Salam Sayang semua!
Adam si budak lasak! He is 33 months already.big boy sudah..
Mula-mula minat dengan Bumblebee Transformers, kemudian terpengaruh pula dengan Ultraman dan sekarang Spiderman! Budak lelaki memang mudah terjebak dengan superheroes ni ek?
Kalau dulu tanya,Besar nanti nak jadi apa? dia jawab robot transformers! Sekarang kalau tanya soalan itu.Dia jawab spiderman! Kenapa dah tukar? Dia jawab, "Spiderman handsome,bumblebee tak" Ya Allah.budak ni!
Dialog bila jadi bumblebee transformers.
"Adam tengah lawan robot jahat ni.( sambil beraksi hebat konon robot.
"Kakak,jaga ummi abi.Biar Adam lawan sampai menang"
Bila layan aksi dia,memang bahagia.Tergelak-gelak.Tapi risau juga kalau terlalu extreme terpengaruh.Itulah dari kita juga tengok movie transformers.
Baru-baru ini kemas baju baby dia.Maka,terjumpa lah spiderman costume dia.Terus nak pakai dan tidak mahu bukak langsung! Lepas mandi,nak pakai balik.Parah yooo! :)
Maka bermula lah menggelarkan dirinya sebagai spiderman.Imaginasi jadi superhero pulak!
Ummi,spiderman lapar.
Ummi,spiderman nak tidur.
Ummi,spiderman nak poo.
Ummi,spiderman nak air.
Amboi!
Tetapi apa yang merisaukan bila terpengaruh dengan identiti superheroes ini,dia mula "beraksi" buat tendangan,lompatan,guling-guling.Tahu-tahu dia melalak kepala dah cium lantai.Kan??
Lagi merisaukan kakaknya jadi mangsa.Tiba-Tiba kena belasah! Oh no! Ini tidak boleh!.Puaslah kita tegur dia."Jangan buat kakak.Kakak bukan monster,bukan orang jahat". kita kena twist balik ni.Baru dia stop.*_*
Anak - anak bujang u all camni tak?
Saya risau dia jadi ganas.Ada yang cakap tak perlu risau.memang fasa dia.Nanti dah besar sikit,dia tukar "cita-cita" lain pula.Hahaha.Semoga lah kan.:)
Adam.. Adam..bab nak "melindungi" ummi abi dari robot jahat itu memang terharu lah.Semoga sampai besar lah jadi superhero mujahid kami ya! :)
4 comments:
anak sulong zura pong cmtu gak... skrg minat boboiboy ngn ultraman... asal nampak superhero lain je dia ckp tu ultraman jgk... kiut je kan telatah dorang nih..
Ultraman paling popular ek.Anak saya baru kenal 3 superhero tu.Baru? Hehehe.Cukuplah dia minat 3 tu.Saya risau plak hehe.Tapi mmg melucukan tgk anak2 beraksi kan? :)
sama ja cam anak akak, pantang balik rumah, suruh bukak cd otomen, dia nak tgk. paling tak tahan bila siratu jadi mangsa otomen dia
Ala sian si ratu jadi mangsa pulak.sama lah yg di sini.ummi dia pun kdg2 kena smack down! Adei sabar jelah
Post a Comment