ads

Showing posts with label Kidsmenu. Show all posts
Showing posts with label Kidsmenu. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Homemade Oreo ice pops

Salam Sayang semua

Siapa suka Oreo? Angkat tangan sekarang! Hehe

Saya suka Oreo milkshake.Sedap kan?
So, Kali ni saya cuba buat aiskrim Oreo pula.Sebelum ini bila anak-anak request ice pop,saya buat fruit flavor saja.Mana buah-buahan yang ada,blend dengan yogurt or susu.Then tunggu keras.Siap!

Adam paling suka dragon fruit ice pop.Aufa pula suka chocolate flavor ice pop.

Ok,nak kongsi resepi Oreo ice pop yang sedap dan berlemak manis ini.

Resepi Oreo ice pops/Oreo Popsicles/Aiskrim Oreo

1 cup creme cheese
3 cup fresh milk
4 teaspoon susu pekat manis ( ikut suka manis mana)
Biskut oreo (saya guna separuh)

Kisar semua dalam blender.Masukkan dalam mold ice pop.Saya Ada beli di daiso.rm5 sahaja.Atau jika tiada boleh gunakan cawan atau muffin cup seperti saya.Hehe.Kalau ada plastik aiskrim malaysia lagi bagus! Asal boleh! :)

Kemudian saya crushed some Oreos, tak hancur sgt untuk tambah di atas ice pop tadi.lagi banyak Oreo lagi sedap tau! Next time kalau buat lagi,nak tambah Oreo banyak2.mmm yummmy!

Kemudian,boleh lah bekukan.Selamat mencuba Dan menikmati aiskrim Oreo anda!

P/s : Buat untuk anak.Mak pun join sekaki! Lagi pun musim panas sekarang.Menitik peluh Mak! :)










Tuesday, January 10, 2012

Homemade chicken nugget

Bismillah.

Saya sudah kemaruk dengan homemade food,homemade stuffs.Maka,layan jelah eh.Ini cuba buat homemade nugget.Simple je rupanya.

Boleh lah buat untuk anak-anak,bekal anak ke sekolah.Made with love,tanpa pengawet,dan air tangan ibu sendiri untuk anak-anak ;-)




Resepi asal dari lydiamiza. Saya tambahkan sedikit keju mozarella dan sayur ke dalam nugget untuk lebih menyihatkan.:-)


Bahan-bahan :
900 gram dada ayam dikisar
1/2 sudu kecil  garam
secubit lada hitam
keju (boleh juga diganti dengan sedikit susu segar)
sayur-sayuran (brokoli/carrot/kentang yang direbus dahulu kemudian dikisar)
serbuk roti/cornflakes kisar/oat kisar
telur 2 biji dipukul

Cara : 
Dada ayam dikisar , di gaul bersama garam dan lada hitam . Bentukkan dan salut bersama serbuk roti/serbuk cornflakes.Salut pula dengan telur yang sudah dipukul dan salut lagi sekali dengan serbuk roti .Sedia untuk di frozenkan . Ayam itu tak perlu direbus dulu.selamat mencuba.;-)

Alhamdulillah atas rezeki dariNYA.:)

Wednesday, December 21, 2011

Cheesy Vegie Meatballs untuk si kecil

Resepi ini diinspirasikan dari ibu ibu hebat, ayinemran dan chika.

Asalnya bahan utama, ialah ayam atau ikan.Tetapi saya tiada keduanya.Saya ganti dengan daging.

Cuma,kalau daging.Ia agak chewy.Lama adam nak mengunyah.Gigi garaham dah tumbuh tapi belum penuh.Comel pula saya tengok dia kunyah.Hehe.




 Resepi sangat mudah,Anak-anak berulang-ulang minta nak lagi.Mereka suka.Ummi gembira.Alhamdulillah.

1) Saya masukkan Brokoli dan lobak merah (yang dah direbus) dan keju mozarella parut dalam pengisar.Kisarkan.




2) Saya campurkan daging (saya guna ramly daging kisar), brokoli,lobak merah, keju mozarella (yang di kisar tadi) , lada hitam, sedikit garam, dalam satu bekas untuk digauli mesra.
3) Kemudian campurkan dengan sebiji telur dan serbuk roti. Gaul dan bulat-bulatkan. 
4) Goreng dengan sedikit minyak dalam kuali. 

5) Bila sudah masak kedua-dua bahagian garing, angkat dan hidangkan.
Nota :
1) Jika tiada serbuk roti.Gunakan roti gardenia yang sudah ditoast dan dikisar halus
2)Resepi ini sesuai untuk anak-anak yang sukar makan sayur-sayuran.

Lain kali saya mahu cuba guna ayam atau ikan pula.Selamat mencuba! :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers