ads

Showing posts with label Homeschool. Show all posts
Showing posts with label Homeschool. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Mula memahami Al Quran

Hasil pembelajaran pertama bersama Abi.

Kiri adik, Kanan kakak 

Berlumba lumba nak siapkan! Tersenyum sendiri lihat tulisan mereka ;) 

Saturday, September 28, 2013

Homemade Play Dough paling mudah.(Resepi senang)

Assalam Alayk...

Play doh, kegemaran anak-anak.Mereka boleh leka bermain play doh.Aktiviti yang bagus untuk sensory dan perkembangan minda mereka.

Saya nak kongsi resepi play doh paling mudah.Saya ada cuba pelbagai resepi.yang perlu masak atas dapur, yang letak cream of tartar.Kalau buka youtube macam-macam resepi.Tapi yang ini paling senang...

Ia tanpa perlu masak
Ia tanpa cream of tartar.pekebenda tu? Nak cari mana? Tak payah susah -susah.
Tiada alasan tak boleh cuba.Senang sangat ni.Berdosa tau tak cuba.Amboi berlebih-lebihan.Hehe

Bahan- bahan yang diperlukan di bawah, termasuk seorang kanak- kanak atau lebih.Hehe



Cara- cara : 
Ambil 4 mangkuk 
1. Bahagi air kepada 4 mangkuk.
2. Masukkan minyak, bahagi kepada   4 juga.
3. Tambah warna pilihan ke dalam setiap mangkuk.
4.campur tepung dan garam dalam bekas besar.
5. Bahagi campuran tepung dan garam tadi ke dalam 4 mangkuk.
6. Gaul rata semua
7. Uli atas meja, tambah tepung jika doh lembik.

Rujuk video di bawah.Lagi senang faham.Hehe
Selamat menguli.Galakkan anak membentuk mainan, objek, bentuk, huruf kesukaannya.

Gunakan cookies cutter juga boleh

Campur dua warna primari, dapat warna baru. Yeay! Magic! mereka akan teruja mempelajari.Masa berkualiti bersama dengan kreatif.
Selamat mencuba.:)






Wednesday, August 28, 2013

Monday, March 11, 2013

Messy time! Fun time!

 Salam Sayang Semua!

Its time to have fun with color! Setuju tak kalau saya kata water color adalah mahal? Kalau beli,sekejap saja anak-anak conteng-conteng dah habis! So,mari kita buat paint color sendiri!

 Resepi

1/2 cawan tepung jagung
2 cawan air
pewarna makanan

Cara-cara :

Campurkan tepung dan air.Panaskan dalam periuk atas api perlahan.Kacau sampai pekat.Kemudian sejuk sekejap dan campur pewarna yang dikehendaki.Siap!

Boleh main dan mewarna sepuas-puasnya!

Tips aktiviti :

1) ajar anak campur warna untuk hasilkan warna baru.
2) gunakan bahan semulajadi, seperti daun.dan warnakan.Kemudian tekapkan di kertas.Atau buah dan sayur-sayuran yang ada di dalam peti ais anda!
 3) Boleh gunakan tangan atau berus.Ia selamat.Jadi tidak risau jika anak termakan.Cuci tangan anak dengan air sabun selepas mewarna!

















Wednesday, March 6, 2013

Anak - Anak boleh membaca di awal usia?

Pagi Sabtu lepas 1 mac,Tadika Aufa handle briefing Readeasy untuk ibu bapa.Bila anak dah sekolah,mula lah macam-macam aktiviti dia kan? Busy busy..:)

Di tadika, dah guna konsep membaca kaedah Fonik ini.Untuk lebih berkesan,ibu bapa perlu mengajar anak-anak di rumah pula.

Mahu berkongsi sedikit info dari taklimat yang dikendalikan oleh penulis buku Read easy iaitu pasangan suami isteri Othman Ahmad dan Nik Eliani Nik Nawi.


Zaman sekarang menuntut anak-anak kita belajar awal.Ummi dulu darjah satu baru pandai membaca.umur 3,4,5 tahun banyak main-main lagi.Zaman dah berubah.Sekarang, banyak kita dengar budak 3 atau 4 tahun dah boleh membaca.Itu semua hasil usaha ibu bapa mereka yang gigih mengajar kan? Tentu bukan mudah.

Encik Othman nasihatkan sebaik-baiknya anak-anak kita boleh membaca sebelum dia berusia 7 tahun,naik sekolah darjah 1.

Kalau boleh,ummi nak anak-anak cepat membaca juga.sekarang kenalah bacakan mereka buku.Tiap malam, mereka ambil buku masing-masing.ummi bacakan...Kakak buku lain,adik nak buku lain.Kemudian, mula lah berebut layanan ummi.

Mesti mereka lebih seronok kalau dapat baca sendiri kan? Menikmati jalan cerita buku itu sendiri dan berimaginasi.

Kalau dulu zaman kita belajar membaca dengan mengeja.Itu adalah cara kuno.kalau baca "abang", eja lah A -aaa,B-a-ng..ABANG!! Baca dengan nada berlagu ya.Hahaha.mesti korang ingat lagi kan?

Kalau english pula.lebih kepada menghafal cara menyebut perkataan itu.Kalau teacher,ajar sebut "make",kita pun hafal "make".Bukan ma-ke,me-ke, dan sebagainya lah.ummi ingat lagi dulu.Bila nak confirm kan sebutan in english,refer dictionary & thesaurus.refer prounancition di situ.

Kini, anak-anak boleh belajar membaca dengan cepat dengan kaedah phonics/Fonik.Kaedah ini menggunakan bunyi bahasa pertuturan iaitu sound speech.



Sedikit tips dari taklimat Read easy :

Bagaimana cara menggalakkan anak-anak membaca awal :

1.Tanam minat membaca sejak lahir lagi.mulakan reading time sejak baby lagi.Sedikit tips dari entry saya, "Read with your baby and toddler' di SINI.

2.talk to them.Gunakan penggunaan bahasa yang betul.

Kalau bercakap dalam melayu,dengan ayat atau perkataan yang betul lah.bukan bahasa singkatan.
Kalau bahasa Inggeris pun sama.Cakap dengan bahasa yang betul,bukan rojak.Hehe.
Kena teliti juga kan? Kadang-kadang kita dah terbiasa.Mana lah kita cakap dengan berbahasa baku.Haha

Yang penting,perlu banyak bercakap dengan mereka.Dari situ bahasa mereka mula terbina.

Balik kerja, tanya mereka buat apa di sekolah tadi.Makan apa,main apa,cikgu ajar apa.Ya,bercakap dengan mereka.

3. Bercerita

Sama ada bacakan mereka buku cerita,bila waktu lapang atau sebelum tidur.

Atau kita bercerita apa saja yang kita lihat pada hari tersebut.
Contoh : tadi ummi pergi kedai.ummi terjumpa anak kucing.Ada 5 ekor.2 ekor berwarna kuning,2ekor berwarna hitam dan satu lagi berwarna putih.Bla bla bla..cerita apa saja kan.Hehe

Dan bersedialah dengan soalan cepumas paling panjang dari mereka ok? Haha

2. Merangsang

A.memberi mereka manipulative toys seperti puzzle,blocks,lego dan sebagainya.tujuan permainan ini untuk mendidik mereka supaya fokus apabila membaca nanti.

B.bermain dengan membuat bunyi
Testing different sounds and makes fun.contoh,bunyi binatang,bunyi kenderaan.

C. Nyanyikan lagu.phonics songs and makesure not Abc song! Haha.(alamak,dah ter'ajar' Aufa) ;p

rule :
1. Ajar anak-anak mengenal bunyi dahulu.Bukan huruf.
Abc would block kids to read.
Betul juga.Dah ajar aufa ABC,dah kenal abc semua.Bila ajar phonics,dia confuse.Dia pula ajar betulkan kita.Jadi, kena lebih explain di situ.this is sound for A..ini bunyi huruf untuk A..

2.Ajar gabung bunyi, bukan mengeja,dan bukan menghafal.

3.Selepas sudah tahu bunyi,baru ajar kenal huruf ABC..

Jadi,pengalaman menarik untuk taklimat ini, ibu bapa dapat belajar sebut bunyi-bunyi huruf.Beza sebutan bunyi dalam bahasa melayu dan english.Seronok juga! Lagi-lagi bila belajar menyanyi lagu "abu ada ayam" bersama dengan aksi yang comel! Hehe








Ok, sedikit info untuk dikongsi.kita kena belajar dulu baru boleh ajar anak pula.Ummi belum beli buku set readeasy ,ada dua program iaitu bahasa melayu dan english.Di mph pun ada jual.Satu set lengkap rm80.Selamat mengajar anak-anak membaca! Jangan terlalu stresskan anak,kita pun jangan stress, pelan-pelan kayuh ;)

Update October 2014 : Alhamdulillah.Aufa sudah boleh membaca pada usia 6 tahun melalui sistem bacalah anakku ini.Alhamdulillah dengan bantuan guru di tadika juga dan Allah swt yang memberi kemudahan ilmu kepadanya.:)

Thursday, February 21, 2013

Merangsang kreativiti anak-anak

Assalam Alayk semua!

Sedikit perkongsian untuk merangsang kreativiti anak-anak :)

Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea, menerokai dan
membuat keputusan.
Menurut Kamus Dewan (2010) kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif dan kekreatifan. Manakala kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan  dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
 May (1975) : kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya.
 Schirmacher (1998) : Perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu ;
     a) menerusi aktiviti seni
     b) aktiviti harian mengikut umur.

Aktiviti seni dan aktiviti harian yang kreatif kanak-kanak.
    2-3 tahun     : menconteng, melukis, menyanyi dan bermain.
    4-5 tahun     : melukis, mewarna, menyanyi, menari dan permainan kata-kata.
    6-7 tahun     : drama, memasak dan aktiviti lain yang berinteraksi
    8-9 tahun     : bercerita, permainan dan pakaian beragam.
    10-11 tahun : visualisasi, numerasi dan literasi
    12-13 tahun : mendapat informasi, mengenali mesin dan penulisan kreatif

Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kebolehan kanak-kanak untuk mencerna,berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea. 

Kita menggalakkan anak melukis kerana ia antara cara terbaik untuk memupuk kreativiti kanak-kanak. Bagaimanapun, bukan semua orang mempunyai pendapat sama seperti ibu bapa si pelukis kecil kerana ada yang merungut melihat anak lebih suka melukis dan cepat hilang minat apabila diajar mengenal huruf dan angka.

Kebanyakannya bimbang anak mereka akan ketinggalan berbanding rakan sebaya yang mungkin sudah boleh mengira atau menghafal beberapa abjad. Malah, ada ibu bapa menganggap minat anak untuk melukis sebagai kurang berguna atau tidak bermanfaat.

Pun begitu, kebanyakan ibu bapa tetap membeli buku, pensil dan alat mewarna dengan tujuan memberi aktiviti kepada si kecil, sekali gus mengelak mereka meragam atau mengacau kerja sekolah anak lebih tua.

Lumrah kanak-kanak suka melukis. Bermula daripada conteng-conteng, kepada garis senget, bulatan, orang lidi sehingga mereka pandai melakar bentuk tertentu; semuanya dilakukan dengan tekun dan sepenuh hati.
Melukis bukan kerja sia-sia walaupun lukisan anak anda tampak seperti cakar ayam. Justeru, usah halang minat ini kerana ia banyak manfaat dan memberi sumbangan besar terhadap perkembangan minda, intelek dan merangsang kemahiran tangan kanak-kanak.

Melukis boleh merangsang pembentukan minda kreatif kanak-kanak selain ‘menggerakkan’ otak kanan untuk berfikir. Kebanyakan aktiviti seperti percakapan, analisis (mentafsir), rasional, logikal, belajar bahasa dan mengira (termasuk mengenal abjad dan huruf) menggunakan otak kiri. Manakala otak kanan pula digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan seperti lukisan, kraf dan muzik.

Penggunaan otak kiri dan kanan perlu seimbang. Malangnya, kebanyakan kita lebih banyak menggunakan otak kiri dan membiarkan sel otak kanan ‘menjadi tua’ dengan sia-sia. Mungkin ini sebabnya ramai antara kita cepat mengalah apabila berdepan halangan, sedangkan ia boleh diatasi jika kita boleh berfikir secara kreatif.

“Cuba perhati anak anda melukis. Mereka memberi sepenuh perhatian dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Ini adalah cara melatih anak memberi tumpuan terhadap sesuatu pekerjaan yang dilakukan.

“Malah, bagi kanak-kanak lebih kecil pun, memegang pensil atau pensil warna adalah proses pembelajaran. Ia membantu perkembangan otot tangan dan kawalan motor iaitu kemahiran yang membolehkan seseorang kanak-kanak melakukan perkara seperti menulis dan memegang objek kecil.

“Mungkin tidak ramai ibu bapa sedar, melukis adalah aktiviti menggembirakan dan boleh menenangkan perasaan anak. Keinginan ibu bapa melihat anak mereka pandai dalam bidang akademik (termasuk membaca dan mengira) pada usia sangat muda boleh membuat anak tertekan.

“Keadaan menjadi lebih payah kerana kanak-kanak tidak tahu untuk memberitahu mereka berasa tertekan. Jadi usah halang anak melukis, ia menggembirakan mereka,” katanya.

Antara kemahiran yang dipertingkatkan melalui lukisan dan kraf ialah:
# Logik
# Kreativiti
# Keyakinan diri
# Kepekaan sosial (boleh bersosial dan berinteraksi dengan orang lain)
# Perkembangan kemahiran tangan
# Pandai meluahkan emosi
# Koordinasi tangan dan mata
# Membentuk personaliti
# Menghargai kecantikan

Kini ramai ibu bapa moden, terutama yang tinggal di bandar, mula menghantar anak ke kelas seni dan kraf selepas menyedari manfaatnya, terutama dalam membantu perkembangan minda serta terbukti dapat meningkatkan daya tumpuan ketika belajar.

Melukis juga cara anak meluahkan pemikiran dan perasaan. Oleh kerana penguasaan bahasa terhad, kebanyakan kanak-kanak tidak tahu menceritakan apa yang ada dalam fikiran mereka.
Ibu bapa boleh menjadikan lukisan anak sebagai perantara untuk berkomunikasi dengan si kecil. Beri rangsangan kepada anak dengan memuji lukisan mereka cantik, walaupun pada pandangan anda ia hanya corengan.
Usah buat tafsiran sendiri kerana anda tidak tahu apa yang ada dalam fikiran anak, sebaliknya minta mereka cerita mengenai lukisannya. Tanpa sedar, anda sebenarnya menggalakkan anak untuk berfikir — bermula daripada melukis hinggalah kepada bercerita.

Sesetengah kanak-kanak sukar diajak berkomunikasi, terutama jika mereka pendiam. Komunikasi perlu berlaku dalam dua hala dan dalam situasi begini, lukisan boleh menjadi medium untuk berinteraksi dengan anak.

Komen positif terhadap hasil kerja anak akan membuatkan mereka gembira. Biasanya dalam keadaan gembira kanak-kanak lebih mudah berinteraksi dan bercerita. Dalam keadaan membabitkan kanak-kanak kecil, mereka mungkin tidak faham apa yang anda puji, tetapi nada suara dan senyuman anda membuatkan mereka tahu mereka melakukan sesuatu yang baik dan disukai.

Lebih banyak anda terbabit dalam aktiviti ini, anak berasa lebih seronok. Malah, ibu bapa boleh melukis bersama dengan anak yang secara tidak langsung bukan saja dapat mengeratkan hubungan, tetapi menghabiskan masa berkualiti bersama si kecil.

Mungkin ada ibu bapa tidak tahu bagaimana hendak memberi rangsangan tambahan kepada anak selain membeli alat melukis dan meluangkan masa bersama mereka. Banyak boleh dilakukan seperti menyediakan tempat atau bilik khas untuk menggantungkan lukisan anak.

Jika rumah sempit, anda boleh membuat ‘ampaian khas’ untuk menggantungkan lukisan anak dengan hanya menggunakan tali dan penyepit. Ini memudahkan anda menukar apabila si kecil menghasilkan karya baru. Kaedah mudah begini memberi galakan kepada anak meluahkan kreativitinya di atas kertas dan bukan di dinding!

Lukisan juga boleh menjadi medium untuk seseorang meluahkan perasaan. Kanak-kanak lebih besar seperti prasekolah pandai menyatakan emosi atau apa terjadi kepada mereka melalui lukisan wajah sedih, marah, gembira atau takut. Mereka juga melukis apa yang ingin dimiliki atau dilakukan.

Ini juga sebabnya lukisan dijadikan terapi (dikenali sebagai terapi seni) ke atas kanak-kanak yang alami masalah psikiatri atau melalui trauma. Terapi seni digunakan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami trauma dengan kematian ibu bapa dan hilang tempat tinggal seperti insiden taufan, gempa bumi atau peperangan.

Namun, terapi seni bukan hanya untuk kanak-kanak bermasalah saja. Seni sama ada lukisan, kraf, kolaj atau yang menggunakan tanah liat juga mempunyai kesan terapeutik kepada semua golongan.

Dapatkan Minyak Anugerah Kepintaran anak, Jus Abqori dan Abqori Genius Minda untuk merangsang kecerdasan anak-anak,InsyaAllah dengan izin Allah.

Hubungi  : raudhah69@gmail.com






Friday, February 8, 2013

Homemade Baking Clay

Salam Sayang semua

Sensori aktiviti atau motor skills aktiviti kegemaran anak-anak ialah Play dough."ummi,buatlah playdoh,kakak nak color pink and purple.Adam pun menyampuk,Adam,blue!! Demand tak? Hahaha.

Bila main tu bagus,leka.Tapi itu lah nanti melekat lekat,bertempek Ala tahi unta lantai rumah dengan playdoh dorang.kita juga kena menyental.

Dan lately terjumpa resepi homemade clay recipe dari google.So,dah dua kali buat aktiviti ini.Alhamdulillah mereka suka! Ubah angin sikit.try clay pulak!

So resipinya di bawah.bancuh saja,kemudian bentuk2kan ikut suka hati Hehe.sama ada gunakan mold cookies.boleh belajar shapes.Atau apa saja minat anak-anak.Kita buat contoh,suruh anak-anak tiru.Aufa boleh ikut lah.Adam belum lagi.Suruh dia buat ball,bulat-bulat.Bila dah mahir, jadi lah banyak.dia cantum-cantumkan bola kecil-kecil itu."ummi,adam buat snake!" Haha

Bila dah siap bentukkan.bakar dalam oven pada suhu 180c selama 40minit-1jam.Tengok-tengoklah jugak.Jangan sampai jadi warna perang pulak.tujuan kita bakar utk keringkan dia.Ada juga kaedah yang menggunakan hair dryer.

Bila clay dah kering,boleh lah suruh anak-anak paint dengan water color.Then,keringkan.Hasil kreativiti anak-anak ni boleh di simpan.Batch pertama mereka buat,dah bagi kat atuk nenek.nenek susun kat almari tv.Cewah!

Ok,selamat mencuba aktiviti ini! :)





Resepi clay.Credit to thejuise.blogspot.com

setelah dibakar

proses menconteng

kusyuk betul

Sesudah dikeringkan

Tuesday, January 22, 2013

Ko- kurikulum Montessori


Pembelajaran Montessori meliputi aspek sensori,matematik, seni, bahasa, sains, aktiviti praktikal dan lain-lain.Pembelajaran ini juga diserapkan di dalam persekolahan anak-anak di tadika.

Kadang-kadang kita tak perlukan peralatan montessori,ia boleh di dapati dari kabinet dapur kita sendiri.Dan ibu yang kreatif boleh lakukan DIY montessori sendiri.Aktiviti kita di rumah juga sebahagiannya adalah melibatkan montessori.Jadi libatkan anak-anak sekali bersama anda.

 Banyak sumber DIY montessori dari internet terutama blog-blog ibu-ibu di luar sana yang berkongsi ilmu dan info.Link blog dan site saya ada sertakan di bawah.

 

Practical life
 Palmar grasp
Transferring larger stuff (like pom poms): 9 months
Transferring smaller stuff (like beans): 12 months
Pouring (Dry then wet): 18 months
Lids and container (open & close basket) : 12 months





Pincer grasp 
Spooning :
Scooping:
Clothespin
Tongs/tweezers
Stringing
Large peg puzzles
Small peg puzzles

Circular hand movement
Nuts & bolts
Mat rolling
Wringing wash cloth
Using a whisk
Twisting jars
Peeling stickers
Scissors


   

Art
Crayoning
Cutting
Gluing
Painting
Drawing
Tracing
Shading
Color theory


Sensorial
Pink tower
Brown stairs
Red rods
Knobbed cylinders
Knobless cylinders
Sound cylinders
Geometric solids
Sorting
Sequencing
Patterning

   


Language
Similiar
Opposites
Syllable counting

Sandpaper letters
Sight words
Word blends
Rhyming
Pink CVC
Phonograms
ABC order
Handwriting
Spelling
 


Cultural
Continent Map

Malaysia/Countries
Where I live (local)
Friendship
Religion
Manners


Gross motor (not so Montessori but important)

Balance beam/walk the line
Toss the bean bag
Swimming
Mini obstacle course
Catch bubbles
Running around skittles
Jumping
Walk backwards
Catch streamers
Nature walk
Brachiating
Skipping

  
  

Science
Living/non-living

Fish
Amphibians
Reptiles
Birds
Mammals
Human Body
Solar system
Plants
Dinosaurs

Habitat
Other Tweedlewink topics


Mathematics
Red & Blue Rods
Sandpaper numerals
Spindle box
Cards and counters
Bead stair
Decimal cards
Hundred Board
Addition
Subtraction
Fraction


Personal care
Grooming
Washing hand
Washing face
Blowing nose
Using napkin
Set table
Dressing frames


Care of environment
Sweeping
Moping
Wiping spills
Washing dish
Polishing
http://www.infomontessori.com/mathematics/skip-and-counting-teens-quantity.htm

http://livingmontessorinow.com/2011/08/08/montessori-monday-diy-bead-bars/
http://www.montessoriprintshop.com/Free_Montessori_Downloads.html

Source :Thanks to  Jessica http://littletigergrowingup.blogspot.com/

Tuesday, March 24, 2009

Homeschool @ Sarakids

Ku teruja! Baru kusempat untuk meng’update’ activity weekend ku. That was a fabulous day! Mmg berbaloi ku spent time on the Homeschool Seminar organized by Sarakids on 22 march (Sun). Ku mmmg berhajat nak join homeschool seminar ni.So, bila dengar they will make just near in Shah Alam @ beautiful place, sarakids.hajatku pun tercapai.Thanks to kak farah to this opportunity.Our Speaker is Miss Fiza from littlekittle.com. She’s really great mom, unique & creative person.What make me impressed of her is she’s still young but successful.

Our module is about Intro to Homeschool and FAQ about Hs .Saya ingin mengetahui apa sebenarnya HS.mcmana HS nih,Banyak persoalan di fikiran because HS nih informal education.mmg ckp HS ramai yg tak tahu.apa tu?Homeschool?Macamna dia educate anak2 dia?

Kedatangan miss Fiza mmg dinantikan,Mamafiza banyak citer pengalaman,tips2 beliau homeschooling with her 4 kids.Bagaimana untuk kreatif dengan anak2.Bagaimana to turn benda yg negative to positive.Bagaiman untuk mendidik anak menjadi ketua yg baik,penyayang dengan adik2.Apa yang saya dapat,education not just on a paper.It’s indirect learning. Mamafiza believes that if we give fun and love to our children, education also will comes along. So,education or waktu pembelajaran anak-anak not just at school. anywhere! Bila bermain, makan, tengok TV and even shopping time!

Sebelum ni apa kita buat, kita tak sedar sebenarnya it’s wrong.apa yg saya kesalkan. Baby dia hanya tahu menangis.itulah cara dia nak bgtau feel dia.lapa ke,sakit ke, xselesa ke, mengantuk ke..jangan marah anak kita.because anak kita juga ada heart.dia juga ada feeling.mamafiza said ur kids, husband is no 1.not your jobs or other activity.jangan just lambakkkan dia dengan toys.layan dia dulu before kita wat keje kita.explain kat dia kita ada keje untuk buat.jangan kita ingat..ala..budak2..dia tahu apa..No! they have feeling too.dorang paham sgt..

Kata fiza, “bila phone ringing, tp kita sdg bersama anak, biarkan saja phone ringing. The phone can wait for you. But your children growing”.They absorb anything, everything they saw, heard and touched. Jgn sampai kita dah tua, bila kita call anak dengan rindu yang membuak2 dan kata2 “Nak.. bila nak balik rumah mak..” jawabnya “Saya sibukla mak..Tengokla nanti” Ya, kita faham tugas mereka, tp adalah lebih baik jawapan yg lain kita terima dr perkataan sibuk.now, i know how is mom's feeling,ampun mak..:)

Apa yg kukesali, ku pernah marah baby.kadang2 bila ummi bz do housekeeping, cleaning or cooking. Baby asyik menangis.tapi ummi biar kan,nak setelkan keje ummi jugak.ada juga bila da ilang kesabaran,ummi marah coz baby nangis je.xboleh ummi wat keje.tapi ummi tahu maybe baby lapar, sleepy..minta dilayan..mesti ada sebab..patutnya ummi tinggalkan dulu keje2 tu..or lyn baby dulu.sayang,ummi minta maaf ye..pas ni ummi kena jadi lebih bersabar nmpaknya.

nak tambah lagi, miss fiza kata dia xbelieve sgt kat milestone.coz it may wat kite stress.anak2 kite ade graf dorang sendiri..development sendiri.betul gak.baru2 ni.bila aufa lambat meniarap.ummi & abi jd asik risau n jd stress juga.org lain esp family asik tnya nape xmeniarap lg nih.ummi asik pk nape dia lambat.maybe baby pun phm & dia pon jd stress..as a conclusion, apa yg uumi phm, HS ni amatla luas prospectnyer.ummi ingatkan HS ni camne kita nak educate anak2 bila di rumah jer.rupa2nya..mamafiza ajar anak2 dia di rumah! x ke sekolah! mashaAllah! dia lebih hebat dr sy sangkakan.tgk anak2 dia pun smart & very fun.mmg nampak hasilnya.congrats mamafiza! :)

mummy sara & salsabila =)


me..duduk bawah.aufa dlm baby coat tuh..


relax & santai jer..

the speaker, miss fiza


working out mommies!
The CEOs

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers