ads

Thursday, February 21, 2013

My little artist has grown up!


 " Kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan" : Torrance (1970)



Salsabila Aufa,my grown up little artist.She is already 4 year and 4 months.Masa pantas berlalu.Oh nak nangis! Dulu bermula dengan finger painting,conteng-conteng,orang lidi, dan sekarang nampak minatnya terhadap melukis makin bercambah.She loves drawing so much! Oh anak...dah besar kamu...Nangis lagi..HUKHUK

Asalnya,saya terapkan color dan kertas untuk mengisi masanya.Aktiviti itulah yang paling mudah Hehe.Lagi satu,nak kurangkan kebergantungan anak kepada gadget.Bila saya sibuk  buat kerja,Dia akan ambil kertas dan keluarkan alatan dia.Alhamdulillah dia mula lah fokus melukis sendiri.

Sebelum ini...Jika boring dan tak layan dia,mesti nak minta ipad or iphone.Nak main,kemudian bergaduh dan berebut dengan adam.Akhirnya saya pening semula.Maka,simpanlah gadget.Nah,kertas! HAHAHA

Kalau tengok tv pulak,suka art attack show,yang ada lukis-lukis memang dia leka lah.Nanti dia tiru lukis pula.Selalu dia suka lukis orang, jadi saya rangsang dia lukis benda lain pula,seperti alam sekitar,binatang apa saja yang dia lihat. Selepas melukis,mula lah dia mewarna dengan penuh warna warni.

Selain itu,ada juga terlepas lukis di dinding rumah.Nangis!!! Baru baru ini dia lukis Alphabets ABCDEFGH bla bla di dinding tangga!.Agaknya sama seperti di tadikanya.Uwaaa,nangis! Saya dah cat semula.Selain itu,dalam kereta pun dia ada lukis dengan magic pen.uwaa.Lukis di lantai,dan diatas travel beg.Yang melukis di tempat selain kertas memang tak boleh lah kan. Kena lah kaunselling dengan kami.Puaslah nak menyental semula.

Sekarang hasil seni dia dah makin bertambah - tambah.Galeri pun dah tak muat Hehe.Saya nak scan untuk digital copy.dan simpan hasil lukisannya dalam fail.Sangat bernilai rasanya.over maknya! HUKHUK.

 Melukis boleh merangsang pembentukan minda kreatif kanak-kanak selain ‘menggerakkan’ otak kanan untuk berfikir. Kebanyakan aktiviti seperti percakapan, analisis (mentafsir), rasional, logikal, belajar bahasa dan mengira (termasuk mengenal abjad dan huruf) menggunakan otak kiri. Manakala otak kanan pula digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan seperti lukisan, kraf dan muzik.




Mula menulis, mengenal huruf

Baru bermula melukis,Rainbow
Lukis ummi dan Abi

Dah siap! adik tumpang posing sekali!

Bermula dengan orang lidi. Imaginasinya berkembang!

Family potret..Terharu! hukhuk

Keluarga besar kami

Kereta,jalan raya dan lampu isyarat

dinosaur yang ceria

Kereta semua ahli keluarga.Rombongan pergi bercuti berjalan-jalan ke kakak? haha

Galeri seni Kakak.Hasil dari otak kanannya yang bergerak Haha

Lukisan bawa balik dari sekolah.Teacher bagi 6 bintang.Hehe

Lukisan suprise buat ummi di depan pintu bilik.Kata kakak,lukis famili dan adik-adik.Wah! banyaknya saya nak kena beranak! HAHAHA

Lukis tadika dia.Rindu sekolah sebab cuti lama kena chicken pox :)

Dan dia suka mewarna berwarna warni begini.

Oh ya,cakap pasal kreativiti. Saya sangat minat dengan seni dan kreativiti.Walaupun tidaklah kreatif.Dan saya amat minat terhadap produk yang unik dan kreatif di pasaran.sungguh cantik! Lukisan,wall deco, produk pinggan mangkuk yang penuh corak seni diatasnya,produk yang unik,susun atur atau reka bentuk bangunan yang artistik.Kalau lah boleh juga buat duit melalui kreativiti/hasil seni kan best? Verangan! HAHAHA.Korang suka tak?





6 comments:

Sidratul Muntaha said...

baking and deco jugak a aprt of artist.
ahahaha
tpi selalu hampeh jugak klu tgn tgh keras.
ahahahhaa
*aqil pun suke melukis..
*cantik lukisan si kakak

Ummi Salsabila said...

Sidratul Muntaha : betul setuju! saya pun baking mesti comot2.tidaklah lembut sgt tgn ini Haha

Izan Ishak said...

aufa anak yg genius! suka tgk semua lukisan2 dia tu. jgn lupa simpan semuanya. kenangan bila dia dah besar nanti.

anak k.izan yg naufal tu sangat2 suka melukis. skrg umurnya 7 thn dah boleh lukis kereta kalah umminya ni.

Ummi Salsabila said...

Alhamdulillah..sebab dia minat kot kak izan.Adiknya belum nampak lagi.

Insy Akan simpan,berharga huhu suka belek2 juga :)

ishamizu said...

Saya pon suka art tp tak kretip..hehe..ank2 sy pon suka melukis dan mewarna, mmg patut kita galakkan, kn..ketidak ngadap iphone je la..huhu

Confession of a Coffeeholic Momma said...

hololololo.. comei bebenor la sengih posing utk camera gitu.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers