ads

Friday, February 18, 2011

Kali pertama ke zoo

Assalammualaikum wbt

Cuti Chinese new year lepas, aufa & Adam ikut atuk nenek balik kampung Melaka.

Nenek ajak singgah zoo Melaka.nak bawa cucu tengok animals katanya.atuk iya kan je.
Ummi, mak cik dan mak su pun seronok.sebab mengimbau balik kenangan lama.pergi zoo Melaka masa kecik2 dulu.lama betul dah zoo melaka ni eh..



Kenangan first time aufa ke zoo.sangat excited tengok animals secara live.Tapi Sayang..Ummi tertinggal camera pula.Ada beberapa gambar guna phone je.



Terima kasih atuk dan nenek layan aufa.seronok sgt.hebat, kuat dan gigih atuk nenek pusing satu zoo.Aufa yang muda ni pun complaint penat.Ummi pun lenguh sebab kena carry adam.hehe.atuk nenek lagi lah kan..Walaupun penat tetap bersemangat demi cucunda tersayang.Thank you Allah.Kau berikanlah mereka kesihatan tubuh badan Dan kau panjangkanlah umur mereka..Amin..



Adam pun boleh tahan.excited. Mulut terlopong.mata terbeliak.seronok live tengok animals.sampai badan melonjak nak masuk kandang animals.haha.Adam pun dah kenal animals ya? Sebab suka tengok brainy baby kot..Ada animals dalam tu.next time Adam dah jalan Ummi bawak pergi zoo negara pula ya.tak payah Ummi carry Adam lagi kan.Adam jalan sendiri tau.hehehe.




Jalan balik ke KL,Aufa singgah naik Menara taming sari.dewasa rm10,kanak2 rm5.tapi aufa free of change.best! Tinggi.. Tak takut pun.Tapi kenapa sekejap sgt. 7 minit je...nak lama- lama..Nanti kita naik kapal terbang pula ya..kena kumpul duit dulu sebab aufa dah dua tahun.dah kena bayar tambang sama harga dgn org dewasa! ;)

P/s : Melaka sekarang dah maju.macam macam ada! Kampung sendiri pun tak habis jalan lagi!! :D

Posted using BlogPress from my iPhone

3 comments:

Ummi Eisya said...

kita dah 3 kali g zoo ni..hihi..bestkan jalan melaka..sebab byk benda leh melawat..

ibu MZW @ farah idayu said...

eh...sukanya tgk dia gi zoo..rase cam nak gi gak la..tp anak masih kecil. tggu dia beso sket la :D

Ummi Salsabila said...

ummi eisya :
betul2.tempat2 baru kat melaka,kami belum pergi.selalu terus menuju ke rumah nenek dan viist saudara mara je.mana sempat berjln2.hehe.

farah idayu :
tulah,tunggu dorang besau cikit.dorang dah phm time tu..:)