Persediaan untuk berpantang.Kena study balik ikan-ikan yang boleh dimakan.Bukak balik facebook, pernah dishare di sana.Cari balik! Penting ini untuk kita.
Kena penuhkan peti ais dengan ikan ikan ini.Memang kena hafal ikan ikan ni.Masa pantang Sarah dulu, suami pergi beli ikan keli pula.Lawak betul! HAHA
Persediaan lauk ibu pantang sebenarnya sangat senang.Lauk rebus, ikan di bakar saja pun boleh.Tapi senang-senang pun, paling best adalah si ibu hanya perlu makan sahaja.Hehe.
Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:
1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon
SUP IKAN
Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)
Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
STEAM IKAN
Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.
SINGGANG IKAN
Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.
IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak
Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.
IKAN TENGGIRI MASAK AIR
Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.
Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.
IKAN TENGGIRI MASAK ASAM
Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.
Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
SUP IKAN TENGGIRI
Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup
Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.
IKAN HARUAN GORENG REMPAH
Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak
Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.
IKAN HARUAN KUKUS
Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris
Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.
SUP IKAN HARUAN
Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris
Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA
Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.
IKAN GELAMA MASAK ASAM
Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam
Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.
IKAN BAWAL KUKUS HALIA
Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis
Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.
IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)
Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit
garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.
IKAN PANGGANG HALIA MUDA
Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka
Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak
Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.
IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)
Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.
IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM
Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.
IKAN BILIS BERKUNYIT
Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.
Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.
IKAN BILIS DAUN KARI
Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.
Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.
ads
Showing posts with label Give Birth. Show all posts
Showing posts with label Give Birth. Show all posts
Thursday, January 8, 2015
Senarai ikan yang boleh dimakan semasa pantang dan Menu Resepi Ibu Pantang
Wednesday, March 20, 2013
3rd Little Mujahidah
Salam Sayang!
Syukur Setingginya ke hadrat Allah swt, saya selamat melahirkan bayi perempuan secara normal dan gentle pada 15 Mac 2013, hari Jumaat, pukul 2.45 pagi di Hospital Bersalin Razif Klang.Awal 9 hari.Baby tak sabar nak lihat dunia :)
Alhamdulillah ummi dan bayi sihat.Bayi seberat 3.2kg, dan 48cm panjang.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan kami.Semoga Allah membalasnya semua dengan kebaikan yang tak terhingga.
Pengalaman bersalin kali ini juga berbeza.InsyaAllah saya akan update kemudian.

Saturday, May 29, 2010
Kronology Kelahiran Muhammad Adam
Salam Sayang semua.ummi kembali menulis di 14hari berpantang.Masih menyesuaikan diri melayan karenah dua orang anak.Hehe.Masih seronok menggomol dan mencium baby adam yang amat wangi.Hehe.
Alhamdulillah.ummi semakin sihat.jahitan sudah baik.perut agak-agak sudah flat.tapi berat belum timbang.baby adam juga sihat.kuat menyusu.lenguh tangan ummi.dia semakin tembam.
Terima Kasih pada semua yang datang melawat dan memberi hadiah.Yang pasti hadiah kelahiran bayi kedua tidaklah semeriah ketika kelahiran Aufa dulu.Hehe.
Baru sempat menulis tentang pengalaman bersalinkan Adam.Mahu simpan juga buat kenangan.Mungkin juga Adam akan mebacanya.Dan tahu ummi bertarung nyawa untuk melahirkan Adam.Sesungguhnya pengalaman ummi melahirkan Kakak Aufa dan Aufa merupakan sejarah yang paling sakit dalam hidup ummi.
Muhammad Adam..Kelahiranmu amat ditunggu-tunggu.Setiap hari ummi belai-belai perut.berborak dan tanya.Bila baby nak keluar.Abi juga sudah tidak sabar.
15 Mei 2010 (sudah 6 hari overdue,17 mei appoinment di DEMC untuk induce)3.30pm : Bertolak ke KLCC.Abi kata, kena banyakkan berjalan.Bawalah perut yang sarat ini.Bawa Aufa,adik-adik, dan Mak cik Putih sekali. Jalan-jalan dan Makan sedap-sedap.Hehe.
6.00pm : Solat Asar di surau KLCC. Tiba-tiba terasa ada sedikit air keluar.Tetapi tak rasa sakit.Mak cik Putih ( yang menjaga saya berpantang) kata, itu air ketuban.Dulu masa Aufa,tiada keluar tanda.terus rasa contraction.Mahu berjalan lagi.Abi sudah risau.Ajak balik terus.
7.30pm : Sampai rumah.Mandi.Solat Maghrib.Sudah Mula terasa contraction kecil.8.30pm : Dinner.Contraction 20 minit sekali.Masih boleh tahan.Sempat menonton Konsert Akademi Fantasia.Mahu tengok Shahir yang hensem dan manis saja.Dapat juga tengok shahir bergelek nyanyi lagu Tamali Mak.Haha.
11.00pm : Solat.Sudah tidurkan Aufa.Contraction semakin kerap.5 minit sekali.Masa ini masih boleh tahan.Abi ajak ke DEMC sebab contraction sudah kerap.
16 mei 201012.00am: Mahu bertolak.Kakak aufa terjaga.Kakak Menangis sekuat hati.Tinggalkan dengan Mak Cik Putih.Ummi rasa sangat sedih.Peluk dan cium kakak Aufa dulu.
12.30am : Admit dan Regist to DEMC.Masuk ke wad sementara 202.Nurse seluk.Sangat-sangat sakit.teresak-esak ummi menangis.Baru buka 3cm.Masih tebal katanya.Nurse pasang alat CTG scan.Dia kata Doktor Mazita baru balik rumah.Rumahnya di Cheras.Takut dia tidak sempat datang.Oh,doa harap sempatlah.
1.00am : Nurse masukkan ubat buang air.Katanya kantung najis kena kosong.Pengalaman baru sebab masa Kakak Aufa ummi sudah membuang dulu sebelum ke labour room.Tak Lama betul tiba-tiba terus sakit perut.Tukar gaun sexyback hospital.
1.30 am: Abi beli air kelapa di Restoran Pelita 24jam.sempat minum sedikit.Minum juga sedikit air zam-zam.Sudah mula contraction yang kuat dan agak lama.Ya Allah,sakitnya.Nurse monitor CTG dan inject ubat tahan sakit supaya dapat rehat.
2.00 am: Sakit contraction kurang tapi masih tidak boleh tidur.Ummi doa cepat-cepat selesai.Tak tahan menanggung sakit contraction.Abi sudah terlena.
5.00am : Nurse tolak ke labour room.Baring di atas tilam yang keras bercadarkan plastik.Nurse seluk lagi.sudah 5cm.Air Ketuban sudah mula keluar sedikit demi sedikit.Tak tahan sakitnya.Ya Allah.Sakit sangat.Contraction kuat dan makin panjang.CTG scan tuh makin lama makin kuat bunyinya.Nurse suruh sedut gas jika sakit contraction (apakah nama benda alah itu).Ummi sudah merengek dan mengaduh sakit yang teramat.Ummi usap-usap perut sambil cakap, cepatlah baby keluar.Cepatlah.Ummi tak tahan dah.Abi memujuk,dah tak lama lagi.Abi suruh ikut dia baca ayat quran dan zikir-zikir.
6.00 am: Abi keluar solat subuh.Ummi dah lapar.Abi suap roti,kurma dan air zam-zam.6.30 am : Nurse cucuk jarum.Masukkan air untuk tambah tenaga.Nurse pecahkan air ketuban.Masa ini ummi dah tak tahan sangat.Nak putus nyawa.Sesak nafas.sambil sedut gas,menangis teresak-esak,sambil baca ayat-ayat suci.Suasana sunyi di wad dah kedengaran tangisan ummi.Abi di sebelah pegang tangan ummi,lapkan air mata bagi semangat dan memujuk tak lama lagi selesai.Masa ni,ummi ada sebut.tak nak bersalin lagi.sakit...(serik nampaknya.masa deliver aufa pun cakap camtu juga.Haha).Nurse kata doktor Mazita dah sedia.kalau rasa nak meneran beritahu.
7.00 am: Contraction teramat-amat kuat.Tak Tahan.Badan sudah merengkot-rengkot menahan sakit.Rasanya baby sudah menolak kuat.sudah tidak sabar mahu keluar.Ummi rasa mahu meneran.Doktor Mazita masuk bilik.beri salam dan menegur dengan sopan santun dan sungguh ceria.ummi mengadu sakit sangat pada doktor.Dr mazita seluk.sudah 10cm tetapi kepala baby tinggi sedikit.Nurses dan doctor siapkan labour stuffs.sudah cuak.Ready to push.berlakulah riuh rendah seperti tengok perlawanan bola di stadium di dalam labour room.Doktor,3 orang nurse dan Abi mengelingi ummi sambil mendorong push dengan kuat.masing-masing bagi semangat.beri pujian.bagus raudhah.push panjang lagi.dah nak keluar dah.bagus,macam tu puan.3 kali push.Kepala baby belum keluar habis.Terasa susah dari deliver Kakak Aufa.Ummi sudah give up.Sudah mengeluh tidak boleh.doktor kata boleh.Doktor tolong.tapi kita buat sama-sama ya.Push kuat macam tadi juga.Dr Mazita beri bantuan guna kiwi vacuum.Push lagi.Tak tahu berapa harakat panjang.cukup 15 harakat kot.Haha.Ya Allah sakitnya.Teramat sakit.7.20 am: Baby lahir.Terdengar Abi sebut,Subhanallah! bila baby mengelongsor keluar.Kedengaran tangisan baby.Doktor terus letak atas dada ummi.Ummi tengok baby.boleh tahan semangat!.patutlah susah nak push.Nak putus nyawa ummi nak lahirkan Adam.Doktor kata,semangat baby raudhah ni.kali ni agak selera makan ye? Haha.Memang pun.Abi cakap terima kasih dan kiss.Ummi tengok Abi tersenyum gembira bila lahirnya Adam.Seronoknya Abi.Alhamdulillah.Lega dan bersyukur sangat.Selepas baby dibersihkan, Abi azan dan qamatkan baby dalam labour room.
7.50 am : Dr Mazita selesai keluarkan uri dan jahit luka.Nurse juga sudah siap bersihkan ummi.Ummi menyusukan baby di labour room.pandai baby menyusu.sempat juga mengambil video baby menyusu.Comelnya.
8.10am : Mak sampai bersama Mak cik Putih.Bawa sekali Aufa dan adik-adik.Tahnik kan baby dengan kurma dan beri sedikit air zam-zam.
5.00am.Ketika dalam labour room. Abi seloroh, ummi ni sakit-sakit pun masih mahu bergambar :)
Ummi rasa perbezaan lahirkan Aufa dan Adam, sakit contraction lahirkan adam lebih kuat dan proses kelahiran adam lebih cepat.mungkin sebab boy,dia menolak nak keluar lebih kuat.Proses meneran baby Adam lebih susah sebab dia lebih besar dan gunakan bantuan vaccum.Itulah pengalaman labor,bersalin kali kedua di DEMC.
Alhamdulillah.yang penting semuanya sudah selamat.Terima Kasih kepada Dr Mazita, jururawat-jururawat dan semua staff DEMC.Alhamdulillah,saya rasa DEMC adalah hospital terbaik di Shah Alam.Hehe.Sebab semuanya berjalan baik malah takde pengalaman di hospital lain di shah Alam lagi.Hehe.Apalah ummi.Saja puji sikit.Semuanya atas pertolongan dan kebesaran Allah SWT.Proses bersalin adalah lahiriah wanita.Ummi harap Aufa dan Adam membesar jadi anak yang baik.Sayang kamu berdua! Kehadiran kalian membahagiakan kami.^_^

Baby Adam yang semangat.Fresh from the oven.:)
At last, i can hold you,darling.Ciuman pertama untuk baby adam.
Baby baru lahir terus pandai menyusu.Subhanallah.Kuasa Allah.
Berat, 3.75kg.Tinggi, 57cm, Kepala: 33cm.
Sudah hilang kesakitan tadi.Diganti dengan kegembiraan :)
2 hari tidak tidur dengan ummi.sampai hospital terus peluk ummi kuat-kuat.peluk lama-lama.Ummi rasa sebak dan sayu.Ummi tetap sayang kakak.
17 Mei,2pm.Discharge dari DEMC dengan hanya berkain batik.Mak pun datang nak menjemput cucu baru.
Ummi rasa perbezaan lahirkan Aufa dan Adam, sakit contraction lahirkan adam lebih kuat dan proses kelahiran adam lebih cepat.mungkin sebab boy,dia menolak nak keluar lebih kuat.Proses meneran baby Adam lebih susah sebab dia lebih besar dan gunakan bantuan vaccum.Itulah pengalaman labor,bersalin kali kedua di DEMC.
Alhamdulillah.yang penting semuanya sudah selamat.Terima Kasih kepada Dr Mazita, jururawat-jururawat dan semua staff DEMC.Alhamdulillah,saya rasa DEMC adalah hospital terbaik di Shah Alam.Hehe.Sebab semuanya berjalan baik malah takde pengalaman di hospital lain di shah Alam lagi.Hehe.Apalah ummi.Saja puji sikit.Semuanya atas pertolongan dan kebesaran Allah SWT.Proses bersalin adalah lahiriah wanita.Ummi harap Aufa dan Adam membesar jadi anak yang baik.Sayang kamu berdua! Kehadiran kalian membahagiakan kami.^_^
Monday, May 17, 2010
My Little Calliph is arrived
Alhamdulillah.Syukur Setinggi-tingginya pada Allah.Cahaya mata kedua kami selamat dilahirkan pada 16 Mei 2010 iaitu bersamaan dengan hari Ahad.Bersamaan juga dengan sambutan hari guru.Lahir pada pukul 7.20am di Darul Ehsan Medical Centre,Shah Alam.Kelahiran secara normal.Seorang bayi lelaki.Berat bayi ialah 3.75kg.Terima kasih banyak kepada semua yang mendoakan kami.Ummi baru discharge petang tadi.InsyaAllah akan update lagi selepas ini.
Saturday, March 14, 2009
The Arrival bundle of JOY & HAPPINESS
Sebulan selepas berkahwin, ummi disahkan mengandung.waktu itu perasaan bercampur baur.happy,takut,excited dan mcm2 lagi.doctor mengesahkan due date akan bersalin pada 4 oct 2008.selama 9 bulan bersalin mmg byk dugaan.coz mengalami morning sickness yang teruk.tapi alhamdulillah,abi sentiasa disisi mmberi sokongan.yang seronok waktu pregnant, abi rajin melayan.apa sahaja yg dikehendaki pasti dituruti..hihi..
memandangkan due date ummi = 4syawal, ummi tak ikut family braya di melaka (kg arwah nenek) spt biasa.ummi beraya di family side abi di kg pandan.1st time tak raya dengan family.sedih juga.nenek slalu bertanya sama ada sudah rasa sakit ke belum.saya rasa belum lagi.tapi kaki sudah bengkak.org tua2 kata,tu maknanye nak dekat da.aduh,berdebar2nyer..
family ummi balik ke klang raya ke-3.mlm tu saya blk klang.nenek siap masak ketupat lg.nek pah plak kirim dari kg sambal cili api ikan bilis yg saya pesan.mmg berapi tp sedap!! apa lg,mlm tu dinner ummi ketupat,sambal cili api & ayam rendang.sedapnye la..huhu.lepas tu, sblum tido ummi terasa lain mcm je perut ni.terasa pedih dibhgn bwh prot.masa tu stil nak sedapkan ati.blum lg nih.mst sakit perut mkn pedas td.
mlm tu, da terasa kontraksi setiap 15minit tapi belum ada pape tanda.dlm pukul 3 lebih ummi kejutkan abi coz sakit sangat.tak bole tido..baru ummi sedar nak bersalin dah.aduh seramnyer..dlm pukul 4 kami sampai hospital razif.pembukaan serviks sudah terbuka 4cm.ummi disuruh baring dulu dlm bilik.ummi juga sempat solat subuh & breakfast dlm kesakitan.dlm pukul 7am ummi dibawa ke labour room.kontraksi semakin kuat.abi sentiasa menemani dan memberi semangat.di dalam labour room terdengar hospital pasang lagu2 raya.kerana masih hari raya ke-4.huhu.masa sakit malu nak nangis depan mak and abi.tahan je..cume mengadoi2..MALU konon.tapi bila dlm labour room.mula2 tahan2 lagi.tp bila kontaksi makin kuat.dah tak tahan.menangis jugak.teresak2..hukhuk.abi pujuk and bagi semangat.abi suruh ikut abi selawat and baca ayat suci2 al quran.Thanks abi...:)

Lastly, pada 8cm ummi tak tahan lg untuk teran.even dilarang,ummi da xbole th lg.tak lama pastu Dr Madhulika datang untuk proses kelahiran.Dr melayu bercuti raya..huhu.yg funnynye,abi pun ikut meneran sekali.bg smgat kat ummi yer..dlm 3 or 4 kali teran,alhamdulillah pada 11.09am ummi berjaya melahirkan baby girl yg sgt chumel..abi & doctor terus wish congrats da jd ibu!!hihi.congrats jugak untuk abi n family. after abi cut tali pusat,doctor terus letak baby di atas dada ummi.xnangis & mata terkebil2 tgk ummi.cute sgt.then abi terus azankan baby.abi & ummi namakan baby Salsabila Aufa.Salsabila is name one of mata air di syurga and Aufa means yg setia,yg patuh.we are happy for having THE NEW ARRIVAL!
DAY 1 BARU KELUAR DR PERUT UMMI :)
POSE MCM UMMI..
SYG ANAK ABI
OUR PRECIOUS DARLING
SOOO CUTE!!
p/s: abi teror jugak.ummi risau abi yang pengsan tengok darah & macam2.first time kan.abi ok je.siap boleh potong tali pusat baby lagi.cayalah abi! :)
Labels:
Give Birth,
Hospital,
Salsabila Aufa
Subscribe to:
Posts (Atom)