ads

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Restoran Makan Sedap Best Di Melaka, Asam Pedas Terbaik Melaka

Salam Sayang,

Cuti Sekolah lepas, kami ke Melaka.Bukan bercuti panjang tetapi  just a weekend getaways.Abi teringin nak makan asam pedas Melaka.Ketagihan sungguh.Hari tu makan asam pedas Johor di dataran glomac.Tetapi masih tak puas hati.Tidak sama katanya.Ummi pun tahu masak Asam Pedas.Tapi nak makan Asam Pedas Hjh Mona jugak! Apa lah Hjh Mona letak dalam kuahnya.Sampai suamiku addicted! Hehe.Tak kisah lah.Jom lah ke Melaka.Ummi orait je! Cuti cuti memang seronok.Melaka kampung kami.Tapi kampung sendiri pun tak habis jalan.Jadi, pecut ke Melaka.Satu jam setengah sudah sampai.

Cowboy ummi!

Sampai terus lunch di restoran Hjh Rahmah,di Jalan Bukit Katil.Berdekatan dengan JPJ,Melaka.Restoran ini memang destinasi wajib kami sekeluarga  jika balik ke kampung selain medan ikan bakar umbai atau muara sg Duyung.Ini lah restoran kegemaran kami.

Menu tengahari kami.Kari kepala Ikan,Sotong goreng tepung,Ulam-ulaman dan Air tebu sejuk! Complete set!.Alhamdulillah.Sangat sedap.Licin pinggan.Kalau ke Melaka, singgahlah restoran ini tau! Memang takkan meyesal.:)

Kemudian kami check in ke Hotel Abadi.Hotel ini baru 5 bulan beroperasi.Harga bilik dapat harga promosi lagi.Langkah kanan.:)

Besar biliknya.Servis pun lengkap.


Hotel ini tiada pool.Tapi ada bath tub! Aufa tak nak keluar.Berendam lama siap berenang kuak lentang! Best katanya.Pool kecil pun best!



Malam kami ke Melaka River Cruise.Kan saya dah cakap.Kampung sendiri pun tak habis jalan lagi.Jadi,baru terhegeh hegeh nak pergi lah ni.Hehe.Kami pergi masa cuti sekolah.memang panjang sangat beratur.Tapi meriah sebab ramai kanak-kanak.Perasaan seronok  terasa dan berjangkit oleh kerana kegembiraan mereka.

Ummi,that's elephant!


Cantik sangat permandangan semasa cruisng.Pengalaman menarik bagi kami.Kebetulan waktu ini sedang berlangsung Pesta Sungai Melaka.Terdapat gerai-gerai menjual, pameran autoshow, persembahan seni dan kebudayaan.Memang meriah sangat malam itu.Ramai pengunjung.Ummi sempat beli kek sarawak di salah satu gerai di situ.Kek sarawak dari Melaka ya.:)


Perancangan awal, kami mahu makan malam di restoran asam Pedas Hajah Mona,di Jalan kota Laksamana.Pernah pergi sekali masa balik kampung sebelum Adam lahir.Asam pedasnya memang marvelous.Bila kami sampai restoran tutup! Abi dah frust menonggeng! Rupa-rupanya hari Ahad tutup.Waktu beroperasi isnin sehingga sabtu.5 petang hingga 5 pagi.Kecewa.Jadi kami cari restoran asam pedas berdekatan.Tetapi sayang sekali, asam pedasnya tidak sehebat air tangan Hajah Mona.Balik hotel dengan kecewa lagi.Kalau mahu rasa asam pedas Hjh mona yang mantap ni korang jangan lah datang hari Ahad ya.Ingat tuh! :)


Esok selepas check out,kami jalan -jalan sekejap ke kampung mortem tengok keindahan dan keunikan rumah melayu yang masih dipelihara.Kemudian jalan ke bandar sekejap.Ummi plan mahu lunch di Radix Fried Chicken di Mydin Mall.Tetapi Abi masih belum puas hati.Mahu menjenguk sama ada Hjh Mona membuka restorannya atau tidak.Sanggup tu! Mana tahu dia buka.Masih berharap.Ish ish ish..


Bila lalu,sekali bukak! Menjerit suka gembira lah Abi seperti kanak-kanak mendapat aiskrim.Hehehe.Tetapi Asam pedas daging tak ada.Ikan pari dan ikan kembung saja yang ada.Akhirnya,kami dapat menikmatinya juga.Memang licin pinggan kami.Kuah asam pedas pun licin.Siap tapau kuah untuk bawa balik.Tambah ikan kat rumah nanti.Hehe.Kalau ke Melaka,singgah lah ke sini.Hjh Mona asam pedas,No 6,Taman Kota Laksamana, 75200, Melaka.

Apalah rahsia asam pedas hjh Mona ini? Mak cik mona boleh tak ajar saya? Apa rahsianya? Please mak cik.... Hehe.

Itulah cerita mengenai entry ini.Semuanya kerana Asam pedas Melaka...:)

Friday, February 18, 2011

Kali pertama ke zoo

Assalammualaikum wbt

Cuti Chinese new year lepas, aufa & Adam ikut atuk nenek balik kampung Melaka.

Nenek ajak singgah zoo Melaka.nak bawa cucu tengok animals katanya.atuk iya kan je.
Ummi, mak cik dan mak su pun seronok.sebab mengimbau balik kenangan lama.pergi zoo Melaka masa kecik2 dulu.lama betul dah zoo melaka ni eh..



Kenangan first time aufa ke zoo.sangat excited tengok animals secara live.Tapi Sayang..Ummi tertinggal camera pula.Ada beberapa gambar guna phone je.



Terima kasih atuk dan nenek layan aufa.seronok sgt.hebat, kuat dan gigih atuk nenek pusing satu zoo.Aufa yang muda ni pun complaint penat.Ummi pun lenguh sebab kena carry adam.hehe.atuk nenek lagi lah kan..Walaupun penat tetap bersemangat demi cucunda tersayang.Thank you Allah.Kau berikanlah mereka kesihatan tubuh badan Dan kau panjangkanlah umur mereka..Amin..



Adam pun boleh tahan.excited. Mulut terlopong.mata terbeliak.seronok live tengok animals.sampai badan melonjak nak masuk kandang animals.haha.Adam pun dah kenal animals ya? Sebab suka tengok brainy baby kot..Ada animals dalam tu.next time Adam dah jalan Ummi bawak pergi zoo negara pula ya.tak payah Ummi carry Adam lagi kan.Adam jalan sendiri tau.hehehe.




Jalan balik ke KL,Aufa singgah naik Menara taming sari.dewasa rm10,kanak2 rm5.tapi aufa free of change.best! Tinggi.. Tak takut pun.Tapi kenapa sekejap sgt. 7 minit je...nak lama- lama..Nanti kita naik kapal terbang pula ya..kena kumpul duit dulu sebab aufa dah dua tahun.dah kena bayar tambang sama harga dgn org dewasa! ;)

P/s : Melaka sekarang dah maju.macam macam ada! Kampung sendiri pun tak habis jalan lagi!! :D

Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, October 1, 2010

Coretan Eid Mubarak 1431H - Syawal ke 3 dan 4

Cerita Syawal 3 kami beraya ke kampong sebelah my dad dan hubby pula.Ayah orang kampong sebatu.Mak mentua pula asal Sg rambai, tapi lepas kahwin terus menetap di KL.Bila ada jodoh kami, mulalah sedara mara,orang-orang tua dari kampong dua belah bertemu.Rupa-rupanya arwah atuk saya dan arwah nenek hubby ada pertalian.Puas mereka terangkan pada kami.kira sedara jauhlah.Ummi pun tak tahu macam nak eloborate sedara camna..

Dah kahwin, baru kami tahu.Oh,kira kita ni sedara lah ek.Kelakar juga.Haha.Tulah,golongan yang muda-muda ni bukan kenal sedara sgt.Sebab tulah kita kena ajar anak-anak bergaul dengan saudara mara.bawak anak-anak beraya jumpa saudara mara.Kalau tak, terputus terus..Sedara sendiri tapi tak kenal.Tahu-tahu jadi partner pula.Tapi dah jodoh,tak kemana. Allah jua yang menentukan semuanya…


So,Raya ke-tiga kami beraya ke rumah pusaka di sebatu,sekitar sg rambai,dan serkam.



Salam ummi.minta maaf ampun semua.:)


Gigitan nyamuk masih kelihatan.Kesian dia.

Bersungguh makan muruku.Her favourite!

Geramlah tengok adam ketawa!

Gembira bermain bersama sepupu.


Di serkam,sedap betul ditiup angin pantai.Tertidur dengan lil adam.


Anak-anak buah rajin melayan adam dan aufa.


Again and again!.suka sangat rumah kampung! nampak tak ada gasoline kat belakang?

Nanti Aufa dan adam dah besar,ada lagi tak rumah kampung camni?...


Syawal ke 4, tibalah masa untuk bertolak balik ke KL semula.sempat bergambar dengan nenek saudara hubby.

4 generasi.nenek,Mak mentua, Hubby dan kids.

On the way,singgah ke mydin melaka.Niat sebenarnya nak makan RFC, Radix fried chicken.

2 tahun lepas,ummi lahirkan aufa pada syawal ke 4.Happy 2nd Birthday sayang.kami belanja makan ayam goreng dulu la ye.

RFC is over my estimation.Tumpang bangga anak melayu kita apatah lagi orang Islam boleh bersaing hebat begini.

Yum yum yum.RFC is sooo yummy! Gambar ayam tak sempat ambik.sebab dah kelaparan.tapi rasa,harga dan kualiti sama dengan KFC.malah ayamnya lebih berkhasiat sebab guna ayam organik.yang penting terjamin halal.

Dengar khabar nak buka cawangan di shah alam.Tak sabarnya.Kalau dah buka, kamilah pelanggan yang pertama!

Cukuplah entry raya kami.jumpa lagi aidilfitri tahun depan.InsyaAllah...:)

Monday, April 5, 2010

Weeeeee...balik kampung!! Oo Oo balik kampung!!

Sabtu lepas kami balik kampung di melaka.bertolak lepas abang abis class.pegi dengan atuk,nenek,uncle and aunties aufa.konvoi dua kereta.tujuan utama kami balik sebab nak ziarah sepupu2 kami yang baru bergelar ibu dan juga bayi2 yang comel.tujuan kedua ummi nak berjumpa dengan pembantu yang dirancang akan menjaga dan mengurus ummi dan baby semasa pantang nanti.termasuklah membantu buat homechores semasa ummi pantang nanti.sekarang dia sedang menjaga 2 sepupu ummi yang sedang berpantang.camne dengan aufa? kemungkinan mak cik aufa akan jaga.kebetulan dia cuti semester.itu yang kami rancang.semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik nanti.
susah juga mahu cari confinement lady.lagi2 kat sini semuanya mahukan bayaran yang tinggi.masa pantang aufa saya mengupah orang menjaga kami dengan rm5o sehari.dah tu kerja yang dibuat tidak puas hati pula.rasa membazir saja dan serik juga.bagi saya,ia dah cukup mahal.tapi bila survey2,ada lagi company for confinemment lady yang caj lebih mahal dari itu.oleh itu,mula2 kami fikir kali ni nak berpantang sendiri di shah alam.konon mahu berdikari.tapi tak tahulah boleh ke tidak..tapi ummi tengok ada je kawan2 yang boleh berpantang sendiri tapi dengan of course banyak bantuan dari suami lah kan.tapi bila diberitahu tentang pembantu di kampung tu.alhamdulillah,bagus juga.anyway, harap2 semua urusan kami dipermudahkan nanti..amin..



ummi agak relax sebab aufa ramai yang layan dia.huhu.especially mak cik dan mak su.

puteri kesayangan kami sudah setahun 6bulan usianya.semakin bijak di mata kami.semakin petah bila berkata-kata.^_^

kami bakal berempat.InsyaAllah...

Aufa jumpa 2 babies sekali gus.mereka terlalu comel kan? geram dan tak sabar ummi dibuatnya.:)



mereka lahir jarak dalam 2 weeks je.dah macam kembar.



yang kiri namanya kasih( klasik kan namanya).yang kanan namanya khayra (sama dengan nama kawan aufa lah).anyway,congrats to kak ayin and kak dya!




k.a.m.i ! semua skali 7 orang include baby in my tummy.ada sorang my bro tak ikut balik.



bulan depan kamu akan jadi kakak.harap aufa akan sayang kat adik ok..jangan jeles dengan adik tau.dan ummi dan abi tetap sayang aufa.terlalu sayang.sayang banyak-banyak.^_^





sebelum bertolak balik,kami sempat singgah pekena asam pedas kow punya.kami ke hajjah mona asam pedas, jln kota laksamana.restoran tu dihebohkan kata sedap asam pds nya.selalu kami ke restoran asam pedas di bukit katil.tapi restoren tu buka waktu tengahari ke ptg je.restoran hajjjah mona ni buka dr pukul 5ptg smpi 5pg.memang ramai sgt orang.tapi servis mantain cepat.
kami order asam pedas ikan pari dan daging tetel.adik2 ummi dan aufa makan sate.paling terangkat asam pedas daging tetel tu.sampai licin abang makan.siap suh ummi belajar masak camni.siap bungkus bawak balik lagi.nak mkn kat rumah pula.abang kata next time nak datang makan sini lagi.hehe.
kami sampai rumah dalam 1.30am.kesian abang.penat.esok pagi kerja.thanks abang..abang layan juga kemahuan ummi sebab ummi dah tarik muncung panjang kan.hehe.i love you so much!.hehe


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers