ads

Showing posts with label Activities. Show all posts
Showing posts with label Activities. Show all posts

Tuesday, March 25, 2014

Window painting

Assalammualaikum

Messy activity for kids : mengecat tingkap kaca.
Lepat cat kena basuh dan lap balik.
Get messy and clean up activity!

Recipe window paint :

  • 1 cup hand soap [or use dish soap]
  • 1/2 cup cornstarch
  • Few drops of food coloring
source from : handsonwegrow.com



Cermin kaca di rumah kami, di ruangan dapur saja.Kalau ada cermin sliding door yang besar tu lagi best! Alaskan kain yang tak guna lagi di lantai.Paint cermin sahaja tau! selepas paint ajar anak clean up dengan span dan air dan kain bersih.baru berkilat!

Saturday, September 28, 2013

Homemade Play Dough paling mudah.(Resepi senang)

Assalam Alayk...

Play doh, kegemaran anak-anak.Mereka boleh leka bermain play doh.Aktiviti yang bagus untuk sensory dan perkembangan minda mereka.

Saya nak kongsi resepi play doh paling mudah.Saya ada cuba pelbagai resepi.yang perlu masak atas dapur, yang letak cream of tartar.Kalau buka youtube macam-macam resepi.Tapi yang ini paling senang...

Ia tanpa perlu masak
Ia tanpa cream of tartar.pekebenda tu? Nak cari mana? Tak payah susah -susah.
Tiada alasan tak boleh cuba.Senang sangat ni.Berdosa tau tak cuba.Amboi berlebih-lebihan.Hehe

Bahan- bahan yang diperlukan di bawah, termasuk seorang kanak- kanak atau lebih.Hehe



Cara- cara : 
Ambil 4 mangkuk 
1. Bahagi air kepada 4 mangkuk.
2. Masukkan minyak, bahagi kepada   4 juga.
3. Tambah warna pilihan ke dalam setiap mangkuk.
4.campur tepung dan garam dalam bekas besar.
5. Bahagi campuran tepung dan garam tadi ke dalam 4 mangkuk.
6. Gaul rata semua
7. Uli atas meja, tambah tepung jika doh lembik.

Rujuk video di bawah.Lagi senang faham.Hehe
Selamat menguli.Galakkan anak membentuk mainan, objek, bentuk, huruf kesukaannya.

Gunakan cookies cutter juga boleh

Campur dua warna primari, dapat warna baru. Yeay! Magic! mereka akan teruja mempelajari.Masa berkualiti bersama dengan kreatif.
Selamat mencuba.:)






Monday, March 11, 2013

Messy time! Fun time!

 Salam Sayang Semua!

Its time to have fun with color! Setuju tak kalau saya kata water color adalah mahal? Kalau beli,sekejap saja anak-anak conteng-conteng dah habis! So,mari kita buat paint color sendiri!

 Resepi

1/2 cawan tepung jagung
2 cawan air
pewarna makanan

Cara-cara :

Campurkan tepung dan air.Panaskan dalam periuk atas api perlahan.Kacau sampai pekat.Kemudian sejuk sekejap dan campur pewarna yang dikehendaki.Siap!

Boleh main dan mewarna sepuas-puasnya!

Tips aktiviti :

1) ajar anak campur warna untuk hasilkan warna baru.
2) gunakan bahan semulajadi, seperti daun.dan warnakan.Kemudian tekapkan di kertas.Atau buah dan sayur-sayuran yang ada di dalam peti ais anda!
 3) Boleh gunakan tangan atau berus.Ia selamat.Jadi tidak risau jika anak termakan.Cuci tangan anak dengan air sabun selepas mewarna!

















Thursday, February 21, 2013

My little artist has grown up!


 " Kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan" : Torrance (1970)



Salsabila Aufa,my grown up little artist.She is already 4 year and 4 months.Masa pantas berlalu.Oh nak nangis! Dulu bermula dengan finger painting,conteng-conteng,orang lidi, dan sekarang nampak minatnya terhadap melukis makin bercambah.She loves drawing so much! Oh anak...dah besar kamu...Nangis lagi..HUKHUK

Asalnya,saya terapkan color dan kertas untuk mengisi masanya.Aktiviti itulah yang paling mudah Hehe.Lagi satu,nak kurangkan kebergantungan anak kepada gadget.Bila saya sibuk  buat kerja,Dia akan ambil kertas dan keluarkan alatan dia.Alhamdulillah dia mula lah fokus melukis sendiri.

Sebelum ini...Jika boring dan tak layan dia,mesti nak minta ipad or iphone.Nak main,kemudian bergaduh dan berebut dengan adam.Akhirnya saya pening semula.Maka,simpanlah gadget.Nah,kertas! HAHAHA

Kalau tengok tv pulak,suka art attack show,yang ada lukis-lukis memang dia leka lah.Nanti dia tiru lukis pula.Selalu dia suka lukis orang, jadi saya rangsang dia lukis benda lain pula,seperti alam sekitar,binatang apa saja yang dia lihat. Selepas melukis,mula lah dia mewarna dengan penuh warna warni.

Selain itu,ada juga terlepas lukis di dinding rumah.Nangis!!! Baru baru ini dia lukis Alphabets ABCDEFGH bla bla di dinding tangga!.Agaknya sama seperti di tadikanya.Uwaaa,nangis! Saya dah cat semula.Selain itu,dalam kereta pun dia ada lukis dengan magic pen.uwaa.Lukis di lantai,dan diatas travel beg.Yang melukis di tempat selain kertas memang tak boleh lah kan. Kena lah kaunselling dengan kami.Puaslah nak menyental semula.

Sekarang hasil seni dia dah makin bertambah - tambah.Galeri pun dah tak muat Hehe.Saya nak scan untuk digital copy.dan simpan hasil lukisannya dalam fail.Sangat bernilai rasanya.over maknya! HUKHUK.

 Melukis boleh merangsang pembentukan minda kreatif kanak-kanak selain ‘menggerakkan’ otak kanan untuk berfikir. Kebanyakan aktiviti seperti percakapan, analisis (mentafsir), rasional, logikal, belajar bahasa dan mengira (termasuk mengenal abjad dan huruf) menggunakan otak kiri. Manakala otak kanan pula digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan seperti lukisan, kraf dan muzik.




Mula menulis, mengenal huruf

Baru bermula melukis,Rainbow
Lukis ummi dan Abi

Dah siap! adik tumpang posing sekali!

Bermula dengan orang lidi. Imaginasinya berkembang!

Family potret..Terharu! hukhuk

Keluarga besar kami

Kereta,jalan raya dan lampu isyarat

dinosaur yang ceria

Kereta semua ahli keluarga.Rombongan pergi bercuti berjalan-jalan ke kakak? haha

Galeri seni Kakak.Hasil dari otak kanannya yang bergerak Haha

Lukisan bawa balik dari sekolah.Teacher bagi 6 bintang.Hehe

Lukisan suprise buat ummi di depan pintu bilik.Kata kakak,lukis famili dan adik-adik.Wah! banyaknya saya nak kena beranak! HAHAHA

Lukis tadika dia.Rindu sekolah sebab cuti lama kena chicken pox :)

Dan dia suka mewarna berwarna warni begini.

Oh ya,cakap pasal kreativiti. Saya sangat minat dengan seni dan kreativiti.Walaupun tidaklah kreatif.Dan saya amat minat terhadap produk yang unik dan kreatif di pasaran.sungguh cantik! Lukisan,wall deco, produk pinggan mangkuk yang penuh corak seni diatasnya,produk yang unik,susun atur atau reka bentuk bangunan yang artistik.Kalau lah boleh juga buat duit melalui kreativiti/hasil seni kan best? Verangan! HAHAHA.Korang suka tak?





Friday, February 8, 2013

Homemade Baking Clay

Salam Sayang semua

Sensori aktiviti atau motor skills aktiviti kegemaran anak-anak ialah Play dough."ummi,buatlah playdoh,kakak nak color pink and purple.Adam pun menyampuk,Adam,blue!! Demand tak? Hahaha.

Bila main tu bagus,leka.Tapi itu lah nanti melekat lekat,bertempek Ala tahi unta lantai rumah dengan playdoh dorang.kita juga kena menyental.

Dan lately terjumpa resepi homemade clay recipe dari google.So,dah dua kali buat aktiviti ini.Alhamdulillah mereka suka! Ubah angin sikit.try clay pulak!

So resipinya di bawah.bancuh saja,kemudian bentuk2kan ikut suka hati Hehe.sama ada gunakan mold cookies.boleh belajar shapes.Atau apa saja minat anak-anak.Kita buat contoh,suruh anak-anak tiru.Aufa boleh ikut lah.Adam belum lagi.Suruh dia buat ball,bulat-bulat.Bila dah mahir, jadi lah banyak.dia cantum-cantumkan bola kecil-kecil itu."ummi,adam buat snake!" Haha

Bila dah siap bentukkan.bakar dalam oven pada suhu 180c selama 40minit-1jam.Tengok-tengoklah jugak.Jangan sampai jadi warna perang pulak.tujuan kita bakar utk keringkan dia.Ada juga kaedah yang menggunakan hair dryer.

Bila clay dah kering,boleh lah suruh anak-anak paint dengan water color.Then,keringkan.Hasil kreativiti anak-anak ni boleh di simpan.Batch pertama mereka buat,dah bagi kat atuk nenek.nenek susun kat almari tv.Cewah!

Ok,selamat mencuba aktiviti ini! :)





Resepi clay.Credit to thejuise.blogspot.com

setelah dibakar

proses menconteng

kusyuk betul

Sesudah dikeringkan

Tuesday, January 29, 2013

Nutella brownies dengan 3 bahan sahaja

Assalamualaikum

Sekarang kalau nak baking,memang cari yang mudah-mudah saja.Senang cerita,yang kacau-kacau je.

Resepi ini juga sesuai untuk aktiviti baking dengan anak-anak.Suka dorang mixing,whisking dan lagi part menjilat balance batter dan nutella!

Bahan-bahan 5 sudu tepung (tepung gandum biasa),1/2 cawan nutella dan 1 biji telur.Boleh double kan resepi ini untuk dapat lagi banyak brownies.

Cara-caranya : campur semua bahan sampai sebati.masukkan dalam cup.dan bakar pada suhu 180c selama 20-30 minit.Terlalu mudah! Selamat mencuba! :)











Thursday, January 19, 2012

Aktiviti hari ini

Bismillah

Hari ini rasa malas.Ada kawan Twitter kata,saya tiada hari malas ke?.Ok,saya umumkan hari ini hari malas.Tetapi hari malas itu bagaimana? Saya pun tak pasti.Hehehe

Tetapi malas malas pun.Tak boleh tak layan dua anak.dua tanggungjawab di Rumah.Tak boleh lari.Dua dua perlukan perhatian dari pagi hingga ke malam.beginilah kalau SAHM.ibu ibu SAHM saja memahami keadaan ini.Waktu mereka tidur sahaja baru ada masa untuk diri sendiri dan menguruskan rumah yang kelam kabut,termasuklah menikmati secawan teh dengan tenang.phewww!

Hari ini buat craft paper plate mask.pastu suruh dorang main applications di ipad je.













Tetapi Ummi bersyukur.Dapat menikmati setiap masa dengan kamu.ummi harga peluang ini.Alhamdulillah.

Sabtu ini ada jemputan kahwin di JW marriot.Boleh tak Ummi mintak cuti sekejap? Kalian duduk dengan nenek atuk boleh? Ummi & Abi nak dating.Mahu makan dengan tenang.Boleh tak sayang-sayangku...:-)

-Posted using BlogPress from my iPhone

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers