ads

Wednesday, March 6, 2013

Anak - Anak boleh membaca di awal usia?

Pagi Sabtu lepas 1 mac,Tadika Aufa handle briefing Readeasy untuk ibu bapa.Bila anak dah sekolah,mula lah macam-macam aktiviti dia kan? Busy busy..:)

Di tadika, dah guna konsep membaca kaedah Fonik ini.Untuk lebih berkesan,ibu bapa perlu mengajar anak-anak di rumah pula.

Mahu berkongsi sedikit info dari taklimat yang dikendalikan oleh penulis buku Read easy iaitu pasangan suami isteri Othman Ahmad dan Nik Eliani Nik Nawi.


Zaman sekarang menuntut anak-anak kita belajar awal.Ummi dulu darjah satu baru pandai membaca.umur 3,4,5 tahun banyak main-main lagi.Zaman dah berubah.Sekarang, banyak kita dengar budak 3 atau 4 tahun dah boleh membaca.Itu semua hasil usaha ibu bapa mereka yang gigih mengajar kan? Tentu bukan mudah.

Encik Othman nasihatkan sebaik-baiknya anak-anak kita boleh membaca sebelum dia berusia 7 tahun,naik sekolah darjah 1.

Kalau boleh,ummi nak anak-anak cepat membaca juga.sekarang kenalah bacakan mereka buku.Tiap malam, mereka ambil buku masing-masing.ummi bacakan...Kakak buku lain,adik nak buku lain.Kemudian, mula lah berebut layanan ummi.

Mesti mereka lebih seronok kalau dapat baca sendiri kan? Menikmati jalan cerita buku itu sendiri dan berimaginasi.

Kalau dulu zaman kita belajar membaca dengan mengeja.Itu adalah cara kuno.kalau baca "abang", eja lah A -aaa,B-a-ng..ABANG!! Baca dengan nada berlagu ya.Hahaha.mesti korang ingat lagi kan?

Kalau english pula.lebih kepada menghafal cara menyebut perkataan itu.Kalau teacher,ajar sebut "make",kita pun hafal "make".Bukan ma-ke,me-ke, dan sebagainya lah.ummi ingat lagi dulu.Bila nak confirm kan sebutan in english,refer dictionary & thesaurus.refer prounancition di situ.

Kini, anak-anak boleh belajar membaca dengan cepat dengan kaedah phonics/Fonik.Kaedah ini menggunakan bunyi bahasa pertuturan iaitu sound speech.



Sedikit tips dari taklimat Read easy :

Bagaimana cara menggalakkan anak-anak membaca awal :

1.Tanam minat membaca sejak lahir lagi.mulakan reading time sejak baby lagi.Sedikit tips dari entry saya, "Read with your baby and toddler' di SINI.

2.talk to them.Gunakan penggunaan bahasa yang betul.

Kalau bercakap dalam melayu,dengan ayat atau perkataan yang betul lah.bukan bahasa singkatan.
Kalau bahasa Inggeris pun sama.Cakap dengan bahasa yang betul,bukan rojak.Hehe.
Kena teliti juga kan? Kadang-kadang kita dah terbiasa.Mana lah kita cakap dengan berbahasa baku.Haha

Yang penting,perlu banyak bercakap dengan mereka.Dari situ bahasa mereka mula terbina.

Balik kerja, tanya mereka buat apa di sekolah tadi.Makan apa,main apa,cikgu ajar apa.Ya,bercakap dengan mereka.

3. Bercerita

Sama ada bacakan mereka buku cerita,bila waktu lapang atau sebelum tidur.

Atau kita bercerita apa saja yang kita lihat pada hari tersebut.
Contoh : tadi ummi pergi kedai.ummi terjumpa anak kucing.Ada 5 ekor.2 ekor berwarna kuning,2ekor berwarna hitam dan satu lagi berwarna putih.Bla bla bla..cerita apa saja kan.Hehe

Dan bersedialah dengan soalan cepumas paling panjang dari mereka ok? Haha

2. Merangsang

A.memberi mereka manipulative toys seperti puzzle,blocks,lego dan sebagainya.tujuan permainan ini untuk mendidik mereka supaya fokus apabila membaca nanti.

B.bermain dengan membuat bunyi
Testing different sounds and makes fun.contoh,bunyi binatang,bunyi kenderaan.

C. Nyanyikan lagu.phonics songs and makesure not Abc song! Haha.(alamak,dah ter'ajar' Aufa) ;p

rule :
1. Ajar anak-anak mengenal bunyi dahulu.Bukan huruf.
Abc would block kids to read.
Betul juga.Dah ajar aufa ABC,dah kenal abc semua.Bila ajar phonics,dia confuse.Dia pula ajar betulkan kita.Jadi, kena lebih explain di situ.this is sound for A..ini bunyi huruf untuk A..

2.Ajar gabung bunyi, bukan mengeja,dan bukan menghafal.

3.Selepas sudah tahu bunyi,baru ajar kenal huruf ABC..

Jadi,pengalaman menarik untuk taklimat ini, ibu bapa dapat belajar sebut bunyi-bunyi huruf.Beza sebutan bunyi dalam bahasa melayu dan english.Seronok juga! Lagi-lagi bila belajar menyanyi lagu "abu ada ayam" bersama dengan aksi yang comel! Hehe








Ok, sedikit info untuk dikongsi.kita kena belajar dulu baru boleh ajar anak pula.Ummi belum beli buku set readeasy ,ada dua program iaitu bahasa melayu dan english.Di mph pun ada jual.Satu set lengkap rm80.Selamat mengajar anak-anak membaca! Jangan terlalu stresskan anak,kita pun jangan stress, pelan-pelan kayuh ;)

Update October 2014 : Alhamdulillah.Aufa sudah boleh membaca pada usia 6 tahun melalui sistem bacalah anakku ini.Alhamdulillah dengan bantuan guru di tadika juga dan Allah swt yang memberi kemudahan ilmu kepadanya.:)

1 comment:

Izzan Yong Rosdin said...

terima ksih atas krn berkongsi info. anak umut 4 thn tp saya baru nak mula ajar die mengenal huruh rasa menyesal pulak sebab mcm lambat nak mula..

Hari tu dah mula mengajar tapi nampak mcm liat sikit...kene kuat usaha lagi ini...

Jemput ke blog saya
izzanyrosdin.blogsport.com