ads

Tuesday, November 2, 2010

Ibu menyusu boleh diet ke?

Rasa badan makin mengembang je.Ramai juga tegur,dah gemuk! mana pinggang? besarnya punggung! mak aih..biasalah,kita kalau nak bandingkan badan sebelum kahwin dengan sekarang mmg bezalah. sekarang saya memang kuat makan.berbanding sebelum kahwin lah! sepinggan nasi pun susah nak habis.sekarang jgn cakaplah.terkejut juga.banyaknya boleh makan.yelah,bila menyusu perut cepat lapar.saya perasan,bila saya makan nasi banyak,susu akan lebih banyak.Tapi makan nasi byk menggemokkan kan.Ibu menyusu boleh diet ke? Ummi jumpa info ni.harap dapat dikongsi bersama..
Ibu yang menyusu bayi memerlukan lebih nutrient dari ibu yang tidak menyusukan bayi untuk membentuk susu dan membekalkan nutrient kepada susunya. Jadual di bawah menunjukkan ringkasan perbandingan keperluan nutrient untuk ibu mengandung, ibu yang menyusu dan ibu yang normal:


Nutrient:

1. Tenaga (kilokalori)

Wanita Normal : 2000
Wanita Mengandung : + 150 - 350
Wanita Menyusu : + 550

2. Protein (g)

Wanita Normal : 37
Wanita Mengandung : + 13
Wanita Menyusu : + 24

3. Kalsium (mg):

Wanita Normal : 450
Wanita Mengandung : + 750
Wanita Menyusu : + 750

4. Ferrum (mg) :

Wanita Normal/Mengandung dan Menyusu : 28

5. Vitamin A (mcg) :

Wanita Normal/ Mengandung : 750
Wanita Menyusu : + 450

6. Vitamin D (mcg):

Wanita Normal : 2.5
Wanita Mengandung/Menyusu : + 7.5

7. Thiamine (mg) :

Wanita Normal : 0.8
Wanita Mengandung/Menyusu : + 0.2

8. Riboflavin (mg) :

Wanita Normal : 1.2
Wanita Mengandung : + 0.2
Wanita Menyusu : + 0.3

9. Niacin Equivalent:

Wanita Normal : 1.3
Wanita Mengandung : + 2.3
Wanita Menyusu : + 3.6

10. Asid Folik (mcg) :

Wanita Normal : 200
Wanita Mengandung : + 200
Wanita Menyusu : + 100

11. Vitamin B 12 (mcg):

Wanita Normal : 2.0
Wanita Mengandung : + 1.0
Wanita Menyusu : + 0.5

12. Asid Askorbik (mg) :

Wanita Normal : 30
Wanita Mengandung / Menyusu : + 20


Jadual di atas menunjukkan peningkatan keperluan tenaga sebanyak 25% bagi ibu yang menyusukan bayi. Purata pengeluaran susu adalah sebanyak 850 malam / hari dan tenaga diperlukan untuk tujuan ini adalah 785 kilokalori. Walaubagaimanapun jumlah yang disyorkan oleh Malaysia Recommended Dietaru Allowance adalah tambahan 550 kilokalori kepada keperluan yang normal sebab kalori yang selebihnya boleh diperolehi dari tisu lemak seseorang. Tambahan kalori ini adalah mencukupi untuk jangkamasa penyusuan selama 3 bulan. Bagi ibu yang menyusu bayi melebihi jangkamasa ini atau ibu yang mengalami turun berat badan yang melebihi had atau ibu yang menyusu lebih dari seorang anak akan memerlukan tambahan sebanyak 550 kilokalori sehari.

Pada kebiasannya penggunaan tisu lemak dari tubuh semasa tempoh penyusuan akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan berat badan. Sekiranya ibu pandai memilih makanan yang baik, kekurangan kalori serta penurunan berat badan tidak akan mempengaruhi pengeluran susu. Adalah perlu diingat bahawa lemak dalam tubuh digerakkan agak lambat, oleh itu kekurangan kalori yang terlalu banyak dalam diet boleh menjejaskan pengeluaran susu. Ini bermakna ibu yang menyusukan bayi seharusnya tidak boleh mengamalkan diet yang serius untuk mengurangkan berat badan, akibatnya pengeluaran susu akan berkurangan. Ibu-ibu yang ingin mengurangkan berat badan boleh berbuat demikian dengan mengamalkan cara makan yang baik, mengelakkan penggunaan banyak lemak dan gula di dalam diet dan disertai dengan senaman.

Peningkatan keperluan protein akan membekalkan protein dalam susu ibu. Pengambilan protein dan kalori yang berkurangan tidak akan mempengaruhi kualiti susu tetapi kuantiti susu akan berkurangan.

Keperluan vitamin dan mineral juga meningkat semasa laktasi/penyusuan. Penekanan diberi kepada kalsium, sebab vitamin dan mineral yang lain mudah diperolehi dengan memakan berbagai jenis makanan dan meningkatkan pengambilan kalori.

Ibu yang menyusukan bayi perlu mempastikan pengambilan kalsium yang tinggi untuk mengelakkan kehilangan kalsium tulang di hari hadapan. Pengambilan kalsium yang rendah di dalam diet tidak akan mempengaruhi kualiti atau kuantiti susu sebab kekurangan ini akan ditampung oleh pergerakan kalsium dari tulang yang boleh mempengaruhi kesihatan ibu dalam jangkamasa yang panjang.

Selain daripada nutrient, pengambilan air oleh ibu adalah sama penting untuk pengeluaran susu. Susu mengandungi 87% air. Lebih kurang 750 - 850 ml air digunakan untuk pengeluaran susu. Oleh itu pengambilan air yang tinggi, lebih kurang 3 liter / hari atau 2 -3 quart diperlukan untuk memastikan pengeluaran susu yang cukup. Kekurangan air dalam diet tidak akan mempengaruhi kualiti susu tetapi akan mengurangkan kuantiti susu yang dikeluarkan. Sumber air meliputi air, susu, suup kuah dan minuman lain.


Diet Untuk Memenuhi Keperluan Nutrient

Ibu-ibu tidak memerlukan diet yang istimewa untuk memenuhi keperluan nutrient. Diet yang seimbang adalah memadai. Diet yang seimbang boleh didefinisikan sebagai diet yang mengandungi semua nutrient dalam jumlah yang diperlukan untuk memenuhi keperluan tubuh.


Pada asasnya makanan boleh dikelaskan kepada:

(a) Makanan yang kaya dengan lemak dan karbohidrat

(b) Makanan yang mengandungi vitamin dan mineral

(c) Makanan membina tubuh yang kaya dengan protein


Di bawah ini adalah beberapa panduan untuk merancang diet:

Nutrient:

1. Karbohidrat

Sumber: Nasi, tepung, produk dari tepung, semua jenis mee, roti, kentang, ubi, keledek, kek, kuih dan kekacang

2. Protein

Sumber : Semua jenis daging, telur, ayam, makanan laut, organ, kacang, susu, keju, jam dan kacang

3. Lemak

Sumber: Semua jenis lemak dan minyak, termasuk margerin dan mentega

4. Vitamin dan mineral

Sumber: Buah-buahan, sayur-sayuran, susu, keju, telur, daging, roti dan bijirin

Diet seharian untuk ibu yang menyusu boleh dirancang berdasarkan pengkelasan ini:

Makanan

Susu : keperluan 1 - 1 1/2 gelas
Daging, ikan dan ayam : 120 gm (masak)
Telur : 1 biji
Nasi dan Jenis Mee : 4 - 5 cawan
Lemak dan minyak: 3 camca besar
Sayur-sayuran hijau: 1 - 1 1/2 cawan (masak)
Buah - buahan yang kaya vitamin C: 180 - 280 grams

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang lain: 1 1/2 - 2 cawan

Tambahan kalori yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan bayi mestilah mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin A, thiamine, riboflavina, kalsium dan protein. Bagi memenuhi keperluan untuk protein dan kalsium, ibu-ibu digalakkan meminum susu atau hasil tenusu dengan secukupnya. Ini juga akan memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang lain. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran perlu digalakkan walaupun terdapat banyak pantang larang yang berkait dengan makanan ini. Secara umumnya, harus mengambil kira berbagai faktor yang boleh mempengaruhi ibu seperti faktor kebudayaan, sosial dan ekonomik. Nasihat tentang diet mestilah yang biasa ditemui oleh ibu-ibu. Dengan ini dapat dikukuhkan diet yang sediada daripada membuat perubahan yang mendadak.


sumber : Izzara & cute baby club.
p/s: bersalin kali ni susah pula nak turun berat badan ni.tulah,masa mengandung makan tak ingat dunia lg! kena pergi gym or jogging ni.

5 comments:

alinalan said...

uik kat maner yg nak dietnya ummi? Awak tu tinggi la nampak ok jer... takde kembang pun... heheh yg penting ceria2 selalu!!

Nadiah Sidek said...

hehe..takyah diet la. hari2 BF baby nanti turun la berat badan tu. mula2 ni je kot nmpk mcm badan susah susut ;)

~ ms julie ~ said...

US..try minum Bio Protein (Soy & Whey Protein/Isolate Drink Blend)..sedap and mgenyangkan..bagus utk ibu yg BF kan baby :) ni produk cosway tau..this month ade promotion.. :)

Ummi Hanie said...

Odah..Hanie pun jenuh dh dikomen mcm tu..hangat tlinge tp maklumje le org tgh ank kecik ni..bF lak tu..yg klako nye Hanie dah berjaya slim skjp , tup2 dah berisi balik..kan ke penat? ;p

nway,thnx 4 diz info..rajen Odah searching

mrmama4f said...

best sharing dear..tq info sgt berguna..


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers