ads

Showing posts with label Milestone. Show all posts
Showing posts with label Milestone. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

I'm walking!

 Two little feet, ten little toes
Leave their impressions today
Soon they will wear two little shoes
And be running an jumping at play.
Two little feet, too little time
Before they are walking to school...
Kicking a rock or skipping a rope
Wading a puddle or jumping a pool.
Two little feet, one little child
Will soon go their own way
But footprints in my mind recall
They stood here yesterday.
 
Lama betul rasanya saya tak cerita tentang anak-anak.Terutamanya Adam.Selalunya bila ada pencapaian baru,rasa mahu menulis atau bercerita disini.Tetapi tidak buat juga.Saya mengambil jalan mudah dengan berkicau di twitter atau bermuka buku.Jadilah cerita pending.Yang pasti bayi ini sudah pandai macam-macam perkara.Sudah bahagia melihat semuanya.Alhamdulillah.

Secara rasminya.bayi ini telah memulakan langkah pertamanya pada 10 Julai 2011,pada umur setahun sebulan.Saya ada berkongsi rasa di facebook.Terima kasih juga kerana sama-sama meraikannya.Saya tidaklah risau dia tidak pantas berjalan.Ya,ada bayi yang 8 bulan sudah berjalan.Memang tidak perlu risau atau tertekan.Setiap bayi adalah unik.Saya tahu itu.Tetapi sesetengah orang yang membuat saya risau bila asyik bertanya kenapa Adam tidak berjalan lagi.Saya memang tidak faham kenapa perlu tergesa-gesa.Adakah dia sudah kena pergi ke sekolah.Adakah bayi lambat berjalan,IQ nya juga lambat.Jadi, janganlah merisaukan ibu bapa lain.Jangan membandingkan anak kita,anak si A dengan anak orang lain.Bayangkan kalau anak kita membandingkan kita dengan ibu-ibu yang lain.Apa yang kita rasa?.

Kakaknya juga lambat berjalan juga.Mungkin benar fakta yang kawan nasihat saya,bagi bayi naik walker.Dia akan cepat berjalan.Dan ada betul juga kata Paed Adam, nasihatkan saya jangan beri bayi naik walker.Ia menyebabkan skip atau memaksa milestone mereka.Biarkan ia berlaku dengan semulajadi.Jadi mengikut pemerhatian saya keatas dua anak setakat ini,dua-dua fakta tersebut ada benarnya.Tetapi tidak penting semua itu.Alhamdulillah kini  adam boleh berjalan di atas kakinya sendiri.Syukur.

Dari langkah pertamanya hingga kini.Ia mengambil masa untuk dia melangkah berani.Dari dia mula menapak kami memberi semangat supaya dia tidak takut melangkah dan berjalan.Practice makes perfect! Terasa kelakar tengok dia berjalan dan mengimbangi badan.terhoyong hayang.Jalan macam ketam.Mungkin juga seperti peguin yang comel.Hehe.Yang pasti kami terhibur!

Sekarang pencapaian adam sudah boleh menyambut Abi balik dari kerja.Bila Abi mahu pergi kerja dia ikut ke pintu.Mungkin ingat mahu pergi berjalan-jalan.Tetapi Abi hanya mencium pipi dan menghulur tangan lalu Adam menyambut dan cium.Itu paling manis saya saksikan.Bayi sudah besar!

Kegemarannya ialah bermain di front yard dan memijak rumput di laman.Dia suka bermain di luar.Bila ummi sidang baju,gardening atau menyapu itulah peluangnya.Bila petang,aktiviti bermain bola dengan kakak di laman.Tetapi masih terkial-kial nak tendang bola.Belumlah boleh berlari mengejar bola.Hanya mampu terkedek-kedek.Jadi,kakak lah yang menang setakat ini.Hehe.








Pejuang kecil saya memakai tshirt hadiah dari atuk.
Buah tangan dari Australia.Besar ka Atuk beli tshirt? Hehe







Bestlah jalan kat rumput.Seronok! Mahu tolong ummi gardening.








 
Hero  Kesayangan kami sudah boleh berjalan!
 


video pertama adam berjalan.

Kami dah beli kasut raya pertama Adam,first shoes from clarks.He loves it so much.Bila pakai langsung tak mahu pimpin tangan.Siap marah lagi ok.Tetapi lambat lah nak tunggu dia menapak satu-satu.Haruslah bersabar.Nanti dia dah berlari.Penat nak kejar pulak!

Ya,akhirnya dua tapak kaki yang kecil dahulu kini sudah berjalan.Alhamdulillah.
Ok,nantikan adam bergaya raya nanti.Boleh dapat duit raya banyak ni.:)

Monday, April 25, 2011

Bayi Ummi sudah 11 bulan!





My Baby Boy

© Tonya Y. Hiers


Hey baby boy
You bring me joy
Every time I look at you
All the little things you do
I'm so glad God gave me you
I wake every morning just to look in your eyes
Every single morning I get a different surprise
I pray everyday that God blesses us
But I pray even more that God blesses you most


Baby Boy ummi masuk 11 bulan pada tanggal 16 hari bulan lepas.Alhamdulillah.Kamu membesar dengan sihat.Ummi jarang memanggilmu Baby.Sebaliknya memanggilmu Adam atau adik.Kerana, Kakak Aufa kerap mengatakan yang dia lah baby.Memang betul lah katanya.Dia lah baby ummi yang pertama.Dia lah yang pertama ummi panggil baby.Rasanya mahu memanggilmu baby sekerap mungkin.Kerana tidak lama lagi kamu sudah bukan baby lagi.my Baby.Baby.Baby.Baby.Macam dah lagu budak justin bieber pulak!

Dari merangkak,memaut untuk berdiri dan kini kamu belajar berdiri sendiri.Gembira melihat kamu berani berdiri lepas.Satu pencapaian untuk kamu sayang.Sangat suka berdiri. Saya sudah 11 bulan.Apa bestnya kalau asyik duduk atau baring saja kan.Tidak mencabar lah.Baguslah.Cepat lah berjalan.Ummi tak larat mendukung kamu.Sebab perangai kamu yang tidak suka duduk di dalam stroller.Memang meletihkan mengendong kamu yang boleh tahan semangatnya. Baby.Baby.Baby.


Hobi paling digemari memaut berdiri di kepala katil sambil melompat-lompat.Seronoknya.Ini hobi saya bersama Kakak selain mandi! Barangan kegemaran kamu ialah belon.Ternampak di mall.Kamu mula teruja. Jari kamu pointing to belon sambil dengan dialog teruja kamu.Sehinggakan ada yang memberi belon miliknya bila melihat keterujaan kamu! Malu ummi. Haha.Kamu membuat orang simpati dengan telatah kamu.Isyarat pointing to menyatakan kamu mahukan benda tersebut.Isyarat geleng kepala menyatakan kamu tidak mahukannya.Ummi gembira sudah dapat berinteraksi dengan mu sayang walau kamu belum bertutur! Baby.Baby.Baby.


Perkara yang paling tidak suka ialah ditinggalkan oleh ummi..Ya,dari dulu pun camtu.Budak manja.Bising menjerit merengek panggil ummi sampai datang.Oh ya, officially gigi kamu sudah 4 batang.Tumbuh 4 batang sekali! Besar pula gigi depan kamu.Seram ummi.Memang lah sakit digigit kamu,nak..Berat kamu 9.2kg.Ketul-ketul muscles kamu sudah mula menghilang.Ummi rindu yang itu.Rindu nak gigit!.Masih mengemari susu lemak berkrim ummi.Masih suka bubur nasi ummi.Suka juga pasta Dan kueh teow dimasak sup.Tidak suka bijiran cerelac dan biskut.Tetapi masih sukakan yogurt dan buah-buahan.Nampaknya kamu tak bagi ummi cuti memasak.Asalkan kamu selera makan sayang. Baby.Baby.Baby.


Sangat suka mengutip dan mula menyelongkar barang-barang dan almari.Ummi menjadi geram bila segala benda mahu dimasukkan dalam mulut. Sudah mula aktiviti mengemas pekakas rumah.Almari baju ummi pun sudah pandai selongkar.Sudah mula memanjat meja mencapai apa yang berkenan.Ummi menjadi geram lagi.Sangat lasak.Mencabar untuk mengawal hero ummi ini.Bila di dalam kereta, outing atau makan di luar memang tidak keruan dibuatnya melainkan kamu tidur atau menyusu.Baby.Baby.Baby.


Suka tiru bunyi binatang terutamanya bunyi kucing.meow.meow.meow.Comel betul! . Kalau nampak ummi atau kakak pegang iPhone terus laju datang menjenguk.Malah, sekarang sudah pandai berebut dengan ummi dan kakak.Nampaknya Abi perlu membeli iPad untuk anak-anaknya bermain.Hehe.Suka apps baby babble, talking hippo dan animals sound.Toys kegemaran ialah bola dan baru baru ini kamu mula bermain truck dan kereta. Tapi kamu tak fokus pun main toys.Cepat boring agaknya.Lebih suka explore benda lain.main wayar,main kipas,main remote.main tisu.memanjat meja.main lampu tidur pula.Apa saja yang berkenan oleh mata kamu.Suka juga main dengan ummi. main cak cak. main geletek geletek.main tiup tiup perut. Masih suka dengan brainy baby.Leka sementara ummi di dapur.Kalau tak,mahu berkepit atau asal dapat memeluk kaki ummi meminta didukung.Terbantutlah segala kerja rumah yang perlu dibereskan.Baby.baby.baby.



Semoga kamu membesar sihat dan bijak dengan gembira.
The next month is going to 1 YEAR OLD! Oh,my baby.baby.baby.



Wednesday, March 16, 2011

Adam dah 10 bulan!

Assalammualaikum wbt

Hari ini adam dah genap 10 bulan.Rasanya macam ummi baru melahirkan Adam semalam.Rupanya anak bujang ummi dah 10 bulan.Cepatnya anak ummi membesar.:)

Betullah orang kata.setiap anak adalah unik.setiap anak berlainan perangai dan perkembangannya.Adam lebih cool dari Kakaknya yang agak becok ( mulut riuh dari bayi).Perkembagan fizikal lebih cepat dari kakaknya.Tapi kakaknya pula lebih cepat dari segi  perkembangan motor skill.Mungkin itulah perbezaan antara anak lelaki dan perempuan.Lagi satu,bezanya.Adam tak tumbuh tumbuh gigi lagi.Hehe.

Apa yang adam sudah pandai? Macam-macam sudah pandai.Sudah panjang akal.Sepanjang 9bulan, Adam sudah memaut.Adam loves to walk along furniture and climb up stairs.Pandai 'mengemas' pun sudah expert! Tangan memang cepat je skang.Pantang leka.Ada je yang dilibasnya.Dah mula melasak nampaknya.Dulu diam tegak je.Sekarang bila nak pakaikan diapers pun bukan main susah lagi.Hehe.

Paling seronok bila adam bergoyang badan dan pandai tepuk tangan bila dengar muzik.Kalau kakak nyanyi,adik dancing.Priceless! :) Suka jugak buat bunyi-bunyi.Adam berzikir ya.I think,you have discovered your voice.Suka baling2 barang ke bawah.tgh explore gravity la tu.Paling kelakar, Adam dah pandai rampas barang di tangan kakak! Memang hanginlah si kakak.Garang betul kakak adam ni...Bila kakak main iphone,adam pun datang sambil menekan dengan jari telunjuknya.Dia pun nak celik IT jugak! Baru-baru ini dia dah pandai memilih orang.Dia dah kenal orang.Menangis hari tu bila nenek nak dukung dia.

Adam sayang ummi.Sebab ummi ada susu adam.hehe.Bila menyusu dah macam-macam gaya pun boleh sekarang.Hehe.Bila tidur, tangan mesti peluk badan ummi,tak pun kepala atas badan ummi,takpun tangan mesti pegang baju ummi.Ini taktik supaya ummi tak boleh tinggalkan saya.Adeh! my manja boy..:) Adam loves to sleep on abi's lap.empuk agaknya.bila didodoi Abi,senang je dia tidur.Kalau dengan ummi,sumbat nenen je.Hehe.

Aksi terbaru adam dengan gaya topi maher zain ( yang hidung tak berapa nak mancung) Hehe.

ummi's maher zain
Bila diagah
geram kena cubit
in his first jubah




Semoga jadi yang soleh.Happy 10 months,my baby boy! I love, love, love, love, love you!! muah!

Wednesday, February 9, 2011

Adam ketika usianya 8 bulan

Assalammualaikum wbt..

Sepanjang lapan bulan ummi tengok banyak perkembangan hero kesayangan ummi,Muhammad Adam.Seronok dapat lihat perkembangan dia.Sangat teruja bila tengok his first milestones.Cepat -cepat rekod his first milestone moment.Priceless! Excited!

Bila adam semakin maju dalam perkembangannya.Ummi terasa cepatnya masa berlalu.Cepatnya adam membesar...Jangan lah cepat sangat sayang.Nanti ummi rindu baby ummi yang mulus,wangi dan montel.

A healthy breastfeeding baby.Alhamdulillah.

Timbang berat badan terbaru adam ialah 9kg.Susut sedikit.Alhamdulillah,adam masih menyusu badan.Berselera makan.Senang hati ummi bila adam suka makan.Pantang jumpa semua  nak mamam! Tidak ada masalah bab pemakanan.Alhamdulillah.Makin semangat ummi buat bubur untuk adam setiap hari.

Nak makan Nugget jugak!
 
Masuk lapan bulan adam sudah boleh duduk sendiri.Adam mula merangkak.Adam sudah boleh tawaf satu rumah. Adam terkedek kedek comel merangkak sambil merengek cari ummi di dapur.Sudah besar anak ummi.Lagi sekali.Cepatnya masa berlalu.

Adam first crawl on this day ketika bercuti di Penang awal bulan hari tu.
Sekarang Adam masuk phase pulling up iaitu memaut.Pantang ada benda yang boleh dia berpaut.memanjatlah dia.Memaut katil,meja,pintu pagar.Asal boleh.Asal ada peluang untuk berdiri.Badan kita pun dia panjat,nak memaut,nak berdiri.Ya,yang penting sudah lasak.Boys will always be boys,right?

Adam juga bukan mat cool lagi.Sekarang adam sudah menjadi mat cengeng.Hehe.Kerap menangis mahu berkepit dengan ummi.Adam juga macam ada alarm.Bila ummi bangun tinggalkan dia.Dia akan ikut sama terjaga.Mungkin dia kenal bau ummi kot.Ada bau ke? Sedar je bila kita bangun.Mahu ajak ummi tidur sekali agaknya.Hehe

Yang paling kelakar.Adam sudah pandai buli Kakak.Malah,buli balik pun boleh!  Dont play-play with me kakak! Hehehe.


Video adam 8 bulan 2 minggu semasa di GBOB.Adam exploring carpet textures,playing ball and crawling.:)

We love you unconditionally,dear! Semoga adam membesar dengan sihat dan bijak.Dan menjadi anak yang berakhlak mulia sama seperti nama yang diberi, Muhammad Adam.Muah banyak-banyak!

Wednesday, January 12, 2011

Adam 7 bulan

Assalammualaikum wbt

Saya masih bercuti di penang.Tapi mood blogging tetap ada.Blogger tegar la konon.Hehe.
Entry ni nak cerita tentang anak teruna ummi.cerita cuti-cuti simpan dulu yer..:)

Nanti adam dah besar.baca blog ini.mesti dia complaint.kenapa ummi tak blogging banyak tentang adam? kenapa tak update milestone adam every month macam kakak? Huhuhu.

sekarang masa agak limited lah sayang.Sebab ummi dah ada kamu dan kakak.Yang penting ummi selalu ada dengan kamu.Ummi dapat lihat setiap perkembangan kamu.

Adam 7month Milestone




Muhammad Adam,mat cool.;p

-suka makan.fav food bubur nasi made by ummi.yummy!
-expert menjulur.masuk bawah meja.capai barang sendiri.mengesot nak kan ummi..belum merangkak.berat sgt nak angkat badan ke syg..
-Adam rajin buat pumping. Kecik2 dah kena denda..hihi.ke Adam workout jaga body ni..
-suka main belon!
- pandai mengamuk bila ambil benda kt tgn dia.
-suka sgt bila mandi
- first word "aba"..tak lama pastu sebut "ta" pula.baguslah,belum tumbuh Gigi.dah pandai Adam mengaji ya.;)
- setakat ni dia tak memilih orang lagi.strangers minta dukung pun dia nak.amboi2..mat cool betul ni.tak tahulah nanti dia dah pandai memilih pulak.
-motor skill melambai tgn Dan geleng kepala bila berzikir.
-syg ummi dari abi.haha.ummi the only one penawar tangisan Adam.;)
- paling best Adam dah panggil nak ummi.Adam sebut omma,emma..dan emmi..;)

Itu jelah yg ummi ingat skang.kalo Ada lg ummi tambah.;)

We love you so much!

Ok,tata..have a nice day everyone!

Tuesday, December 7, 2010

Salam maal hijrah

Assalammualaikum wbt..Salam Sayang semua,

Selamat menyambut tahun baru maal hijrah 1432H semua.Alhamdulillah,kita masih diberi nafas untuk terus beribadah dan menikmati kurniaanNYA.Kita masih diberi kesihatan yang baik,rezeki dan kebahagiaan dari setiap insan dalam hidup kita.semoga tahun ini merupakan yang terbaik buat kita untuk buat yang lebih baik dari sebelum ini.Semoga tahun baru 1432H memberi lebih keberkatan dan kebahagiaan daripada NYA.


Weekend lepas Kami ke kg sg sumun untuk majlis bertandang pula.siapa tahu sg sumun di mana? Ummi first time pergi.orang kata,jauh perjalanan luas permandangan.kalau adik tak dapat jodoh orang sg sumun,memang tak sampai lah jawabnya kami ke sg sumun..sg sumun terletak di perak.bersebelahan dgn bagan datoh.Seronok tengok keunikan majlis perkahwinan mengikut budaya orang Jawa.Alhamdulillah.majlis dua dua belah sudah selesai.Dan Kami selamat dpt ahli keluarga baru.;)



Adam juga mahu ikut berhijrah.Adam sudah mula tunjuk skill nak merangkak.badan dah naik.kaki belum boleh angkat.Cuba lagi Sayang..sampai berjaya.tengok Adam,teringat aufa masa kecil dulu.Seronok tengok development anak.Ummi tengok adam sekarang,masa yang sama teringat kenangan semasa aufa membesar dulu.Sama! priceless!





tahniah acik!

semalam adik ke empat convo.tahniah! Bawa Adam dan aufa sekali tgk makciknya convo.malam bawa adik adik keluar makan di pizza hut (gemokkan badan) hehe.

Kakak kat rumah neneknya.Sunyi budak becok takde. Kakak dah pandai copycat dialog ummi sakng! Huhu

bila ada majlis camni.memang letihnya kesana kemari.rumah pun tunggang terbalik.pokok kat garden pun mati tak bersiram.haha.tapi seronoknya dan meriah bila ramai suadara mara, adik beradik sentiasa ada dengan kita.beramah mesra dengan kita.sekarang semua dah setel.Bila semua balik rumah semula.sunyi pula rasanya.Dah biasa lately busy dan riuh rendah dan meriah2..Sekarang dah sunyi..Huhu

InsyaAllah,kembali aktif berblogging selepas ini.:)


Sunday, September 5, 2010

Bila adam sudah 3 bulan..

Salam Sayang semua,

Hari ni ummi nak bercerita tentang anak terunaku.Bila sudah masuk 3 bulan,makin seronok bermain dengan dengan adam.Mulut dia dah bising,dah pandai panggil kita...mulut bising,ak..ak..ak..ak..ak..panggil nak menyusu la tu.Seronok juga adam dah boleh nampak kita,dah respon bila kita bercakap,dah pandai agah, dah boleh bergurau2.bila kita geletek ketawa terkekeh2.masa umur camnilah seronok main dengan baby.Adam dah pandai tengok tv gak tau.Adam selalu tengok playhouse disney dengan kakak.:)

Adam ada tanda lahir di dahi sebelah kiri

Adam suka senyum.bangun tido,senyum.nak tido senyum.tengah tido pun boleh tersenyum.Ada juga tgh tido dia ketawa terkekek2.aik,mimpi apalah anak ummi ni.Bila jumpa orang,mesti orang akan kata adam ni mesra dan peramah.Harap2 sampai besarlah adam camtu ye.jangan sombong2 ye nak..

murah dengan senyuman :)


Hobi dia tak lain tak bukan hisap jari.nyot nyot nyot jari debab dia.Tahu-tahu dah basah mulut dengan saliva dia.kalau nyot nyot sampai berbunyi-bunyi tu tahulah,nak menyusu lah tu..

aktiviti kesukaan saya.yum yum.sedapnya tangan saya!

Adam sampai sekarang still budak yang tak banyak ragam.melalak bila lapar saja.Selalunya dia elok diam je.buat hal sendiri.Bila bawak keluar shopping pun elok je diam.merengek bila lapar je.senanglah nak bawak ke mana-mana.Harap sampai bila-bila dia camtu..

ustaz adam.hehe.terbeliak mata saya, kena flash lah ummi...

Ramadhan kali ini,ramadhan pertama buat adam.kadang2 dia akan terjaga bila kami bersahur.seronok kali ini bersahur berempat.kakak aufa pun bila terjaga,ikut makan sekali.Bila lepas sahur,biasanya adam pula nak meyusu.dia nak sahur juga.:)

Adam!!...susu ummi!! berkabung!! GEDEBAB!! (nyanyi ikut lagu adam& stacy eh) hehe.

Last week,bawak adam check up dan jab for 3months.lambat bwk dia kali ni.at 3month 2 weeks, berat adam dah 7.1kg.tinggi 64cm.makin semangat anak ummi ni.Ya Allah,biarlah adik terus debab.ummi tak kisah adik kuat menyusu.ummi tak kisah lenguh tgn dukung adik.tak pe,ummi tak penat bila adik nak nyot nyot je,biarlah susu cukup utk adik.biarlah adik terus membesar debab debab dan sihat..:)

Sama tak muka kami?? ada yg kata adam dah ikut ummi pulak.

Bila di bawa keluar.baru-baru bawak adam shopping preparation for raya.habislah dia kena cubit sana sini.lagi2 bila bawak guna carrier pandang depan.lagi senang orang cubit pipi dia,cubit peha dia.dorang geram.cubit usik2 adam takpe,umminya tak boleh eh.hehe.ada yg kata,tembam nya budak ni.ada juga yg terkejut bila adam baru 3 bulan.dorang ingatkan dah umo 10 bulan.hehe.ada yg panggil,adam budak gemuk.Hahaha.pengalaman baru untuk kami juga.dulu Aufa orang kata,comelnya badan dia.Adam debab pulak.:)

Adam dah dapat duit raya tau.belum raya lagi..hehe.ada tokey kedai,geram tgk adam.dia bagi duit raya kat adam.adam pulak elok genggam kuat duit tu.kami nak simpan,dia genggam kuat.tak bagi ambik.Hahaha


Kami doakan adam terus sihat membesar.sayang sangat kat dia! muah banyak-banyak!!

Thursday, July 22, 2010

trip to new demc

salam sayang,

Alhamdulillah,dapat update juga.yeay! adam dah 2bulan.adam dah pandai borak-borak.selain dia semakin montel.baju-baju dah sempit.adam suka sengeh bila diagah.Adam dah pandai gelak-gelak juga.:)

check up adam untuk 2 bulan ritu di demc baru.wah,cantiknya hospital baru.ofkos lebih luas,selesa dan lengkap.ruginya tak dapat bersalin kat hospital baru.hihi.

tapi bila dah pindah ni.ongkosnya mcm naik sikit je.tak sure lah if lain immunization,lain kosnya.servis pula belum cukup mantap lagi.maybe sebab still baru beroperasi di new building.

Ada sekali tu,servis sgtlah lambat.masa tu kes aufa terjatuh.tgn sakit.nak cek terseliuh ke apa ke.doktor pula tak ramai time tu.Abi pula jenis tak boleh tunggu lama.dah sejam lebih tunggu,terus blah tak larat tunggu dah.geram katanya, pi tempat bayar pun servis lambat.hope dorang improve servis pasni.nnt customer hilang pula.:)




adam inject for 2month.lupa aufa belum inject for 18months.so,sekali dua-dua kena cucuk!

My bam bam 2months old baby Adam dah 6kg, panjang 63cm.



Biasalah aufa.sesi pembelajaran di mana-mana.kat wall byk gambar animal.so,tunjuklah sana sini.bird,flower,giraffe,elephant...:))


mula-mula adam dulu.steady pula kali ni.tak cry pula.strong la baby...tak sakit kan :)

sementara tu,si kakak main toys dulu.doc kata,bagusnya.dia sorang je duduk atas chair tu siap bukak kasut.hehe.dia ingat,sebab bila masuk kereta abi pesan suh bukak kasut.tak nak seat kereta dia kotor.haha.

next kakak pula.kakak pun tak cry.tapi bila balik rumah dia jln jongket2.eh ke jengket2?hihi.sakit kat tempat cucuk tu.mmg biasanya dia akan demam lepas tu.terus bagi ubat demam.esok baik lah.

Ada orang bagi present baju warna pink.ingatkan dpt girl.hehe.tak pelah,boy boleh pakai pink apa.tapi abi bising,kenapa pakaikan anak abg tudung nih? haha.Ini bukan tudunglah, ini bandana.ahaks!

semalam 21 july.first time ummi dengar adam gelak terkekek- kekek.ummi dukung dia sambil naik tangga.tetibe dia gelak.haha.happynya ummi dengar adam gelak!

habislah adam.jadi mangsa papparazi.asik kena posing.ummi sibuk nak snap aksi dia.dulu kakak aufa dah kena.sampai aufa dah hafal dialog.AUFA!! AUFA!! AUFA!! SMILE!!! haha.



Adam with kakak aufa.muka adam lagi tembam.adam 6kg.Berat aufa pula 8kg.habislah tak lama adam kejar kakak.takpe,adam jadi bodyguard kakak..kenalah tough!

Adam with abi.My 2 heroes!

Adam with ummi.Alhamdulillah.adam is a good boy.senang jaga dia.

Happy 2months old dear.we love you every day, every hour,every minute,every second.we love you so much!!

Saturday, June 26, 2010

You are My Sunshine



You are my sunshine,
My only sunshine.
You make me happy
When skies are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away.

Hari ini ummi nak cerita tentang My boy, Muhammad Adam semasa dalam sebulan umurnya..semoga Adam membesar dengan sihat ya.:)

Adam is a good boy.Tak banyak ragamnya.Adam menangis sakan bila dah basah or nak susu je.Tidur malam lena.bangun sekejap menyusu.kemudian sleep balik.tak delah ummi kena berjaga malam macam kakak aufa dulu,Aufa dulu mula-mula timetable tidur dia terbalik.hehe.

Tapi kadang-kadang adam pandai demand juga.manja pula.mahu dipegang.bila letak menangis.Tapi tak boleh selalu lah sayang...nanti susah ummi nak buat kerja kalau adam dah biasa pegang je.

Adam suka smile.suka senyum masa sleep.mimpi apalah anak ummi nih.
Adam respond sengih2 ketawa bila borak dengan dia.sengih dan ajak borak auu ahh ohh masa menyusu.suka sangat saat ni.macam dia nak bagi tau,sedapnya susu ummi nih..yummy! hehe.Tapi adam ni pendiam sikit dari aufa.Aufa dulu masa dalam hari lagi.mulut dah pot pet pot pet je.hehe.

Adam dah boleh angkat kepala bila meniarapkan dia.kuat betul kepala dia.
Bila kita tengok tv,dia pun menoleh tengok jugak.mcm nampak je.adam dah nak tengok cartoon ke? hehe

Adam grap tgn kuat.Bila mandikan dia grap baju kita.Bila didukung,dia grap kuat rambut ummi.
Paling suka moment masa meyusukan dia.ummi akan pegang tangan,dia genggam kuat.sambil ummi borak2,usap2 kepala dia,badan dia.Adam pandang je muka ummi.Mata bertentang mata.Bahagia.


Adam suka mandi.bila mandi diam je.nanti boleh lah kita mandi pool dengan kakak kan?.hehe
Lepas mandi is massage time with love.Adam suka juga.Aufa pun suka dapat sapu lotion kat Adam.Dia memang suka main bedak dan lotion.Ummi suka massage badan Adam yang gebu itu.geram.Sexy! Kadang-kadang bila lepas mandi.Adam akan terlelap.rasa mengantuk lepas mandi.Sometime Adam akan terus menangis.Sekuat-kuat hati.Tahulah,dia lapar.So,menyusu kan je dulu.Baru boleh massage dan pakaikan baju adam.Pakaikan bedak.wanginya dia! Muah.Muah.Muah!!!

Bila reading time with aufa.sambil tu dukung adam.even dia tak faham lagi.Tapi dia dengar dan Insy dia dah boleh paham juga.Bila layan aufa nyanyi2 favourite songs dia.Adam pun dengar juga.sambil tu gerak2kan tangan dia.tepukkan tangan dia.Aufa memang suka masa nyanyi2 ni.dia pun nak pegang adam.nak goyang2 kan tangan adam juga.Adam suka.Sengeh-sengeh tunjuk gusi dia.hehe.Gembira.

Disebabkan adam tak banyak ragam.Tidur pun ok.Kami tak ajar dia naik buaian macam kakak aufa dulu.Biasalah boy kena lah mantain cool kan.Tak bolehlah manja macam girl.hehe.Adam suka tidur atas badan ummi dan abi.Selesa agaknya bila dengar heart beat macam dalam perut.Sebelum tidur ummi suka dodoikan Adam dengan zikir.Sekarang kakak Aufa pun dah pandai tepuk-tepuk dan dodoikan adam.Comel.^_^


Jom layan gambar-gambar adam ^_^












We love you so much.Kamulah penyeri dan pujaan hati kami.Kamu lah yang mengembirakan kami^_^

Saturday, June 12, 2010

Aufa 1 tahun 8 bulan @ 20 month old

Sekejap je anak dara ummi dah 20 bulan.Budak-budak memang cepat membesar.Kita pulak dah terasa semakin tua.^_^

Aufa dah setahun lapan bulan 4hb lepas.Aufa semakin petah berkata-kata.banyak mulut.semakin keletah.seronok dan terhibur tengok aksi dia.semakin curious about everything.sudah pandai menyanyi sambil buat gaya.comel.

sayang sangat kat aufa

Bila dia ada di rumah.tak terlayan ummi.macam-macam projek dia buat.suka mengemas barang-barang.suka main dan pakai kasut orang besar.suka menulis.sampai badan sendiri dicontengnya.Tak reti duduk diam.kesana ke mari.berlari sana sini.Suka ajak berjalan.pantang pintu terbuka.dia dah sarung kasut nak berjalan.

Bila dia tak de di rumah.sunyi pula rasanya.rindu dia sangat.selalunya ummi akan call.nak cakap dengan dia.dah pandai cakap sikit2.yang lain bahasa german lah.kelakar dengar.orang lain tergelak-gelak bila dia bercakap sekali dengan gaya muka dia.bab meniru orang lagi teror.


my big girl

Aufa dah lupa best friendnya.Dah tak bergayut lagi.Last dia bergayut malam sebelum ummi admit ke demc.Sekarang bila ummi offer, nak tek tak? dia jawab,nanak! eee...malu..shame shame...Haha.Sekarang dia dah boleh tidur tanpa ummi.Masa ummi pantang ni,dia tidur dengan mak cik dia, payha.Dah berdikari.Dah jadi kak long kan.



manja dengan mak cik dia

Ingat lagi.1st week ummi berpantang,aufa terpaksa pisah tidur dengan ummi.tak dapat gayut.kesian juga.setiap malam menangis nak ummi.tidur pun tak lena asyik terjaga cari nenen dia.ummi pun sedih dan sebak juga tengok dia melalak sakan.Bila malam nak tidur, lidah dia terjelir-jelir.yelah,dah biasa malam bergayut sampai terlena.kesian tengok kan.sedih.mak cik dia lah tak dapat tidur lena.tepuk2 aufa sampai tido balik.


dalam minggu kedua tu,dia dah ok.dah tak nangis dah.cuma masa nak tidur tu lidah dok terjelir-jelir kat bantal ke,baju ke.bila offer nenen,memang dia tak nak dah.hehe.


putera puteri kesayangan kami.Aksi spontan aufa terus cium adam.sayang betul kat adik


Sejak dah jadi kakak,aufa dah berdikari.tak delah nak berkepit je.tengok dia ok je.dia banyak pandai bawak diri.buat hal sendiri.hehe.bila ummi tengah layan dia.tibe2 baby adam cry.ummi bagitahu nak breastfeed baby.dia paham.Aufa sayang kat adik dia.asyik dicium,nak hug adik.bila cium adam and cakap,baby wangi..baby comel! hihi

Cinta hati kami.Nampak tak art kat kaki aufa?.berseni betul.hihi


Happy 20 month old dear.semoga kakak terus membesar dengan sihat dan ceria.Sekarang adam pula kuat manja.dipegang diam.letak menangis.ni menulis sambil pegang dia.:)

Thursday, May 6, 2010

Aufa 1 tahun 7 bulan

Haloo..haloo..salam sayang semua.lama juga menyepi.mood nak online tetibe tak de.agak malas pula.hehe.oh,ya ramai yang bertanya ingat saya sudah selamat bersalin.hehe.im still waiting for my little calliph.belum meletup lagi.due date saya 9th may.on mother's day.kaki dah bengkak.perut dah mengeras.memang dah tak lama sangat.ikutkan badan memang sudah tak larat.rasa nak cepat-cepat melahirkan baby.tidak sabar tapi takut.^_^.

sekarang ummi banyak rehatkan badan dan banyak makan juga.haha.Alhamdulillah,kami sudah dapat pembantu bantu untuk menguruskan rumah dan ketika ummi berpantang nanti. umah tidak tunggang langgang lagi dan sedap mata memandang.hehe.sekarang bila nak makan apa-apa,inform kat hubby.hubby mesti tunaikan.hehe.yelah,sebelum saya berpantang 44 hari kan.thanks abg yayang! tak lama lagi tak dapatlah ummi nak mengada-ngada lagi.habislah riwayat ummi sebagai sang puteri.haha.

saya demam.nak tumbuh gigi baru


Lama tak update or cerita perihal my sweet princess.bulan lepas tak update development dia.asik citer pasal pregnancy je.so,sekalikan jelah dengan bulan ni.hehe.


Kakak dah setahun 7bulan.Sudah pandai berkata-kata.so,sudah pandai demanding juga.banyak permintaan ok! nak itu..nak ini..
nak atoon( suruh bukak cartoon),nak upin ipin,nak alan(suka berjalan skang),nak yis (ajak menulis), nak asyim (mintak beli ice cream),nak nek atash (nak naik bilik atas), bila nak tidur minta nak gayut.nak tek!! nak tek! kalau tak layan.mengamuklah dia.manja tetap manja.dengan perut yang sarat ni memang tak larat nak layan.kadang-kadang mengeluh, naik angin juga dibuatnya.tapi kesian pula.sabar.dia nak attention sebelum dapat adik agaknya.

suka dapat main air


Paling seronok sekarang bila berorak-borak dengan dia.bila kita tanya,dia respon.dia jawab.shoes kakak warna apa.dia jawab,
pink!.kakak makan apa? ayam!.kakak nak pergi mana? kedai! kita naik car nak pergi mana ni? nak alan!.haha. sangat comel bila dia berkata-kata.sangat suka berjalan.amik kasut ajak jalan.bila nak balik,tak nak masuk kereta.menangis nak jalan lagi.aduhai...kuat berjalan macam ummi dia lah.hehe.


seronok bermain dengan budak lebih besar.

Suka sangat mandi sekarang.dia dah mandi,tengok orang mandi.nak mandi lagi.if poo poo pun nak main air lama-lama.
nak andi..nak andi..layan jelah.

Aufa dah suka berus gigi dah.bila mandi,dia mintak beruskan gigi dia.
nak tis,nak tis (nak brush teeth).almost penuh dah gigi kakak.hari tu demam kejap.rupa-rupanya ada gigi baru tumbuh.


Dah pandai mamam ais krim.ummi dia lah ajar.hehe

Suka counting number dan recognise ABC even masih tunggang langgang lagi sebutannya.
one..two,ti,six,nine...hehe.suka lagu ABC juga.kena nyanyikan sampai dia puas.minta repeat.ummi jadi radio jap.sambil nyanyi dia pun ikutlah.paling jelas sebut A b c..g..h i j..o p q..x y..^_^

Can recognise some part of body.bila kita tanya, where is your eyes,nose,ear,mouth,teeth,tongue,hair, hand, stomach,foot? she will point to correctly.

pantang ajak berjalan.ambil shoes.terus cakap jom!! jom!!

Suka bertanya.
apa ti? apa ti? apa ti ialah suatu pertanyaan.dia tanya apa ni? atau apa tu?.apa ni + apa tu = apa ti.haha.selagi kita tak jawab,selagi tu dia keep asking.makin kuat volume suara dia.kalau kita tak layan,dia tolak-tolak muka kita suruh tengok apa benda yang dia tanya tuh.bila kita dah jawab,dia pun ikut sebut the word.yayang kakak! ^_^.

emm...ayam shedap!!! tak tahu sebut sate.

she is ms copycat in the house.tiru je apa kita cakap.macam mak nenek tau anak ummi ni.yang tak tahan bila ummi mengeluh or marah dia.dia pun ikut dialog kita.amboi!! ish!!! no no no! nak bap! bap! kita istighfar,dia pun ikut azim....!!! (dapat yg belakang je.)

suka main baby-baby.siap nak breastfeed baby

bila sleeping time.ummi ajar baca doa,salam & kiss dan cakap good night sebelum tidur.sekarang dia dah tahu.nak tido aufa pun cakap nite!! ummi..abi..baby..sekali sume dia sebut..atuk..nenek..mak su..mak cik..mak ngah..pak lang..haha.so cute!!

aksi manja-manjaan dengan mak su dan auntie syeda

yang paling best! aufa akan jadi kakak ketika berumur setahun 7 bulan! InsyaAllah..tolong doakan ummi aufa dan adik saya ye aunties semua...^_^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers