ads

Friday, April 8, 2011

Kenapa Ummi Marah Saya?

Kenapa Ummi Marah Aufa? Selalunya lepas ummi marah.Rasa menyesal pula timbul.Kenapa ummi tak dapat kawal kemarahan ummi? Kasihannya Aufa.Minta Maaf sayang.Ummi bukan ibu yang sempurna.Kadangkala Ummi tidak dapat mengawal kemarahan ini.Ummi masih belajar.Ummi menjadi ibu selama lahir nya kamu.Ibu selama 2 tahun 6 bulan.Banyak perlu di pelajari.Makin lama makin mencabar.


Semasa rasa menyesal.Ummi akan slow talk dengan Aufa.Tanya kenapa ummi marah aufa? Sebab aufa usik adik.Aufa cakar adik.Kesian adik.Adik sakit.Aufa sayang adik kan.Salam adik.Say i am sorry,adik.Hug adik.Bila Aufa ikut.Ummi akan puji dia.Hug dia.Good girl.Cium dia.Kakak baik.Aufa akan suka.

Selalunya aufa akan berlaku kasar dengan adam bila Adam ambil barang di tangan dia atau kacau apa yang dia sedang buat.Adam pun boleh tahan.Bila tak dapat.Dia akan menjerit,Mengamuk.Mengulingkan badan.Boleh tahan baby 10 bulan ummi ni kan.Bila Aufa marah.Mula lah dia mengasari adam.Kalau bertanda muka adam,kakak lah yang buat tu.Adam pun sudah pandai membalas.Kakak cubit dia.dia sepuk muka kakak balik! Berbalas-balas jadinya.Kelakar pula rasanya tengok gelagat dua budak ini bila bergaduh.

Apakah solusinya? Masalahnya disini, mereka perlu belajar berkongsi.Kakak juga perlu belajar beralah.emosi kakak juga harus di jaga dan diajar supaya dalam kawalan.Ummi akan bagitahu Aufa, share dengan adik ya.main sama-sama ye.Adik pun nak main juga.Cakap dengan baik-baik secara mata bertemu mata.Dengan lembut.Atau pun ummi ajar aufa.Bagi adik benda lain untuk elakkan berebut.Selalunya adik 'berminat' bila lihat aufa mewarna. ( adik tak sabar nak mewarna juga ya? ). Dia akan tarik kertas atau kacau Aufa.Sekarang Aufa dah tahu.Umpan adik bagi kertas lain.Hehe.So,kakak dapat mengawal kemarahannya.Lega ummi.Tiada perbalahan.Bila dua-dua berbaik.Ummi pun suka! :)

Biasalah,budak-budak.Ada nakalnya.Kita yang perlu mengawal emosi supaya tidak terlampau.Memang mencabar dalam membesarkan anak-anak.Tiada kesabaran yang tinggi, berlakulah banyak kejadian penderaan kanak-kanak seperti kita selalu baca di berita.Marah dibolehkan.Tetapi asalkan tidak melampaui batas.Keburukan anak yang selalu dimarah,didera,dipukul,ditengking, ialah mereka akan selalu berasa rendah diri.Dia juga akan menjadi pemarah seperti kita.Itulah ummi selalu ingatkan dalam diri.Puas bila marah.Tapi kesannya pada anak.Emosi kena selalu kawal.Lebih lagi,sebagai stay at home mom.Setiap masa perlu berdepan dengan karenah anak-anak.Jiwa kena kental.Emosi kena selalu kawal ketat.Tekanan tak boleh lepaskan ke anak.Tarik nafas.Sabar dan sabar.Jangan meletup! Hehe.

Selalunya bila rasa marah atau geram dengan anak-anak.Ummi akan mengadu kat Abi.atau Ummi akan cerita dengan kawan rapat.Supaya emosi cepat surut.Supaya tak lepaskan lebih kemarahan yang melampau kepada anak.Abi fahamlah.Selalu dapat aduan/sms lepaskan geram.Hehe.

Ummi masih belajar bukan menjadi ibu yang sempurna.Tetapi menjadi ibu yang terbaik buat Kalian.Sayang anak-anak ummi.Sayang sangat.Kalian Harta Ummi Dunia dan Akhirat...

10 comments:

Confession of a Coffeeholic Momma said...

life is a learning process. anak ajar kita jd bersabar & creative thinking.

i pun face benda gini gak. kekadang melenting kat miya. adik elok tido, dia usiknye. kekadang cubit pipi. kekadang dia angkatnye kelopak mata adik. kekdang dia usik2 tgn adik. semuanya nak suh adik bangun main dgn dia. ada gak dia suka suki dokong adik & paksa sumbat puting kat adik. niat dia, nak comfort adik yg tgh menangis. kekadang tu i slow talk, tp ada gak menjerit kat dia. adusss.. cobaan.

kita tau niat dia baik, tp cara dia salah. i takut lak satu hari dia mula benci adik, timbul rs "adik ni menyusahkan aku aje". skit2 kena lecture or marah.

so harap2 anak kita learn & be more mature soon lah kan? kita ni mampu buat ni aje lah.

yatie chomeyl said...

Adam dah sama besar dgn Aufa, tu yg dia tak takut nak debik Aufa tu ehehhe

hang in there US, insya Allah bila diorg dh besar nanti kurang la gaduh2 ni. mcm kita kecik2 dulu pun gini jugak kan? mesti pening kepala mak kita layan kita huhuhuhu

munira said...

geram tengok aufa and adam ni!cute sangat!
aufa, play ngan adam baik-baik ye :)

Ina Hashim said...

best je tgk pic dorang berdua...isk geram ngan si adik tu bamabm sungguh

Ummi Eisya&Amani said...

alahai,sayu je baca n3 ni..kita pun skrg ni selalu gak marah kat eisya..eisya pun sama,tak nak kongsi barang ngan adik.,apa yang adik pegang,itulah yg dia nak..memang susahkan nak kawal emosi..

moga kita sama-sama belajar menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita..

Bukan Bidadari said...

Ibu pun manusia biasa... Kadang terbawa2 emosi hingga marah marah.... Ape pun semoga kita menjadi ibu yang baik..... selamanya

Ummi Salsabila said...

Mama miya : same goes with me.Aufa suka kaco adam tido.sometimes melenting juga.lagi tambah melenting bila kita cakap no.jangan kaco adik.Dia tak hirau.Adei! memang boleh hilang sabar jadinya.

Sebenarnya itu satu cara dia nak dptkan perhatian kita.smg kita lebih bersabar in future..Allah please give us strength :)

Ummi Salsabila said...

Yatie : Kelakar jugak tgk dorang gaduh tau! Plus si adam.Boleh tahan pandai melawan.Hehe.

Yes,u re right.Dulu kita pun camtu jugak!

Ummi Salsabila said...

munira : thanks aunty..hopefully.amin!

Ina : Gambar lama ni.masa adam 3 bulan :)

Ummi Salsabila said...

Ummi eisya : makin lama anak makin membesar makin mencabar kan kak..kena byk bersabar je..:)

Ema : Insy...marah boleh,tp tak boleh melampaui batas spti Rasulullah mengajar kita mendidik anak.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers