ads

Showing posts with label Aksi. Show all posts
Showing posts with label Aksi. Show all posts

Thursday, October 30, 2014

Bila anak mula membaca

Alhamdulillah Aufa dah mula membaca.how time flies..tahun depan masuk darjah satu dah!

Teachernya kata di sekolah, dia sedang baca English series by bacalah anakku pula.Kalau di rumah, buku peter & Jane di buku no 3.ayat mudah boleh lah dia baca.but sometimes got confused dengan sebutan Bahasa melayu & sebutan English esp huruf C!

Perubahan bila anak dah membaca..

Dia akan baca semua ayat yang dia nampak, tepi jalan ke, kat mall ke,kita kena alert je.Kalau dia tak tahu sebut, dia tanya. Paling kesian bila nak baca subtitle.Selalu tak sempat, sebab laju sangat! Haha

Dia mula request nak pergi library atau bookstore.Pilih buku sendiri.that's good! Alhamdulillah happy.Tapi yang kelakar, dia ni membaca volume kuat.habis bergema lah bookstore or library, semua dengar cerita dia! Haha



Dia baca semua buku buku yang sedia ada, yang sebelum Ummi bacakan.terharu sikit bila dengar.Sebelum ni kita dok bed time stories kan, la ni dia story kat kite & adik2 plak

Perubahan pada kita, lebih gemar belikan komik, majalah or buku cerita.Jika sebelum ni banyak buku color2/stickers/activity books. 

Dan bila dah pandai membaca, maka pandai mengeja kan...

Dia mula buat galeri art, tampal di dinding di sekitar rumah



Dan tolong Ummi tulis groceries shopping list.kelakar tengok dia eja.hehe


Saya terjumpa dia buat karangan tentang rumah kami


And lastly tulis notis warning untuk Sarah.Sarah suka usik barang dia, sepahkan bilik dia.Macamlah adik boleh baca! Haha


Sarah tak boleh masuk bilik ini.Ini bilik abang dan kakak.Terima kasih

Adui lawak! Hahaha 

Wednesday, February 27, 2013

My Superhero

Salam Sayang semua!

Adam si budak lasak! He is 33 months already.big boy sudah..

Mula-mula minat dengan Bumblebee Transformers, kemudian terpengaruh pula dengan Ultraman dan sekarang Spiderman! Budak lelaki memang mudah terjebak dengan superheroes ni ek?

Kalau dulu tanya,Besar nanti nak jadi apa? dia jawab robot transformers! Sekarang kalau tanya soalan itu.Dia jawab spiderman! Kenapa dah tukar? Dia jawab, "Spiderman handsome,bumblebee tak" Ya Allah.budak ni!

Dialog bila jadi bumblebee transformers.

"Adam tengah lawan robot jahat ni.( sambil beraksi hebat konon robot.
"Kakak,jaga ummi abi.Biar Adam lawan sampai menang"

Bila layan aksi dia,memang bahagia.Tergelak-gelak.Tapi risau juga kalau terlalu extreme terpengaruh.Itulah dari kita juga tengok movie transformers.


Baru-baru ini kemas baju baby dia.Maka,terjumpa lah spiderman costume dia.Terus nak pakai dan tidak mahu bukak langsung! Lepas mandi,nak pakai balik.Parah yooo! :)

Maka bermula lah menggelarkan dirinya sebagai spiderman.Imaginasi jadi superhero pulak!

Ummi,spiderman lapar.
Ummi,spiderman nak tidur.
Ummi,spiderman nak poo.
Ummi,spiderman nak air.

Amboi!

Tetapi apa yang merisaukan bila terpengaruh dengan identiti superheroes ini,dia mula "beraksi" buat tendangan,lompatan,guling-guling.Tahu-tahu dia melalak kepala dah cium lantai.Kan??

Lagi merisaukan kakaknya jadi mangsa.Tiba-Tiba kena belasah! Oh no! Ini tidak boleh!.Puaslah kita tegur dia."Jangan buat kakak.Kakak bukan monster,bukan orang jahat". kita kena twist balik ni.Baru dia stop.*_*

Anak - anak bujang u all camni tak?

Saya risau dia jadi ganas.Ada yang cakap tak perlu risau.memang fasa dia.Nanti dah besar sikit,dia tukar "cita-cita" lain pula.Hahaha.Semoga lah kan.:)

Adam.. Adam..bab nak "melindungi" ummi abi dari robot jahat itu memang terharu lah.Semoga sampai besar lah jadi superhero mujahid kami ya! :)







Friday, April 8, 2011

Menu untuk bayi 10 bulan

 Salam Sayang

Alhamdulillah.Adam sudah 10 bulan.Jadual makanan juga ikut berginjak.Maju ke hadapan juga.Jom tengok aksi Adam makan.Apa menu untuk bayi 10 bulan?

Bismillah..nyum nyum..
my BIG 10 month boy.dapat ke ceduk tu?
waaahhh...makan dengan lahapnya..

smile baby smile.ummi nak masuk dalam blog ni..hehe



Comot messy boy


Pada usia 10 bulan ke atas, boleh perkenalkan bayi dengan menu baru seperti,rempah ratus (sup atau kari), Pasta, Tofu,kuning telur,Yogurt dan keju ( bergantung kepada keadaan bayi dan nasihat peaditrician).Adam sudah cuba semua.Alhamdulillah tiada alergi.Paling suka Plain Yogurt diblend dengan buah-buahan.:)


Buah-buahan pula,berries (strawberi dan blueberri. Bergantung kepada alergi.),ceri,sitrus,kurma,dan Anggur.Sayur pula peas,buncis, jagung,timun dan tomato dah boleh cuba bagi.


Boleh mencuba jenis ikan lain pula.Sebelum ini ummi bagi adam ikan bilis,ikan kembung,ikan tenggiri dan salmon.Lebih baik beri bayi lebih ikan dari ayam dan daging untuk perkembangan otak yg cerdas. Ikan yang selamat untuk bayi ialah ikan berdaging putih kerana kaya dengan omega 3 dan rendah merkuri.contohnya ikan kod,ikan sebelah,ikan haddock dan ikan sole.( Tapi tak pernah beli ikan-ikan ni.Macammana lah rupanya.Hehe.Kalau ada jual,boleh lah cuba kan? )


 Contoh menu untuk breakfast, lunch, dan dinner. Boleh tengok mana yang boleh.Ummi cuba mana bahan yang ada.Hehe.Yang penting kena pelbagaikan menu,warna,rasa dan tekstur.












sumber info dari : wholesomebabyfood :)

Dapatkan produk baru kami :

BellaVita

Kandungan :  15 gram x 15 sachets
Harga Promosi :
1 unit – RM 170.00
2 unit – RM 295.00
4 unit – RM 537.00
Harga Sebenar  Seunit : RM 179.00 (SM) / RM 189.00 (SS)


hubungi : raudhah69@gmail.com

Thursday, March 31, 2011

Aufa belajar Bahasa Arab

Salam Sayang semua..

Anak anak ummi suka tengok CD.Ummi ada beli brainy baby, barney, educational songs CD.Dorang dok tengok ulang2 setiap hari.Tak Boring.

Then, Ummi terfikir nak cari CD islamik pula.then bila google terjumpa produk from Islamkids.Ummi terjumpa di Brainy Young Calliph webstore.Bagus webstore ini.(Siap like facebook fanpage dia..hehe).Then pastu ummi try tanya watie.Rupanya ada jual di GBOB.Boleh dapatkan direct dari GBOB.Lagi senang kan.Kalau nak beli online dari pengedar lain pun boleh.

Bila sampai di GBOB.Watie terangkan kat ummi about produk ni.rupanya bkn VCD pasang kat tv.Yang ni kena pasang kat laptop.Produk ni ada learning,ada games.so,kena kena observation and involvement dari kita juga lah.Mula2 mcm tak jadi.sebab ummi nak VCD suh dorang tengok.Nak bagi dorang leka sambil ummi siapkan homechores.

Then abi kata, bagus produk ini.kalau VCD pasang je kita tak tahu anak kita betul2 dapat tak.just tengok je.input je,tak tahu output dia.kalau product camni,dia perlukan involvement dari anak kita.kita dapat tahu melalui interesting games dia.Games dia sgt best dan comel! siap ada markah berapa anak kita dapat.lepas belajar, ada exercise book untuk anak buat.siap bagi set color pencil juga.



Produk ini tentang pembelajaran bahasa arab.proses pula pembelajaran dalam english.Sesuai untuk 1-4 tahun.Dalam set islamkids ada 6 main lessons, my first arabic,my first iqra, my first kalimah,my first solat,my first adab,my family.Aufa sangat suka bila bukak Cd ni.comel sangat Aisyah yang mengajar dlm CD nih."Ummi, Aufa nak aisyah.Nak aisyah.! nak ajak belajar islamkids la tu. :) Tapi ummi kena layan lah.sebab dia tak reti sgt guna mouse.Boleh tengok demo produk secara online disini.


Iphone dan iPad application pun ada tau.So,Aufa boleh belajar bahasa arab bila-bila masa dan dimana jua! Jom join baby khalifah member! Aufa dah join.cari Salsabila Aufa.:) ada juga free activities boleh main kat situ! boleh tgk  iTV jugak.Boleh jumpa kawan2 kat sana.yeay! Seronoknya.:)


Asslamulaikum my dear friends!
My name is Salsabila Aufa. Im 2 years old!
Let's join me in baby khalifah member!

Its so much fun!

I love learning arabic.Its is a languange of Jannah.Alhamdulillah :)
Let's learn together.Come join me!

Ilal Liqa' my dear baby khalifah!


Saidina Omar r.a berkata: “Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya, kerana zamannya sekarang tidak sama dengan zamanmu dahulu”.

Saturday, February 12, 2011

Aksi anak- anak di pantai cenang

Assalammualaikum wbt

Ingat tak first time Aufa ke pantai? first aufa pijak pasir pantai semasa babymoon vacation di Bagan Lalang.
Masa tu dia takut sangat dengan ombak! Ombak datang dia teriak bukan main.Kelakar sangat!

Di pantai batu feringgi pun still takut lagi..

Kali ini cuba tengok,Aufa macam mana pula?...


lembutnya pasir ni..lari dengan riang ria!
suasana petang di pantai cenang

adam geli pijak pasir.kakak datang bagi sokongan.look,adik.tengok kakak..its so fun! jangan takut..

Hehe.Aufa dah suka ombak! menjerit happy bila ombak datang.Tak menangis lagi...:)
Abi bawak adam ke tengah
Bila datang kat ummi,camnilah muka adam.Cuak! hehe.
Kakak tulis tulis kat pasir..
Esok pagi bangun pagi terus main kat pantai lagi

Adam main pasir.Dia tak geli dah..Good jod dear!

We had so much time at the beach! yeay!!


Baguslah ada perubahan sikit.ombak tak jahat lagi.Hehe.Aufa..Adam..Ombak juga ciptaan Allah.sama seperti kita.Ombak kawan kita kan?.Ombak sentiasa patuh dan taat kepada Allah.Dia sentiasa berzikir mengingati Maha Pencipta..Kita pun kena selalu ingat dan taat pada Pencipta kita,the creator of the universe...ALLAH. we love ALLAH .:)

Anak-anak ummi tak takut lagi.next time boleh bawa lagi...kita mandi kat pantai mana pula lepas ini? InsyaAllah.Ada rezeki abi ummi bawa holiday lagi ok...

Friday, January 28, 2011

My Lil Gardener

Assalammualaikum

Ummi kata saya banyak projek.macam macam projek.ini projek terbaru saya...

Ummi..boleh saya belajar apa yang tiada dalam buku?

Pergilah Sayang...(dah macam iklan kat tv pula)hehe.

Saya budak rajin.Saya tolong Wan siram pokok.

Bukan susah pun kerja ni.Amik air kat baldi ni..

Pastu siram lah.pokok pun haus.Dia pun nak minum air jugak...

Seronoknya siram pokok! Siram lagi.siram lagi..Ummi,jangan lah kacau saya..

Lepas siram,mangkuk jadi topi pulak.baru bergaya!

Aufa! masuk...dah dah..kotor bekas tu,dia boleh pakai pulak..Jom masuk mandi!! Melambung bil air umah wan kang.byk dah main air tu...(pot pet pot pet)...

alamak, ummi dah panggil saya.Bye semua.Happy Holiday everyone..muah!!



Wednesday, September 29, 2010

Coretan Eid Mubarak 1431H - Meriahnya beraya di kampung

Salam Sayang semua...

Kembali bersiaran.Lambatnya sambung coretan Aidilfitri.Mana tak nya,anak-anak demam pulak.Aufa demam dulu.Kemudian adam pula berjangkit.Alhamdulillah,hari ini beransur pulih.

Kisah hari raya kedua kami di melaka.sebelum subuh bertolak dari melaka.Kampung my mak and ayah.Walau Atuk dan nenek sudah tiada,kami masih beraya di rumah pusaka.Hati melonjak-lonjak.Tak sabar nak jumpa mak,ayah,adik beradik dan saudara mara.pukul 8 pagi kami sampai.Penat tapi gembira.

Pukul 11 kami mula beraya ziarah saudara mara.tema raya kali ini ialah merah jambu.It was my idea and hubby was very sporting to wear that color.hehe.

This year raya pictures using my new dslr.Thanks hubby! Main tembak je.Yang penting bergambar sakan! :D



Aidilfitri 1431H,Aufa's second raya.Tapi perbezaan tahun ini.Aufa sudah pandai bergaya dengan baju kurungnya.macam- macam pose pun boleh.Priceless!

Ikut calendar Hijrah.She will turn 2 on 4th syawal.My dear Salsabila Aufa, you'll be my big girl.How time flies!

Alamak.Wait ummi ! Adam nak susu! Kena bagi upah dulu lah ummi..

Me dapat menembak banyak gambar kali ini sebab ramai pembantu boleh pegang aufa dan adam. Aufa tak menempel kat ummi je.Dah ada ramai mak saudara tolong layan.Adam dengan pakcik2nya.Nak baru menyusu cari ummi.

Adam's first raya.Adam's first baju melayu and songkok.and Adam's first shoe.Songkok longgar.Ummi tak sabar nak pakaikan jugak.hehe.Pelik je dia, apa benda atas kepala ni?.beratnya! :D

Suka gambar ni sebab Adam senyum..Tadi asyik control macho je.Hehe.

Yey! Dapat duit raya.ummi, simpankan dalam bank tau...Orait!

Potret family Aidilfitri 1431H.Tahun lepas bertiga.Tahun ini beraya berempat pula.So,this year is the best raya ever.Alhamdulillah.Ada yang usik cepatnya.Productivity betul.Haha.Ada yang usik,tahun depan berlima pulak.Alamak.Hehe.


Qolbu yasari wa Qolbu yamani...Adam hisap jari. yummy fingers! Aufa sibuk dengan lipstik! suka melawa.pantang jumpa mekap,tak boleh lepas! Girls always be girls!

Suka rumah kampung.Suka bergambar di tangga batu.klasik! Rumah kampung ini pernah menang rumah tercantik.Masih kekalkan warisan melayu.

I love this picture! Hubby, Ayah,Mak and sisters!


She took her aunt phone.Letak kat lantai.Suruh set timer.Nak posing.Siapa ajar? Like mother,like daughter.Haha.



Sebijik kan muka dua budak ni? Sama duduk dalam perut ummi dulu.

Adam with his cousin,Kasih. They look comellicious on bumbo! bam bam betul kasih.


Pinjam bumbo khayra kejap.Tak sempat nak posing dengan khayra pulak.Adam kena practice.kepala belum kuat sgt.Comel lah bumbo warna kuning.

Our third raya together.Posing ala pengantin baru mesti ada.

My sisters.Terasa muda remaja bila bergambar dengan anak-anak dara.seriously! :D

Habis beraya kami singgah bergambar lagi kat pantai pulak.Enjoy!

This time dua budak ni dah kepenatan.My siblings still seronok nak bergambar-gambar.Layan jelah.Dorang ni excited beraya dengan anak-anak buah.

Alhamdulillah.Seronok beraya di kampung halaman.Kenyang makan ketupat,lemang,dan pelbagai rendang.Suka suasana kampung.Meriah jumpa beraya ziarah saudara mara,sepupu-sepupu,dan anak-anak buah.Riuh rendah pelbagai cerita dan jenaka.Bahagia.Thank You Allah blessing our life with full of joy and happiness.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers