ads

Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Legend International Water Homes,Port Dickson

 Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah,syukur kita dikurniakan nafas untuk terus hidup,tubuh badan yang sihat untuk bekerja dan beribadat,rezeki menikmati makanan yang lazat,dan masa yang dikurniakan untuk memupuk kasih sayang semasa ahli keluarga,sahabat dan sesama umat.

Kali ini saya mahu review tentang Legend International Water Homes di Port Dickson.Kebetulan Abi cuti 2 hari.Jadi Abi ajak jalan-jalan.Suamiku memang suka berjalan.Hehe.Jadi yang paling dekat di Port Dickson lah.Ummi dapat info yang tentang hotel yang ada private pool di PD.Jadi, Legend water Homes lah pilihan kami.Nak kata bercuti,Bukanlah.Macam weekend getaways atau romantic getaways pun boleh lah.Haha.

Konsep hotel disini ada dua,Legend water chalet (tiada private pool). Sementara Legend Water Homes ada pool di dalam bilik.Water Homes terletak di atas air lah.Terdapat banyak jenis villa.Deluxe villa,Garden villa,Executive villa,Sky villa dan lain-lain.Kami ambil bilik yang paling murah je,Deluxe pool villa.Selepas check in di lobby.Kami dibawa ke bilik dengan menaiki buggy.Lokasi bilik kami memang agak ke dalam dari lobby.Suasananya memang tenang dan ramai pengunjung dari luar.

Masuk biliknya memang amat cantik,luas dan puas hati.Dah macam rumah apartment satu bilik.Lengkap dengan dry kitchen,microwave.Senang cerita servisnya lengkaplah.Semua ada.Bilik airnya pun cantik dan sangat besar.Saya suka senibina dan dekorasi hiasan dalamannya.Tetapi yang paling  menarik ialah kolam sulitnya.Haha.Saya rasa tindakan mereka menyediakan kolam di dalam bilik ini adalah sangat sangat bijak.Selain suasana privasi, pengunjung lebih tertumpu mandi di kolam.Ya lah,janganlah bandingkan pantai di Port Dickson dengan pantai di Sabah.Tentulah jauh bezanya.Dan yang paling saya suka bila bunyi water fountain di kolam sentiasa mengalir.MasyaAllah,tenangnya! Setenang rumah yang dikelingi sungai.Tentunya,suasana sangat romantis! :)

Bila sampai saja bilik.Aufa lah paling tidak sabar untuk mandi.Pertama kali rasanya saya dapat mandi dengan bebas dan enjoy sekali! Disebabkan privasi ini, anda mahu pakai apa pun boleh.Apa saja.Haha.Yalah,sebelum ini kalau mandi di pool awam kita masih kena menjaga dress code kita,aurat kita,tatatusila kita,kesopanan kita sebagai muslimah.Ecewah! :)

Aktiviti petang pula,kami berjalan di sekitar hotel.Anak-anak sempat bermain di playground.Mereka sangat seronok.Kakak aufa lagilah teruja bila ada playground lagi! Malam pula,kami keluar dinner di Medan ikan bakar Port Dickson.Khabarnya baru saja buka 2 bulan.Cantik juga persekitarannya sama lah macam medan ikan bakar di umbai, Melaka.Alhamdulillah,kenyang makan seafood.Syukur atas nikmat dan rezeki dari Mu,Ya Allah.

Bermalam disini lengkap bersama sarapan pagi untuk dua orang.Waktu pagi kami ke Restoran Duyung.Alhamdulillah,makanan yang disediakan pelbagai dan menyelerakan.Cakap saja mahu makan apa.Semua ada.Roti canai,telur hancur,pasta,macam-macam nasi,dimsum,bubur,roti ,pastry, piedan lain-lain.Ya Allah,memang tak termakan lah semua.Dan paling bagus,restoran ini mempunyai sijil Halal Jakim.Selalunya hotel yang banyak bintang susahlah ada Halal certification.Malah, majority mesti ada menjual minuman keras.Tetapi disini,setin air haram kejadah itu pun kami tak nampak.Alhamdulillah,puas hati dengan Legend sebab amat memelihara sensiviti umat Islam.Kalau tengok pengunjung Arab ramai juga datang ke sini.Abi pun amat puas hati dengan semua servis.Sampai banyak kali sebut,nak datang lagi nanti.Hehe.

Okay,mari menjamu mata gambar-gambar kami di sana.Enjoice! :)




















Ok,terima kasih Abi bawa kami ke sini.Kami sangat seronok.Lain kali kami pasti akan ke sini lagi.Mungkin berdua pula.Anak-anak duduk rumah nenda sekejap boleh?  :)

Tahu tak Hotel/ Resort mana lagi ada private pool seperti legend ini ya? Ada lagi tak?

Selamat berhujung minggu semua.Semoga bahagia dan ceria disisi keluarga tercinta :)

Tuesday, October 5, 2010

Port Dickson dan keluarga bahagia

Salam Sayang semua.

Dah habis cerita raya.kita sambung cerita cuti-cuti malaysia pula.Syawal ke 6 kami bertolak ke port dickson pula.Menetap di Ancasa resort and spa selama 3hari dan 2malam.Tapi cuti-cuti kali ini lebih seronok sebab bawa my family juga.Alhamdulillah,apartment yang disediakan di ancasa sgt selesa dengan dua bilik,dua toilet,tv hall, dining hall dan kitchen.Luas dan nice!

Gambar banyak sangat.Especially gambar anak-anak ummi lah.Kalau rajin dan sempat,nanti upload kat FB.


Sampai awal kami singgah pantai klebang for lunch.Meriah dengan macam-macam jualan.

Look! my howdy cowboy! yippie!!! Nak bergambar dengan kuda bayar rm1 ya.Aufa tak nak.dia takut.hehe.

Lepas check in,lepak-lepak kat bilik dulu.Aufa apalagi,suka bukan main!

This is Adam's first vacation.first time stay hotel and many more first thing for him.:)

Biasalah.My lil explorer ni macam-macam projek.bukak almari.lompat katil.Masuk dalam drawer tak boleh nak keluar.Hehe.

Petang kami turun mandi pool pula.



Kakak memang suka mandi.Walaupun dah kesejukan tetap nak berendam lagi.Suka sampai tak nak pegang dia.Amboi,mana boleh lepas..bahaya.

Adam tak tahan sejuk.landing atas pool patrol dia je.

Malam,kami keluar dinner.Budak-budak dah kepenatan aktiviti seharian tadi.Aufa paling cepat tidur.penat sungguh swim tadi agaknya.hehe.Tenang je tidur sambil dengar bunyi ombak.Suka pantai!

Aktiviti esoknya.Lepas breakfast,landing bermalasan-malasan atas katil.Tengah hari baru kami berjalan-jalan keliling resort dan ke tempat jual2 semalam.




Dah puas tidur.Bangun pagi happy betul!

Blue for boy and pink for girl :)

Four is a magic number!

With kids and siblings.Seronok ramai tukang layan budak-budak.


Tshirt tempat from tecik craft.Thanks nurul! they look cute wearing it.Aufa sangat suka! excited tak sabar nak pakai.Buka pun tak nak.hehe.

After lunch and zohor, jalan tepi pantai lak.tengok orang naik jet ski.naik banana boat.

This is second time aufa ke pantai.sama juga.Still takut dengan ombak.Dia jalan jauh-jauh dari ombak.hehe.

Haha.We had so much fun!!!! Bestnya lompat-lompat!

Petang, kami mandi pool lagi.Kali ini abi pulak terjun.Abi pandai swim.Ummi yang belum pass lagi.hehe.

Aaaa..what happen ummi? kita amik udara jelah kat tepi pool ni.hehe.

Abi nak ajar adam swim juga.Tapi adam tak tahan sejuk lah.kejap je boleh.

Wow.sexynya anak ummi!

Saya penat swim lah.terlentok terus.

Bilik kami mengadap pantai.cantik betul tengok sunset.Subhanallah,indahnya..

Seronoknya bercuti dengan atuk dan nenek.Dulu mak ayah selalu bawa kami cuti sana sini.sekarang ada rezeki kita bawa mereka pula.

Petang kami berjalan ke pantai semula.tengok lah orang sudah bergelar mak orang tak sedar diri.hover jump dengan anak-anak dara.hehe.Seronoklah lompat lompat ni! haha.

The perasan cute ladies! aufa pun ikut je apa peel ummi and mak sedara dia.Haha.

And the last one..our potret kekonon sweet.eceh! masa cintan cintun mana boleh buat camni.sekarang baru lepas gian! hehehe.

Malamnya,kami beraya ke rumah sepupu yang ada tinggal berdekatan.Esok pagi sambung aktiviti ke mandi pool lagi,pergi gym dan ke pantai berjemaah.Seronok!


Then, after check out,sembung terus konvoi ke open houses saudara mara.cuti raya ni memang dimanfaatkan sebaiknya,sepadatnya.Abi bukan selalu dapat cuti camni.

Alhamdulillah,seronok dapat habiskan quality time dengan keluarga.Ada rezeki,ada kelapangan.kita cuti-cuti lagi! :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers