ads

Wednesday, February 16, 2011

Adam and Solid Food

Assalammualaikum wbt

Adam budak kuat makan.He loves food so much! Bila masa makan juga ummi kena bersedia.Adam dah pandai 'karate'.Cepat je tangan mencapai dan menepis! Dan bila makan,adam jadi budak comot! Hehe.

Apa menu Adam? Bila Masuk lapan bulan Adam dah boleh mula makan macam-macam.Sarapan,Adam makan puri buah-buahan Heinz.Paling suka puri epal dan pisang! Yummy!

For Lunch Adam makan bubur ummi masak.Ummi campur sayur sekali.Sayur kegemaran adam ialah lobak.Sedap.Menu bubur nasi saya gilir-gilir antara bilis,ayam,ikan,daging, dan tahu.Saya suka bubur ummi! Eh,semalam saya makan bubur lambuk.Bukan ummi masak tapi dapat dari masjid.Hehe.Sedap sangat.Habis licin saya makan! Alhamdulillah..

For tea time (eceh! ) ,saya makan snack.Biskut Rusks dan apple puffs.Saya suka sebab ia cair bila masuk dalam mulut.Senanglah saya.Saya kan tak tumbuh gigi lagi.Hehehe.

Menu dinner pula sama makan bubur ummi masaklah.Ummi masak bubur saya setiap hari.Tapi kalau tak habis ummi simpan dalam freezer.Boleh makan lagi esok.Jangan membazir.Hehe.

Ini,ummi nak share tipsdan perkara yg mommy lain perlu tahu.Tapi aunty semua expert kan? Sure banyak lagi tips boleh share...

Feeding Tips (6-7 months above)

1.Beri dalam kuantiti sedikit satu dari new food sekali sehari.Beri dalam 4hari untuk lihat tindak balas bayi ( allergic or not )
2. Mulakan dengan satu sudu pada 3 hari pertama.Tambah jumlah sudu pada hari berikut dan seterusnya.
3.Gula dan Garam tidak diperlukan
4.Beri bayi anda makan sayur-sayuran supaya dia belajar menyukainya.
5.Campurkan sedikit susu ibu dalam bubur bayi.

Feeding Tips (8-9 months and above)
1.Tambah teething biskut atau roti lembut sebagai snacks.
2.Elakkan memberi bayi makanan berminyak,bergoreng atau pedas.
3. Beri perhatian lebih kepada makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik
4. Beri jus buah-buahan (tidak manis) kepada manis.Kecuali jus oren dan tomato.
5.Tambah yogurt.Boleh beri keju yogurt.

Seronok dapat makan! Cepat ummi, suapkan saya..

Orang makan aiskrim.Saya pun sibuk nak rasa.Kan dah comot!

Saya dapat rasa juga keledek manis dari cameron Highland.Sedap makan gitu je.Tapi saya kena blend dulu lah.Tercekik nanti.Hehe
Ummi masukkan bayam dalam bubur saya.Saya Tak suka! Ummi kata,tak boleh lah jadi kuat macam popeye camni...

Em..Camne ni..Adam kena biasakan makan sayur hijau tau.Baik untuk kesihatan kita.Sayur juga sebagai anti oksida dan banyak vitamin.Boleh jadi awet muda tau!

Kakak Aufa suka sayur kacang buncit.Eh,bukan.kacang buncis.Hehe.Adam? Takpe,pelan-pelan belajar ya sayang...:)

Baby korang suka makan sayur tak?

13 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

suka tgk adam mamam, berselera betoi, hehehe :)
KUASA SEO MENGGANAS?

AshAnas said...

ala, comotnye adam makan sayur, hihi...
anas suka makan sayur, alhamdulillah... tp skrg pandai memilih bab nak makan, kalau nasi, nasi aje, lauk, lauk aje, sayur pun sayur aje... tanak campur2 oke...

Nurul Izza said...

comot tp still ensem!

matsaleh sini pun kasi je anak2 diorg makan sendiri.sepah2 pun xpe..katanya..iman sendiri xmkn sendiri lg. bg di makanan diramasnya makanan tu..aigo~~

Hazu~ said...

Muadz pun asyik menepis dan mencapai. Paling dia suka capai bila ummi dia tengah makan. abis nasi ummi bersepah. Kadang tak sempat nak kontrol tangan dia. dah capai dulu. Laju betul.

♥MAMASYAZA♥ said...

puas ati tgk dia makan, berselera. lagi comot lagi hensem kan

kakyong said...

wahhh meriahnya tgk adam makan... keep it up...

Aliya suka kcg buncis, bendi & cauliflower.. lain2 tu jenuh paksa,, dia tak brp nak...

Momma Mia said...

eee geramnya tengok Adam makan....

mommyYen said...

comel nya anak ni.geram tengok dia berselera mkn...hehe

Ummi Salsabila said...

Ieda : Alhamdulillah.Umminya pun senang hati anak berselera..:)

Shira : oo.mcm tu ya anas.mkn satu2 lah camtu.dia nak enjoy satu2 kot.:)

izza : anak2 mat saleh mmg dorang biasakan indepent kan.tido pun bilik sendiri.

izza,aufa pun sama.letak dpn xde dia mkn punya kalo tak suap.manjosss..

Ummi Salsabila said...

Hazu : betul.cepat je kan.selalu jugak pinggan cawan terpelanting dia tepis! Huhu

mamasyaza : makin kembang idung Adam aunty puji comot pun ensem..hehe..

Kak yong : bg anak2 mkn kenyang2..umminya tgk pun dah kenyang..huhu.
Aufa suka carrot n kcg buncis.maybe sbb crunchy kot.kalo sayur daun dia tak suka..lembik agaknya.

Ummi Salsabila said...

Momma Mia : tenkiu aunty Lin ;)

mommy yen : alhamdulillah..umminya pun seronok sediakan makanan bila anak berselera..;D

ummiKA said...

Khayra feberet dia Carrot... Hehehehhe lain, kalau kacang panjang kena potong kecik2.. then ulam2 pi petik dengan atuk time jalan2 at luar rumah... :D

Ummi Salsabila said...

kak ninie : samalah dengan aufa.carrot sukalah.sbb manis kan? :)

bestnya umah atuk byk ulam fresh! hari2 le mkn ulam lah khayra ya..:p