mendengar ibu bapa membaca membantu pembentukan bahasa ,menambah kecerdasan dan pertumbuhan otak bayi.Membaca juga menanam minatnya pada buku. Ia juga sebagai aktiviti untuk meluangkan waktu bersama dan merapatkan hubungan dengan bayi.
Jadikanlah buku sebagai “JENDELA ILMU”, supaya anak- anak akan mampu membuka cakerawala kehidupan masa depannya dengan keceriaan. “Selamat membaca dengan anak-anak tercinta !”
Sumber :
Artikel dari Barbara P. Homeier, MD
e-Book Hidden Discovery: Reading with Your Baby & Toddler
Buku ini padat dan banyak menceritakan panduan untuk memupuk budaya membaca kepada anak2.Ia juga terdapat byk tips berguna & cara2 membaca buku bersama bayi &anak2 anda.boleh didapati di littlekittle.com.
aufa @ 6months.hihihi.comel pulak anak ummi baca buku ye...
p/s: sekarang sedang berlangsung pesta buku di PWTC..ummi pun belum sempat pegi...
12 comments:
bagus2
kecik2 dah bg baby dgr membaca
salam,ummi..seronknya Aufa dah mula nak beljr baca.Msti ummi excited bila Aufa seronk,kn?Sedih laa ummi..saya tak dapat nak ajar Abdullah macamtu..huhu.
Moga Aufa jadi ank yg cerdik lg solehah bila besr nnt ye syg:)
behave je aufa bc buku ..comel :)
aah mmg membaca bersma baby ni bole meransang minda n good for brain dev.
p/s: i pn plan nk terjah pwtc ngn hubby..kalu jmpe tegur tau:)
comel la kerusi aufa..ingat nak belikan naufal satu la...hihhihi..beli kat mane ye? bleh la naufal blajar mambaca macam aufa.. salam kenalan..jom la tukar link
bagusnya.. kecik-kecik dah belajar membaca.. :) nampak khusyu' je aufa tu! :) dia paham ke..?
rajin aufa study..nmpk bersungguh2...
Salam,
Baguskan didik anak membaca dari kecil..Pesta buku mmg best, tahun lepas sempat pegi memang rambang mata dibuatnya.This year tak ada rezeki nak pegi, sarat sangat tak larat nak jalan jauh2..
Tgk ramai yang pegi sales Poney mcm best jer, itu yang tak lepaskan peluang..Mcm confident jer baby gurl...hehe sekali keluar nanti boy.
ye... UK pun setuju.. Even nmpk bby kita tak faham tapi sebenarnya dia dengar.. UK pun dh start bagi buku kat Khayra time dia 3 bulan lagi.. time tu dia suka book yg hitam putih.. komik.. hehehhehe kelakar je.. Lepas tu memang belikan dia book pulak...
Aufa byk barney books ye? Khayra fav books pun barney jugak.. =)
thanks ek bg info camne nk bacakan buku tuk baby.... fenin pikir pasai si kecik asik nk mkn je buku tu huhuh
WEBViDeOKLiP ~ TQ so much for your compliment :)
ummuabdullahsyakir ~ aah,ummi pun seronok bila aufa seronok.so,jadi beronok-ronok...hehe.just kidding.jgn sedih.abdullah syakir pun boleh belajar.belikan buku & mybe ahli fmly ummi yg jg boleh bacakan untuk dia..dont be sad dear..hope jwb exam dgn sukses yee:)
suziey ~ dia tgh kusyuk tgk gambar.nmpak behave je yee.xth la nnt bila die da pndai mcm2 nnt..hehe.
*ok,hopefully ade rezki kite jupe tau!*
Yulia ~ slm kenal yulia.jom kite exchange link.kusi tu if kat s.alam ni ade kat SACC.kat anakku and kat mums & kids shop pun ada.
Zuhaini ~ xthla aufa phm ke tak auntie.hehe.hopefully dia da le phm tgk objek2 dlm buku tu.aufa kusyuk tgk gambar warna-warni.
yatie chomeyl ~ tulah,beriya dia study..hehehe.
nieda ~ aah,bagus sgt.tnm minat membaca & yg baik dari kecil2 lg..dr kecil,lg sng lentur nya..nnt newborn baby kuar boleh bacakan buku untuk baby pulak ye..
Ummi Khayra ~ khayra lg bagus.3bulan dah stat baca komik.hehe.aufa 4bulan baru start.ummi pun baru th kepentingan membaca dgn baby ni sjk jupe mamafiza.xperlu tunggu dia besar br nak start kan.*alhamdulillah*
* eh,samalah kita khayra suka buku barney! high 5!!! *
Elyn ~ ur welcome mama elyn.sharing is caring kan.wafiq suka gigit2 buku ye..dia tgh suka explore tu..:)
Salam UmmiSalsabila.. Thanks for dropping by yea.. Kat mana ek beli buku2 untuk baby ni? Jiey ada beli gak dua tiga.. Tapi cam tak sesuai untuk baby jer.. :P
Jiey ~ wslm jiey.ummi cari di borders & mph.tapi tmpt lain ada jugak eg kinokuniya.thanks singgah yea..:)
Post a Comment