ads

Sunday, May 29, 2011

Aufa rindu teacher

Salam sayang,

Petang tadi Aufa dapat juga pergi ke playgroup Genius Baby on Board, setelah 2 minggu miss the class.Bila tak pergi playgroup asyik ulang ulang cakap, Aufa nak pergi school.Aufa nak jumpa teacher.Bukan dengan ummi je.Dengan makcik dia pun sama.Mak cik dia pergi universiti.Dia luahkan kat makcik dia pula, Aufa nak pergi school jugak.Aufa jumpa teacher Aufa.Hehe.Dengan nenek pun,dia bagitahu,Aufa rindu teacher Aufa.Bila nenek tanya,Aufa tak rindu nenek ke? Dia selamber je jawab, TAK.Haha.Sabar jelah Aufa ni.Nampaknya memang dia amat merindui teacher watienya.

Tadi lepas pergi jemputan perkahwinan,cepat2 bergegas ke puchong.Tapi terlewat 15 minit jugak lah.Jauh jugak dr shah alam ke puchong.Jem pula.Sebab Aufa, Abi korbankan masa dan waktu rehat Abi sekejap.:)

Tadi Aufa tertidur dalam kereta semasa dalam perjalanan.Bila sampai terus ummi,kejutkan dia.Jom jumpa teacher.Terus dia cergas terbangun! sambil sebut ayat keramat dia,nak pergi school,nak jumpa teacher!!! dengan excited..Hehe.Selalu kalau kita kacau atau kejutkan dia dari tidur sure dia akan mengamuk.Tapi pasal teacher, terus cergas and happy! 

Hari ini belajar tentang heart shape.Seronok sangat.Aufa buat colouful heart shape bookmark masa art time!

video Aufa dan kawan-kawan menyanyi Good morning di Genius baby on board.Happy bukan main sekarang kalau pergi school :)

Paling tak tahan, Ummi saja tanya dia.Aufa sayang teacher ke sayang ummi? Dia jawab, sayang teacher.Tak boleh percaya mula2.Ummi tanya lagi banyak2 kali.Jawapannya still tetap sama,Sayang teacher.uwaaaa...Haha.Suka teacher watie dengar tau! Mahal tuh.Hehe.

Ummi cakap sedihnya Aufa tak sayang ummi..Ummi nak pergi batu belah batu bertangkup lah.Pastu selamber je dia jawab, Ooooo..nanti ummi lari.Pastu batu makan ummi kan? Hahaha.Selalu kalau dia naughty cakap dengan dia camtu.Sekali dia kenakan kita balik.Aduhai..Aufa..Aufa..semakin keletah,makin becok,makin banyak bertanya.Dah besar dah Aufa...:)

p/s : nanti esok sambung cerita sabah lagi yer..:)

Friday, May 27, 2011

Borneo : Hari Keempat, Kundasang-Ranau-KK

Salam Sayang.

Sambungan discover wonders of sabah, :)

Hari keempat,17 Mei 2011, Selasa.

Waktu pagi di kundasang sangat menyamankan.Sejuk sangat.Best sangat suasana disana.Pagi ini kami nak check out J residence.Sedihnya nak kena tinggalkan tempat ini.Pagi-pagi bangun kemas barang,siap-siapkan anak-anak.Mak dan adik-adik prepare breakfast.After breakfast, pukul 7.30 pagi kami bertolak untuk ke destinasi seterusnya.

 video amatur saya di waku pagi selepas subuh.tenang je rasanya.


Korean boy :)



 Bye bye J residence dalam kenangan

 Mount kinabalu nan teguh .semalam tak nampak sebab berkabus tebal.Alhamdulillah pagi ini dapat juga melihatnya.


Destinasi seterusnya ialah ke Desa Dairy Farm, Mesilau.New Zealand malaysia.Yuran masuk ke ladang ini RM3 untuk dewasa,RM2 untuk kanak-kanak.Aufa dan Adam sangat excited tengok sapi-sapi ini.cow! cow! cow! Hehe.Waktu pemerahan susu lembu pada pukul 2-3 petang.Jadi kami datang lembu belum dilepaskan.Ada seekor dua ekor saja yang berkeliaran.Dapat anak-anak tengok dari dekat.Lembu new zealand kulitnya comel, tompok-tompok putih dan hitam.Hehe.Besar betul lembu baka ini.Kami pergi juga ke tempat pemerahan.Tetapi sayangnya, fresh milk sudah habis dijual.Tiada stok baru.Sedih dan kecewa sedikit.



Selamat datang!

Masih tersenyum walau fresh milk habis.Teringin juga nak rasa.Takpe2,kita beli kang kat petronas.Sedapkan hati.Hahaha.

Kami berlatar belakangkan mount kinabalu dan new zealand Malaysia :)

Anak anak buah hati kami

Aufa excited tengok cow.Tapi lembu-lembu banyak dalam kandang.Belum bangun lagi agaknya.Hehe.

Yang ini ada seekor berkeliaran.cantik view kat sini.hijau mata memandang.

Kemudian destinasi seterusnya, kami singgah di Hot Spring Poring.Entry fee disini dewasa RM5,kanak RM3.Tadi di atas rasa kesejukan air gunung.sekarang rasa air mata air yang dipanaskan dari perut bumi pula.Subhanallah.semuanya ciptaan Allah.Panas juga air kalau tak campurkan dengan air sejuk.Siapa tahan panas boleh lah.Kalau nak suam-suam campur air sejuk sekali.Ada dua paip untuk adjust.Kami spa kaki je.Aufa je yang mandi.Dia kan suka mandi.Pantang nampak pool.Tapi kali ni kita mandi pool semulajadi.Bagus untuk kulit lagi tau! Hehe.Selain kolam air panas, ada juga taman rama-rama, air terjun, dan Poring canopy walkaway disini.


Jambatan gantung Hot spring.Cuak juga.Acik tu cuak ke excited? Hehe

Take nothing but photographs,leave nothing but footprints

spa semulajadi

Bagus untuk kulit Aufa yang selalu ruam-ruam dan gatal-gatal

Ada jambatan in contruction.Kalau sekali datang dah siap lah jambatannya.Waterfallnya pun nampak best kan? Nak mandi kena berjalan ke atas sikit lah.Aufa pernah sekali je mandi waterfall kat Langkawi lepas.

Destinasi seterusnya kami ke Sabah Tea Plantation.Di sini kebanyakan tempat jalannya tak berturap seperti di desa dairy farm dan sabah tea palntation ini.gigih jugaklah proton saga kami.Kalau naik fwd 4wd memang sedap lah kat sini.Besar juga ladang tehnya tapi rasanya Cameron highland teh lagi cantik kot.Kami minum dan makan-makan di cafe sambil menikmati permandangan ladang teh.Sedap ice lemon tea sabahnya.Sluuurrppp! Kemudian kami shopping teh sabah sebagai buah tangan.

Ladang Teh Sabah

Di cafe Tea Sabah

Happy!


Dah shopping teh.jom balik!

Selepas itu kami bertolak balik ke kota kinabalu.Kami ikut jalan tamburan.Saja mahu ikut jalan lain.Rupanya jalan Tamburan sangat sunyi dan kondusi jalannya agak teruk.Dari mahu cepat jadi lambat juga kerana tak boleh bawa laju dan  lebih berhati-hati.Ada lah terjumpa satu dua kelompok  rumah penduduk.Malah,tiada tempat berhenti mahupun pekan, restoran atau stesen minyak.Nasib baik minyak masih ada.Semasa di hujung perjalanan baru ada kereta di belakang kami.

Sampai di KK, kami singgah ke One borneo shopping mall untuk makan.Adik saya kata macam sunway piramid.Saya rasa macam midvalley.Ada juga hotel borneo dan tune hotel disini.Kami tak shopping apa-apa.Tengok kedai-kedai sama je dengan di KL.Tinggalkan tapak kaki je.Hehe.Lepas makan,terus balik ke bandar.

Persisiran pantai Likas.Adik bongsu saya snap.Cantik!

Di One Borneo Shopping Mall


Kemudian baru kami check in hotel di bandar.Kali ini kami menginap di le hotel.Di tengah bandar juga tapi hotel ini di dalam shopping mall,Warisan square.Kos semalam di sini RM158 semalam.
Hotel paling mahal kami menginap di Sabah.Biliknya moden dan cantik.Tapi agak sempit lah berbanding bilik yang kami pernah stay sebelum ini.



Kemudian kami rehat-rehat, mandi dan solat.Malam keluar lagi shopping pearls.Hehe.Entry makan2 seafood dan shopping next entry lah.Kita buat special entry nanti.Banyak sangat pulak nak cerita kat sini.hehe.Malam itu, kami terjumpa dengan seorang penduduk sabah yang sangat peramah.Seorang gadis menjual air kelapa di pasar philipines.Dia rekomenkan tempat-tempat menarik yang mesti pergi..Alhamdulillah,kali ini kami terjumpa juga keramahan yang dicari di Sabah.


Kemudian kami berjalan ke Tanjung Aru beach, tapi tak nampak apa gelap gelita.Oleh kerana esok pagi kami akan pulangkan kereta sewa, mahu berjalan juga sepuasnya malam ini.Kemudian kami singgah di Perdana Park.Sangat ramai orang.Meriah.Rupanya sebab ada pertunjukan air pancut berirama.Playground pun ada.Punyalah Aufa suka.Besar pula playgroundnya.Seronok main dengan mak sunya yang sama kanak-kanak ribena.Hehe.


Kanak-kanak ribena yang sakan bermain

Comel air pancut ni menari ikut lagu.Tak percaya ce tengok video bawah ni.



Masa ambil gambar ini tengah lagu satu Malaysia.Jawabnya air pancutnya satu je sampai habis lagu.Hahaha.Lagu satu malaysia ending the show.Sabar jelah.:)

Pukul 10 malam kami balik hotel.Terus pengsan! Letih betul berjalan satu hari ni.Penat tapi seronok! Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki dariNYA.

To be continued...:)

Thursday, May 26, 2011

Borneo : Hari Ketiga, KK- Kinabalu-Kundasang

Hari Ketiga : 16 Mei 2011, Isnin

Selepas sarapan.Kami check out dari hotel.Pada hari ini kami mulakan perjalanan dari bandar ke puncak pula.Ternyata Sabah banyak tempat menarik dan indah untuk diterokai.Sebab itu Sabah diberi gelaran, awesomest from mountain high to ocean deep.Kami sewa kereta untuk perjalanan jauh.Kami sewa proton saga untuk RM150 sehari.Pukul 9 pagi kami bertolak.Jarak dari bandar kota kinabalu ke kundasang ialah 100km.Sepanjang perjalanan dari bandar ke Likas meyusuri tepi laut.Cantik sungguh permandangan laut nan biru.Sepanjang jalan,kami tersenyum dengan nama nama tempat,antaranya bundu tuhan, mengemlembu dan sebagainya.Jalan ke kinabalu park tak sempit dan pusing2 sangat macam ke cameron highland.

Perjalanan memakan masa 1 jam 45 minit untuk sampai ke atas.Kemudian kami check in J.residence hotel.Kos semalam di sini RM80 saja semalam.Berbaloi-baloi.Biliknya luas.Budak-budak siap boleh lari2 pusing2 dlm tu.Boleh muat solat berjemaah satu family juga.Decorationnya moden, lengkap dengan tv dan hot shower.Tapi tak ada aircond sebab cuaca sini dah sejuk.Airnya jangan cakaplah.sejuknya Ya Allah.Toiletnya pun style separuh open.bawah batu,atas kaca.exotic betul.baru rasa dikelilingi alam flora! Hotel ini hanya 300 meter jaraknya dari Mount Kinabalu Park.Hotel ini di kaki bukit dan dikelilingi suasana flora dan fauna.Suasana di atas sangat tenang dan cuaca nyaman betul.Suka sangat! Saya suka tempat sejuk.Damainya.

Bilik bilik kami.Mula2 dapat jauh2.At last,nasib baik dapat juga sebelah-sebelah.Tepi tu balcony, tempat makan dan masak-masak.

 Rumah kaca kami.Hehe

 katil double dan single.

 permandangan dari balcony

Hotel ini tiada restoran.Kalau nak makan kena keluar, ada restoran berhampiran.Di Kinabalu park pun ada restoran.Untuk makan tengahari kami makan bekalan makanan telah dibawa.Hotel juga ada sediakan dapur untuk memasak.tempat untuk BBQ  pun ada dengan sewa sebanyak RM30.Rugi pula rasanya tak beli seafood di pasar sebelum naik puncak.Kalau tak,dapat makan BBQ dalam sejuk2 ni.

 menjamu mata di balcony.:)

 Best! Aufa dan Adam masing-masing ada babysitter.thanks acik and nenek.:) Nampak tak rumah batu kat bawah tu, tu villa.ada sebiji je.sewanya agak mahal semalam.ada tiga bilik di dalamnya.Kalau ramai rombongannya mungkin sesuai.

Selepas zohor, kami ke kinabalu park.Masa itu sudah mula berkabus.Kinabalu park is known as Malaysia's First World Heritage Site.Kami ambil gambar kenangan dan menikmati keindahan alam semulajadi.Semuanya hijau dilitupi kabus tompok tompok putih.Subhanallah,indahnya permandangan.Alhamdulillah,bersyukur dapat melihat sendiri permandangan indah ini.

Kemudian kami masuk berkereta ke dalam taman yang dikelilingi hutan dan pelbagai tumbuhan hijau.Kinabalu park dikatakan mempunyai kumpulan flora paling terbanyak di dunia.Di dalam kinabalu park juga ada chalet,restoran dan tempat pameran.Kami ke timpohon view naik puncak dalam 4km di kinabalu park untuk tgk view dr atas.Tapi sayang,waktu itu sudah berkabus tebal.Tak nampak permandangan dari atas.Semuanya jadi putih.

Bergambar Signboard sebagai kenangan.Tapi tak penuh pula.

 Me and hubby

 bersama Mak dan adik-adik

 Dah berkabus.nampak mcm mendung.sejukkkkk..

kinabalu park

 Birthday boy yang diraikan.ummi taught its cool to  celebrate my birthday at the hill :)

 Di timpohon view.Budak excited yang kebal sejuk.
 
Kemudian kami ke kundasang.Hanya 6km dari kinabalu park.Abi memandu dengan perlahan ketika kabus sangat tebal ketika ini.Berdebar-debar juga hanya nampak  line putih di jalan raya.Alhamdulillah,kami sampai ke pekan kundasang.Hujan turun rintik.Jadi kami tidak turun ke War memorial di Kundasang.Kemudian,kami  gerai gerai sayuran tepi jalan hanya 100m dari pekan.sayur-sayuran segar-segar sama seperti di cameron highland.Kemudian kami cari kedai runcit di pekan kundasang untuk masak makan malam nanti.Jangan bayang pekannya sama seperti disini.Pekannya kecil dan masih membangun.Kedai tak ada banyak pilihan.Jadi belilah apa yg ada.


 Perkampungan di kundasang
 
 Gerai gerai sayuran dan hasil keluaran penduduk

 Starwberri kundasang

 fresh flower pun ada

kundasang war memorial.amik gambar jadi lah.Kira aci lah kan.Hehe.

Waktu ini pukul 6.30 petang.Dah mula gelap.


Malamnya cuaca sangat sejuk.Semua dah kesejukan kecuali si Aufa.Dia kan tak suka panas.Dia relax je.Tidur pun tak nak selimut.malam tu sejuk rasanya dalam 20 celcius camtu.Air pun sgt sejuk macam air batu.Menggigil.Hehe.Volume air shower tak boleh buka dengan kuat kerana water heater pun tak boleh nak beat kesejukan air gunung di sana.Hehe.Bila keluar bilik.lagi sangat sejuk.Jadi kami dinner di dalam bilik.kami makan roti,nasi bersama sambal sardin,sambal ikan bilis,sup sayur dan cendawan kundasang dan telur.Adik-adik saya masak.Rajin- rajin anak dara pak sahak tau! Buah-buahan kundasang juga tak dilupa.Sedap juga.Lagi sedap dimakan panas2 dan secara berjemaah.Hehe.Alhamdulillah.

Di sini siaran tv tak dapat.Kami menonton VCD movie di waktu malam.Syok juga kan.Kemudian tidur esok kena bangun cepat.sini subuh kan awal.Pukul 4.40pagi  dah masuk subuh.Mata pun kena train ikut waktu di sini.Hehe.Anyway,menginap dan bermalam di kundasang ini paling best kami rasa selama di Sabah kerana udara,cuaca dan suasana yang nyaman dan permandangannya yang sedap mata memandang.Besttttttt!

Boleh baca juga entry adik saya, Payha :)

Ok,sambung lagi esok perjalanan kami di Sabah.Esok lebih banyak tempat kami singgah.To be continued...:)

p/s: gambar banyak.yang lain nanti upload dlm facebook.

Wednesday, May 25, 2011

Borneo : Hari Kedua, Pulau Manukan

Salam sayang.Sambungan entry lepas..

Hari kedua : 15 May 2011, Ahad.

Perjalanan kami bermula di negeri yang dikenali sebagai Negeri di bawah bayu ini.

Selepas sarapan.Kami bersiap dengan sedikit bekalan makanan dan baju untuk ke pulau.Siap-siap sapu sunblock SPF50 sebelum bertolak.Pukul 9 kami ke Jesselton Point dengan teksi dikenakan bayaran RM10.Dekat saja dengan bandar.Sampai di Jesselton Point suka sangat dengan suasana dan kemeriahan jetinya.Jeti yang paling cantik pernah pergi seumur hidup.Hehe.Terdapat juga gambar gambar sejarah jeti Jesselton dari dulu hingga sekarang.Makin lama makin membangun.

Kami terus ke kaunter syarikat pelancongan untuk membeli tiket bot.Banyak pilihan.Semuanya berebut untuk menarik pelanggan.Kami memilih syarikat Beach Bums Borneo.Alhamdulillah,perkhidmatannya bagus.Kami memilih ke Pulau Manukan saja kerana mahu menghabiskan masa di satu tempat saja.Pulau Manukan adalah salah satu pulau yang terdapat di dalam Tunku Abdul Rahman Marine Park, selain Pulau Mamutik, Pulau Sapi, Pulau Sulug dan Pulau Gaya.

Pulau Gaya dan Manukan antara pulau terbesar dari yang lain.Malah,terdapat juga resort di dua pulau tersebut.Kami ada bertanya harga semalam menetap di Manukan.Mahalnya.semalam RM1200.Di pulau gaya pula,ada gayana resort.Penginapan yang ada ialah villa-villa di atas air laut yang biru.Harga semalam pun seribu ke atas.Pengsan! Telan air liur mendengarnya.Hehe.


Untuk ke Pulau Manukan,menaiki bot selama 15minit.Tambang bot yang dikenakan sebanyak RM17 (termasuk insuran) dan cukai kerajaan RM7.20 seorang.Sampai di pulau pula dikenakan 'island tax' sebagai RM3 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.Untuk pulang ke Jesselton semula,kami perlu menetap waktu untuk balik dengan staff yang standby di pulau manukan sendiri.Waktu balik selewat-lewatnya pukul 5 petang.

Adam di atas bot.Dia takut bila bot mula memecut laju.Buat muka cuak.Kelakar.Hehe.Tak lama pastu tutup mata je sampai ke Pulau.

 Aufa pula excited dan seronok bila bot memecut.siap menjerit-menjerit gembira.Bila ditanya,mana lagi best? naik airplane ke naik bot? Aufa jawab,naik bot! Siap tunjuk best lagi! Hehe.

 Perjalanan ke Manukan.Subhanllah.Air lautnya jernih biru.Indahnya ciptaan Allah.


Sudah sampai di jeti manukan.Terpegun dengan air laut yang hijau,jernih dan tenang.Jatuh cinta!

Di bawah jeti banyak ikan kecil kecil bewarna warni seakan menyambut kedatangan kami.Airnya sangat jernih.Boleh kelihatan juga batu karang di dasarnya.

 Aktiviti seterusnya ialah mandi.Yeay! Budak kecik ni paling happy.aufa dah tak takut ombak.Dia enjoy mandi.Siap nak ketengah laut lagi.Berani sangat pulak dah! Hehe.Mak cik dan mak su Aufa yang lama melayan dia mandi.

Adam pula masih takut di dalam pelukan nenda tersayang.Lebih lagi bila ombak memukul manja.Dia menangis.Ummi gelakkan bila tengok muka takut dia.Hehe.Adam mandi sekejap saja.


 Yeay! We are here.Berendam air laut nan biru dan indah bersama- sama.:)

Kenangan di Jeti Manukan.Pasirnya putih,lautnya biru.Angin sepoi sepoi bahasa.Saya rindukannya.

Ketika ini kami sedang menunggu bot untuk parasailing.Mak dan adik bongsu tolong jaga anak-anak.Kami nak terbang berdua! Hihi.

Waktu percutian kami bukan cuti umum.Jadi banyak pengunjung dari kalangan pelancong luar negara.Pelbagai rupa.Kita terpegun dgn dorang.Dorang terpegun tengok kita.Lain dari lain kan? Hehe.Paling comel ialah pengunjung dari korea.Hehe.


Pengalaman seumur hidup kami naik parasailing.Naik Paraisaling dikenakan RM80 seorang.Beritahu mereka semasa membeli tiket bot.Mereka akan tetapkan masa untuk kita.Pengalaman berharga kami berdua.Pada mulanya saya berdebar-debar.Bila terbang tinggi.Subhanallah cantik betul permandangan dari atas.Air laut nampak kehijauan dari atas.Subhanallah.Yang part paling saya cuak bila abang bot sengajakan jatuhkan kami ke dasar supaya lebih seronok.sepatutnya kaki kena turun ke bawah sentuh air.Tapi saya takut kalau ada ikan jaws makan kaki saya.Haha.ada ke jaws? Haha.

Comel smiley parachute kami kan? Anyway,berbaloi baloi sangat pengalaman terbang berdua selama 15 minit ini.Thanks to Kak ayin for sharing about parasailing.Bak kata kak ayin, The things I must do before I die! Kak ayin lagi berani naik sorang-sorang.Ini berdua pun dah rasa cuak.Hehe.Thanks to my sis for freezing this moment! tenkiu jd tukang amik gambar kami.hehe.

Dapat honeymoon romantika kejap.Thanks Mak tolong jaga budak-budak.:)

 Yang ini pantai di sebelah kanan.Kami mandi di sebelah kiri jeti.Persisiran pantai sebelah sini lebih luas.

Kemudian kami makan.Kami ada bawa bekalan.Mak ada juga membeli makanan di cafe di pulau.Kemudahan yang disediakan ialah restoran,surau dan toilet.Lepas makan,mandi sekejap.Kemudian hujan turun sekejap.Kami bersihkan diri.Solat.dan berkemas untuk pulang.

Bye bye Manukan.Terima kasih Allah.Dunia ini teramat indaah hasil tangan Mu yang Maha agung.Kami bawa pulang gambar untuk kenangan indah di sini.:)

Kami pulang dengan gembira! Sementara tunggu bot.Kami beri ikan ikan di jeti makan roti.Jinak jinak ikannya.Berkumpul berebut rebut roti.Aufa dan adam ikut sama teruja tengok, fish fish fish!

Sampai di Jesselton Point.Kami minum petang sambil menikmati pemandangan indah.Banyak kedai kedai kecil.Suasana di jeti mengingatkan saya siri awan dania, dania bersama akmal di australia.mereka makan di tepi laut.sama seperti jeti ini.wah,saya sudah berangan tentang Aussie pula! Hehehe

Saya akhiri entry ini, dengan video hasil usaha adik saya, Payha.Thanks dear.We had such a great times  and wonderful memories together! Alhamdulillah.Thank you Allah.


To be continued..:)