ads

Thursday, May 7, 2015

Camne life a mom of 4?

Assalam 

Lamanya tak update blog..Busy teramat 
Hari ini seorang kawan bertanya soalan di atas..Camne life as a mom of 4? 
Jawapannya terlalu sibuk,tak cukup masa.Nak balas soalan dia pun lambat reply.Hehe.

Dan tika menulis entry ini, Sarah masih belum tidur.Bermain lagi.Tadi dia nak mengempeng, aku tak bagi sebab dah penat lama sgt dia nak nyot nyot.Apa lagi dia mengamuk menjerit jerit.Terus tak jadi tidur.tiap2 anak problem yang sama je, susah nak wean off.Ini pun abi dia dah hantar dia pi play school, kalau tak siang pun nak mengempeng je.tak boleh buat kerja apa..Ambil dia petang, apa lagi balai dendam la dia.nak syusyu Nak syusyu.

Sepanjang life as a mom of 1,2 or 3.Aku tak pernah melalak melainkan masa aku sakit bersalin,HAHAHA of course la kan.Dan masa aku admit ward, bacteria infection masa tu Sarah baby lagi.Tapi as a mom of 4 aku teriak ritu sebab penat sangat...huhu.Dan aku kerap tidur lambat sebab waktu malam lah aku nak buat macam2.dan esok pagi2 dah bangun hantar anak2 sekolah bla bla bla seterusnya rumah, makan minum,layan customers,uruskan bisnes pakaian aku ( my passion, my 5th baby)

Alhamdulillah.Semua rezeki Allah beri.rezeki anak2.Seronok bisnes.Syok dapat pegang duit sendiri, tapi kita penat pula, kelam kabut nak handle.Tulah orang cakap, ada duit, masa takde.Ada masa, duit tarak! HAHA

Alhamdulillah juga anak2 sihat, baby tak banyak ragam.keluar kerja, bawa baby kemana2.Nangis nak susu jela.tinggal kdg2 tak menang tangan.Sorang melalak, nak siapkan kakak nak ke sekolah, sorang nak perhatian.Bila situasi ini datang serentak pabila kita seorang diri.Alllahuakbar, Tuhan saja lah tahu.Baru lah tahu camne mak kita besarkan kite adik beradik.sian mak..sayang mak.Huhu

Anak2 cepat membesar.enjoy the moment, enjoy the miserable.tahu, nanti rindu!

Oklah sekian bebelan seorang Mak.macam aku sorang je penat! Semua mak pun penat.Masa anak Dara boleh lah enjoy, tengok CD korea ulang berapa ratus kali pun takpe! Haha




Friday, March 6, 2015

Semua Mak setuju kan dengan video ni?





Video yang menjadi viral.Mendapat berjuta share di facebook.Kenapa?
Satu, budak Elia ni memang adorable sangat! Geram haih
Dua, tengok pekerjaan Elia ni teringat kat anak-anak masing.
Tiga, memang mak-mak semua hadapi benda yang sama macam ni!

Setuju mak-mak? Yang tak setuju bapak je.Dia pun involve dalam parenting.Dia pun penat jugak HAHAHA


Beg bersalin hospital





Dah 3 kali ke wad bersalin pun saya lupa.Hari tu tengok balik entry lama saya checklist beg hospital.So perlu lah simpan yang latest di sini.EH nak tambah lagi ke? Kata dah serik haritu haha.Yelah nak kongsi dengan mommies lain Terutamanya yang pertama kali.


part 1 ialah barang-barang Mak :

1.  kad check up hospital/ buku pink
Penting untuk tahu segala history medical kita sepanjang pregnancy.

2. IC
 IC memang wajib ada dan wajib bawak ke mana-mana pun kan. hehe

3. maternity pad
Masa lepas bersalin /first day memang nurse pakaikan dan tukarkan untuk kita.Tahan jela malu tu.Slamber Haha.Tapi lepas tu kita kena bangun pergi buang air sendiri dan tukar pad sendiri.Bawa lah dalam 5 atau lebih pad yang panjang giler tu.hehe.Darah keluar memang banyak.Rasa sengugut sakit bila darah ketul-ketul keluar.tskkk

4. disposable panties
yang nimemang penting bagi saya.Darah kelaur sangat banyak kadang sampai tembus.So, sangat leceh la untuk kita basuh seluar dalam semua.Senang pakai disposable panties.Saya beli dalam 5 pack, pakai masa pantang sekali.Senang!

5. stokin dan sweater
penting. sebab ikut pengalaman memang rasa sejuk je kaki.lepas bersalin je rasa sejuk badan.Plus, jangan badan masuk angin.Lepas bersalin pakai balik tudung, nanti angin masuk you.

6. Minyak panas dan minyak urut.

Saya pakai minyak panas Nona Roguy.Selepas kita keluar labor room je kita akan rasa lemah, pening pening, badan rasa sejuk.So,husband akan terus sapu minyak panas kat kaki dan tangan.Pakai stokin dan sweater. Kita akan rasa pening mabuk sebab darah banyak keluar, sapu kat kepala juga.Ikat rambut ketat- ketat.Sedap rasa berangin minyak ni.

Minyak urut pun saya bawa, lepas bersalin tahu lah badan kita sakit2 akibat dek meneran tadi.Pinggul, peha, kaki sengal berbisa semua.So, suami urut, mak urut, visitor yang datang pun tolong picit-picit.

7. selipar toilet
Yang ni selalu lupa! pakai kasut ok gi jamban! amboi formal nampak. Akhirnya pakai je sandal suami.

8. Makanan, minuman & Kurma
Masa contraction Mak perlu cukup tenaga untuk berjihad di labor room.Biasanya, waktu menunggu bukaan tu sempat lagi request nak makan apa.cempedak goreng, aiskrim, burger, pisang goreng cheese.Mak kata makan makan.kena banyak tenaga.Tapi bila contraction dah maha hebat, tak lalu dah.So, yang penting adalah makan kurma untuk tenaga.

Makanan yang penting selepas deliver adalah milo 3 in 1 dan biskut.Makanan pagi, tengahari, malam hospital ada sediakan.Biskut cecah milo untuk topup malam2 rasa lapar pula kan. Lega perut.


9. Air Zam Zam 
Mesti ada air zam zam dalam beg.Masa menunggu sakit dalam wad minum je bila rasa haus.Ada air selusuh atau air bacaan doa dan ayat quran, bawa minum kat wad.Minta dipermudahkan je..

10.Kamera, phone & charger

Bawa lah gadget uols untuk snap gambar video baby nanti. Zaman teknologi kan mesti la update cepat ig, fb Hehe

11.nursing bra, nursing pad
Alhamdulillah Subhanallah dapat susukan semua Anak-Anak sejurus terus bersalin.Amazing sangat tengok baby baru lahir dah terus attach nipple & menyusu.Subhanallah.Kitorang mesti jakun tengok tau, even dah ke 4 kali.eeee pandainya baby kite.puji anak sendiri la tu! Husband siap amik video Haha.

12. Bengkung
Lepas deliver mak datang, pakaikan saya bengkung.Baru rasa sedap badan bila berjalan.Saya pakai bengkung moden je, kalau bengkung panjang tu lg bagus, ikat kuat siap naikkan peranakan lagi! 

13. baju untuk keluar wad
Dulu saya bawak kain batik.Sekarang dah upgrade, keluar hospital pakai skirt labuh. hehe Baju mesti lah blouse nursing.Senang nak bf baby nanti.
 
14.tudung instant
penting! Saya datang wad memang pakai instant dah.Tak kuasa lilit dah.Tapi prepare satu lagi instant dalam beg.visitor datang, pakai bedak sikit.baru mantain cun macam Che ta gitu! HAHA

15.toiletries & towel
Hospital bersalin ada sediakan toiletries, tapi saya tak suka pakai berus gigi lipat dorang dan ubat gigi sediakan tu.So bawa sendiri berus gigi, ubat gigi dan pencuci muka.Sabun, sikat pakai dorang bagi.


part 2 ialah untuk barang baby: 

Bawa baju baby, mitten, selimut bedung baby, topi, pampers.
Kali ni hospital Razif bagi bedung baby dan topi.Alhamdulillah dapat untuk kenangan katanya!

Rasanya itulah yang penting.Kalau nak tambah boleh juga bagi tahu kat sini :)

selamat membuat persediaan!


Friday, February 13, 2015

Kata Nasihat Tuan Guru Nik Aziz kepada Ibu bapa


اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ
وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ
وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.
Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka).
Tuan Guru tetap di hati... Al Fatihah.

Tuesday, February 10, 2015

Rezeki dari Tuhan atau kita kena usaha?

Assalamualaikum dan selamat berpagi-pagi 

Kita pernah mendengar seseorang mengatakan, "Benarlah rezeki itu daripada Tuhan, tetapi kita kena usaha." Kita juga pernah mendengar kata-kata "Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu daripada Tuhan."

Bagaimana kita memahami kedua-dua ayat ini? Apa bezanya? Yang mana satu betul? Ternyata kedua-dua ayat di atas bukanlah untuk memilih betul atau salah. Tindakan dan kata-kata kita cenderung mewakili apa yg kita rasa dan percayai.

Ada orang yg memang mempercayai rezeki itu daripada Tuhan. Namun melihat caranya berusaha, Tuhan dijadikannya nombor dua pula. Maksudnya apabila bertembung dengan situasi yg memerlukan dia membuat pilihan, keputusannya adalah Tuhan diletakkan nombor dua.

Contohnya apabila dia sedang asyik dengan sesuatu perkara, sedang waktu solat sudah pun tiba. Maka, solat dikemudiankan, malah dikerjakan pada hujung-hujung waktu. Inilah golongan yg selesa mengucapkan ayat yg pertama itu. Padanya, usaha adalah nombor satu. Perintah Tuhan jatuh nombor dua. "Benarlah rezeki itu daripada Tuhan, tetapi kita kena berusaha," katanya.

Dalam satu riwayat dinyatakan seorang Sahabat sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yg terdiri daripada sususan batu-bata. Pd masa azan dilaungkan kerjanya hampir selesai iaitu hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi. Apabila ketulan terakhir itu diletakkan di tempatnya maka sempurnalah kerjanya. Namun, tatkala azan dilaungkan, serta merta Sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan kerjanya itu. Beliau menjawab, bahawa jika beliau meneruskan kerjanya, sebenarnya beliau membesarkan batu-bata dan bukan membesarkan Allah! Padanya apabila azan dilaungkan, semuanya menjadi kecil kecuali Allah. Nah, beginilah dahsyatnya iman para sahabat. Maka tidak hairanlah rezeki mereka melimpah ruah. Mereka dipandang mulia walau tanpa harta dan kuasa. Mereka mendapat redha Allah dan dijanjikan kejayaan (mendapat syurga) semasa masih di dunia lagi.

Allah Subhanahu wa Taala menyatakan dengan jelas melalui firman Nya di dalam al Quran bermaksud :
"Sesunggguhnya Allah memberi rezeki kpd sesiapa yg dikehendakiNya dengan tidak terhitung jumlahnya." (3:37)


- Petikan dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki, Fathuri Salehuddin 



Friday, February 6, 2015

Kenapa lah kau degil sangat?

Status Puan NurulAa di laman Facebook telah dikongsi sebanyak 6,705 shares. Bebelannya mengenai kedegilan orang perempuan ini menarik dan membuka hati para suami yang tidak memahami sikap orang perempuan yang adakalanya degil tidak terkata.

Nak tahu tahap kedegilan mereka? Baca bebelan Puan Nurul di bawah;

Orang perempuan memang degil

Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu 'morning sickness' tu teruk, masih lagi nak mengandung

Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung

Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung

Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu kulit tu nanti pecah² sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung

Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung

Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung

Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung

Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu malam tak boleh tidur dengan lena dan aman bila ada anak kecil yang menyusu, masih lagi nak mengandung

Tapi itulah org perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati orang perempuan, maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramailah isteri nusyuz kepada suami.

To all beautiful woman out there, you are mentally strong, even stronger than men. Chin up, smile and live your life to the fullest. Never give up. When you ever feeling down and so tired of life, just remember that Allah is there and He will never forget.

Kepada para suami yang budiman, kalau sekali sekala isteri tersayang anda menyakitkan hati, maafkanlah dia, sebab orang perempuan memang 'degil'. Hehehe.

P/S : Baru lepas meneran, dah rindu perut boyot! Dah, jangan mengada lah.

Officially mom of 4

Alhamdulillah

A baby girl, 3.31kg. Kelahiran Normal,tepat jam 1:00am  Isnin 2/2/2015
الحمد لله حمداً كثيراً طيباً مباركاً  فيه  ...😄



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers