ads

Friday, January 13, 2012

Kongsi resepi

Bismillah.

Saya mahu kongsi resepi kek dan masakan yang telah sayacuba.Sememangnya seronok bila berkongsi kemudian ada kawan-kawan yang mencuba juga.Keseronokan berganda.Resepi -resepi dirujuk di internet.Ada yang rujuk di buku nanti saya kongsi.Selalunya saya post projek memasak saya di instagram.Dari phone terus kongsi.Kali ini saya mahu tambah saham akhirat saya disini pula.Kongsi resepi seperti kongsi ilmu juga kan? ilmu untuk kenyangkan perut.Hehe.





Red Velvet Cake.Kek Baldu Merah.Saya buat untuk hari lahir adik lelaki saya.Rujuk resepi di sini.Betul,resepi memang mudah berbanding resepi-resepi lain yang saya rujuk.Terima kasih ayinmeran.Dan hasilnya,suami saya kata sedap.Hehe.Cuma pewarna yang digunakan banyak juga dalam dua botol.Mungkin lain kali,saya mahu cuba gantikan dengan beetroot.Lebih menyihatkan.





The Real Mushroom soup.Resepi asal dari Chef Jamie Oliver.Sila rujuk di sini.Saya ubah sedikit dengan menambah tepung gandum untuk memekatkan dan ayam kisar untuk menambah khasiat lagi.Saya juga gunakan dua jenis cendawan segar.cendawan butang putih dan cendawan butang perang.Apa yang saya belajar semasa menonton masterchef,bila nak masak cendawan jangan membasuh.Nanti rasanya akan hilang.Sebaliknya kupas kulit luarnya sahaja.Anak-anak saya amat suka mushroom soup campbells.Berselera kalau hirup itu.Jadi,saya dapat buat sendiri.Lebih puas makan ,seperiuk besar dapat! Malah, kita dapat teliti khasiatnya sendiri dengan menggunakan bahan bahan yang segar.









Roasted chicken with rosemary and lemon.Sila rujuk resepi di sini.Resepi asal ini dari Chef Jamie Oliver.Memang sangat sedap resepi ini.Anak-anakku yang picky eater itu makan dengan banyak! mungkin sedap ayamnya juicy dan lembut untuk dimakan.Alhamdulillah.




Devil's Food Cake. Itu namanya,tetapi kek ini sangat nikmat.coklat yang sangat padu luar dan dalam.Saya buat untuk hari lahir Mak dan adik saya.Resepi asal dari Nigella Lawson,rujuk resepi disini.Mengikut resepi asal perlu menggunakan muscovado sugar.Tetapi gula itu tidak terdapat di negara kita.Puas juga saya cari.Lalu saya tukar dengan gula merah.tukar dengan gula perang pun sedap.(kawan saya cuba).Apapun anda rujuk lah substitute yang boleh untuk muscovado itu.




Homemade tomyam seafood.Kali ini saya mencuba buat sendiri pes tomyam.Suami sangat suka makan tomyam.Tetapi ada satu kedai je dia suka pergi, sebab tomyamnya kow! Rahsia tomyam yang sedap tentulah bukan gunakan perencah tomyam kiub kan? Jadi,saya cubalah buatlah sendiri.Boleh rujuk resepi di blog noorsha ini. Hasilnya suami saya makan tiga kali tambah! Alhamdulillah.:)


Ok,Selamat mencuba!

4 comments:

dear anies said...

kak, nak tempah kek tu bleh???

Mursyidah Ahmad Azam said...

terpikat kt red velvet tu sbb mmg da lama tringin nk buat, pasti akn buat lps ni!

Ummi Salsabila said...

khairin- anies :nak tempah ke? akak buat comot.kek yg yg mana? serius ke ni?

Mama khairin : selamat membaking ;)

kongsi resepi said...

Sedapnya kek ni


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers