ads

Showing posts with label Sunnah. Show all posts
Showing posts with label Sunnah. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Milk booster : Rahsia susu ibu banyak

Ibu - ibu yang menyusukan bayi tentu selalu terfikir makanan apakah yang boleh menambahkan susu badan. Pengambilan pemakanan yg digelar galactogogue (makanan yg dapat membanyakkan susu) dapat membantu untuk membanyakkan penghasilan susu. Kalau orang kita sebut, petua-petua membanyakkan susu ibu.Macam-macam petua muncul kan? ^_^

Tetapi perlu diingatkan di sini, ianya tak akan berhasil sekiranya penyusuan secara direct atau ibu pam susu secara kerap tidak dilakukan.Makanan makanan yang di gelar “lactogenic foods and herbs” tidak boleh bekerja sendiri tanpa stimulasi penyusuan.Gitu lah gamaknyaaaa..Hehe.


Di samping kita memikirkan apa yang kita makan dapat memberi kesan kepada penyusuan badan, kita juga sekaligus mendapat khasiat dan vitamin dari makanan itu sendiri.

Klik sini untuk koleksi blouse dan jubah nursing friendly terbaru.

Jom kita lihat lactogenic foods / herbs tersebut :


Air Longan dan kurma merah


Horlicks atau cereal drink


Kurma
Bayam

Hummus / Kekacang
Halba
Ikan salmon  koleksi resepi di SINI



 Lobak Putih

Tempe
Oat

Habbatussauda' (kini lebih mudah dengan ada habbatussauda kapsul)
Lain- lain lactogenics foods di  SINI  (Top Ten Lactogenic Foods: Foods that improve your milk supply)

Walau apapun,

1.Percaya kepada demand and supply concept
Kalau banyak demand banyaklah hasilnya.Walau dah ambil makanan penambah susu kita lupa nak susukan anak tapi tiada rangsangan.Maka susu kita tidak akan meningkat)

2. Jangan stress
Penyusuan susu ibu melibatkan dua jenis hormone iaitu hormon oksitosin (hormon gembira) dan hormon prolaktin (hormon susu). Apabila bayi mula menghisap susu dari payudara ibu, ia akan mula merembeskan hormon oksitosin dan hormon inilah yang akan meransang kelenjar pituitari (otak) ibu untuk merembeskan hormon prolaktin yang seterusnya meransang kelenjar susu ibu untuk menghasilkan susu memenuhi keperluan bayi. Jadi apabila kita stress, hormon oksitosin itu tiada dan ia tak mampu memberi signal kepada otak untuk merembeskan hormon prolaktin. Oleh itu, ibu-ibu yang menyusukan perlu sentiasa tenang dan gembira saat menyusukan. (info dari adrinis.com)

3.Doa dan tawakal
Sesungguhnya ALLAH swt itu Maha Mendengar permintaan hamba-hambaNya yg betul-betul ikhlas, khusyu’ & tawaddhu’ memohon sesuatu drpNYA

Dapatkan Habbatussauda Oil.Ia digalakkan untuk ibu berpantang dan menyusu badan.Ia dapat membuang angin,memberi tenaga dan memperbanyakkan susu badan.Selain ia merupakan supplement, ia juga sunnah Nabi Muhammad S.A.W.Makan dapat badan sihat,Makan dapat pahala.InsyaAllah :)

Halagel BLACK SEED OIL
120 biji softgel RM60



kandunganSemenanjungSabah/Sarawak
20 bijiRM12.00RM12.50
240 bijiRM144.00RM150.00



hubungi untuk order : raudhah69@gmail.com


Baby saya yang membesar sihat dengan khasiat susu ibu.2 bulan, 6 kg.Syukur Alhamdulillah.Thank you Allah! Doakan dia membesar sihat yaaa ;)

Saturday, May 4, 2013

Manfaat minyak zaitun untuk ibu hamil

Assalam Alayk semua!

Minyak zaitun saya suka amalkan sejak mengandung sampai tempoh berpantang,menyusu badan.Sangat berkhasiat untuk kita dan bayi! Sekarang senang beli kapsul olive oil
.telan saja.Alhamdulillah :)

Apa khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil dan janin?

Makanan janin dihasilkan dari darah ibu. Sehingga, apapun yang dimakan dan diminum ibu akan sampai ke janin. Diriwayakan dari Syaidina Ali kw, "Allah SWT telah memerangkap darah di perut ibu, sehingga menjadi makanan bagi anak."

Juga diriwayatkan dari Imam As-Shadiq, "Apapun yang dimakan, diminum dan dihirup ibu selama masa kehamilan, Allah SWT juga memberikannya kepada anak."

Oleh sebab itu, sebagaimana di saat janin membesar, sangatlah penting bagi ibu untuk memperhatikan makanan yang diambilnya. Sekaitan dengan makanan haram, diriwayatkan, "Pengaruh dari penghasilan haram akan tampak pada keturunan seseorang."

Juga ada diriwayatkan bahawa, "Semua dosa itu berbahaya, dan yang paling berbahaya adalah darah dan daging yang tumbuh dari makanan haram."

Kerana itu, dianjurkan untuk mengkonsumsi makanan yang halal serta berkhasiat, antaranya ialah minyak zaitun.

Ibu hamil sebaiknya mengonsumsi minyak zaitun, kerana ianya dapat memutihkan kulitnya dan membersihkan livernya. Manfaat ini juga akan dinikmati anak di dalam kandungan.

Ibu yang sedang mengandung lazimnya mengalami kesulitan BAB (buang air besar). Selain mengkonsumsi minyak zaitun untuk melancarkan BAB, disarankan pula menambah mengambil buah seperti betik, minum air putih dan kurangi makanan pedas.

Kajian dari Harvard School juga ada menyarankan ibu hamil mengambil minyak zaitun untuk mengurangkan risiko anak mengalami Autism. Kajian boleh dibaca di Artikel INI

Minyak zaitun dapat digunakan sebagai minyak urut. Aromanya yang wangi juga dapat juga dijadikan minyak aromaterapi. Ibu hamil seringkali merasa sengal pada kaki terlebih saat kandungannya sudah di atas 6 bulan. Minyak zaitun ini dapat diaplikasikan sebagai bahan urut untuk mengurangi rasa pegal dan krem kaki, melancarkan pengaliran darah dan mencegah timbulnya urat-urat halus akibat tidak lancarnya pengaliran darah.

Minyak zaitun juga dipercayai dapat memudahkan proses kelahiran.insyaAllah.

Wallahua'lam.Kita berusaha dan bertawakal,Kita makan makanan sunnah,kita dapat pahala :)

Dapatkan
KAPSUL MINYAK ZAITUN MINSYAM
1 paket (20 biji) rm10
1 kotak (244 biji) rm120.

 HALAGEL EXTRA VIRGIN OLIVE OIL (minyak zaiton)
120 biji softgel RM40

emel saya : raudhah69@gmail.com.kami akan pos ke lokasi anda ;)

Tuesday, February 5, 2013

Pemakanan sunnah dan sihat bagi ibu hamil

Assalammualakum.Salam sayang semua.

"Makanan yang bersih dan suci menjadi darah daging anak di dalam kandungan" - Buku amalan mengandung Ustazah siti Nor Bahyah


Dua aspek pemakanan yang perlu dijaga,kesucian (halal) dan mutu (zat).Bila tahu dah pregnant, terus niat nak makan yang sihat.No fast food! (konon! tapi akhirnya tak dapat menahan nafsu juga) Beberapa kali kecundang juga! HAHAHA.

No coffee anymore.HUKHUK.Kadang bila teringin sangat-sangat ,baru minum.

Kemudian,sibuk lah study balik.pemakanan sihat bagai untuk baby.Semangat demi Adik baby! Hehe.Di trimester pertama kena banyakkan nutrisi folate.Antara makanan yang tinggi dengan asid folik ialah sayuran-sayuran hijau seperti bayam,brokoli,asparagus dan lain-lain.Ummi paling suka bayam masak air! sedapnyaaa! Selain itu,bijrin,cereal yang diperkaya,roti serat tinggi,pasta,jus orange,lentil,sunflower seeds,kekacang dan lain-lain.sumber 10 foods high in folic acid,link di sini babyzone.

Folate sangat penting untuk pertumbuhan bayi di dalam kandungan.Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar.

Di awal trimester pertama, saya amalkan minum susu kambing, ambil suplement dari doktor iaitu asid folik,calcium termasuk juga ubat tahan muntah.Huhu.Selain itu, ambil juga tambahan suplement dari Shaklee iaitu vitalea dan B complex.Kenapa saya ambil supplement? Contohnya dalam satu hari, kita makan luar, kita tak makan makanan yang sihat tanpa kita sedar.Lagi-lagi di malaysia ni, banyak makanan sedap dari yang sihat. Hihi.Ibu hamil yang  mahu mendapatkan supplement set hamil Shaklee, Boleh dapatkan DI SINI.

Supplement semua ini untuk tambahan sahaja,yang penting pemakanan kita yang seimbang.Khasiat dari 'real food' itu sendiri.Tapi yang agak merisaukan pada awal terimester,morning sickeness yang teruk.Jadi apa yang di makan, kebanyakannya akan keluar balik.Jadi,harap juga supplement dapat topup khasiat untuk bayi.


Trimester kedua dan ketiga.

Masa trimester pertama,saya dan baby lebih banyak ayam dan daging.Semasa trimester kedua dan ketiga ini lebih gemar mengambil lauk ikan.

Ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi bagus untuk perkembangan otak bayi.Antara jenis ikan ialah (tenggiri,sardin,salmon,keli,kembung,tuna,tongkol,ikan parang).Kalau ikan sardin,tenggiri atau kembung goreng rangup je pun dah sedap makan dengan nasi panas-panas.Sangat berselera! Kalau cecah dengan kicap dan cili padi potong-potong lagi perghhh! Kalau ikan salmon ummi suka grill atau panggang.Koleksi resepi ada si sini. Sedapnya! Boleh rujuk 15 foods high in Omega 3 disini.

Selain itu,ummi ambil juga suplement tambahan iaitu Neurogain.Gynae juga ada sarankan selain Obical (Obimin + Calcium) dan C complex.

Makanan sunnah lain adalah minyak zaitun.Saya baru start minum minum zaitun.Ada aunty sarankan,bagus minum banyak khasiat dan mudahkan bersalin Insy.Selalu guna dalam masakan je.Ok,tawakal.telan jelah.

Dari Abi Asaid bin Tsabit bahawa Rasulullah bersabda, ” Makanlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak. Sungguh, ia berasal dari pokok yang diberkati.” (HR. At-Tirmidzi. Hadis hasan li ghairihi)

Kajian dari Harvard School ada menyarankan ibu Hamil mengambil minyak zaitun untuk mengurangkan risiko anak mengalami austism.Artikel di sini.Wallahua'lam.

Minyak zaitun sudah diketahui khasiat dan manfaat,Lemak yang baik untuk ibu dan bayi selain buah avocado dan kekacang. Gunakan minyak zaitun semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang. Ketika pantang boleh menggunakan minyak zaitun untuk memasak menu sihat seperti sup sayur, sup ikan haruan, nasi goreng herba dan sebagainya.

Susu kambing adalah minuman sunnah dan susu terbaik selepas susu ibu.Saya memang amalkan dari first pregnancy lagi.Susu kambing dikatakan dapat mengurangkan risiko bayi dari demam kuning.Alhamdulillah,anak sulung dan kedua saya tidak kena demam kuning selepas lahir.

Susu kambing ini juga bagus dan boleh diamalkan semasa hamil, semasa pantang dan juga selepas pantang. Ia boleh diselang seli dengan minuman air halia, dan air halia kurma.Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan.



Makanan sunnah lain seperti kurma,kismis,buah tin,kekacang.Abi mesti ingatkan ummi.Hari-hari wajib makan ini.Sayang abi kat adik baby tau! Umminya je asyik lalai dan lupa.kadang-kadang lupa nak makan.So sorry baby.
  • Kekacang – Makanan ini banyak mengandungi mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium yang membantu ibu hamil daripada kekejangan anggota badan.
  • Kurma, Kismis dan Madu – Makanan yang berasaskan sunnah ini kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi bagi memberi tenaga yang optimum kepada ibu hamil. Ianya mampu melancarkan perjalanan darah dan kebaikkan kepada tumbesaran minda bayi dalam kandungan
  • Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.(AMIN!!!)
 Jus delima campur,susu kambing,kismis,kurma dan buah tin

Buah yang wajib ummi makan ketika hamil ialah buah delima.Buah delima amatdi syorkan untuk wanita hamil.Kalau beli sebiji agak mahal harganya, ikut saiz, sebiji dalam rm5-rm7 camtu.Suka kopek sebiji-sebiji si delima ni.Selain itu,kita juga boleh mengambil jus delima atau pati delima.Jus delima memang Abi akan ingatkan ummi.Minum air delima,air delima,air delima.Hehe.Rasanya memang masam-masam, sedikit kelat. Jus delima paling special, tengok SINI.

Dari sumber internet,buah delima ni banyak sangat khasiatnya.Ia dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kerosakan otak disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah dalam darah.Jus delima juga merupakan salah satu sumber asid folik yang diperlukan kandungan.

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Bagi ibu mengandung ia amat sesuai kerana buah ni mengandungi jumlah potassium yang besar, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga pergerakan jantung agar tetap normal (especially bagi ibu dan perkembangan fetusnya).

Khasiat lain buah/jus delima kepada ibu mengandung ialah Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur(kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema (macam bengkak kaki ketika hamil), dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy). sumber info : majalah.com

Semoga adik baby lahir dengan sihat dan sempurna.Anak yang soleh,taat dan cerdik.InsyaAllah.

Wallahua'lam.Kita usaha,Kita doa,Kita tawakal.InsyaAllah Allah beri segala kebaikan dan kesihatan.
Sekian perkongsian kali ini.Sharing is caring.Take care all!

Artikel ini di tulis oleh ibu kepada 3 orang permata hati.Sedang hamil anak ke -4.Alhamdulillah.

Let's connect mommies ;)
Instagram : @raudhahis
Emel :raudhah69@gmail.com


Set makanan sunnah ibu hamil ini paling HOT.Alhamdulillah kaum bapa pun email sy nak belikan untuk isteri.Awww touching kan :) Dapatkan secara online.emel saya, raudhah69@gmail.com   untuk pembelian.dan kami akan menghantar ke lokasi anda. 




Pati delima biodelima gold dalam gambar di atas mengandungi bahan2 dalamnya :

Aprikot, Buah belanda, Manggis, Delima, Anggur, Sea buckthorn, Habbatus sauda, Goji, Zaitun, Madu, Kurma, Manna.

Harga RM180 (750ml)
Boleh guna sampai 4 bulan 


Minum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan semua ibu mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Ianya juga mengandungi ‘potassium’ yang dapat mengelakkan kekejangan kaki yang dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
Virgin coconut oil/ vco oil juga bagus untuk ibu hamil.Ia membekalkan tenaga,membuat kita kelihatan lebih ceria dan insya allah memudahkan bersalin.(Pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua utk memudahkan proses kelahiran.) Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada baby. Masalah perut berparut atau strechmark dapat dikurangkan dengan menyapu vco.







Hi goat premium.Susu kambing + madu + kurma RM48






Kapsul Minyak Zaitun
1 paket (20 biji) RM10
1 kotak(240 biji) RM120




Oh ya.bagi mommies yang mencari jubah menyusu atau maternity blouse? Boleh dapatkan Qaseh Nursing jubah di instagram @risha_my atau whatsapp 013-2642323







Beli makanan sunnah untuk ibu hamil secara online di  



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers