ads

Thursday, January 31, 2013

Potty training Adam

Salam Sayang Semua




Masya Allah.Bila saya baca semula entry saya tentang potty training Aufa di sini.

Perenggan terakhir di entry tersebut :

Syukur Alhamdulillah.berjaya fasa melatih anak pertama ke tandas.Orang tua tua kata,yang pertama kita rasa susah.Selepas-selepas itu akan jadi mudah.InsyaAllah.Menjadi Seorang ibu masih perlu  belajar dan belajar.Life is a learning process.Dan,bukan senang menjadi seorang ibu.Semua ibu tahu itu :-)

Ya Rabbi..Eh betullah kata orang tua-tua! Sesungguhnya proses melatih anak kedua pula adalah akan mudah.Itulah, Haip! jangan degil cakap orang-orang tua.Hehe.Alhamdulillah,We did it less than a week!.Dalam 5 hari sebenarnya. Lebih terkejut,tidur malam dia tak terkencing.Kering sampai pagi! .Haha.Good job Muhammad Adam.Mungkin juga sebab dia tengok 'mentor' dia,Kakak yang ke toilet.Kan suka tiru apa je kakak buat.Jadi,lebih mudah.

Sebenarnya adam dah lama juga bagi 'hint' untuk start potty training.Tapi umminya malas.Dia dah mula bagitahu,Adam nak yak ni.. ummi.ummi pun jawab,ok berak lah..Haha.

Kebetulan satu hari stok pampers habis.Alamak,boleh tak perasan! Jadi,terpaksalah mula kena ke toilet kan? Hahaha.

Ada yang bertanya tips.Tapi kali ini tak banyak yang saya terapkan berbanding semasa potty training kakaknya.Sedikit tips potty training yang berjaya untuk dikongsi.

1.Jadikan aktiviti 'potty training' sebagai agenda utama. Latihan tidak memakai pampers anak perlu konsisten dan kena bagi tahu pada anak bahawa hari ini adalah hari tanpa pampers.Kita juga kena bersedia dan fokus dengan misi "ke toilet " ini. :)

2.Bagi kata-kata motivasi.Contoh, "Adam dah besar.Tak boleh pakai pampers lagi.Kena pergi toilet macam ummi,abi,kakak.Pampers untuk baby je"..
Jadi,dia akan berfikir, tengok kita, dan meniru kita.Bila ummi sakit perut,ummi pergi toilet.Bila kakak nak pee,terus pergi toilet.Jadi dia tengok camne role model buat.Haha.Adam ni pun jenis mengekor je bontot ummi pun.Orang masuk toilet,dia tunggu depan pintu toilet! Aduh..

3. Kena ada potty training seat.So,boleh beli yang murah-murah pun takpe.Kami beli di toy r us.Beli yang colourful dan corak-corak comel.Corak binatang ke,kereta ke.So,dia suka nanti.

4. Naked time.Masa kat rumah, adam pakai baju je.Seluar tak pakai. Jadi, dia rasa takde tempat nak buang 'pelaburan' tu.Sebenarnya masa potty training ni, 3 hari adam tak buang air besar.Bila sakit perut,bawa ke toilet.Dia tak boleh.Tak jadi je.Memang pelik.Dia ni jenis lepas makan,terus berak.Mungkin dia rasa tak biasa, nak berak bila takde pampers.Hari ke empat baru berjaya berak kat toilet.Dia takut dan geli tengok poo sendiri.Kelakar! Tapi bila dah berjaya,baru dia faham.Dan hari seterusnya ok."ummi,adam nak berak!! cepat!! jom pi toilet!" Hahaha.Bila dia dah pandai kencing kat toilet sendiri.Pakaikan seluar yang longgar.senang dia nak bukak.

5. Remind, remind,remind,remind,remind him.Banyak kali tak saya sebut? Haha.Memang selalu kena ingatkan.Kerap tanya.Adam nak kencing tak? 10x..Haha.Memang dalam otak asyik fikir soalan fav tu je.sebab kita pun kena fokus ni.Kerap ajak dia ke toilet.Kalau kita leka,dia pun lupa.Dalam masa 4 hari tu,ada beberapa kali dia terlepas.
Kita tanya dia balik.kenapa kencing kat lantai? Dia jawab, Adam lupa... :)
Pastu ingatkan dia balik.motivate balik.
Nanti ingat tau.Jangan kencing lantai lagi.Cepat-cepat pergi toilet.

6. Jangan putus asa. Pada hari awal-awal, mesti ada accident kan? Adam ni, Hari pertama,sekali accident.Hari kedua dah ok.Hari ketiga pula 3 kali accident!.Graf turun naik! Haha.Tapi jangan putus asa.Cuba lagi esok.Jangan marah dia.Sabar..Motivate dia balik.

7. Bawa ke toilet dulu sebelum tidur.Kalau boleh jangan beri minum sebelum tidur.Dan sebelum tidur,mesti kencing dulu.

8. Raikan bila berjaya. Bila dia dah boleh ke toilet raikan dia.Yeay!!!!! be cheerleader.Clap hands,Peluk,Puji melambung-lambung.Cium dia.Cerita kat kakak,report kat abi dia.Jadi,dia pun seronok,kemain kembang kena puji! Suka dia.sambil tunjuk ibu jari dua belah tangan.Adam very good kan ummi? very good!

9.Yakin tanpa pampers bila keluar rumah.Ingat masa mula-mula saya potty training Aufa dulu.Bila outing, saya pakaikan pampers.Jadi tak konsisten kan? Sebab tu asik tak jadi! Tak berjaya.Hehe.Weekend lepas kami ada buka booth sempena karnival maulidur rasul.Jadi, dari pagi ke malam di situ.Memang saya risau, kalau dia terlepas.Tapi yakinkan diri je, Adam tanpa pampers seharian.Selain itu,terapkan formula remind,remind,remind.Biasakan dia dengan public toilet.Alhamdulillah,dua hari di karnival,adam tak accident langsung.

10. Minta bantuan dan kerjasama suami,famili, atau guru di sekolah.Bila suami ada,suami pula bawa adam ke toilet.Sokongan dari suami juga penting.Sama-sama buat.Thank you Abang :)
Kalau balik rumah keluarga,minta tolong pakcik adam pula bawa ke toilet.Haha.Kalau tak larat,minta bantuan.Yang penting konsisten ke toilet.Kemudian saya ada baca info, jika anak ke sekolah.Kena minta kerjasama dengan guru atau penjaga di sekolah untuk terus melatih di pusat penjagaan mereka.

Walaupun sekarang Adam boleh sesuaikan dengan peranan toilet.Masih perlu konsisten ingatkan dia.Misi belum 100% berakhir.Peranan tetap berjalan.

Adam sekarang dah pandai tahan-tahan pulak.Pegang-pegang anunya sambil goyang badan.Haih amboi! Bila suruh ke toilet,jawab nanti lah.Bila dah tak tahan sgt baru menggelabah bukak seluar ke toilet! Haha

Rasanya itu je kot.Boleh baca tips lain semasa saya potty training Aufa dan juga tips di entry ini,How to potty train in a week. 

Harap serba sedikit dapat membantu ibu-ibu dan kawan-kawan ok.You can do it too! Motherhood is learning process right? Sentiasa kita belajar.GOOD LUCK!!.

 
Dear Muhammad Adam.

You have grown up so much my baby.Now youre 2 years 9 months.You will be a big brother.I miss when you're a baby.Now i miss how you're running 'terkedek-kedek' with the drypers.How cute! Huhu.We love you unconditionally,Son!

Potty Training sudah lepas.Weaning off jugak tak pass pass lagi.Wish me luck.Aduhai..Abi kata Adam ni ketagih sangat dengan nenen Hahaha.


Sehingga berjumpa di entry seterusnya




9 comments:

Unknown said...

betul..anak no 2 lebih mudah sbb da ada contoh.. anak no 2 saya pun damia da taknak pakai diapers da skang. dia sendiri kata adik da besar tak boleh pakai apesh (diapers). cuma maknya tak larat since da dekat ngan due ni..

good luck adam!

Rodiah Sabri said...

Ngah..bgus Adam dh stat. Mikhail ni mama die yg tak kuat semangat.hahah...but we are planning after his 3rd birthday soon next month...

Ummi Salsabila said...

Rai : sebab tengok mentornya kan? Anyway,take care.Dah dekat due eh.

Long : Orang dulu pun byk kali give up masa train Aufa.HAHAHA.
Insy,mikhail pun boleh drpers free soon!

Ummi Salsabila said...
This comment has been removed by the author.
Ummi Salsabila said...
This comment has been removed by the author.
Ummi Salsabila said...
This comment has been removed by the author.
Ummi Salsabila said...
This comment has been removed by the author.
Xiet_Enigma said...

Odah, jie jumpa blog Odah from one of mom's blog yg jie follow. rupenye ummisalsabila ni blog Odah. cehhh! sblum ni penah jumpa! haha

Odah, jie tak berjaya potty train Aaron lg. mula2 dia ok. tp in an hour dia gi toilet sampai 7 kali mcmtu. after a week dia mcm bengang kot sbb asyik2 kena gi toilet. sesekali tak sempat merata la dia pee.

skg dia nk pkai diaper blik. huhuhu....takmo potty train katanya.

Ummi Salsabila said...

Jie,Ya Allah.Boleh jumpa kita kat sini ya.Odah lama juga tak update blog.Lately lama berbulan-bulan bersawang.Hehe.Tapi segan lah.blog ini banyak merapu-rapu je.haha

Odah dulu masa potty training Aufa pun camtu.Banyak kali tak jadi.give up betul.takpun,jie tunggu bila Aaron betul2 bersedia.Bila dah tak suka pakai drypers ke.Mungkin kena ambil masa.Adam ni senang sebab tengok mentor iaitu kakak dia.Anyway,Good luck ok Jie. :)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers