Bismillah.Assalammualaikum 2012.
Puteri sulung kami dah berumur 3 tahun 3 bulan.Kalau ikut tahun sekolah,dah 4 tahun.Dan akhirnya grad dari 'potty training'.Alhamdulillah..phewwww.After beberapa kali give up.Mula-mula tu dia asik terlepas.geram.Yelah,kalau dah lepas merata-rata.Risau dengan kebersihan dan memberi kesan kepada ibadah kita.Kena bersihkan betul-betul.Itu yang buat ummi dia give up tu.Hehe.
Sejak potty training dia.Karpet dan tikar semua bergulung.Kerap accident,dia dah sudah, baru cakap.Bila sedang leka on something,dia terlepas.Alasannya,"Aufa tengah baca buku tadi" .Hmmm.Yelah,kita tak ingatkan.dia pun lupa.Lagi satu,bila tengok adik pakai dryper dia pun nak jugak.memang mencabar rasanya mengajar anak potty training ni.Bila rasa give up,rasa nak hantar sekolah biar cikgu yang ajar.Boleh? Hehe.
Namun,atas nasihat dan sokongan dari ibu ibu hebat yang sudah berjaya training anak masing-masing.MasyaAllah,Thanks friends! Akhirnya,saya cuba lagi.Kali ini lebih persistent.Kerap kali tanya nak pee tak? Bila outing beranikan diri tak pakaikan drypers.Tapi dia pula risau.Asyik cakap nak ke toilet.Bagus juga kan.Hehe.setakat ini belum ada accident lagi di mall.
Apa yang saya buat sewaktu melatih dia ialah :
1 ) First of all,cari toilet train seat yang colourful di Toy r us.Bagi dia semangat nak poo situ,dia rasa selamat dan lebih selesa dia nak duduk.
2) Be persistent.selalu alert dan ingatkan dia ke toilet continously.of course,kita yang bawa dia ke toilet each time.Kalau dia minta nak pakai drypers.Pandai lah politik.Kita yang kena kuat.motivate dia semula.
3) Yang ketiga,kids reward system.Saya buat potty training chart.Bila dia berjaya ke toilet,reward dia dengan bagi 'bintang'.Saya bagitahu,kalau kakak pee,poo dalam toilet.ummi bagi star.(Lukis star di whiteboard).Lagi banyak ke toilet,lagi banyak dapat.Jadi,system reward begini,lagi menggalakkan dia.Gembira bila dapat star! Macam kita juga semasa sekolah dulu.Cikgu bagi bintang kat buku sekolah.Wah,seronoknya! hehe.
4) Dan yang paling penting puji dia.shows love,give hugs and kisses.Always.Puji dia pandai pee kat toilet.Well done,clever girl..Puji dia,dia dah besar.Ummi sayang.abi sayang.Teacher pun sayang nanti.Always praise.
Itulah,setakat ini begitu progressnya.Sekarang kena istiqomah jelah.cant turn back.Cuma malam sebelum tidur saya pakaikan dryper juga.Ada yang cadangkan gunakan waterproof sheet alas tidur dia.Saya belum cari lagi.Di baby shop biasanya ada jual.
Syukur Alhamdulillah.berjaya fasa melatih anak pertama ke tandas.Orang tua tua kata,yang pertama kita rasa susah.Selepas-selepas itu akan jadi mudah.InsyaAllah.Menjadi Seorang ibu masih perlu belajar dan belajar.Life is a learning process.Dan,bukan senang menjadi seorang ibu.Semua ibu tahu itu :-)