Artikel ini boleh di baca di SINI
ads
Tuesday, December 30, 2014
Daddy pun boleh menyusu?
Artikel ini boleh di baca di SINI
Monday, May 13, 2013
Milk booster : Rahsia susu ibu banyak
Tetapi perlu diingatkan di sini, ianya tak akan berhasil sekiranya penyusuan secara direct atau ibu pam susu secara kerap tidak dilakukan.Makanan makanan yang di gelar “lactogenic foods and herbs” tidak boleh bekerja sendiri tanpa stimulasi penyusuan.Gitu lah gamaknyaaaa..Hehe.
Klik sini untuk koleksi blouse dan jubah nursing friendly terbaru.
![]() |
| Air Longan dan kurma merah |
![]() |
| Horlicks atau cereal drink |
![]() |
| Kurma |
![]() |
| Bayam |
![]() | ||||
| Hummus / Kekacang |
![]() |
| Halba |
![]() |
| Ikan salmon koleksi resepi di SINI |
![]() |
| Tempe |
![]() |
| Oat |
![]() | |||
| Habbatussauda' (kini lebih mudah dengan ada habbatussauda kapsul | ) |
Walau apapun,
1.Percaya kepada demand and supply concept
Kalau banyak demand banyaklah hasilnya.Walau dah ambil makanan penambah susu kita lupa nak susukan anak tapi tiada rangsangan.Maka susu kita tidak akan meningkat)
2. Jangan stress
Penyusuan susu ibu melibatkan dua jenis hormone iaitu hormon oksitosin (hormon gembira) dan hormon prolaktin (hormon susu). Apabila bayi mula menghisap susu dari payudara ibu, ia akan mula merembeskan hormon oksitosin dan hormon inilah yang akan meransang kelenjar pituitari (otak) ibu untuk merembeskan hormon prolaktin yang seterusnya meransang kelenjar susu ibu untuk menghasilkan susu memenuhi keperluan bayi. Jadi apabila kita stress, hormon oksitosin itu tiada dan ia tak mampu memberi signal kepada otak untuk merembeskan hormon prolaktin. Oleh itu, ibu-ibu yang menyusukan perlu sentiasa tenang dan gembira saat menyusukan. (info dari adrinis.com)
3.Doa dan tawakal
Sesungguhnya ALLAH swt itu Maha Mendengar permintaan hamba-hambaNya yg betul-betul ikhlas, khusyu’ & tawaddhu’ memohon sesuatu drpNYA
Dapatkan Habbatussauda Oil.Ia digalakkan untuk ibu berpantang dan menyusu badan.Ia dapat membuang angin,memberi tenaga dan memperbanyakkan susu badan.Selain ia merupakan supplement, ia juga sunnah Nabi Muhammad S.A.W.Makan dapat badan sihat,Makan dapat pahala.InsyaAllah :)
![]() |
| Halagel BLACK SEED OIL 120 biji softgel RM60 |
| kandungan | Semenanjung | Sabah/Sarawak | |
| 20 biji | RM12.00 | RM12.50 | |
| 240 biji | RM144.00 | RM150.00 |
Wednesday, May 1, 2013
Demam bengkak susu
Pengalaman pertama saya kena demam bengkak susu.Dulu masa bersalin anak pertama, B bengkak je,lepas berurut,susu keluar,dan beransur.Jadi tak sempat demam.
Kali ni saya merasa demam bengkak susu! MasyaAllah sakitnya.rasanya kalah demam sebelum ni.huhu
Saya kena pula sejurus habis pantang.Memang Allah nak bagi rehat lagi.hari ke 45.Baby menyusu saja petang hingga malam sebelum tidur.sampai saya rasa B dah kosong.Risau dia tak puas menyusu.Maka,sebelum tidur saya makan milk booster.
Malam itu bila tidur saya perasan baby tidur lena.Tak kerap bangun seperti biasa.bangun sekali dua,saya bagi sebelah B saja.
Bila bangun pagi saya rasa sejuk sangat mengigil-gigil,badan sakit-sakit dan sebelah B bengkak.Ya Allah,kenapa ni?
Maka,saya telan panadol, pain killer,berbungkus dengan selimut tebal dan tidur saja.Tak larat betul.Syukur anak-anak berdikari main sendiri.lain watak bila umminya sakit.Bibik tolong layan bila mereka dah boring.
Mak balik kerja terkejut tengok saya.Mak kata,saya bentan ni.Sebab saya mengigil-gigil.Saya pelik gak.Takkan dah habis pantang bentan.Dan saya pelik juga takkan bengkak susu sampai demam mengigil-gigil.
Lalu,mak panggil tukang urut.Ya Allah,sakitnya kakak tu urut.Setiap inci dia tekan.Dia urat2 semua tegang.Kaki sejuk.Bila dia nak sengkak, dia kata dah peranakan cantik.dah naik,kiri kanan kosong.Sebab dah urut 3 hari awal bersalin hari tu agaknya.
Maka,memang bukan bentan.Kalau bentan ia sesuatu berlaku dengan peranakan.Mak pernah kena bentan.Dia tahulah rasanya.sejuk mengigil juga rasanya.itu yang dia risau.
Apakah rasa demam bengkak susu ini? B ofkos besar dan berbisa.demam panas diluar,tapi kita rasa sejuk sangat sampai mengigil-gigil.Pening dan muntah.satu badan sakit sakit.Kaki sejuk dan kebas,Nak kunyah makanan mukut sakit.Pegang cawan pun sampai bergetar-getar.Rasa bergegar bergoyang bumi macam raksasa datang menyerang.Amboi! Haha.
Lengkap semua.Serik rasanya.3 hari saya merasa keadaan di atas.Ujian Allah bagi..supaya ingat Dia selalu.Bila mengigil gigil tu,saya dah ingat mati.UYa Allah...Ya rabbi..3 hari juga lah saya berehat,banyak tidur.makan pun atas katil.huhu
Apa yang buat untuk surut kan demam? Masa bengkak tu memang maha sakit lah kan.Kita tersentuh sikit pun sakit,belum urut ke apa lagi.Tapi kena lah tahan gak.Memula,Saya tuam B dengan tungku moden.sebab susu dah berketul,pump pun tak keluar.kemudian sikat B ( urut ke bawah) dan urut B ikut pusingan jam.Last sekali perah B dengan tangan.picit picit bagi keluar selain bagi baby minum.Buat itu jelah sampai surut bengkak.
Alhamdulillah dah sihat.Allah lah yang menyembuhkan.Maka,inilah pengalaman pertama demam bengkak susu saya.Hehehe.saja nak kongsi.Korang pernah kena tak? :)
Saturday, March 2, 2013
Susu ummi paling sedap!
Ummi : Kenapa Adam suka susu ummi? Adam kan dah besar.dah nak 3 tahun ni.tak boleh menyusu lagi.Ada lagi ke air susu tu?
Adam : Ada.Sikit...
Ummi : Susu ummi sedap ke?
Adam : sedap! Sambil angguk2
Ummi : susu ummi dengan air kotak,mana lagi sedap?
Adam : susu ummi!
Ummi : air milo ke susu ummi lagi sedap?
Adam : susu ummi!
Ummi :air strawberi ke susu ummi?
Adam : susu ummi!
Ummi : susu ummi ke air sirap bandung?
Adam : susu ummi jugak..
Sebut semua air favorite dia.Tapi susu ummi juga paling sedap.Hehe.
Adam,anak bertuah! Sebab tu manja yang amat! :)
Tak larat.Mengamuk tantrum kalau tak bagi candunya.Camne nak dapat adik nanti ni..
Besar nanti jangan degil,dengar cakap ummi,anak soleh tau!
Tuesday, June 28, 2011
Bantu ibu baru dalam penyusuan ibu
Sunday, December 26, 2010
Every picture tells a story
Wednesday, December 8, 2010
Apa kesan setelah mencuba breastfeeding trial pack?
Sebenarnya sudah hampir sebulan saya mencuba Shaklee Breastfeeding trial pack ini.tapi baru sekarang saya sempat berkongsi kesannya terhadap penyusuan saya.
Terima kasih kepada momma Mia kerana memperkenalkan kepada ummi produk ini.Ibarat pucuk dicita ulam mendatang,production susu yang agak merudum dan perasaan risau mula datang.ketika yang sama momma Mia mempromosikan produk ini.lantas ummi berminat.terus memujuk Abi suruh bayarkan..Kira kos susu anak juga ni...hehe.
Ummi pilih set yang ada satu botol Alfalfa complex sekali.set ini kos deliverynya free of charge.;)
Yang lain,dipaket mcm ni.30tabs vitalea,vit c dan B complex.momma Mia siap sertakan sekali doa utk tmbhkan susu.;)ummi akan consume pada waktu malam,sebelum tido.Minum air banyak.Mulakan makan makanan sihat (sayur,bijrin)
Kesannya? Alhamdulillah,lepas consume trial pack ni,susu mula memancut.lega rasanya bila susu mula meriah! Apa yang penting kena menyusukan baby secara kerap.Thank you Allah..;)
Lepas ni nampaknya Abi kena beli lagi utk ummi since it gives benefit on breastfeeding.khas untuk anak bujang bam bamnya juga.hehehe.tak pelah, tolak belanja shopping baju2 ummi..;)
Ummi juga mengambil habbatussauda oil sebagai milk booster dan supplement.MasyaAllah.Ia sunnah,Ia milk booster juga! InsyaAllah dapat pahala bila amalkan.Baca RAHSIA susu ibu banyak DISINI.
Habbatussauda oil dari minsyam atau halagel boleh dapatkan di
https://www.facebook.com/SihatCantikBerkat
Alhamdulillah. Anak membesar sihat dengan susu ibu sepenuhnya.Kita usaha.Semuanya dengan izin Allah :)
- Posted using BlogPress from my iPhone
Tuesday, November 2, 2010
Ibu menyusu boleh diet ke?
Nutrient:
1. Tenaga (kilokalori)
Wanita Normal : 2000
Wanita Mengandung : + 150 - 350
Wanita Menyusu : + 550
2. Protein (g)
Wanita Normal : 37
Wanita Mengandung : + 13
Wanita Menyusu : + 24
3. Kalsium (mg):
Wanita Normal : 450
Wanita Mengandung : + 750
Wanita Menyusu : + 750
4. Ferrum (mg) :
Wanita Normal/Mengandung dan Menyusu : 28
5. Vitamin A (mcg) :
Wanita Normal/ Mengandung : 750
Wanita Menyusu : + 450
6. Vitamin D (mcg):
Wanita Normal : 2.5
Wanita Mengandung/Menyusu : + 7.5
7. Thiamine (mg) :
Wanita Normal : 0.8
Wanita Mengandung/Menyusu : + 0.2
8. Riboflavin (mg) :
Wanita Normal : 1.2
Wanita Mengandung : + 0.2
Wanita Menyusu : + 0.3
9. Niacin Equivalent:
Wanita Normal : 1.3
Wanita Mengandung : + 2.3
Wanita Menyusu : + 3.6
10. Asid Folik (mcg) :
Wanita Normal : 200
Wanita Mengandung : + 200
Wanita Menyusu : + 100
11. Vitamin B 12 (mcg):
Wanita Normal : 2.0
Wanita Mengandung : + 1.0
Wanita Menyusu : + 0.5
12. Asid Askorbik (mg) :
Wanita Normal : 30
Wanita Mengandung / Menyusu : + 20
Jadual di atas menunjukkan peningkatan keperluan tenaga sebanyak 25% bagi ibu yang menyusukan bayi. Purata pengeluaran susu adalah sebanyak 850 malam / hari dan tenaga diperlukan untuk tujuan ini adalah 785 kilokalori. Walaubagaimanapun jumlah yang disyorkan oleh Malaysia Recommended Dietaru Allowance adalah tambahan 550 kilokalori kepada keperluan yang normal sebab kalori yang selebihnya boleh diperolehi dari tisu lemak seseorang. Tambahan kalori ini adalah mencukupi untuk jangkamasa penyusuan selama 3 bulan. Bagi ibu yang menyusu bayi melebihi jangkamasa ini atau ibu yang mengalami turun berat badan yang melebihi had atau ibu yang menyusu lebih dari seorang anak akan memerlukan tambahan sebanyak 550 kilokalori sehari.
Pada kebiasannya penggunaan tisu lemak dari tubuh semasa tempoh penyusuan akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan berat badan. Sekiranya ibu pandai memilih makanan yang baik, kekurangan kalori serta penurunan berat badan tidak akan mempengaruhi pengeluran susu. Adalah perlu diingat bahawa lemak dalam tubuh digerakkan agak lambat, oleh itu kekurangan kalori yang terlalu banyak dalam diet boleh menjejaskan pengeluaran susu. Ini bermakna ibu yang menyusukan bayi seharusnya tidak boleh mengamalkan diet yang serius untuk mengurangkan berat badan, akibatnya pengeluaran susu akan berkurangan. Ibu-ibu yang ingin mengurangkan berat badan boleh berbuat demikian dengan mengamalkan cara makan yang baik, mengelakkan penggunaan banyak lemak dan gula di dalam diet dan disertai dengan senaman.
Peningkatan keperluan protein akan membekalkan protein dalam susu ibu. Pengambilan protein dan kalori yang berkurangan tidak akan mempengaruhi kualiti susu tetapi kuantiti susu akan berkurangan.
Keperluan vitamin dan mineral juga meningkat semasa laktasi/penyusuan. Penekanan diberi kepada kalsium, sebab vitamin dan mineral yang lain mudah diperolehi dengan memakan berbagai jenis makanan dan meningkatkan pengambilan kalori.
Ibu yang menyusukan bayi perlu mempastikan pengambilan kalsium yang tinggi untuk mengelakkan kehilangan kalsium tulang di hari hadapan. Pengambilan kalsium yang rendah di dalam diet tidak akan mempengaruhi kualiti atau kuantiti susu sebab kekurangan ini akan ditampung oleh pergerakan kalsium dari tulang yang boleh mempengaruhi kesihatan ibu dalam jangkamasa yang panjang.
Selain daripada nutrient, pengambilan air oleh ibu adalah sama penting untuk pengeluaran susu. Susu mengandungi 87% air. Lebih kurang 750 - 850 ml air digunakan untuk pengeluaran susu. Oleh itu pengambilan air yang tinggi, lebih kurang 3 liter / hari atau 2 -3 quart diperlukan untuk memastikan pengeluaran susu yang cukup. Kekurangan air dalam diet tidak akan mempengaruhi kualiti susu tetapi akan mengurangkan kuantiti susu yang dikeluarkan. Sumber air meliputi air, susu, suup kuah dan minuman lain.
Diet Untuk Memenuhi Keperluan Nutrient
Ibu-ibu tidak memerlukan diet yang istimewa untuk memenuhi keperluan nutrient. Diet yang seimbang adalah memadai. Diet yang seimbang boleh didefinisikan sebagai diet yang mengandungi semua nutrient dalam jumlah yang diperlukan untuk memenuhi keperluan tubuh.
Pada asasnya makanan boleh dikelaskan kepada:
(a) Makanan yang kaya dengan lemak dan karbohidrat
(b) Makanan yang mengandungi vitamin dan mineral
(c) Makanan membina tubuh yang kaya dengan protein
Di bawah ini adalah beberapa panduan untuk merancang diet:
Nutrient:
1. Karbohidrat
Sumber: Nasi, tepung, produk dari tepung, semua jenis mee, roti, kentang, ubi, keledek, kek, kuih dan kekacang
2. Protein
Sumber : Semua jenis daging, telur, ayam, makanan laut, organ, kacang, susu, keju, jam dan kacang
3. Lemak
Sumber: Semua jenis lemak dan minyak, termasuk margerin dan mentega
4. Vitamin dan mineral
Sumber: Buah-buahan, sayur-sayuran, susu, keju, telur, daging, roti dan bijirin
Diet seharian untuk ibu yang menyusu boleh dirancang berdasarkan pengkelasan ini:
Makanan
Susu : keperluan 1 - 1 1/2 gelas
Daging, ikan dan ayam : 120 gm (masak)
Telur : 1 biji
Nasi dan Jenis Mee : 4 - 5 cawan
Lemak dan minyak: 3 camca besar
Sayur-sayuran hijau: 1 - 1 1/2 cawan (masak)
Buah - buahan yang kaya vitamin C: 180 - 280 grams
Sayur-sayuran dan buah-buahan yang lain: 1 1/2 - 2 cawan
Tambahan kalori yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan bayi mestilah mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin A, thiamine, riboflavina, kalsium dan protein. Bagi memenuhi keperluan untuk protein dan kalsium, ibu-ibu digalakkan meminum susu atau hasil tenusu dengan secukupnya. Ini juga akan memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang lain. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran perlu digalakkan walaupun terdapat banyak pantang larang yang berkait dengan makanan ini. Secara umumnya, harus mengambil kira berbagai faktor yang boleh mempengaruhi ibu seperti faktor kebudayaan, sosial dan ekonomik. Nasihat tentang diet mestilah yang biasa ditemui oleh ibu-ibu. Dengan ini dapat dikukuhkan diet yang sediada daripada membuat perubahan yang mendadak.
sumber : Izzara & cute baby club.
Tuesday, August 17, 2010
pemakanan untuk membanyakkan susu badan
Salam sayang semua.Bulan puasa ini pastinya ramai yang risau susu badan akan merudum.Tapi insyaAllah,hati pasti senang bila mengamalkan pemakanan yang berkhasiat.dibawah ummi sertakan petua untuk membanyakkan susu.Elok juga kita amalkan untuk memeriahkan susu kita.
Alhamdulillah.Gembira bila bangun pagi melihat anak-anak ceria.Senang hati bila mereka sihat.Syukur dapat menikmati dan menjalani peranan sebagai seorang ibu.Walau menguji kesabaran bila melayan pelbagai karenah anak-anak tapi dlm hati rasa bahagia . ^_^
Sejak adam lahir.Aufa dah tak nak breastfeed lagi.Puas juga ummi pujuk dan paksa.beriya tak nak.Baru-baru ni ummi ada try bagi ebm kat aufa.Tapi dia tak nak.nampaknya dia dah tak suka susu ummi lagi.pelik.rasa lain ke.dulu tulah favourite dia.:(
Pastu,skang ummi campurkan separuh ebm dlm susu dia.mula-mula dia buat muka pelik dan merengek.stop minum.pastu terus minum smpi habis.Minum pun.hehehe.
Ada juga bertanya,mcmana progress spectra 3 dan ebm.ummi rasa spectra 3 bagus dan efficient.So far, tak da apa problem.Stok ebm pulak tak delah buat banyak sangat.Bulan puasa ni ummi pump 2 kali sehari je.selepas buka dan selepas sahur.yang lain bagi direct je kat adam yang kuat nyot2 tu.
Bawah ni lsit makanan untuk menambahkan susu.yang bertanda (*) tu ummi dah cuba.ok,selamat mencuba.
- (*) Lobak putih - ummi pernah buat jus.tapi selaunya masak sup or sayur campur. SEDAP. Kesannya mmg membantu utk membanyakkan susu.
- (*) Bayam - masak air pun sedap dah. ada orang buat goreng. Kesannya mmg terasa. Dan ia mmg membantu utk membayakkan susu.
- (*) Broccoli - Bagus. Sumber Kalsium yang baik.
- (*) Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
- Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
- Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
- Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu.
- Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
- Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi.
- Petola, daun turi - masak lemak manis
- Kacang Buncis
- Pucuk betik
- (*) Roti - segala jenis roti especially roti planta
- (*) Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
- (*)Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert
- (*) Kismis - 7 biji setiap pagi, tengahari, malam
- Ikan Tenggiri
- Sengkuang Cina
- (*) Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, fav ummi biskut Jacob etc.Ummi suka gak Kellogge Cornflakes + Kismis + Milo
- (*) Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau
- (*) Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
- (*) Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.Tapi ummi minum susu fernleaf sekali minum dgn Abi.Minum juga susu kambing Hi goat.
- Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
- Halba - rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.
- Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
- (*) Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
- Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
- (*) Soya - minum secawan sehari.
- (*) Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
- (*) Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
- Air Kelapa
- Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.
- Daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
- Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
- Milkmaid tea
- Melilea Organic Soya Drink
- Autumnz Organic Nursing Tea
- Joy Angel Nursing Tea
- (*) Kalsium
- (*) Obimim
- (*)Omega 3
- (*) Vitamin C
- Jamu yang membanyakkan air susu i.e PIL ASI, jamu nona roguy (phytonatal)
- Alfalfa
- Bidadari DCL
- (*)GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.
- (*) Habatussauda
- (*) Organic Spirulina
- Melilea Greenfield Organic
- ML - Goat's Rue Vegetarian Capsules
- ML - More Milk Plus Vegetarian Capsules
- ML - More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)
sumber : http://alinalan.blogspot.com
Wednesday, June 16, 2010
Pumping Practice During Confinement
Ummi nak sharing sedikit info dari kawan-kawan ummi tentang pumping practice semasa pantang ni.sebagai peringatan dan rujukan untuk diri sendiri juga ^_^ :
Sebab2 kite memerah di waktu berpantang adalah : -
- 1) Breast engorgement - pump untuk melegakan "B" yg membengkak
- 2) Bekalan sementara - Mungkin ada waktu-waktu yg kite terpaksa keluar dan meninggalkan bayi di rumah. So, kite boleh pump and tinggalkan susu perahan for our baby's consumption.
- 3) Stock EBM - pump utk mengumpul stok susu perahan sebagai persediaan sebelum kembali bekerja.
Cara-cara pump semasa tempoh berpantang pula adalah : -
- 1) Pump selepas menyusukan baby - Jangan risau & kecewa jika kite pump time ni susu x keluar or keluar titik-titik shj...mmg kdg2 kite hanya "air-pumping" instead of "milk-pumping"... Tujuan pump selepas baby menyusu ialah untuk stimulate breast and memberi signal pd body kite bahawa ada demand. Bile demand tinggi, supply pasti bertambah!
Betul2! at first, ummi pump just dpt 2oz.tak lama pastu dapat 3oz.and now, bertambah sikit dpt 5oz.Alhamdulillah,semoga susu bertambah meriah.
- 2) Tandem pumping - sebelah payudara bagi baby nyusu, sebelah lagi pump dan dilakukan simultaneously ye..ummi dah try juga.freestyle kan pump anda!
JANGAN BIARKAN PAYUDARA ANDA TIDAK DI PUMP/PERAH LEBIH DR 3 JAM. Jika kite biasakan rutin tidak perah dlm jangka masa yg panjang akan menyebabkan susu kite berkurengan...
NOTA KAKI :-
Please be reminded ye kawan-kawan, tak kire brp amount susu yg kite dpt pump/perah semasa tempoh berpantang, even kite cume dpt 0.5oz to 2oz per session, adalah dikire NORMAL. Jgn pressure lak bile tengok susu yg keluar sikit sgt...ianya adalah NORMAL. Reasonnye, baby sentiasa bersama kite dan sentiasa menyusu. Jd, susu yg banyak2 tu baby dah consumed.
Tujuan kite berlatih megepam/memerah semasa berpantang adalah utk membiasakan diri kite (supaya x kelam kabut bile kembali bekerja) DAN utk memberi signal kpd bdn kite utk menghasilkan susu pd waktu2 yg kite dah praktikkan tu. So, pd waktu2 tersebut la susu akan terhasil pd thp maximum. Body kite akan ikut jadual seperti yg kite dah arranged mase pantang...
Dan jika kite sedang mengepam/memerah susu tibe2 si kecik tu jaga nak nyusu, time ni ambillah kesempatan utk praktis tandem pumping. Ataupun, jika masih belum bersedia lg nak wat tandem pumping, bleh berhenti pump/perah dan susukan baby dulu. Don't worry...susu kite sentiasa akan ada dan dihasilkan...
sumber : http://harlindahalim.blogspot.com/2009/10/pumping-practice.html
http://alinalan.blogspot.com/search/label/Info%20Penyusuan
Sunday, April 11, 2010
My New Gadget !
Kenapa ummi beli breast pump? ummi kan duduk di rumah.so,memang all time boleh menyusukan baby.tapi ummi nak wat ebm juga untuk aufa dan baby.lagi satu,nak ajar adik aufa pakai botol.so,tak delah jadi kaki gayut macam kakaknya.sampai skang nak tido nak gayut.nipple pun dah pedih2 dah ni.dia dah biasa sebelum tido menyusu sampai terlelap.so,nipple ummi ni dah jadi cam puting dia lah.so,susah juga kalau jadi dua2 camtu kan? so,adik aufa nak bagi dia berdikari sikit.hehe.bagus tak alasan?
plus,if ummi ada commitment or nak dating dengan abi,nak shopping berduaan ke...boleh tinggalkan mereka dengan ebm.dulu susah nak tinggalkan aufa.sebab susu dia kat kita.and ummi pernah baca kat blog kak farah.if kita menyusukan baby secara direct dan pump lagi akan mengalakkan penghasilan lebih banyak susu.so..harap2 banyak susu ummi nanti.last reason,...ummi teringin sangat nak pump susu,nak wat ebm, dan teringin mempunyi breast pump....hehe.
ummi pilih Sytlo Mama Era Spectra All in one set.lengkap sume ade.ada offer lagi.sangat excited nak menyusukan baby.nak wat ebm for baby.ummi juga harap susu banyak nanti.insyaAllah, niat nak sambung beri aufa susu ibu semula.niat nak wat ebm banyak2 untuk anak-anak ummi.Ya Allah..semoga Kau permudahkan..ummi dah beli botol susu avent.tapi berkenan pula kat botol susu MAM ni.selain ada ciri2 utama iaitu bpa free and anti colic.ade value added lain yg buatkannya unik.
puting dia lembut dan bentuk leper.agaknya nak buat serupa like mom's nipple.hehe.kat bawah botol boleh dibuka.senang nak basuh gitu.selain itu, bercorak2 pula.hehe.ada warna biru,pink,dan hijau.boleh dapatkan di sarakids!.
tengah belek2,tibe2 abi kata beli benda ni sekali la.rupa2nya power inverter.so,nanti boleh pump juga dlm kereta.abi pun excited tau.abi kata bila travel sambil2 tu boleh pump.bila la tu abi nak bawak kami bercuti lagi?hehe.
apa aufa buat kat sarakids? masa ni ummi bagi dia main doll.dia suka tapi takut2.sebab kami tak pernah belikan dia doll.lagi, dia mengemas.turunkan barang2 dari rak.penatlah staff sarakids nak kemas.thanks to staffnya.baik layanannya even aufa sibuk mengemas.hehe.tak dapat jumpa kak farah.dia buat jualan di luar.buka booth di pnb kata staffnya.best pegi sarakids.makin maju. bangga tengok anak melayu dalam bisnes.
tahniah3x!
suka dapat duduk kat stereng.aufa dah pandai sebut car.ngeng..ngeng..ngeng!!! ^_^
aksi manja2 aufa dengan abi.suka ummi tengok dua beranak bila bermanja-manjaan gitu.^_^
Wednesday, March 10, 2010
Aqiqah Dzakwan Hadi and Playing with baby Zahran

Hah.ini cerita baby zahran datang rumah kita.main dengan kakak aufa.aufa dan zahran beza 5bulan je.first time jumpa zahran masa ziarah dalam pantang.kecik je dia masa kami visit dia.sekarang,dia dah bam bam sangat.so cute!!.geram tgk dia.ummi siap picit2 peluk dia.best! gebu!hehe.

Gambar - gambar aufa with zahran.seronok main- main dengan zahran.hyper active juga zahran ni.mama dia pun slim dah jadinya.hehe.zahran & aufa dua2 kepala dua pusar.samalah kita!

seronok ada kawan datang rumah main sama-sama.dapat socialize sikit aufa ni.if tak tengok muka ummi je hari-hari.hehe.mama nisah siap nyanyi2 lagi.best tau.asik dengar ummi nyanyi je.haha.so,mama nisah & zahran nanti datang lagi ye.^_^
Thursday, February 18, 2010
Rentetan entry luahan perasaan tentang breastfeeding
Mostly breastfeeding moms mengalami situasi yang sama mcm saya.biarlah anak kita kecil,tapi dia dapat yang terbaik.breast milk is the best,right? lepas hadapi ayat2 power drpd mereka.mak buyung ni terus jadi emosi.tak boleh control2 dah.hehe.maybe i feel tired dengar semua tu.rasa merajuk dengan breastfeeding.ada yang berkata, jaga anak sendiri tapi anak tak besar2 pun.macam seolah2nya tak de faedah pun saya jaga anak sendiri.buang karen jelah.saya tersentak,geram, & sedih betul.apakah???.biarlah orang nak kata apa..terima kasih lah coz sedekah pahala pada saya.
biarlah aufa saya kecil.tapi dia aktif.tak de pula dia lembik.tak de pula dia duduk tercongok.tak larat bangun.tak boleh bermain.tak boleh memanjat,berjalan ke sana sini,menari dan sebagainya.dia kecil tapi dia normal dan sihat seperti budak2 lain juga.biarlah aufa kecil.tapi dia bijak.apa yang diajar,dia dapat.tak de pula otaknya tidak boleh berfikir.dia boleh belajar,respon apa yang kita cakap dan berkata2 seperti budak2 lain juga.biarlah dia kecil asal dia sihat dan cerdas!!!!!
saya suka baca komen2 semangat dari kawan2 semua.thanks for drop your comments..first time juga dpt komen2 yang paling panjang.hehe.really2 appreciate it ^_^.
yanadzul >> takpa..susu ibu tu bagus.. selam2 dgn susu formula kalo nak ajar anak..
bg yana.. bg dulu susu ibu tu.. toksah la terasa sgt dgn cakap2 org semua tu.. depa taktaw yg betapa bgus nya susu ibu..yg penting anak sihat..anak pintar..kalo yana.. depa slalu cakap napa tak bg susu ibu.. ntah lah malas nak pikir mulut org..kalo susu yana byk..yana tetap dgn bf.. jimat duit semua.. tapi susu tak da bila anak masuk 4 bln.. nk buat mcmana .. perah mcmana pun takda.. dugaan allah bg susu ibu takda ni..
to yana>> yelah yana.dugaan Allah lain2 tuk kita kan.ujian masing2.anyway,tq yana.yana pun dont give up yer.bole cuba lg bf for next bb.insy..
Mama Aqish>> tak pe susu ibu paling bagus di dunia dari susu formula tau...kebanyakan yang minum susu ibu kuat antibody berbanding susu formula kanak2 mudah jatuh sakit....biar la ape orangnak cakap janji anak kiter sihat....tak besaq tak bermaksud anak kiter tak sihat tol tak...janji dia aktif...leh jimat duit kalo BF ni....jangan patahkan semamngat mu itu k....cayok2
to mama aqish>> aah,budak minum susu ibu jarang jatuh sakit.demam pun jarang.plus,mmg save money.skang kena beli fm aufa.terasa juga..fm quite expensive kan :) tq ek.
dila>> salam kenal ummi salsabila :)
jgn le dgr ckp2 org sekeliling tuh..trus kn breastfeeding...;gkin skg diorg dok sebok apsal la bby x besa2..tp bile aufa tu membesar sebagai sorg bdk yg sgt bijak, br le mereka tu sume akn sedar dr lamunan..abaikn je ckp2 diorg tu...lgpn bby FM ade risiko dpt diabetes tau..jeng33!! trus kn breastfeed ye!! ciayok!!
to dila>> ok,xle dgr ckp dorang.smg aufa keep growing n being a smart gal.amin...tq so much.caiyok2!
Ibu ajim n Kimi >> Ish...usah duk pk sangat pasal apa orang cakap... My son pon kecik aja even dah nak masuk 2 tahun. Kalau timbang belum pon sampai 10kg kalau nak tahu. Tapi bila jumpa doktor, it's normal coz tgh lasak sesangat. Nak2 kalau anak lelaki lagilah ya Rabbi lasaknya tak tahan. Nak gak tgk parent camna, besar ker kecik ker... .
As long as our child sihat, bijak dah okay apa. Mmg kdang2 dr akan suggest tambahkan ngan susu FM tapi for me your son mmg bertuah coz dapat bf ngan maknya. Teruskan aja ngan tekat sebelum nih.
to ibu ajim n kimi>> if boy,lagi lasak kan.as long dorang sihat.alhamdulillah..tq for sharing. :)
Hazu>> Salam...Saya ada adik sedara yang memang badan kecil walaupun minum susu formula. saya nampak ummi salsabila tak besar sangat orangnya, mungkin sebab tu anak pun kecik.
Susu ibu tu hak anak. berusahalah selagi boleh. Anak yang tembam pun belum tentu sihat.
Jangan sedih-sedih sangat ye. Nanti effect baby dalam perut pula. :)
to hazu>> yelah,maybe ikut genetic mak ayah nyer juga.kami tak besar,anak pun cmne nak besar pula kan.thanks bg semangat ek.:)
lin muhammad>> umi, jgn putus asa..tak bermakna aufa kecil aufa tak bijak dan tak secergas budak sebaya nya..
same case with me..pegi mana pun semua org tanya..sara umur brp? bila ckp sthn 6bulan semua tekejut.sbb bdn dia kecik.tak chubby mcm baby lain...tapi pada sya itu tak penting.asal sara sihat.alhamdulillah, sara susah jatuh sakit. jarang sgt demam.last demam teruk masa dia umur 6bulan. semua berkat susu ibu. :) selagi tuhan murahkan rezeki untuk sara, sya akan teruskan penyusuan saya.
lin muhammad>> thanks lin for sharing.sara same mcm aufa.org akan tkejut bila tahu her age.bertuah sara still dpt susu ibu yer.
Leen>> salam... tak apa, entry sekadar meluah perasaan je kan.. :) fikirkan ganjaran pahala yang tak nampak tu yang Allah beri dlm kita menyusukan anak.. lebih worth it. kan? dah.. senyum senyum balik. hehe.
to Leen>> tq coz remind me.yeah yeah!! dpt pahala..hehe.ok,senyum..senyum balik.:)
dbalkis>> Salam juga,
Saya pun sedih baca entry ni.. Baby saya pun kecik juga, lasak main tapi semenjak bb dah bday 1 year saya relakan campur Pediasure, juga sebab dia kecik. Amik Pediasure 2x je sehari kat nursery. Lain2 stil BF including weekend full BF..
Teruskan BF ye..saya sokong 100%, kasik je anak makan byk2 dan saya rasa Pediasure tambah selera makan..Alhamdulillah, bb saya balun semua tak kire waktu..skarang ni makan dekat 4 kali sehari.3 di nursery and dinner kat umh.kdg2 petang balik keje saya sumbat die roti....berat pun dah naik sikit dari 9kg time 11mths to 9.5kg dekat 14mhts ni..
to dbalkis>> saya juga start bg aufa pediasure.ikut saranan paed.tp berat aufa still mantain.7.5kg je.maybe its take time kan.Thanks for giving me the advices.
dila~noor>> US.kite faham..sbb anak kite mmg kecik jugak.
kadang2 orang yang tak berilmu ni melampau tau..bukan nak mengutuk,tapi tula..dorg asik nak betulkan kite je.padahal anak dorg camane.kalau harap bdn je yg "sihat",tp yg lain lmbt tak best jgk kn..
so..stick on BF ur aufa n the coming baby ok =)
to dila~noor>> hehe.best btol komen dila.i like....tp mmg betul gak tu kan.hehe.tq dila.:)
fizamior>> raudhah,
jgn la dgr cakap org.. teruskan jer bf anak sbb susu ibu itu yg terbaik.. anak saya juga kecil saje... berat pun tak mcm baby lain.. agak kureng juga berat dia, tp sy tetap susukan badan jer...pedulik la org lain nk ckp apa... janji sihat.. lemak2 susu formula tu bukannya elok pun.. susu formula tu alternatif jer kalau susu badan ibu tak cukup. pada saya, aufa cukup sihat!aktif lagi tu...
teruskan yea raudhah..don't give up!
to fizamior dearie>>fiza,i tgk mia,teringat aufa juga..^_^.tapi mia tetap cute sgt.aunty ttp suke tgk dia! hehe.thanks dear..
Padnani>> salam US,hope u ok rite now..jgn sedih2 sgt ye dear..cian baby dlm pewot.
Nani pun pernah lalui situasi mcm ni..means ada yg suggest suruh tukar BM ke FM. Kalau kita x nak sedih sgt..dear hv to fikir positif ok. Membuat anggapan yg mungkin..mereka yg berkata2 tu consent pasal kita tp x kena cara.. Yela, setiap org ada pendapat dan xperience masing2 kan. Yg pasti dan pentingnya..US sendiri tau apa yg plg terbaik for ur kids! dan Nani pasti US tau:)
Nani faham sgt masalah nak bg anak makan..kdg2 ummi dah masak sedap2..tp baby mkn sikit je. Kdg2 arini dia suka dishes ni..tp esok lusa mgkin x suka. cuba US varietykan food aufa..mcm nani bg jugak hafiy yogurt, fruits hari2 + kalau arini dia x berapa dgn nasi..malam nani buat macaroni or spagetti his fav. dan BF still going on mcm biasa..cuma dah nak dekat 2 tahun nnt kena jugak ajar FM..sbb susu mmg bagus utk pertumbuhan kanak2 sampai dia growin older pun xpe minum kan dear.kalau baby nak fresh cow milk lg better..
Hafiy mmg x bam2 mcm ms dia kecik dulu..tp berat dia maintain naik ckit2..alhamdulillah.
Buat US..sabar ye dear dgn segala cakap org. B strong..u r really great ummi that always wan to do d best for ur kids! for ur coming baby pun nani sokong 100% BM..coz ur baby deserves it! take care dear..hugs kisses
to nani dearie>> bkn sng jadi ibu kan nani.mcm2 ujian juga.lain2 ujian Allah bg untuk kita.yelah,aufa pun kdg2 selera mkn.kdg2 xnak.buat juga resepi mcm2.tapi dia xtentu nak mkn juga.anyway,thanks yang for advices.hugs kissess!!
suziey > sabar la us..mulut org kita xleh tutup..yg penting kita tau ape terbaik utk ank kita..jgn disebabkan kata2 dr org yg cetek pemikiran ttg susu ibu US patah semangat..dont ever do that..susu ibu adlh yg terbaik...be strong ok:)>
to suziey dearie>> orait,suziey! tq so much..
kak yong >> adikku odah..
take it the positive side dia.. as long aufa is smart gal.. then let it be apa orang nak kata..
si aliya kakyong pun kurus keding, tp dia kuat makan, suka makan.. cuma memang berat & bdn dia halus..
fikri & anis pula, 2-2 formula.. fikri keding, anis jer yg bolat.. so, ni seme xde kena mengena minum FM akan akan bulat...
so, jgn putus asa BF utk adik aufa & aufa tu.. u r a great umi.. u hv given the best.. org memang suka meletakkan hukuman.. be strong yer.. nanti emosi adik aufa lak terganggu...
to kak yong dearie >> thanks kak yong for sharing.oh,xsemesti minum fm bulat ek?.ok,xnak adik aufa lak jadi sedih.huhu
umiDanish>> kuatkan semangatmu, setiap kebaikkan disulami dengan seribu dugaan.. apa yg US buat adalah terbaik utk baby, dan hanya kita je yg tahu apa yg terbaik utk anak kita.. Jangan di pk sgt apa org cakap, baik US rasa bersyukur sebab tergolong dalam golongan terpilih yg diberi anugerah dapat menyusukan bayi dengan air susu sendiri berbanding mereka yg gagal bila mencuba banyak kali.. Yang penting, anak kita sihat, ceria dan bijak.. Jangan bersedih dan putus asa kerana semua tu adalah dugaan Dia.. Teruskanlah usaha yang terbaik utk anakmu.. danish pun susah gak makan sejak akhir2 ni dan badan dia susut sikit, tapi umi usahakan dia dengan pelbagai hidangan lazat dan berkhasiat seperti buah2an, kismis dan sup2 sayuran.. cubalah..
to umiDanish dearie>> terima kasih coz ingatkan saya,.y harus bersyukur coz dpt susukan aufa,ade rezeki susu ibu untuk aufa.tq..
Sidratul Muntaha>> salam.sori mencelah.selalu jugak kena.tpi solution dari dulu since dari kecil yg mak selalu ajo...buat tak thu jer..sebab,ank den pun susukan penuh smpai 3 4 bulan jo.pastu campor..apepun..org tua2 ckp..jgn mengeluh mengesah...kita mak dia..kita yg lebih tahu...bab kena marah ker kene perli ker..dgn doc/nurse gomen..abaikan jer.tu bru psl ank kurus
klu time beranak kena lagi teruk?(den dah pernh kena kaw2 dgn nurse yg takde adab ni n mulut laser.)masuk telinga kiri n telinga kanan jer..klu jawapan yg dibagi takleh memuaskan ati org tu..diam jer..abis citer..biar dia bebel sendirik2 cam org gile..lain mak..lain pengalaman dia Allah bagi..tak semestinay ank dia gini - gini..dia rasa dah sempurna..Allah dah bg bahagian memasing..cam den..memula mmg bengkak jer ati ni..tpi lelama buat bodoh jer sbb tak berkudis pun,tak bernanah pun..skunk ni..takyah pikir sgt..nnti kwn yg dok kutuk2 tu ler yg serabut kendian2 nnti..dah2..jgn sedih2...nnti susu yg anak kopek tu pun buat ank nnti jdi emo plak...
ok.jgn risau arr..esok lusa dah start reti mkn budak tu..konfirm membesar bak juara!!
ok?!!jgn sedih2 yerk?!!
to sidratul muntaha>> thanks for sharing your experiences.yelah,maybe ni ujian untuk saya.sy tahu masing2 ada ujian masing2 dlm membesarkan anak..bkn sng jd seorng ibu.mcm2 kena pikir kan.tq..ok,tanak sedih dah.:)
Momma Mia>> Alahai US, jgn camgitu. Jgn mengalah dear!! ni mesti relate dgn msg hari tuh kan? Hubby momma ckp jgn amik kisah sgt apa yg org lain ckp tuh as long US tahu yg US dah bg yg terbaik utk Aufa. Yes each baby tak sama. Sama ada minum FM or BF ke tak semesti jd bam-bam. ia bergantung pd byk faktor cth spt metabolisma bb tuh tinggi, aktif etc... bam-bam jg tak bererti sihat juga.
Jgn la putus asa utk BF Aufa mahu pun adik Aufa, kan kita dah sepakat nk tendum nursing?? US bertuah masih dpt BF Aufa tau, mommaMia jeles. Memang amat pedas dengo kata2 org lain ni esp yg dah byk sgt mkn garam, tapi take it positif yer.
Semoga US lebih bersemangat, bersabar & ceria2 tau!!! Buang jauh2 suara2 yg tak best tu & gantikan dgn kata2 semangat hubby US & mommies yg lain kat atas tuh. caiyok2 okey!! Senyum sket :)
to momma mia dearie>> aah,relate yg ari tula.if de pape suke ngadu kat akak juga.hehe.yelah,maybe metabolisme aufa tinggi.ssh nak naik beratnya..lantaklah org nak kata apa ek.sabo jela.moga niat kita dpermudahkan nanti.tq kak.muah!
Hanim>> Hang in there. If tak nak formula, lompat terus to fresh milk. My kid tak tembam, but sgt tegap dan tinggi *genetik la tapinya, mmg laki bini tegap*. Tembam kejap je masa 1st 6 mths. Now minum fresh milk and other calcium, mmg takmau formula.
So if paedi syor FM, bagi je sikit. U dah berjaya EBF, after 1 year boleh dah kasi other forms of calcium.
BTW... bukan u comel ke?? Cuba tgk gmbr korang masa kecik, maybe Aufa ikut genetik one of u la tu :)
To hanim dearie>> ada juga try bg aufa fresh milk.dia suka juga.yelah,maybe coz genetic.kami dua2 xdela besar.abi aufa pun comel je sebenarnya.hehe.anak pun xle la nak besar bak juara kan.hehe.
Dayah>>US,setiap baby kan berlainan...saya rasa Aufa mmg jenis yg kecik, petite bukan sbb tak cukup susu ke kurang khasiat dn sebagainya...asalkan dia aktif, bijak sudahla...US pun dah merujuk ke paed kan..kalau paed kata normal, ok la..kena thn telinga sikit la dgn org2 tua ni.
to dayah dearie>> yup,babies are unique..i know, baby tak sama kan.but probnye, org2 tu tak phm.ingat sume baby sama je.paed kata aufa normal..so,thn jelah telinga.saba jelah..tq dayah..
Drama Mama >> Eeeemulut orang, memang menyakitkan hati kan! My son yang FM ni pun ada lah mulut2 orang tua yang tak insurans dok complain KURUS macam saya tak reti jaga and tak kasik makan...padahal elok ja saya tengok dia ni...kang overweight kang complain plak anak kau gemok. macam2 ja.
Jgn putus asa ya...though i x bf my son nemore but everyone knows that BM is the best! keep going dear
btw, come join our giveaway for a chance to win our delectable diaper cakes! ;-)
http://twinkywinkystars.blogspot.com/2010/02/join-our-diaper-cupcakes-giveaway_12.html
to Drama Mama dearie>> biasalah,manusia..bila budak kurus,suh gemok2kan.bila dah besar jadi gemok,suh diet,suh kuruskan badan.whatever! geram je kan.anyway,tq for drop by.insy,nnt i terjah ye.tq so much^_^
ummimusa>>
http://sarahhikmah.blogspot.com/2010/01/more-info-on-benefits-of-bf-vs.html
jangan berganjak US, hold on!!!
to ummimusa dearie>> ok,i kena wajib terjah ni.bg semangat balik.tq UM!
Nadiah Sidek>> mcm2 dugaan ye BF baby kat malaysia tu. sabar ye raudhah. kuatkan semangat, tulikan telinga & cekalkan hati. teruskan BF utk anak2 yg seterusnya. ramai lagi yg support BF berbanding mereka yg tak menyokongnya (diorang tak fhm sebenarnya..kalau diorg fhm pasti diorang pun akan menyokong ibu2 BF anak2 & takkan persoalkan apa2). don't turn back & never ever give up!
To kak nad dearie>> dugaan bf moms cmnila kak..hehe.yelah,mybe dorang xphm..saba jelah kan kak..tq kak!
ibu arifa>> salam US, kesian US kena "ayat2 power" gini..dah lah tgh prggy..sure cepat tersentuh kan..
saya pun dah selalu kena gak..lebih2 lagi side family hubby..kadang2 sampai rasa malas nk jumpa diorg tau..buat hilang mood jer dgr "nasihat" diorg. mcm lah dia org tahu sgt mcm mana anak kita ni. kita sendiri tau lah kan, anak kita mcm mana, lasak ke?tidur byk ker setiap hari? selera makan selalu 'on' jer ker?.. anak saya dalila pun x naik sgt beratnyer..dok 9kg tu jer.mmg telinga dan hati jd panas bila dgr "org2 yg serba tahu" tu bg nasihat.
yg penting anak kita sihat, anak kita bijak kan..
saya harap US tak putus asa dgn dugaan sebagai IBU YG BF ni, rasnyer semua ibu-ibu yg BF akan mengalami perkara sebegini..teruskan BF adik Aufa okey..kami sokong US,we always in ur side! kesian adik Aufa nnt kalo xdapat FULL BF mcm kakaknyer..
US,kekadang anak tak lalu mkn sbb nak tumbuh gigi kot..dalila dah nk masuk gigi yg ke-15 dah ni..dia mmg selalu kurang mkn time nak tumbuh gigi.
to ibu arifa>> samalah ape yg kita lalui.mcm2 solan.mcm kena interview lak.hehe.ramai yg senasib ngn kite rupenya.rmi yg memahami.anyway,tq kak..
lately aufa xselera mkn.tgk2 gigi geraham dia nak tumbuh rupenya...:)
Mel Mikail>> i knw ure tired dgn comment org2 tua yg selalunya panas je telinga kita nak dgr.
pls dont give up disbbkan kata2 mereka tu. mmg sedih bila org banding2kan anak kita dgn anak org lain. kata2 mereka tak penting, yg penting US & husband tau yg mana lebih baik utk aufa.
i think aufa petite sbb follow ur genetic mcm my niece jgk yg fully bf. sometimes bkn sbb susu ibu. ada jgk baby yg minum formula tp xtembam.
to mel>> yelah,mel.i penat,satu masa meletop jugak.hehe.ikut genetic tu possible juga.dah abi n umi nyer xbesa mana pun.tapi org2 tu xpk psl tu.main ikut sdp je ckp.hehe.saba jela kan.tq mel..
Nurul Izza>>my dear sis..dun give up.pekak je telinga.diorg bukan mak anak2 kita pon.susu ibu mmg terbaik..cayalah..anak yg minum susu ibu pon insyaAllah terbaik .sabar ye..iza sokong akak! chayok!..;))
*kiss*
to izza>> tq dik..kita as parent je tahu mn the best for our kids kan.chayok2!!
ibunafis>> salam kenal ummisalsabila..bykkan brsbr ye ngan ckp2 org2 psl tu..sy pun still BF wpun ank dh 1thn 4bln..dan ank sy kecik gak,xsmpai 10kg pun tmbang br2 ni..biar kcik tp intelligent,hehe..
baby yg BF ni lbh cpt blajar kan..lbh bijak & pandai kawal emosi..n lbh pnting ssh dpt penyakit..sntiasa sihat & cergas..so truskan BF pedulikan ckp2 org,ank kita kan..depa tu sibuk je..sy pun alami situasi sama..
to ibunafis>> slm kenal juga..aufa 7.5kg je.huhu.xpelah,yg penting sihat n cerdas.tq for sharing ^_^.
CIK NANA>> Ummi, senyum sket!! :)
Takmau la sedih2..
Asalkan Aufa sihat, takde apa yang nak dirisaukan...
Ummi kena ingat, PEOPLE TALK AND WILL NEVER STOP..
Takkan kita nak ikut cakap semua orang ummi??
Ummi tahu anak ummi kan..
Kalau docs pon ckp bb ok, then she's really ok la..
Tak payah risau sgt k??
Apa yang baik, ikut.. Kalau rasa 'tak kena' then ignore jek??
OK ummi?????????
to CIK NANA>> yelah,mcm2 mulut.pening juga nak ikut mana satu.hehe.ok...xsedih2 dah.tq nana..:)
puan punyer>> Salam kenal....
Jangan putus asa.. pekakkan telinga dengan kata2 mereka.. teruskan BF...
Biasanya saya akan terus baca blog ibu2 yang menyusukan untuk tambahkan semangat
Caiyok2
to puan punyer>> tq bg saya semangat.smg ada rezeki tuk adik aufa nnt.caiyok2!!!
Ashanas>> odah, shira rs apa yg odah rasa, sbb shira pun selalu kena mcm tu... odah untung family terutama abi aufa sokong odah.... shira cuma ada ummi shira je yg kuatkan semangat shira... shira lgsung tak dpt sokongan hubby n in-laws... diorg yg beria suh shira top-up fm.... shira kuatkan semangat sorg2...
sgt sedih kan bila org cuma nilai fizikal... anas sihat pe wlupun bdn kecik... ape, diorg ingat baby yg bam2 tu sihat sepenuhnya lah? anak kite yg kecik ni sakit la ek... wlu cmne skalipun bijaknya anak kita ni, klu fizikal kecik, yg tu jugak diorg persoalkan... mmg sedih...
to shira>> yelah,shira.sedih kan.bg mereka fizikal je yg penting.dorang kata kecik,tak cukup zat.tak tgk dr segi lain.sabar jelah shira..insy,kita dpt pahala atas usaha kita.:)
thanks all !! emosi saya sudah stabil.sudah happy!! just ignore apa mereka nak cakap.semoga Allah permudahkan niat baik kita semua.amin..





.jpg)












