Memang cepat masa berlalu.Tak lama lagi ummi akan menjadi ibu kepada 2 anak! Gosh! macam tak percaya pula.Hehe.Pastinya hidup ummi akan berubah selepas ini.Saya mempunyai insan-insan lain yang harus di utamakan.Rutin harian juga akan berubah selepas ini.Tanggujawab juga bertambah.Yang pastinya kami akan lebih bahagia dengan kehadiranmu.
Oh.tentang basic baby stuffs alhamdulillah sudah ready.Baju- baju sudah dibasuh.em,wangi...I think cukuplah shopping untuk baby buat ketika ini.Barang kakak aufa ada yang boleh recycle lagi.Baby products lain boleh dibeli selepas kelahiran.Rasanya baby apparels pun sudah cukup.I'm going crazy on baby apparels.Semuanya terlalu comel.Tetapi haruslah ingatkan diri ummi,babies grows up so fast.Nanti sambung shopping lagi yer ummi.^_^
Badan-badan sakit-sakit.sengal-sengal.susah tidur lena.kaki kejang.tangan kebas.Pedih ulu hati.strech mark.Morning sickness datang semula.Tahu,itu ujian untuk mendapatkan kamu.Ingatkan yang indah saja.Ingat nak peluk kamu.semoga kamu lahir dengan selamat dan sihat.Doakan saya dan bayi dalam perut ini,ya kawan-kawan. :)



