ads

Showing posts with label Emotions. Show all posts
Showing posts with label Emotions. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Kisah suami isteri yang menyentuh perasaan



Gambar dan caption yang banyak orang repost perkongsian dari seorang jejaka.
Bukan kisah cinta stereotaip yang biasa kita lihat di kaca televisyen, ini memang cinta sejati! 

Dari gambar ini, dapat lihat sang suami yang penyayang..dan pengajarannya dari caption gambar ini.




"Today experienced, mereka dtg ke kedai untuk mencari sepasang kasut. Isteri ditemani oleh seorang suami yg ckup setia dan menghargai pasangan nye, dengan diberi kelebihan cacat penghlihatan si suami mengiringi isteri sepanjang memlih kasut. Ini perbualan antara suami isteri dan aku: Suami : awak nak kasut warna hitam pink atau hitam kelabu? Isteri : bagi abang mana yang cantik? Suami : yang pink ni cantik, sesuai dengan jubah awak. Aku: encik saya ambil kan saiz ye, nak saiz ape ye? Suami: isteri sy pkai saiz 8, blh tlong ambil kan? Aku : (dah ambil kasut), maaf saiz 8 xde la tngl saiz 9. Cuba try dlu. Ini pon tngl warna hitam kelabu. Isteri : boleh sy try dlu bang( gambar diatas). Suaminya tunduk dan menyarungkan kasut pada kaki isteri. Suami : haa cantik kene dgn awak. Isteri : sy rasa sy nak kasut yg dekat depan tadi, yg sy mula2 cuba bang. Aku: ambil kasut n bg akak tu try. Isteri : abg, sy nak yg ni. Suami : wahhhh ini lg cantik awak pkai ( sedangkan suami dia suka yg awal td, dan harga nye lg mahal) Isteri : ABG, SEPANJANG HIDUP SAYA, SAYA X PERNAH TAU SECANTIK MANA KASUT YANG SAYA PAKAI. SEMUA YANG CANTIK DI MATA ABANG, BERGANDA CANTIK DI MATA SAYA.SAYA CUMA DAPAT RASA KESELESAAN KASUT NI SAHAJA. Aku : menangis 😭😭😭😭 ( dalam hati ) Suami: okay kita beli yg ni. Abg byr skjp. -people say "BEAUTY IS PAIN" tp bg akak tu dia dah dapat rasa kesusahan sejak azali lagi tanpa mengeluh dan bersyukur seadanya. Nowadays, kita cuma fikir dan kejar kemewahan semata3 sedangkan mereka dah capai kemewahan yg sebenar 😭😭😭"

Ya Allah.Memang deep kata-kata akak tu.Dia rasa bahagia kerana selesanya kasut itu, bukan kerana cantiknya kasut atau mahalnya kasut! 

Bahagia itu pilihan.

Monday, October 27, 2014

Biar Ummi serabut, asal kalian sihat

Itu lah quote yang terhasil bila anak-anak terlantar sakit.Pertama kali masuk wad.Pecah rekod terus,5 malam di wad.Bermula dengan sarah, kemudian berjangkit kepada Aufa.Nanti share pasal jangkitan ni next entry.

Buatlah projek apa nak buat, sepahkan rumah, kacau ummi, tarik sana sini.Suka hati kamu, nak.ummi letih takpe.ummi semak takpe.Asal kamu sihat.


Ibu saudara saya datang rumah.Alamak rumah kelam kabut.toys sana sini, sebelah kasut tengah ruang makan, milo tumpah tumpah kat lantai, color pencil merata-rata. " Ala rumah Mak Cik macam ni juga dulu.rumah bersepah, tandanya anak2 kreatif, anak2 sihat"

Oh yabedabedu! haha.lega pula dengar, sambil cover malu hahaha

Betul juga, bila sarah sakit.dia terbaring lembik je.banyak tidur.makan minum keluar balik.menyusu pun keluar balik.Sedih sangat.

Tak aktif, tak becok! Takde lagi yang mengacau Ummi masak, takde lagi dia tekan water filter sampai banjir, takde lagi dia bukak tutup almari dapur.keluarkan tupperware.pang pong pang! bila kita tegur, no! no!  mula lah dia tantrum! Haha 

Tak aktif lagi, tak ceria.kita buat lawak pun tak senyum.sedihhhhh..Takde lagi konsert nyanyi2.takde lagi dia joget joget comel.Alaaaaa...sedih!

Lipat baju, dia tengok je.baring diam.tak robohkan baju.ummi pegang hand phone, dia tak rampas dah.Selalunya tak boleh nampak.Nak conquered phone.melalak kalau tak dapat! Dia suka edit photo kat fat booth.semua jadi gemok bam bam! Hehe

Bila solat, biasanya dia pun join.terbongkok-bongkok depan sejadah kita.Tapi tak sihat, takde lagi.

Bila Ummi check email, mengadap laptop.Dia sepahkan semua barang atas meja.Amik pen, kertas banyak-banyak.mulalah projek mengemas dia.

Lepas mandi, biasanya dia akan pilih baju sendiri.mesti pilih baju gaun princess je.Amboi Puteri sarah ni! Sambil pilih sambil tu sepahkan baju sekali.Tak sihat, takde orang nak sepahkan lagi! Nak nangis ke nak gelak ni Hahaha

Sebenarnya bila anak-anak sakit, kita pun rasa sakit..bukan penat jaga dia.Lebih kepada risau.memang tak tabah tengok dia sakit..longlai.sedihhh.Rumah sunyi je, takde gelak tawa.Dorang berebut gaduh sesama dorang pun dah takde haha.

Alhamdulillah sekarang semua dah sihat.
Sibuk kembali dengan rutin harian.Hantar ke tadika, 3jam je pun sekolah.Balik mula lah not enough hand semula.Ummi, Nak itu Nak ini! Tanya itu ini. Layan dia buat itu ini.Kena perhati je apa dorang buat.Buat projek tak boleh sembarangan jugak! 

Jadi parents memang penat kan.Takpe, kejap je.Dah besar semua nanti sunyi pula..

Ada kakak ni pernah cakap,"Masa dorang kecik, memang rasa agh semaknya!! Semak fikiran, rumah, semua lah .Bila anak2 dah masuk asrama, universiti tinggal kita je.Ala sunyi la, patutnya ramai anak lagi" pulak! hahaha


doakan semuanya sihat membesar.ummi tak nak risau sedih lagi.bahagia melihat aksi mereka dan nikmati keserabutan seharian. Anak tantrum...layan...Hehe


Saturday, July 30, 2011

I want a maid

Salam Sayang,

Lama saya tak tulis panjang.Idea mahu menulis mencurah-curah tapi tak dapat menghadap dan menulis di sini dengan fokus.Masa saya semakin terbatas.Selalunya sempat membebel di twitter dan facebook sambil menyusukan adam atau sambil menidurkan mereka.

My wishlist yang utama ialah a maid.I want it badly.Saya tak nak habib jewel,ipad,SKII, atau semua material lain.Segala branded things saya tak perlukan.I just want a helper.Saya bukan penat menjaga anak-anak.Tetapi saya stress.Anak-anak sentiasa mahu dilayan.sentiasa mahu attach dengan saya.Lebih-lebih adam yang tidak boleh tinggal langsung.Dia memang baby kanggaroo.Asyik menangis mahu berkepit saja.Ya,dia terlalu sukakan saya sampai tidak mahu berpisah walau seinci.Bagaimana saya mahu buat homechores.Saya rasa tertekan,sakit mata bila rumah tak terurus.Adam pula,akan cepat tersedar dari nap bila saya tinggalkan dia.Mungkin dia kenal bau saya.Jawabnya saya hanya sempat solat.tak sempat mengemas lagi.

Saya suka masak dan baking tapi malas nak mengemas dan mencuci semua pekakas.Kan best kalau ada maid.Saya masak-masak dengan tenang.Bukan dengan sebelah tangan.Tak perlu mendukung adam sambil memasak.Saya buat kek.Maid tolong layan anak-anak kejap.Dah siap.Suruh maid kemas.Dia basuh.Tak perlu saya mengemas dan membasuh pinggan sambil adam memeluk kaki meminta dukung.Tanpa mendengar teriakan kuat dia.Ummi terus dapat kembali pada kamu sayang.

Kan best kalau ada maid.Saya nak makan.Dia tolong main-main dengan anak-anak kejap.Saya dapat makan dengan aman.Sudah lama tak dapat menikmati makanan tanpa tangisan anak,tanpa cepukan tangan anak ke pinggan,tanpa risau terhadap budak yang hyperaktif memanjat meja yang akhirnya jatuh tergolek ke lantai.Lalu membantutkan selera makan.

Seram tengok benjol besar.Baru ummi tinggalkan sekejap.sekelip mata dah tergolek.

Saya mahu maid.sementara saya mandi,solat,ke tandas ada orang tolong jaga mereka.Dapat beribadah dengan tenang.Dapat membuat hajat tanpa risau.Saya mahu lebih concern dengan anak-anak.Tidaklah kepala adam benjol sana sini bila saya buat kerja.Saya mahu melayan dan mengajar Aufa lebih kerap.Kasihan dia.Lama tidak buat toddler aktiviti. Mahu dia leka,bagi dia main iphone,bukakkan youtube atau tengok disney channel kegemarannya.Yelah,tak boleh budak terlalu ghairah dan addicted dengan gadget,utube dan tv.Kalaulah lapang,kita buat art,bermain dan buat aktiviti bersama.Tapi tak dapat layan dia bila mahu perhatian bila saya sibuk dengan homechores.

Belajar Arab dan iqra bersama islamkids

Anak-anakku,bukan  ummi mahu lari dari tanggungjawab,bukan mahu melepaskan amanah kepada orang lain.Bukan penat melayan kalian.Ummi puas menjaga kalian dengan tangan ummi sendiri.Ummi terlalu sayang kalian.Tetapi,ummi ada banyak kerja untuk dibuat.Siapa mahu buat kalau bukan ummi.Bagaimana ummi mahu layan kalian setiap masa.Ummi bukan supermom mahupun supermak.Orang lain boleh buat,tetapi ummi tak.I just want a helper.want it badly...I want cook delicious food for us,I want to take care both of you whenever you need it.And the homechores should maid yang buat!

"Dlm Islam, tugas isteri selain melayan suami, adalah membesarkan anak. Kemas rumah, basuh baju, masak, semua optional.Kita buat sebab budaya Melayu begitu, juga sebab bila kita buat, menyenangkan suami. Tp tak wajib. Itu tggjwb suami"

Ya Allah,perkenankanlah hajatku ini.Ya Allah,kau permudahkanlah segala urusan kami.Kau permurahkanlah rezeki kami.

Monday, March 21, 2011

Dunia semasa

Assalamualaikum wbt

Berikutan dunia digemparkan dengan gempa bumi dan tsunami di Jepun.kemudian penduduk jepun diuji lagi dengan perletupan nuklear.Takziah kepada semua penduduk jepun,keluarga mangsa yang menghadapi semua ini.Kita berdoa agar semua rakyat Malaysia dan muslim di jepun dilindungi Allah SWT. Dari blog yatie chomeyl ada diceritakan walaupun dilanda musibah,rakyat jepun tetap tabah,positif dan bangkit semula.Walaupun dilawakkan dengan karakter cartoon ultraman tetapi semangat mereka sehebat ultraman juga.Tidak pernah putus asa.Bangkit semula untuk menang! Kagum dengan semangat mereka yang tidak pernah patah! setiap musibah adalah pengajaran kepada kita juga.Firman dalam al-Quran, sesungguhnya Allah maha berkuasa dia atas setiap sesuatu.

Sepanjang minggu lepas mengikuti perkembangan berita luar.sTengok al-jazeera dgn hubby.Sekarang negara negara arab mula menghadapi kemelut politik. Bermula Dari Tunisia,mesir, Libya, yaman, Syria Dan terbaru di maghribi.semuanya kerana masalah yg sama timbul di mesir baru baru ini iaitu menuntut perubahan politik negara.di mesir rakyat menuntut pengundurun hosni Mubarak.manakala di Libya rakyat menuntut Gadaffi mengundurkan diri sebagai pemimpin negara.tetapi nampaknya keadaan bertambah teruk kerana beliau tidak mahu lepaskan jawatannya.sehingga hari ini diberitahu sudah beratus ratus rakyat dibunuh.sesiapa saja Akan dibunuh jika melawannya.sungguh kejam. Sehingga isu ini dibawa ke white house.semalam gempar berita di tv Libya diserang oleh tentera amerika. Nampaknya keadaan bertambah teruk bila mengakibat campur tgn Dari luar.Gaddafi menganggapnya pencerobohan tetapi tidak memikirkan kesan dan kesengsaraan rakyatnya.

Macam macam Hal.apa nak jadi pun tak tahu lah.seram je dengar bunyi tembakan letupan di sana dlm rakaman tv.bersyukur sgt negara kita aman dan damai..tak dpt bayangkan kalau kita dalam situasi mereka di sana...nauzubillah..Semoga negara kita kekal aman damai dan harmoni..doakan juga kesejahteraan negara-negara Islam supaya kembali damai.amin...

Monday, October 18, 2010

I need more time...

Sekarang saya rasa saya tak cukup masa..dalam kepala saya nak buat macam-macam.Tapi selalunya tak terbuat...Bila saya tengok satu iklan dalam tv,saya rasa sama macam saya.Sayalah chef di rumah,saya nurse bila anak demam, saya cleaner,semuanya saya.Siapa sangka memang berat tanggung jawab jadi isteri dan ibu...Siapa sangka seorang suri rumah pun tidak cukup masa..
1.Saya mahu blogging dengan kerap.sekarang saya jarang dapat update blog,apatah lagi blogwalking ke rumah kawan2.
2. Saya mahu ada cooking diary macam mamafiza.Saya mahu masak healthy yummy food setiap hari.Maybe bila outing saja boleh makan di luar.Tapi kadang-kadang saya hanya sempat masak nasi goreng untuk lunch..kadang-kadang hanya mee goreng untuk dinner.saya di dapur,adam sudah melalak di hall mahukan umminya.
3.I love baking.saya suka kek dan pastry tapi bukan semua saya tahu buat.saya mahu belajar pelbagai resepi sekerap mungkin.tapi nampaknya impian saya belum tercapai lagi.
4.saya mahu rumah saya sentiasa be organized.cantik.bersih berkilat-kilat setiap hari.saya mahu garden saya dan pokok saya selalu segar dan sihat. tapi nampaknya selalunya tidak begitu.hari ini bersih.besok kotor semula.bawah bersih,tingkat atas pula bersepah.plus, saya ada si kecik yang teramat rajin mengemas rumah.aduhai..
5.Saya mahu buat banyak aktiviti dengan aufa dan adam.saya mahu buat selalu aktivit craft dengan aufa.tapi selalunya bila waktu mereka diam kusyuk bermain toys,saya terpaksa tinggalkan utk buat kerja rumah pula.Bila saya tak dapat layan aufa, mulalah dia buat mcm-mcm projek.mulalah saya menjerit-jerit mcm tarzan.kesian aufa...
6.Saya mahu tolong hubby.hubby selalu minta tolong saya bantu dia nak siapkan projek dia.saya mahu tolong dengan cepat.tapi saya tak cukup masa juga.
Itulah sebahagian yang saya mahu buat,tapi kenapa masa selalu tak cukup..mungkin saya perlu belajar lagi menguruskan masa dengan pantas...
Bertuahnya siapa ada pembantu rumah.Even tiada privacy tapi boleh tolong uruskan rumah tangga.Bukan maksud nak bersenang lenang.bukan tidak bersyukur.cuma membantu saya.tapi saya nak jaga anak-anak sendiri.saya masak sendiri untuk keluarga saya.Tapi saya harap saya sudah buat yg terbaik..
Saya terlalu cerewet? saya terlalu mahukan kesempurnaan? saya belum cekap menguruskan masa? atau mungkin saya tidak sesuai menjadi seorang suri rumah? hehe.
Buat anak-anak ummi.Ummi bukan mengeluh penat menjaga dan membesarkan kalian.cuma ummi berharap ummi dapat buat yg lebih baik buat kalian.:)
ya,ummi akan buat yg terbaik buat kalian.:)
Kawan saya kata, Biar penat,asal puas hati! saya suka yang itu!
Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kita sebagai seorang ibu dan isteri.Yang penting buat yang terbaik dan termampu dalam setiap perkara.Because Allah always be our side.InsyaAllah...
Nampaknya Adam sudah bangun.sudah menangis bersungguh-sungguh menanti saya.
Adam : ummi, sudah habis waktu blogging ummi.teeeetttt!!! :)
Insy, saya sambung lagi bila ada masa...:)

Thursday, July 1, 2010

Sudah Merdeka!!

Alhamdulillah.Akhirnya..sudah habis berpantang.merdeka! yeay!!! sudah boleh keluar jalan-jalan.sudah boleh makan sedap-sedap.opss..kena slimkan badan baliklah.hehe.Saat mengandung dan mengharungi kesakitan melahirkan adam tetap menjadi kenangan terindah dalam hidup ummi.Rindu perut boyotku dulu.:)

Anyway,terima kasih kepada semua saudara mara,kawan dan semua yang datang ziarah, bagi presents dan money kepada baby adam.terima kasih banyak-banyak ya.^_^

Buah chenta ummi dan abi.Thank you Allah.:)


Sudah mula menjalankan tanggungjawab sebagai surirumah dan sudah tentunya ibu kepada dua anak.Dan tiada lagi pembantu yang menguruskan rumah dan anak-anak.Ummi masih cuba menyesuaikan diri.So,terasa juga jadual seharian juga semakin padat.Tapi bab melayan karenah anak-anak memang seronok.dah anak dua ni kekok juga mula-mula.kelam kabut juga bila tak dapat catch up.Pening bila dua-dua berjemaah melalak.Tapi nampaknya ummi kena bergerak pantas.siapkan kerja sebelum mereka bangun.dan curi-curi masa semasa mereka tidur untuk berblogging.hehe.


Indahnya senyuman kurnian Tuhan

To my beloved children,

ummi janji akan jadi good mother to both of you..ummi mahu sentiasa bersama kalian.kalau boleh ummi mahu menjadi orang pertama melihat setiap developments kalian.ummi mahu menjadi insan pertama di dalam hidup kalian.

Ummi janji akan buat kalian sentiasa tersenyum.ummi seronok bermain dan meluangkan setiap saat bersama kalian.ummi mahu cium dan peluk kalian bilaakalian memerlukannya.ummi janji akan bimbing dan didik kalian jadi insan berguna.

ummi mahu jadi orang pertama mengajar kamu bercakap,menulis,membaca,mengaji ,mengira,dan mengenal benda.ummi janji zaman kanak-kanak kamu adalah waktu yang amat gembira buat kalian.Ummi janji akan menjaga kalian sebaik-baiknya dan menyayangi kalian selama-lamanya.Semoga Allah swt melindungi kalian dari segala yang buruk.amin..:)



Aufa kakak yang penyayang.:)


Teramat sayang kalian berdua.Kalian adalah harta paling berharga ummi dan abi.

Monday, February 22, 2010

Antara Duit dan Masa


Kerana mencari duit,
kita terpaksa korbankan masa.
duit oh duit.kenapa manusia sangat dambakan duit?
duit adalah segala- galanya?
semuanya perlukan duit.

kita perlukan duit,
leka mencari duit
dambakan duit yang banyak
impikan rumah yang besar,kereta yang mewah
tetapi kenapa kita terpaksa korbankan masa.
biarkan perkara yang penting berlalu kerana duit
kerana duit.
kita tiada masa.
mungkin sedikit masa.
tapi sedikit masa itulah untuk dibahagikan kepada
pasangan,anak,ibu bapa,adik beradik,saudara mara dan masyarakat.
bila tidak dapat adil kerana tiada masa.
menyebabkan ramai yang berkecil hati.
kerana duit,
menyebabkan tiada hubungan sesama insan.
hilanglah kasih sayang di bumi Allah ini.

Buat apalah jika banyak duit,jika tiada masa.
Tetapi apa nasib hidup jika banyak masa,tapi tiada duit.
Indahnya hidup jika banyak duit,dan banyak juga masa.
Tetapi sudah membahagiakan jika banyak masa,tetapi sederhana harta.

jahatkah duit?
kadang2 duit menyebabkan manusia berubah,lupa diri dan bangga diri.
manusia tidak lagi berpijak dibumi yang nyata
kerana duit,manusia lupakan segalanya.
kerna duit,manusia pentingkan diri sendiri
jadikan kita materialistik
tidak boleh korban masa kepada benda lain selain yang mendatangkan duit
tiada lagi keikhlasan
nampaknya duit boleh menghancurkan.

duit banyak bukan menjamin kita bahagia di akhirat
kita tidak bawa harta ke dalam kubur
tetapi duit yang banyak boleh dijadikan sesuatu yang baik
dengan berbelanja ke jalan baik dan bersedekah
jangan kedekut memberi.jangan berkira.
kerana dengan izin Allah
bertambah lagi rezeki intuk kita.
jangan hanya memikrkan mencari duit
tetapi tangan susah untuk memberi
kerana Allah boleh menarik segalanya sekelip mata

Apa duit boleh buat,dan apa yang duit tidak boleh buat.

“Ia boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan keselamatan.
Ia boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.
Ia boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.
Ia boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan.
Ia boleh membelikan anda kedudukan, tetapi bukan penghormatan.
Ia boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan.
Ia boleh membelikan anda darah, tetapi bukan nyawa.
Ia boleh membeli harta benda,tapi bukan kasih sayang.

dan yang penting Ia boleh memberi kesenangan di dunia,tetapi belum tentu lagi di akhirat.

Maka,duit bukanlah segala-galanya..



p/s: emosi mak buyung tak stabil lagi...rasa down.layan sajalah ku berepilog..

Saturday, July 4, 2009

First Time...

saya anak ummi! peace! pe bende ummi buat tu?



Hari ini umur Aufa tepat 9bulan.dah besar dah anak ummi.tapi skang Aufa xde dgn ummi.???..suspen je ayat.pagi tadi ummi pi umah nenek aufa kat Klang.pastu tghari abi ajak balik & nak beli cat.( projek baru ummi) hehe.actually, yg ada kat umah just mak ngah diah je.nenek kuar anta mak cik payha ke bus station.mak cik nak blk uitm dah.mak su pi tution.atuk outstation..



So, masa kami nak kuar umah.berselisih dgn nenek.abi cakap nak kuar beli brg.pas asar dtg balik.nenek terus dtg ke kete.terus amik aufa.tak kasi bwk aufa.hahaha...nenek kata, mane boleh blk..nenek blum jupe aufa lg..mak su pun rindu kat aufa.nnt dia blk tution , nangis tgk aufa xde.hehe.besela cucu sulung.mmg camtu.sume berebut.sume sayang aufa kan..wah, kembang & sonokla anak ummi tu..hehe.

aufa dah lasak..tgh practice merangkak

bila nenek amik aufa.xkasi bwk balik.abi kate, eh nanti dia nangis nak susu camne?..nenek kate, pandaila mak buat camne nnt..aufa relax je nenek dia amik.mmg manja dgn nenek dia pun...so,ummi ckp dgn abi beli cat kat klang jelah.nnt anta blk umah mak blk.tapi kat klang xde cat bancuh..abi nak beli kat kedai yg dia dah biase tu..so, dlm hati..ala..risaunye kat aufa.sedih pun ada.xpenah tinggalkan dia.dia dahla direct breasfeeding kan..



Now, dah kat umah.baru blk beli cat.dah 2 kali call my mom.tanya aufa camne.nangis tak.mak kata dia ok.tgh main dgn mak su.baru pas bg dia mkn.mak kate kate dia nangis bila panas.bila bukak aircond baru ok.uih, aufa bukan men lagi..haha.



Tadi masa lunch dgn abi.abi kata bagus juga ek baby xde.mcm time kite bercinta cintun dulu.berdua je.aman sikit.ahaks! saba jelah! orang duk risau aufa.huk huk huk...ummi baru pisah jap dah camni..tak tahu lah if ummi keje camne..terpikir2 dia jelah..ntah2 ummi yg melalak! haha.



Pas asar kang baru amik dia..hopefully dia ok.seb bek dia dah stat mkn..risau dia xbole tido je.sbb dia nak tido kene 'gayut' dulu.ok, sayang nnt ptg ummi amik ok...







main peek a boo dgn aufa! haha! camnila aufa menangis bila tak nampak bayang ummi.aufa mmg manja.aufa anak ummi yang suka berkepit..aufa syg ummi ye..:)



p/s: sunyi umah aufa xde..xdengar aufa menangis panggil ummi..ummi..emma..emma..ala..rindu kat aufala....:(



p/s: tp cepat sikit buat keje.smpt kms2 & basuh baju td..;p

Saturday, June 13, 2009

Uwaaaa......frustnye..


Jumaat 2pm : ke giant.berdua dgn aufa.beli barang dapur.beli bahan- bahan untuk buat lasagna.nak bwk ke MSK gather.dalam kepala macam- macam pikir.sampai barang2 dah di bayar tertinggal di cashier.sempat jalan- jalan.smbil2 bg flyers score A.beli baju aufa.beli blouse ummi.nak balik.perasan.eh, mana brg2 tadi!!! wargh!!! tertinggal.kelam kabut...pi cari blk mana counter td.tunjuk resit.budak cashier tu bg brg td.siap ckp,akak ni menonong je.camne boleh tertinggal..uwaaa...malu.sabo jelah budak ni...just jwb,pikir mcm2la dik..tensen je..

Alhamdulilah, dapat 2 client yang berminat dgn score A.happy sikit..


Jumaat 12am: hubby da tido.aufa baru tido.dia dah tido baru kita boleh buat kerja.dlm kepala da set nak buat apa.nak kemas brg2 nak pi sok, nak gosok baju, nak ke dapo sediakan bhn2 lasagna.sambil2 rebus lasagna.bukak laptop.tahu tak nape esok? ummi ingat 14 june hari sabtu.naseb bek tergerak hati cek blk.hari Ahad la...siap ckp dgn hubby sok anta pukul 8pg kat tasek sebelum tido td.uwaaaa....


Sabtu pagi: Hubby tanya tak jadi pegi ke? haha.sokla bang.silap...

Abi: abang ada meeting kat putrajaya la sok pagi.smpi petang.next time la pi gather tu..ikut abg.

ummi : ??? la yeke...uwaaa........frustnye..de wat lg ke gather cmni nnt...


so, sori kwn2 sume..ummi xdpt pi gathering sok.xde rezki nak jumpa uols...sori sgt2x...maafkan kami ye..

Friday, April 10, 2009

*Tears*

Sebak..Naluri Ibu ku tersentuh...Terasa pedih menusuk2 di dlm dada..Terharu bila ummi membaca luahan hati ibu2 ini..
Ummi baru sempat baca blog viruspadu mengenai arwah alesha abriza (entrinye mmg sudah lama sgt)..ummi terharu dengan ketabahan arwah,mama & papa menghadapi ujian Allah s.w.t..sayu hati membaca kisah hidup mereka.semoga arwah alesha tenang di sana..ameen..
Ummi juga baru tahu kisah sebenar ummu abdullah yg berada di mesir.berjauhan dengan anakanda tersayang ..menanggung beban rindukan anakanda tersayang..kagum dengan pergorbanannya demi mendapatkan ilmu dan kejayaan..semoga ummi & abi Abdullah tabah..May Allah give you strength and courage always..Abdullah Syakir tetap akan menyayangimu..


Tangisan rindu seorang ibu perlahan-lahan meresap masuk ke jiwaku. Begitulah jiwa sang ibu kepada anaknya yang begitu dikasihi.................................................

Kata2 Hikmah :
- Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa mengharungi rintangan demi rintangan dalam hidup..
-Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
-Bersyukurlah dengan setiap nikmat yg kita perolehi drNYA..apa jua drNYA walaupun sekejap..Alhamdulillah..

P/s : Salsabila Aufa, ummi sgt2 menyayangi mu..love u unconditionally..ummi mmg syahdu sgt ari ni...mood swing ke..nak peot kot. :)
oh ya! update review about homeschool @ sarakids from momma mia di sini...sharing is caring.hehe



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers