ads

Showing posts with label Baking. Show all posts
Showing posts with label Baking. Show all posts

Monday, June 17, 2013

Mini Cheesecake..Say cheese!

Assalam Alayk!

Punyalah lama dalam draf.Nak share resepi simple.Resepi Cheesecake paling senang dan sedap

Sebelum bersalin mintak resepi dari kawan di instagram.Tiba-tiba terberanak.Haha.Terperuk dulu lah cheesecake jawabnya.

Dan akhirnya,selepas 2 bulan cheese cream tersimpan dalam freeze.Oven kembali berbau harum.Syukurlah menjadi..Sampai tak cukup.Anak-anak suka.Adik-Adik suka.Nanti boleh buat lagi! :)


blueberries bagus untuk kulit.sedap tapi mahal lah benda cenonet ni kan.

untuk base : finely crush 140 g biskut marie ( saya guna digestive biscuit) dan 70 g melted butter.
bahagikan mixture biskut sama rata ke dalam case/ cupcake or muffin cup.( about 1 firmly packed tablespoon per case)

beat 250g cream cheese ( softened) dan 40g caster sugar

masukkan dua biji telur ( jika saiz kecil,kalau besar guna 1 sahaja) dan pukul sehingga sebati

masukkan 1 sudu besar lemon jiuce dan 150ml thickened cream

divide evenly, sedia untuk di bakar : 20 mins pada 180 celcius

Kemudian hiaskan dengan jem dan blueberies.Yummm.Siap!
Saya doublekan resepi.
Dapat dalam 20 + biji cheesecake.senangkan.Simple je resepinya.Selamat mencuba! :)

Tuesday, January 29, 2013

Nutella brownies dengan 3 bahan sahaja

Assalamualaikum

Sekarang kalau nak baking,memang cari yang mudah-mudah saja.Senang cerita,yang kacau-kacau je.

Resepi ini juga sesuai untuk aktiviti baking dengan anak-anak.Suka dorang mixing,whisking dan lagi part menjilat balance batter dan nutella!

Bahan-bahan 5 sudu tepung (tepung gandum biasa),1/2 cawan nutella dan 1 biji telur.Boleh double kan resepi ini untuk dapat lagi banyak brownies.

Cara-caranya : campur semua bahan sampai sebati.masukkan dalam cup.dan bakar pada suhu 180c selama 20-30 minit.Terlalu mudah! Selamat mencuba! :)











Tuesday, January 10, 2012

Kids Activities : Baking M&M cookies

Bismillah.

Mengikut pendidikan Waldorf, kanak-kanak perlu dididik dan menikmati dunia melalui tangan, jiwa,anggota badan bukan hanya minda mereka.Waldorf mengemukakan  'Bake,play and learn sebagai aspek di dalam pembelajaran mereka.Selain dari itu,tidak dinafikan baking ialah satu aktiviti yang amat menyeronokkan! Lepas buat,dapat makan pula.Yummms! :)

Kebiasaannya Aufa jarang nap di tengah hari atau petang seperti adam.Mata dah tahan macam kita.Jadi,haruslah buat apa-apa aktiviti untuk dia.Kalau rajin,ummi ajak baking! Dia sangat suka.Dia tolong pegang mixer.Ummi masukkan bahan.Haritu buat cupcake.Suruh dia deco frosting.Wah,gembiranya.lepas tu,dah mulalah minta buatkan kek di malam-malam hari.*Pengsan*.

Jadi,baru-baru ini kami baking M&M cookies.Ini gara-gara terpengaruh dengan gambar-gambar di instagram.Terus teringin nak buat.Bahan-bahan ada pula,cuma perlu beli coklat M&M.Resepi cookies saya rujuk di sini


Ingredients

1 cup packed brown sugar
1/2 cup white sugar
1 cup shortening (jika tiada,boleh subtitute dengan butter)
2 eggs
1 1/2 teaspoons vanilla extract
2 1/2 cups all-purpose flour
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
1 1/2 cups candy-coated milk chocolate pieces

Directions

In a large bowl, mix sugar, shortening, eggs and vanilla thoroughly. Add flour, salt, and baking soda to creamed mixture. Blend well. Add 3/4 cup of M&M candies.
Drop dough by teaspoonful onto cookie sheet. Slightly push a few candies on top of each dough ball with remaining candies.
Bake at  (175 degrees C) for 9 to 11 minutes, to your liking.


Waktu nak deko.Adam pun bangun dari nap.Just right in time lah.Hehe.Join kakak sekali.Put M&M on the cookies,sayang! Sambil itu, suruh Aufa sebut warna M&M yang dia ambil.

adam sambil letak,sambil mengunyah.


tips : jangan letak dekat-dekat sangat.Nanti cookies akan mengembang besar.my oven comel je.kena bakar sikit-sikit lah jawabnya. kalau malas,simpan the balance dalam tupperware.esok boleh sambung bakar lagi.;)

Yeay! baking is so fun!

Tadaaaa.our yummy M&M cookies.it looks so fun & colourful!

Bake some for us, some for our neighbour and some for aufa & adam's aunties.Alhamdulillah :)

Ok,selamat mencuba kawan-kawan.Tengoklah muka Adam pun dah berwarna warni ;)

Happy Baking with kids.Have a wonderful time.InsyaAllah :-)

Wednesday, July 6, 2011

My Little Pizza Maker

Salam Sayang,

"A daughter is a day brightener and a heart warmer. A daughter is a little girl who grows up to be a friend "

Dua minggu lepas.Buat aktiviti masak pizza dengan Aufa.Membakar pizza untuk Abi untuk minum petang bersama.Pizza doh ummi beli yang siap di Giant.Balik rumah letakkan tomato puri dan bahan bahannya saja di atasnya.Senang saja.Selain sebagai aktiviti untuknya,dapat memupuk minat ke dapur membantu ummi kelak! Amin....:)


Bahan-bahannya penuh warna warni dan berkhasiat.

Tekun

Menyusun pun penuh kesenian

Akhir sekali.Cheese.Yummy!

Done! My proud pizza maker!

Kita masukkan dalam oven.Bakar selama 30 minit pada suhu 180 celcius ya puan-puan.Okay,saya mahu mandi dulu.

Air tangan Aufa! Dah Masak! Tadaaaa...:)

Lepas Abi sampai,teruja Aufa bagitahu Aufa buat pizza! Kemudian makan sama-sama.Adik adam pun join.nom nom nom.Mulut penuh! 


Yang ini ummi buat untuk raikan Hari lahir adik bongsu.Ada daging cincang lebih buat beef pie hari itu.Jadilah,campur dengan bahan-bahan yang masih ada.Cheese pun tinggal sedikit.Yang penting black olive suka letak banyak-banyak.Kalau makan pizza di restoran,berebut nak ambil bahagian yang banyak black olive yang hanya beberapa ketul! Haha.

Eh,lama tak ke Domino's.Saya suka pizza di Domino's dari Pizza Hut.Tetapi makan pizza air tangan sendiri pun sedap juga,dari asyik makan air tangan orang saja.Hehe.Padahal bukan uli doh sendiri.Masih bukan 100% air tangan sendiri! Haha.

Alhamdulillah atas rezeki Allah.Bersyukur lah padaNya kita dapat menikmati pelbagai makanan pelbagai rasa sedangkan ada insan tidak dapat menikmati sesuap nasi pun.Allah,sudah banyak nikmat Allah beri pada kita.

Sekian.Terima kasih.Marilah buat pizza!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers