ads

Thursday, December 31, 2009

Ya Allah versi aufa

Selamat Tahun Baru 2010! bye bye 2009! yang pasti 1001 pahit manis yg telah kita lalui.InsyaAllah, semoga tahun baru 2010 memberi kita lebih kebahagiaan, rezeki dan kesihatan.dan semoga kita menjadi insan yg lebih baik dr semalam.amin..
Thn 2009 membawa kegembiraan pada ummi dan abi dgn telatah2 aufa.Alhamdulillah,rezeki kami murah sejak kehadiran aufa.semoga tahun hadapan ummi dan abi dapat berikan lebih terbaik untuk aufa dan adik.ibu bapa mmg camtu kan.mahu berikan kasih syg dan apa saja yg terbaik utk anak-anak selagi mampu.ummi nak jadi good mommy to our babies & good wife to hubby..insyaAllah.
Emm..bawah ni telatah aufa lagi.mmg seronok tgk telatah anak ni.terhibur rsnya.ummi nak rakam video aufa tadah tgn baca doa tapi dia tak nak buat plak.susah nak rekod skng,dia nak amik kamera plak.nak rekod aufa tunjuk mata,hidung,mulut,rambut.dia akan tunjuk bila ummi tanya.tapi yang dapat rekod dia sebut Ya Awwah! Ya Awwah..tula, Ya Allah versi aufa.hehe.bila terjatuh or brg terjatuh,suddenly mesti aufa sebut Ya Awwah! cute sgt! hihi
Bila kami solat.dia pun ikut tertonggeng2 sujud depan sejadah kita sambil sebut Ya Awwah..Ya Awwah..hehe.pastu berzikir pulak Ya Awwah Ya Awwah..laju2 & byk2 kali.hehe.kalau ummi singgah surau nak solat pun sama.punyalah riuh mulut dia berzikir and sebut Ya Awwah..Ya Awwah..camnela ummi nak tutup mulut dia ni.semua pandang.tersenyum2..ada yg memuji aufa pandai dia berzikir ye.hehe.Alhamdulillah,semoga anak ummi jadi anak yang solehah ye nanti..kena rajin solat ye sayang :)









p/s: em..Today is 31 Dec, my hubby's birthday.Happy Birthday,abi!!! yg ke bape tu?haha.dah tua dah abi kita, aufa...haha..semoga segala impian abang akan tercapai..:)

Wednesday, December 30, 2009

Aufa with Push car

Bila aufa nak jalan ni..tak sabar ummi..belum berani lagi ke? aufa just da step foward dlm 5 langkah je.pastu duduk balik.berdiri tegak dah boleh da.semangat jalan ada.pantang nampak kasut.suruh pakaikan.nak tatih.aufa sebut tatih, TIH.. TIH..TIH..then,bawa dia tatih pusing satu rumah.besar dan laju melangkah dengan girangnya.sampailah ummi sakit pinggang.hehe.ada orang advise kena ajar and latih dia berjalan hari hari.emm..tgklah kalau kaki ummi tak lenguh boleh kite tatih2.skang kaki ummi dah tak leh berdiri lama2.lenguh btol.badan da berat agaknya.Oh No!!! hehe


Ni ummi sempat rekod aksi aufa berjalan dengan push car dia.cute & funny.hehe.mak su aufa yang layan dia.kena rajin berlatih nya sayang..:)








P/s: Tak sabar nak lihat anak berjalan.dah tak larat dukung.tapi bila dia dah berjalan.pasti aku kena mengejarnya pula..haha

Wednesday, December 23, 2009

Aquaria

Ni cerita bulan lepas.hohoho.ummi ni lambatnya update citer aufa pi aquaria.hehe.masa ni perut pun tak nampak lagi macam skang.Ekceli, sejak mabuk2 lama tak bawak aufa jalan2.ummi pun lama tak shopping.melepek je kat umah.tak larat.duk rumah jela.huhu.so, kami pun ke KLCC tuk melaksanakan niat kami.hehe



Long story..jalan2,beli barang..bla bla bla...hehe.then,kami ke aquaria.lagi pun aufa dah kenal apa itu binatang bernama FISH.haha.aufa sebut fish, SHH..SHH..sebut yg belakang je.hahaha.selalu ummi tunjuk dalam buku je.best dapat tgk real.banyak pulak tu! haha.macam2 ada.seronok aufa tgk fish.dari tiny fish smpilah ke the giant fish.macam2 spesiesla.banyak ikan warna warni.cantik..tgn aufa tunjuk2 sana sini.mulut pun bising cakap bahasa german dia.kami excited bila nampak ikan yg besar2 & shark..uiih,gerun dan berdebar2 juga.tapi aufa takut bila tengok shark.menangis dia.hehe.abi lagi takut2 kan dia dekat2kan muka dia kat cermin tu bila shark lalu.melalak lah.haha.ummi lak masa tgk shark tu.tibe2 le pening.so,apa lagi.cepat2 cari tong sampah nak muntah..huhu.malu2..ada org nampak.mabuk lak tgk air dlm terowong tu.hehe



after dinner, kami lepak2 tgk fountain depan KLCC.aufa suka tgk fountain.mulut bicing ok! agaknya seronok tgk banyaknya air..besar nya pool..cantiknya fountain..hehe.aufa lak baik je.bila jln2 bila baik je budak tecit ni! bagus2..nanti if aufa dah teror jalan, baru kita pi tengok animals kat Zoo plak ye.aufa dah pandai buat bunyi tiger tau! aummmm! aummmm! hehe.
So,layan pictures kami on that day.tapi sayang..pictures tak cun dan banyak gerak2.sebab just snap using iPhone.kamera leh tertinggal kat umah plak.adus!
rama -rama yang tidak terbang bebas..kesian.huhu
pic blur..iPhone xle snap benda bergerak la


dalam terowong.terlopong mulut aufa.hehe




ni ikan nemo ke?


tgn aufa tunjuk sana sini..byk fish la ummi..


aufa baru bgn tido.ummi kejut suh tgk ikan.muka dia blur je.haha


cantik betul round aquarium ni..


hahaha.aufa takut!!! terus peluk ummi.

wawawa..pulau redang pun ada kat sini.bestnye!
ada kura2,ikan bawal,ikan pari.besar2.wat ikan bakar sedap ni!hehe


gerun gak masuk dlm terowong ni.



aufa suka tak tgk ikan?

wwoooo..ummi, byknya fish kat situ!

bestnya pi aquaria.nanti kita pi lagi dgn adik ye.:)


lepaking tgk fountain
p/s: skang bila jln.perasan orang tgk perut ummi.haha.perut dah boyot.adik dah membesar.nanti cek up, update lagi citer adik ye..:)

Monday, December 14, 2009

Kecil macam anak patung

Kecil macam anak patung? hehe.aufa lah.siapa lagi.selalu bila jumpa orang.orang akan terkejut bila budak dah berumur setahun lebih tapi badan kecik je.dan byk org kata aufa kecik je.comel je macam anak patung.heheorang kate,so petite...Risau juga bila aufa kecil je.dia meninggi je.hehe.tapi alhamdulillah,aufa sihat,jarang sakit dan cergas je.
Masa aufa berumur setahun aritu kami bawa untuk suntikan MMR dan check up.masa tu berat aufa just 7kg.tak naik! dan bulan depannya kami bawa appoinment suntikan chicken pox vaksin lak.masa tu berat aufa 7.5kg.Alhamdulillah,naik juga walaupun sebenarnya aufa dikira underweight ikut umurnya.Dr Fadzillah kata,byk juga berat dia naik.tapi tak pe jika semula jadi badan kecil tapi risau la jika underweight pula kan...

Aufa memang susah nak makan.sampai aufa 6bulan, Alhamdulillah ummi dapat BF secara exclusive.tapi bila kita fully BF,tak boleh expect anak kita akan tembam2 kan...tak semua baby camtu.sbb aufa even BF,xdela tembam sgt mase dlm 6bulan tu.then, after 6bln bayi patut diberi makanan pelengkap yg cukup.tapi aufa mmg susah nak mkn.tak cukup pun 3kali sehari macam doc sarankan tu.ikut mood nak mkn.bila dia nak mkn,lega alhmdulillah.dan bila dia tak nak,risau dan frust jugak..hehe.lagi2 bila aufa dah pandai geleng kepala bila disuap makanan.dah mcm iklan dlm tv tu..cute gak.hehe.aufa nak menyusu jugak.ofkosla tak cukup untuk dia kan.maybe sbb tu bdn dia makin mengecil..


Then, mmg risau.nenek dan atuk aufa pun risau.nenek usahakan cari kan air bacaan dari seorang ustaz untuk aufa.kami bagi Appeton syrup as a supplement untuk aufa.Alhamdulillah,aufa start mula nak dah.lagi2 dlm 1o-11bln,bila dah byk gigi,dia nak makanan kita.tak suka yg lembik2.dan bila umur setahun,aufa dah pandai mintak bila nak sumting.NAK..NAK..NAK..sambil tunjuk2.hehe.

nak mkn sendiri.mula2 tgn kiri.pastu kanan plak.hehe




Skang lega aufa dah suka mkn.mkn mcm2 dah.plus,skang aufa nak makan sendiri pula.doc kata biarkan dia suap sendiri tapi sambil tu kita suap gak.so,bila makan mmg bersepah sepah lah jadinya.Sebelum mkn,aufa ikut ummi tadah tgn baca doa mkn.cute!.Skang ummi pastikan aufa mkn 3 kali hidangan utama.if dia mkn sikit pun takpe,tapi bagi makan dgn kerap.selain tu,snack pun bagi kerap juga.sumbat je selagi dia nak.skang senang sikit coz dia dah le mkn hidangan kita.tapi if pi mana2 pun kena bwk bekal dia sbgai snack.

Hidangan utama aufa nasi & lauk (aufa suka lauk sup ayam/ikan letak kentang),nasi goreng,mee,kuey teow dan paling aufa suka,pasta! yummy!! Snack plak kena pelbagaikan mcm roti,biskut,bijrin ( aufa suka honeystar & coco crunch), buah ( aufa suka anggur,oren), keropok ikan ( aufa suka sgt), kuih,oat, kismis (boleh habiskan satu kotak sekaligus tau). kismis mmg bagus untuk minda kan..ummi ada tanya Paed aufa gak,aufa suka makan nugget,jejari ayam dan sosej koktel.tak pe ke..Dr Fadzillah kata, boleh sbb dia dah byk gigi kan.tapi sebagai snack jelah.makanan sampingan.Vitamin lak aufa makan vitamin C champs dan appeton syrup setiap hari.aufa suka sgt vitamin C tu..bila nampak mesti nak..hehe.
Bila supper,mesti bagi aufa mkn sblm tidur.bagi roti atau oat.susu pun bagi juga.hah,skang aufa dah start suka minum botol.aufa minum susu Pediasure seperti yg disarankan Dr Fadzillah.perisa vanilla.sedap gak.skang minum susu mesti habis.dah pandai mintak ummi buatkan susu.hehe.tapi bila nak tido mesti cari nenen gak..nak gayut baru boleh tido..hehe.tak pelah.pelan2 pisahkan susu kan..
Senang sikit hati skang.Kena bersabar gak.sbb budak2 len2.aufa ni tergolong yg ssh nak mkn gaknye..tapi Alhamdulillah.Tapi bila dah byk mkn ni.aufa poo poo pun byklah.kdg2 smpi 3 or 4 kali sehari.adus!! hehe.bila dah poo poo.merengek2 tunjuk drypers dia.hehe.pandai anak ummi ni..dah pandai mkn lagilah ummi syg.huhu..
Rujukan Garis panduan anak yg kekurangan berat badan di sini

Wednesday, December 2, 2009

Colmar Tropicale

Percutian kami kali ini di Colmar Tropicale, Berjaya Hills di Bukit Tinggi sempena ulang tahun perkahwinan yang kedua.cuti2 malaysia je.Dekat je..hehe.Sebenarnya sudden plan juga sebab abi pun susah nak cuti lama2.Ada cuti, terus je book hotel.Kami pernah sekali ke sini masa bercinta cintun dulu.kali ini lebih best sebab dah berkeluarga dan bawak aufa sekali.hehe.Alhamdulillah, seronok dapat bercuti dan meluangkan masa bersama selama 3 hari 2 malam disini.Walau kemana pun kita spent time dgn family mmg seronok kan..:)

Colmar Tropicale yg berciri perancis ni sesuai untuk honeymooning dan aktiviti berkeluarga.tak dapat pi France.dapat pi bukit tinggi pun jadilah..hehe.Senibina yg unik dan suasana romantik & nyaman.sesuai untuk nak merehat2 minda dan merapatkan hubungan suami isteri.hehe.sesuai juga if bawak anak2 kecil sebab perjalanan tak ambil masa yang lama untuk sampai.dekat je dgn KL kan.plus,byk tempat2 yg sesuai dibawa macam rabbit park,japannese village dan botanical garden.aufa sangat seronok dapat tgk byk binatang like fish,swan,deer,rabbit & donkey.selalu ummi tunjuk dalam buku je.ada juga disediakan facilities lain mcm swimming pool & kids playroom.cuma kami tak berpeluang naik kuda.Bilik hotel pula selesa dan romantik dan bilik airnya besar betul dan bersih.Makanan pula sedap2 ala western sume but a liltle bit pricy la..yelah,susah tu nak bwk ke atas.mcm genting highland juga.

So,even sekejap mmg berbaloi baloi la cuti2 malaysia kat sini.Thanks to hubby for this anniversary holiday!thanks bwk aufa jalan2.:) we love you..muah!

So,layan jelah pictures ek..more pictures seperti biasa di facebook.:)
Thanks to ummu mishkah sbb bagi inspirasi untuk kami merakamkan gambar kenangan di sini.;p


































































Thanks hubby for this sweet memories and anniversary present.hehe.smell good & nice..i like..:) nanti free,kite coti2 lagi yer..hehehe..

Monday, November 30, 2009

Ulangtahun Perkahwinan Ke2




Alhamdulillah, hari ini tepat 2 tahun usia perkahwinan kami.30 Nov 2007 kami selamat diijabkabulkan.dan hari ini happy dan bahagia dgn kehadiran puteri kesayangan kami.aufa memang menceriakan hidup kami dengan aksi2nya setiap hari..insyaAllah, tahun depan lahir seorang lagi cahaya mata kami.kami berdoa semoga kebahagiaan tetap milik kami selamaya.amin.ecehwah!ni ada sikit gambar di hari perkahwinan kami.ummi tak pernah share kat blog kan selain gambar nikah ini...


Kami baru pulang bercuti sempena 2nd wedding anniversary.Alhamdulillah,seronok dapat spent time together.nanti ummi share pictures kami di sana ye.malam selepas kami balik ke KL.aufa tak berapa sihat.tiba - tiba demam panas.pukul 1 pagi,ummi terjaga coz aufa merengek2.rasa badan dia, memang panas betul.alamak,gelabahlah.coz ubat demam dlm simpanan pun da abis.terus kejut abi.bersiap pi DEMC.sambil tu ummi sapu aloe vera in bottle sejuk2 kat badan dan kepala aufa..aloe tu nenek atuk aufa bagi.pesan sapu kat badan aufa if demam.


Bila sampai DEMC, tunggu turn masuk jumpa doc jap.bila doc amik temperature bdn aufa.mmg tinggi.40 celcius da.then, doc masukkan ubat veron (ubat punggung).doc advise balik nanti mandikan aufa dengan air suam.then,kami dibekalkan ubat demam,veron, ubat batuk selsema, dan antibiotik.kalau suhu naik lagi,kena masukkan ubat veron cepat2.Alhamdulillah,esoknya demam aufa dah kebah.skang tinggal batuk dan selsema.pastu,ummi pulak dah mejangkit batuk dia.

Petang esoknya, turn ummi pulak wat pregnancy cek up.skang dah masuk 17weeks.dah lmbat seminggu dari appoinment.vitamin pun da abis.bila timbang berat.naik 2kg.tapi yang tak oknye, tekanan darah ummi rendah.doc kata probably coz ummi kurang minum air dan volume food intake tak cukup.alamak..memang betul kot.lagipun,aufa still breastfeed.mmg ada usaha nak weaning off.tapi aufa nak gak.tu yg tak sampai hati tu..aufa minum gak Formula milk.Paedtrician aufa, Dr Fadzillah suggested bagi susu pediasure.coz susu tu tinggi kalori.sesuai untuk aufa yang tenit tu.tapi aufa akan minum bila waktu dia betul2 lapar je.especially waktu pagi.pastu dia cari nenen gak.hehe.lagi2,bila nak tidur.nak kepit je.doc suh usahakan kurangkan breastfeed aufa.usaha bagi botol.tak pun,ummi kena amik vitamin lebih..Then,doc amik darah.nak tengok nutrien dlm badan ummi cukup ke tak.if tak cukup,dia akan call balik.coz ummi kena amik more supplements lain..


ok,da..aufa dah mengamuk..hehe.bye...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers